Tuesday, April 5, 2011

Sirah 9 – “Siapakah Yang MengIslamkan Bangsa Monggol…”

Kita biasa dengar mengenai Islamnya bangsa Monggol, tapi kita jarang dengar siapakah yang mengIslamkannya. Hari ini kita akan berkongsi kisah seorang yang sangat berjasa di dalam dunia Islam, orang yang berusaha mengIslamkan bangsa Monggol, dia adalah Syeikh Saifuddin al-Buharzi.

Syehikh Buharzi berasal dari wilayah Horasan (kini di bawah Negara Iran). Dia seorang yang sangat alim dan tinggi ilmunya. Jiwa muda yang dahagakan ilmu menjadikannya sentiasa merantau dari satu tempat ke satu tempat, dari satu guru ke satu guru hinggalah beliau bertemu dengan guru yang menjadi pembimbingnya iaitu Syeikh Najmuddin al-Kubra di Khuraizm (kini di bawah Turkeminstan).

Syeikh Buharzi belajar dan mendapat bimbingan dari gurunya ini hinggalah ketika monggol mula menyembelih umat Islam di Negara mereka.

Ketika Monggol mula sampai ke Khuraizm, dia member amaran agar penduduk meninggalkannya. Syeikh Najmuddin memilih untuk keluar berjuang hingga syahid dari meninggalkan dari tanahairnya. Dia kemudia memilih dua orang anak muridnya, salah seorangnya ialah Syeikh Saifuddin al-Buharzi.

“Aku perintahkan kamu agar keluar dari Khuraizm ini, pergilah kamu ke Bukhara dan di sana, ada tanggungjawab besar yang kamu akan laksanakan” kata Syeikh Najmuddin al-Kubra kepada muridnya ini.

Dengan hati yang berat, mentaati perintah gurunya, Syeikh Buharzi meninggalkan guru dan rakan seperguruannya menuju ke Bukhara. Tentera Monggol kemudiannya memasuki Khuraizm dan ramai ulama keluar berjuang dan akhirnya syahid. Syeikh Najmuddin al-Kubra syahid pada tahun 1221 masihi dan dimakamkan di Konya Urgench di Wilayah Dashoguz di Turkmenistan

Syeikh Buharzi tinggal di Bukhara sehinggalah Asia Tengah ini diperintah oleh cucu Gengis Khan, dari anaknya Chagatay iaitu Bayan-Quli Khan. Umat Islam ketika itu melihat pentingnya mengIslamkan pemerintah Monggol ini. Banyak utusan dirancang dan setiap kali utusan dakwah sampai ke Bayan- Quli Khan, pasti pulang dengan badan yang bercerai dari kepala.

Syeikh Buharzi merancang dan menghantar lagi utusan-utusan dakwah ini, hinggalah akhirnya, beliau membuat keputusan untuk memimpin sendiri rombongan dakwah ke Istana Bayan-Quli Khan.

Ketika Bayan-Quli Khan melihat wajah Syeikh Buharzi, terasa sejuk dihatinya. Dan ketika itu, untuk pertama kalinya, Bayan berkenan untuk bertanya kepada Syeikh Buharzi...

“Terangkan padaku, siapakah Tuhan?”

Surah Ikhlas di bacakan di hadapan Bayan Quli Khan, dan dengan muqaddimah soalan ini, banyak lagi soalan yang diajukan hingga kerap syeikh Buharzi mengunjungi Istana Bayan Quli Khan.

Akhirnya, tertarik dengan setiap jawapan yang diberikan oleh Syeikh Buharzi, Bayan Quli Khan mengucapkan dua kalimah syahadah, ikrar yang sama bagi setiap umat Islam di dunia ini.

Benarlah kata, Syeikh Najmuddin al-Kubra, hari itu, Syeikh Buharzi telah menunaikan satu tanggungjawab yang besar untuk umat Islam yang sebelum ini berjuang dengan darah ketika berhadapan dengan tentera Monggol ini.

Selepas membawa Bayan Quli Khan memeluk Islam, tidak lama selepas itu, syeikh Buharzi pulang bertemu Rabbnya.

Bayan Quli Khan menjadi pemerintah pertama dari kerajaan Monggol yang memeluk Islam. Setelah gurunya meninggal, dia menjadi pengembang Islam di dalam Negara-negara jajahan Monggol terutama daerah-daerah di kawasan Rusia.

Ketika hujung hayatnya, dia berpesan agar diwaktu kemangkatannya, penggantinya hendaklah memakamkannya di bawah kaki gurunya Syeikh Buharzi dan pada tahun 1358, ketika Bayan Qui Khan mangkat, dia disemadikan di Fathabad, di bawah kubur gurunya.

Berbahagialah ketiga tokoh ini, Syeikh Najmudin al-Kubra yang telah mendidik muridnya syeikh Buharzi,

Syeikh Buharzi yang telah berjasa mengIslamkan kerajaan Monggol dan Bayan Quli Khan yang akhirnya menjadi pengembang Islam di Negara-negar jajahan Monggol hingga akhirnya kerajaan Monggal menjadi Islam.

Semoga Allah berikah semangat mereka pada kita agar kita memelihara dan memperjuangkan agamaNya di akhir zaman ini, amin...

Al-fatihah buat diri kita, ibu dan ayah kita, keluarga kita dan khas untuk ketiga tokoh ini, Syekh Najmuddin, Syekh Buharzi dan Bayan Quli Khan......

“Sirah, Perjalanan Membina Sejarah”

Al-Faqir Ila Rabbihi

Muhamad bin Abdullah

Tashkent Palace Hotel, Tashkent Uzbekistan

2 Jamadil Awal 1432/5 April 2011 jam 7.30 pagi

IMG_7842

Masjid Sayfiddin Boharzi

IMG_7843

IMG_7853

Makam Syeikh Boharzi

IMG_7860

Makam Bayan Quli Khan, pemerintah Monggol yang Islam di tangan Syeikh Buharzi

IMG_7876

IMG_7858

Kenangan jemaah rombongan di hadapan masjid Buharzi

5 comments:

mumtazah said...

Syukran Ustaz kerana sudi berkongsi. Maklumat yang sangat berguna

boxhousestudio said...

sungguh lah indah dapat bersama mengikuti rombongan..mudah-mudahan dapat bersama di lain ketika tuk berkongsi pengalaman sebenar nanti...la ni BHS enjoy dulu semua gambar-gambar yang mahal ni...amin...terima kasih ustaz amin...

Anonymous said...

salam; syukran ustaz, syukran sangat, mengalir airmata membaca kesungguhan alim ulama dahulu menyampaikan islam dengan darah; hikmah dan kesabaran;

syukran ustaz

Anonymous said...

Syukran ya ustaz.. yg saya pelajari, klu tak dapat beri banyak utk dakwah, dapat tunjukkan muka yg sentiasa senyum,menegur/bersapaan dgn hemah, contoh akhlak Islam yg ok, kerana Allah, tu pun dah memadai InsyaAllah..

Anonymous said...

assalamualaikum,salam ukhuwah...Subhanallah..naik bulu roma saya apabila mbaca artikel ini..ini ckup bermakna bgi sya & akn ambilnya sbg iktibar & pedoman dlm dri saya..insya-Allah..

 Alhamdulillah syukur di atas pembukaan Kapal Dive Lodge dibawah selian Ustaz Muhamad bin Abdullah atau lebih dikenali sebagai Ustaz Amin ...