Thursday, April 7, 2011

Sekilas 41 – “Isu Budak Mati Di Pukul Guru Di Perlis..”

Ketika dalam perjalanan pulang dari Uzbekistan, saya membelek surat khabar Berita Harian yang terdapat di dalam kapal. Sehelai demi sehelai saya tatap tulisannya. Mata saya terpaku pada sebuah artikel mengenal kematian seorang anak yatim yang dipukul oleh gurunya di Perlis. Saya terpanggil untuk mengulas perkara ini kerana saya merasakan, dalam lebih enam tahun berkecimpung bersama anak yatim dan mengendalikan institute pendidikan sendiri, saya memahami apa yang berlaku.

Mula-mula kita bincangkan dahulu mengenai guru ini.

1. Kenapa guru yang bergelar ustaz ini bertindak sebegini?

2. Untuk renungan semua, tidak semua orang yang berada di dalam bidang agama adalah orang yang benar-benar menghayati agama.

3. Ini kerana, masih ada lagi trend, ibu ayah yang tidak dapat mengawal anak yang liar, yang bergaduh sana dan sini, memilih untuk menghantar anak mereka ke sekolah agama.

4. Akhirnya, ada sesetengah sekolah agama dipenuhi dengan orang yang teruk akhlaknya.

5. Tindakan ibu ayah menghantar anak mereka yang teruk ke sekolah agama adalah tepat kerana memang, agama sahaja dapat membentuk akhlak manusia. Tetapi, tidak semestinya setelah habis 4 tahun di sekolah tersebut, anak ini telah benar-benar baik.

6. Masalah yang timbul ialah, apabila seseorang itu tamat di mana-mana tempat, dia terus diamanahkan dengan tugasan seperti menjadi warden atau menjaga anak-anak yang memang nakal

7. Ini berikutan pihak pentadbiran sekolah hanya mampu membayar gaji yang murah kepada golongan ini.

8. Masalah akan lebih menjadi berganda apabila guru ini tidak mendapat latihan lanjutan atau bimbingan dari guru yang lebih senior. Dia diamanahkan dan dibiarkan dengan amanah yang berat itu.

9. akhirnya, apa yang berlaku? Dia bukan menjadi orang yang pandai memilih cara mendidik. Oleh kerana dia biasa memukul atau dipukul, maka itulah satu-satunya tindakan dan cara yang dia tau.

10. Jika perkara ini tidak dikawal, maka berlakulah seperti yang berlaku di Perlis, kematian anak yatim yang dipukul oleh gurunya.

Sekarang mari kita memahami pula keadaan anak yatim ini.

1. dalam enam tahun mengendalikan rumah anak yatim, saya memang mengakui bahawa kebanyakkan anak yatim agak nakal. Saya yakin bukan sahaja saya, malahan penjaga anak-anak yatim akan mengakui keadaan ini.

2. Dua sebab kenapa dia menjadi nakal, pertama kerana kurang kasih sayang dan mereka inginkan perhatian, yang kedua kerana sudah tidak ada ayah yang dia rasa takut, sebab itu dia boleh buat apa sahaja.

3. Kadang kala, ada keadaan anak yatim yang tidak nakal, tetapi kita anggap nakal seperti keinginannya untuk membeli itu dan ini. Ketika melihat kawan-kawan lain membeli ice cream, sudah tentu dia juga menginginkan demikian, tetapi oleh kerana tidak ada keluarga yang memberinya wang, dia akan mula mengambil barang orang lain.

4. Selain itu, naluri anak-anak yang menang banyak main, kita akan anggap dia nakal.

5. Jadi, kita tidak boleh hanya menyalahkan anak-anak ini tanpa melihat sebab kenapa dia menjadi begini. Memang perlu menghukum tetapi salah mereka mungkin bukan 100%.

Jadi, faktor guru yang kurang kualiti, ditambah dengan anak-anak yang nakal, maka jadilah perkara yang tidak wajar seperti memukul sehingga mati.

Apa jalan penyelesainnya?

1. Bagi anak yatim, satu formula yang kita amalkan di Yayasan al-Ijabah, bukan asli dari saya, tapi amalan ulama Hadramaut Yaman, amalkanlah selawat dan ia sangat berkesan di dalam mendidik jiwa anak-anak yang nakal, saya telah saksikan sendiri keberkatan selawat ini di dalam menjaga anak-anak yatim kita.

