Sunday, June 24, 2012

Universiti Kehidupan 223 – “Kisah Matahari Yang Pernah Berhenti..”

Setelah Nabi Musa dapat membawa kaumnya, Bani Israel keluar dari Mesir, baginda Musa menuju ke Baitul Maqdis.

Sampai di sepadan Baitul Maqdis, mereka mendapat tahu bahawa Baitul Maqdis diperintah oleh seorang raja yang zalim

Oleh sebab trauma dengan raja Firaun yang menindas mereka, Bani Israel tidak berani untuk masuk ke dalam Jerusalem.

Mereka menyuruh Nabi Musa pergi seorang diri dan selepas itu tidak lagi didengari perkhabaran nabi Musa.

Bani Israel terkontang kanting kerana tiada yang dapat memimpin mereka. Akhirnya Allah melantik Nabi Yusak memimpin mereka untuk menuju ke Jerusalem. Mereka berperang dengan kaum Kan’an yang perkasa.

Mereka berperang pada hari Jumaat dan ketika sampai petang, mereka belum memperoleh kemenangan sedangkan bagi Bani Israel, mereka tidak boleh bekerja atau membuat apa-apa pada hari Sabtu, maka Nabi Yusak bermunajat kepada Allah hingga Allah memberhentikan perjalananan matahari untuk mereka sehinggalah mereka dapat menundukkan kaum Kan’an yang mereka hadapi.  Peristiwa ini disebut di dalam hadis yang diriwayatkan oleh Ahmad (Musnad Ahmad, kitab Baqi kitab al-Mukatthirin)

عَنِ ابْنِ سِيرِينَ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِنَّ الشَّمْسَ لَمْ تُحْبَسْ لِبَشَرٍ إِلَّا لِيُوشَعَ لَيَالِيَ سَارَ إِلَى بَيْتِ الْمَقْدِسِ

Dari Ibnu Sirin dari Abu Hurairah dia berkata, Rasullullah saw bersabda, sesungguhnya, matahari tidak pernah berhenti untuk manusia melainkan pada Yusyak ketika perjalanan ke Baitul Maqdis.

Hari ini, 21 Jun 2012, saya dan ahli rombongan melalui tempat kejadian yang disebut di dalam hadis ini.

Ia berada di Bet Shemesh. Bet bermaksud rumah dan Shemesh bermaksud matahari.

Melalui kawasan ini menjadikan kami dapat menghayati kisah para Nabi terdahulu dan dapat kita menyaksikan keagongan Allah yang membuat apa sahaja yang Dia kehendaki.

Sesungguhnya, kita dari Allah dan akan pulang kepada Allah jua.

Yang merasakan kebesaran Allah ketika hidup adalah yang akan mendapat kasih sayang Allah ketika mati, tetapi yang merasakan keagongan dunia ketika hidup akan ditinggalkan keseorangan tanpa pembelaan dari Allah ketika mati.

Seperti sejarah Nabi Yusak, sesungguhnya Allah Maha Berkuasa..

“Universiti Kehidupan, Pengajian Sepanjang Hayat”

Al-faqir Ila Rabbihi

Muhamad bin Abdullah

Sadeen Hotel, Amman

24 Jun 2012 jam 9.15 pagi

IMG_3377

Ke Bet Shemesh, lokasi peperangan Bani Israel dengan kaum Kan'an sehingga Allah memberhentikan matahari untuk mereka

IMG_3378

Kawasan ini tidak jauh dari Tel Aviv dan Jaffa

5 comments:

atira said...

Subhanallah.

ustaz sy nktanya apa maksudnya bani israel x boleh buat apa2 pada hari sabtu?

Anonymous said...

Alhamdulillah, dapat ilmu.

Anonymous said...

Assalam ustaz,

Semuga di ranmati Allah.

Banyak ilmu dapat dari blog ustaz.

Terima kasih.

Semuga dalam redha dan perlindipungan Allah.

Jazakaullah

sri said...

Salam Ustadz, mohon kebenaran ustadz utk saya menterjemahkan tulisan ini dlm bahasa Inggeris. Saya post link ustadz di FB, ade rakan Amerila, keturunan Jew yg pergi ke link ini, tapi tidak dpt baca/memahaminya. Harap balas dgn kebenaran utk sy beri dia my translation of your narrative. TK.
p.s. Sy akan hantarkan translated version kat email ustadz, kalau tak keberatan.

FAIZMIN said...

teruskan mengutip sirah2 nabi sepjg ziarah ni, untuk kami hayati bersama

 Alhamdulillah syukur di atas pembukaan Kapal Dive Lodge dibawah selian Ustaz Muhamad bin Abdullah atau lebih dikenali sebagai Ustaz Amin ...