Tuesday, April 26, 2011

Diari 306 - Perjalanan Baru Universiti Kehidupan

Banyak perkara tidak sempat saya kongsikan akhir-akhir ini. InsyaAllah, jika ada kelapangan nanti, kita akan teruskan.

Kala ini, saya sedang dalam perjalanan ke Krabi Thailand kerana menyempurnakan rakaman program Usrah TV9 dengan tajuk-tajuk yang santai yang di sekeliling kita.

Rakaman akan bermula pada 27 April hingga 29 April. Keluar dari Thailand, pada 30 April, saya akan terus ke Kelantan di dalam program lawatan pondok dan tempat pengajian.

Dan 1 hingga 4 Mei, insyaAllah, saya akan menyambung pengambaran Usrah di Johor Bharu. Tamat program bersama usrah, insyaAllah saya akan ke Singapura di dalam program dua hari di sana.

Bertemu kembali di dalam penulisan yang lebih aktif pada 7 Mei nanti.

Sesungguhnya, banyak perkara yang boleh diambil pengajarannya di dalam pengembaraan ini, kerana sesungguhnya, kehidupan ini merupakan universiti yang cukup luas dan saya namakannya sebagai...

"Universiti Kehidupan"

Pohon di doakan perjalanan kita semua, amin....

"Diari Merakam Sejarah Mencatat Kenangan"

al-Faqir Ila Rabbihi
Muhamad bin Abdullah
Jitra Kedah
26 April 2011 jam 12 tengah hari

3 comments:

boxhousestudio said...

yang benar ustaz amin...universiti kehidupan...
jauh berjalan luas pandangan...balik nanti kongsi cerita, kongsi ilmu....BHS berdoa agar perjalanan dakwah di rahmati dan di berkati dan berdoa agar cepat proses mendapatkan bas untuk anak anak tanggungan semua...ameenn Ya Rab...

Anonymous said...

Maaf ye box... whoever gambar tu, mmg cantik...wlu berpurdah. To think.

kak ma

Icha said...

Ustaz saya nak tanya beberapa soalan
1. Suami saya berhasrat nak kawin lagi satu, tapi saya tak bagi, sbb suami saya sangat sibuk dalam bekerja sampai2 takde masa dengan kami anak beranak. Terutama masa dengan anak2. Walaupon hari dabtu dan ajad pon fia bekerja. Sbb dia bekerja sendiri. Start kerja dari pukul 7.30am smp pukul 1or 2 pagi. Skrg ni tibe2 suami saya terjunpa dengan seorang janda ni dan janda bi selalu menceritakan problem2 hidup dia dan skrg husband berhasrat mengawini dia. Skrg ni suami saya pon takde masa nak jaga kami anak beranak nak jumpa anak2 dia. Apa lgi klo nanti dia fah berkawin lain saya confrim langsung takde masa dengan kami.
Berdosakah saya mengahalang suami nak berkawin lain?
2. Ketika dalam dilema suami nak kawin lain saya ada bercerita dengan kawan saya suami istri sbb saya tak tahu nak bercerita dengan siapa. Berdosakah saya menceritakan masalah rumah tangga pada orang lain?
3. Di sebabkan suami bak kawin lain saya ada bergaduh dengan suami sbb mempersoalkan dia, keluar malam2 dengan janda tu tengok movie, dan selalu keluar makan malam dengan janda tu. Dan suami marah kemudian menapar saya 2 kali smp mulut saya berdarah. Patutkah suami saya berbuat demikian.?
4. Suami sekarang selalu berbohong dengan saya, dia selalu sangat keluar dengan janda tu tapi dia bagi tahu saya dia ada kerja. Dan skrg memang suami langsung takde masa dengan kami terutamanya anak2.
Apa patut saya buat ustaz?

Terima kasih atas pandangan ustaz.
Saya sekarang tengah dalam dilema.
Sbb saya tak sanggup di madu oleh suami dan saya pon tak sanggup bercerai dengan suami sbb sayang dia and kasihan dengan nasib anak2.

 Alhamdulillah syukur di atas pembukaan Kapal Dive Lodge dibawah selian Ustaz Muhamad bin Abdullah atau lebih dikenali sebagai Ustaz Amin ...