2. Bagi pentabdir sekolah, kena perhatikan latar belakang seseorang guru yang ingin diambil. Jangan kerana terlalu murah gajinya, kita terus bersetuju.

3. Bagi ibu ayah yang punyai anak yang nakal, bantulah anak untuk terus memahami agama, dan jangan ingat dia telah hafiz al-Quran, habis diploma di kolej swasta dan sebagainya, dia telah dapat membentuk akhlaknya, kita kenal anak kita dan kita kena terus bantu dia di dalam memperbaiki dirinya.

4. Bagi kerajaan, guru yang telah memukul sehingga mati anak yatim ini perlu dikenakan tindakan yang sewajarnya untuk menjadi iktibar pada yang lain.

5. Bagi kerajaan, perlu berikan bantuan kepada sekolah-sekolah sebegini, paling kurang sediakan kursus untuk guru-guru mereka. Ada banyak perkara yang perlu kita pelajari dan fahami dair perkara yang berlaku seperti ini.

6. Bagi kerajaan, usahakan untuk meningkatkan ekonomi orang Islam sebab dari pengamatan saya, kebanyakkan gejala begini berlaku dari golongan yang susah atau sederhana. Oleh kerana keperluan harian pun tidak cukup, maka mereka tidak akan dapat menumpukan pembangunan ilmu dan pengalaman.

7. Bagi kita semua yang punyai kemampuan, banyaklah bersedakh dan membuat wakaf utuk umat Islam agar mereka dapat membangunkan usaha mendidik anak bangsa dengan sebaik-baiknya.

Sekilas Mewarkan Peristiwa”

Al-Faqir Ila Rabbihi

Muhamad bin Abdullah

Shah Alam

4 Jamadil Awal 1432/7 April 2011 jam 12.00 tengah hari

20 comments:

Salmi said...

setuju

boxhousestudio said...

assalamualaikum ustaz

apakah hikmah di sebalik kejadian ini...

apa sebenarnya yang ALLAH nak tunjukkan pada kita?...

adakah pendekatan dulu dulu murid di pukul guru untuk pengajaran sudah tidak boleh di guna pakai?

atau guru itu sendiri punyai tekanan perasaan/mental yang tidak nampak dipandangan mata kasar kita?

boxhousestudio said...

ustaz amin

formula dari hadramaut tu saya suka...suatu hari nanti saya nak dengar anak anak itu semua berselawat...teringin sangat sangat...Insya ALLAH ya ustaz...

ZA said...

Siapa kita, bagaimana cara kita dididik. Jika dr kecil dididik seperti kasar, tegas, berdisiplin, atau kasih sayang dsbnya, maka kita membesar dengan sifat2 tersebut. Sedihnya, mengikut lapuran anak ini merayu kpd ustaz supaya berhenti mendera dia. Perlu juga kita ingat bhw anak2 skrg lembik dan tidak kuat dr segi mental dan fizikal (kena hujan pun boleh demam). Tidak spt zaman datuk nenek kita dahulu.

Anonymous said...

setuju selawat nabi boleh melembutkan jiwa2 yg tandus gersang dr mengingati ALLAH.perbaikilah adab2 kita dlm menuntut ilmu...walaupun 20 tahun.fekah atau lain2 cabang ilmu anytime anywhere boleh belajar.sayangilah guru2 santunilah yg muda2...memang mendidik anak yatim susah cabaran byk...sebab syurga tu mahal ...dapat duduk sebelah rasullullah saw isyarat jari baginda jaritelunjuk dgn jari hantu...tak pandai aku nak komen byk2jika salah tlg betulkan.

kosultant koperasi said...

pali7x: sy setuju dgn pandangan awak ttng stment no 3 tu...bg sy guru tu tak berniat tuk buat begitu..sbb dia msh berperikemanusiaan...melawat dn sebagainye..kalau budak trlampau nakal sape2 pn akan hilang kesabaran dn bertindak di luar batasan..bkn ustaz tu sorng je...orng lain pn mybe sama..

Anonymous said...

