Friday, June 22, 2012

Universiti Kehidupan 220 -“Waqaf al-Quran di al-Aqsa..”

Imam Malik r.a mengatakan bahawa ibadah macam rezki makan. Ada orang suka makan ayam, ada yang suka makan daging, ada yang suka makan sayur.

Macam itu juga ibadah, ada yang suka solat tapi kurang baca Quran, ada yang suka puasa, tapi kurang bangun malam, ada yang suka pergi umrah, tapi kurang sedekah.

Sepemerhatian saya di masjid al-Aqsa ini, budaya membaca al-Quran memang hidup. Dari waktu subuh lagi, mereka akan membaca al-Quran. Mungkin ia salah satu terapi jiwa ketika dalam tekanan yang mereka amalkan.

Ada seorang ahli rombongan yang bersam saya kala ini.  Saya berjalan ke al-Aqsa bersamanya. Dia membawa sesuatu di dalam bungkusan plastik.

Saya bertanya kepadanya..

“Tok, bawa quran ke?”

“Aah” jawabnya ringkas.

Pada mulanya saya menyangka beliau membawa untuk membacanya, tetapi di dalam bungkusan plastik itu terdapat beberapa naskhah.

“Banyak bawa tok?” sapa saya lagi.

“Aah, nak wakaf dekat al-Aqsa..” jawabnya.

“Ah, untungnya..” bisik hati saya. Kebetulan memang budaya orang di al-Aqsa ini membaca al-Quran, jadi setiap naskhah yang diberi pasti akan dimanfaatkan.

Kalau kita ke Mekah atau Madinah,  dan kita meletakkan al-Quran dengan tujuan wakaf, pihak pengurusan masjid nanti akan mengeluarkannya kembali.

Polisi kedua masjid haram ini, tidak membenarkan al-Quran selain yang disediakan oleh kerajaan Saudi sahaja.

Dari segi kewajaran, ada munasabahnya, ditakuti ada orang yang meletakkan al-Quran yang telah diselewengkan.

Apa pun, untuk rombongan akan datang dan bagi sesiapa sahaja yang ingin ke al-Aqsa, saya suka mencadangkan agar membawa al-Quran untuk di wakafkan di al-Aqsa kerana insyaAllah, setiap naskhah yang diberikan akan dimanfaatkan.

P1000139 

Budaya membaca al-Quran di al-Aqsa.

P1000138

Saya sempat merakamkan detik-detik ini. Rezki bagi beliau yang Allah gerakkan hatinya untuk membawa al-Quran ke al-Aqsa.

8 comments:

Wan said...

salam ustaz, saya nak kirim sedeqah untuk rakyat susah di sana sementara ustaz masih di sana, boleh tak? bagaimana caranya?

Jafar said...

Asalamualaikum Ustaz,
tolong sampaikan salam kpd semua jemaah dlm rombongan ustaz ke palestin terutama kpd saudara2 saya dari SS4...Hj Osman, Cikgu Othman, Hj Hamzah, Hj Arif dan pasangan2 mereka. Syukur semasa masuk ke israel cuma 2 jam aja....sekian wasalam drp jafar SS4

Putri Syawal said...

Salam ustaz... Selalu bukak blog ustz ni Sebab nak tau cerita ustz d palestin.
Ustaz nak tanya alquran Yang kita wakafkan dekat masjilharam kalu dikeluarkan so alquran tu dorang letak dekat mn ustaz?..
Tq ustaz..

Anonymous said...

salam, semoga terus istiqamah dlm perjuangan.

atira said...

Assalammualaikum ustaz. post ni buat saya tak sabar nak ke sana. harap2 ada rezeki insyaAllah

nurul said...

assalamualaikum ustaz, saya nk tnya, hdis bkhri dan mslim ksmuanya ada brpa ?... hrp bls ya ustaz.. trima ksh

Anonymous said...

Betul betul ustaz.

Ada beberapa kwan saya, antaranya suka beri hadiah. Kdng2 kita tak perlukan. Kdng2 kena beritaunya supaya x membazir & klu org perap/tak gunakan hadiah tu bukan ke rugi aje.

Sbnarnya klu nak beri hadiah kena tengok situasi. Cthnya sejadah , sbb mostly org2 kita bab sejadah depa kurang peka, kdng2 dah berserabai, lusuh, masih digunakan. Mentang2 letaknya kat bawah, tak perasan, banding hadiah tudung yg mahal2 tapi x menepati syarat.

FAIZMIN said...

quran yg x cop saje, pihak masjid akan keluarkan

 Alhamdulillah syukur di atas pembukaan Kapal Dive Lodge dibawah selian Ustaz Muhamad bin Abdullah atau lebih dikenali sebagai Ustaz Amin ...