1- adakah 100% ayat di dada akhbar boleh di percayai

2- 100% bukan situasi sebenar

Anonymous said...

saya setuju dgn ustaz..sgt faham dgn kanak2 yg nakal.. diberitakan kanak2 itu telah beberapa kali mencuri mungkin guru itu juga ingin memberikan hadiah yg sikit berkesan agar kanak2 itu tdk mengulangi lg..tp yelah muda lg atau guru itu juga jenis panas..tanpa disedari sudah terlebih melepaskan geram.. Sebab sy mengakui guru ini mmg baik tp mungkin jiwanya jenis panas..sebab sy pun jenis panas..jgnkan anak org yg nakal.. anak sy sendiri pun saya rotan sampai puas hati ..selepas itu saya menyesal dan kesian.. selalu berjanji ingin bersabar sedikit.. tp krenah anak2 ini mmg mencabar.. akhirnya berulang2 melakukan perbuatan yg sama..
sepatutnya kita harus consider atas kepayahan guru itu mendidik anak itu..sedangkan ayahnya masih ade lagi berjumpa ank pun last sekali tahun lepas.. guru itu sendiri menjemput ayah kanak2 itu..dan mohon maaf.. mungkin ini harus menjadi iktibar utk mengingatkan kita terutama sy dlm mendidik anak.. kdg2 tdk sedar terlebih dlm menghukum..sebelum terlambat

Anonymous said...

polis x dpt bukti mengatakan guru itu penyebab pendarahan dalam otak

pihak hospital mengatakan pendarahan otak tersebut kesan luka yang lama...

guru tersebut dilepaskan dengan ikat jamin

fakta yg x didedahkan oleh pihak akbar

menunjuk akbar mengada-adakan cerita supaya nampak cikgu tersebut mendera dengan ganas

lily_mawar said...

Dalam soal menghukum murid2 yg bersalah, kenapa tidak gunakan psychology ... misalnya kenapa budak itu mencuri ... dengarkan alasan nya ... dan apakah memukul dgn kejam pada kanak2 yg berumur kebawah 10thn itu dpt mendidik, tidakkah ia akan meninggal kesan pada psychology kanak2 itu apabila dia membesar kelak ...

Rizman said...

Jika perlu memukul untuk mengajar, jelas sangat yang memukul belum cukup ilmu untuk mengajar. Orang takda otak saja yang pukul anak kecil tanpa belas kasihan sehingga mati, tak kisahlah sebab pendarahan yang lama atau tidak. Budak kecil bukan binatang seperti anjing, bila dipukul baru faham. Kenapa sampai perlu ikat dan bantai sampai lembik. Tak fikir ke impak psikologi terhadap anak-anak kecil ni nanti, bila membesar dengan cara yang kasar dan barbarik.

Sepatutnya sekolah-sekolah pondok ni di monitor sepenuhnya dan guru-guru yang diambil perlu ditauliahkan secukupnya. Tak cukup dengan sekadar mengaji kitab agama tapi cara pemikiran masih di takuk lama.

Anonymous said...

http://www.mygamis.net/2011/04/kematian-adik-saiful-apa-ceritanya.html

anuarkarim said...

setuju dgn apa yg ustaz huraikan, semoga ia jadi pengajaran kepada pihak yang berkaitan

Anonymous said...

http://www.mygamis.net/2011/04/kematian-adik-saiful-apa-ceritanya.html

wallahualam~

Anonymous said...

berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul

Anonymous said...

saya setuju dengan kenyataan ustaz. sebenarnya anak yang baru kematian ayah atau ibu memang rasa mereka tidak mendapat kasih sayang yang cukup. Ini perlu dibantu oleh keluarga dan sahabat handai untuk menanganinya. Anak lelaki saya berumur 9 tahun semasa ayahnya meninggal dunia, memang dia buat perangai sampai hati saya tertekan..namun sokongan keluarga saya yang kuat dan doa saya semasa menunaikan haji tahun lepas amat membantu perangainya berubah..Alhamdulillah sekarang beliau amat memahami saya dan psikologi perlu digunakan untuk menangani anak ini bukan pukulan / herdikan.

Anonymous said...

assalamualaikum ustaz dan semua pembaca....

saya ada soalan sikit..bagaimana pula dengan murid yang baru tahun 3 tetapi tetap dipukul,diherdik, ditarik rambutnya dan ditendang guru? boleh dikatakan guru tu memang panas baran giler kata orang sekarang. pantang ank muridnya silap sket trus je mngamuk. silap budaktu cuma tersalah eja perkataan dlm buku. apa,besar sgtke salah budak tu? malah, saya sendiri pernah nampak guru tersebut menendang seorang murid kerana berjalan kaki semasa pertandingan larian desa di sekolah. bagaimana murid nak hormat guru kalau mcmtu?

perkara tu dahpun diajukan masa meeting PIBG,tapi smpai la ni dok senyap jee..Lagi satu, guru amat tegas dlm soal kebersihan murid. bagus alhmdlh. cuma yg hairannya..adakah yg dilarang, ditegur dan yg dilampirkan dlm undang2 sekolah hanya untuk murid, tidak untuk guru?

contohnya..rambut. kalau murid lelaki rambutnya boleh digenggam aje,terpacak sikit ke.. dah kena denda,siap kena gunting lg masa assembly.ok bagus tuu. tapi kalau guru lelaki yg siap rambutnya pakai gel terpacak , flat top lg..xpe pulaktuu!! soal baju..murid selekeh kena denda..ok fine. guru pulak mcamne? dgn misai janggut yg xterurus..kempimpinan melalui tauladan cikgu!!

kalau dpt pulak gurubesar perempuan, (bukan semualaa)..bukan nk buat cerita, guru yg mengajar di sekolah yg ada gurubesar perempuan tu sendiri yg komplen..byk sgt syarat. sampaikan ada guru yg mintak dipindahkan sekolah, xthn sikap gurubesarnya yg terlalu cerewet. mak sayapun dulu gurubesar jugak..xde pulak cerewet mcmtu. sepakat aje. sampai la ni kamceng lg dengan guru seangkatannya.

entahlah..sy bukan anti guru..sy sendiri anak guru. cuma guru dahulu dgn guru skrg jauh beza. guru dulu mendidik kerana allah dan tanggungjwb. guru skrg kebanyakannya (bukan semua) mendidik untuk gaji tiap bulan. renung2kanlah....halal tidaknya gaji yg diperolehi.

piMple Gel said...

salam,,sya ras terpnggil untk mmberi sedkt coment,,walaupun sya hnya rmaja,,dan mgkn xthu apa2..menurut imel yang sya dpat dr sebuah persatuan swsta yg berada di selatn tnh air..menurut ap yg dtulis.stdnt tersbt tdk di dera,tetapi di kurung selama 2jam.dan mgkn sdh mnjdi trend zamn moden ini,,ank2 tdk boleh dipukul walaupn sdkt..tetapi kepincangn sosial smkn hr smkn truk..so kita renung2 kn la.apa yg ptut kita buat untk melhrkn ank bngsa yg cemrelng dr segi lahiriah dan rohaniah.

Amir Al Shams said...

salam hormat...yup betul kata ustaz,saya asal skola arab di perlis..kebanyakkan dr kawan2 nakal n buruk akhlak byk jadi guru atau ustaz atas ijazah mereka...apa yg saya musykil kalau dah ada guru yg mngatakan di facbooknya mereka yg byk buat perangai baru ada kehidupan n yg byk ikut peraturan tak ada life..sbb itu bila yg teruk mengajar yg teruk akibatnya adalah parah...bilamana ijazah yg diterima tak berserta akhlak yg mulia adalah tak berguna untuk mendidik...maka akan hancurlah sistem pendidikan...kebanyakan yg menjadi guru cuma untuk kerja senang sedangkan dia tak tahu yg tanggungjawab itu akan dipersoalkan...salam hormat...

Anonymous said...

kepada pimple gel : awak pernah tak d kurung dalam bilik selama 2 jam?? d manakah rasional nya hukuman tersebut.. kita menghukum utk mengubah, bukannya utk menyiksa

 Alhamdulillah syukur di atas pembukaan Kapal Dive Lodge dibawah selian Ustaz Muhamad bin Abdullah atau lebih dikenali sebagai Ustaz Amin ...