Tuesday, April 19, 2011

al-Ijabah 93 - “Keperluan Bas Menggantikan Yang Asyik Rosak…”

Isnin 18 April 2011 jam 8.00 pagi, saya sedang mengulangkaji bab kekeluargaan kerana jam 10.00 pagi ini, saya akan bersama dengan radio IKIM.fm di dalam segmen “Suri” membicarakan hak-hak wanita.

Telifon saya berdering, rupanya Firdaus, pemandu bas al-Ijabah memberitahu bahawa bas pagi ini tidak dapat dihidupkan.

Sebenarnya bas ini memang sering rosak, dalam sebulan pasti ada dua tiga kali, kali terakhir ia rosak ialah pada hari Jumaat, dua hari sebelum. Padahal kita telah memanggil makanik bas dan tak tahulah apa lagi pagi ini.

Saya terus mengaturkan semuanya. Ada yang ditugaskan memastikan agar sarapan dan makanan tengah hari diseliakan, ada yang ditugaskan untuk mengambil makanik, ada yang ditugaskan untuk memastikan pelajar-pelajar terus dengan pembelajarannya.

Hingga jam 10.00 pagi, beberapa minit sebelum bersiaran di IKIM barulah selesai semua.

Ketika turun dari studio IKIM, selepas selesai keudara di IKIM, saya merenung pohon-pohon hijau sekitar bagunan IKIM ini.

“Dah sampai masanya kena beli bas lain, kalau asyik rosak-rosak dan rosak, banyak perkara akan terbantut” bisik hati saya.

Petang ini, setelah habis beberap mesyuarat di Kuala Lumpur, saya singgah di Segambut, di syarikat penjualan bas.

Saya melihat beberapa bas di sini. Walaupun kewangannya belum ada, tapi ia pasti ada jika telah sampai masanya. Itulah sifir kehidupan di dalam menguruskan pusat pendidikan dan anak yatim ini. Sama seperti ketika kita mengusahakan coaster bagi asrama perempuan pada Januari lalu, sampai masanya, pasti cukup keperluan itu.

Pulang ke rumah, jam 10.00 malam saya keluar lagi, melihat sebiji lagi bas di Seputeh. Kondisinya baik dan tuan bas ini menjaganya dengan cermat, cuma keperluan membeli bas yang lebih baru menjadikan ia perlu dijual.

Saya melihat kondisi dalam bas ini, walaupun ia sudah berumur 10 tahun, tapi kelihatan masih baik dan cantik.

“Bolehlah, asal tak rosak ok lah tu….” kata saya.

InsyaAllah, sesiapa yang ingin bersama-sama di dalam usaha ini, dialukan, semoga, setiap hari anak-anak tahfiz dan anak yatim Ijabah ini pergi menuntut ilmu, menjadikan sahamnya turut mengalir pada kita.

Satu hari nanti, jika antara mereka menjadi ulama besar, selagi mereka berdakwah dan berjuang, selagi itu sahamnya sampai pada kita dan mungkin ketika itu kita sudah berada di alam yang lain.

“al-Ijabah, Bersatu Kita Berbakti”

Al-Faqir Ila Rabbihi

Muhamad bin Abdulllah

Putra Heights

16 Jamadil Awal 1432/19 April 2011 jam 12.45 tengah malam

IMG_8903

IMG_8910

IMG_8898

Bas yang dilihat agak baik dan cuba diusahakan untuk pembelian..

7 comments:

a.j said...

salam ustaz, mcm mana kalau nak buat sumbangan pada pembelian...? walaupun tak banyak...sikit sikit pun setakat kemampuan diri ini lah rasanya.....

◤därkspidєrz◥ said...

assalamualaikum ustaz..
ya, sy juga ingin mbuat sumbangan kewangan wlp sedikit..
mudah-mudahan dgn ptolongan yg dihulurkan..dpt juga ustaz mbeli bas tersebut..

minta tlg ustaz berikan cara utk kami sama2 mbantu sekurang2nya meringankan beban utk mbeli bas..

Anonymous said...

Salam ustaz, berapa harga anggaran sebuah bas yang baru seperti dalam gambar tu

Ziela said...

salam ustaz,bagaimana cara untuk menghulurkan sumbangan?

Anonymous said...

salam,
saudara/i sekalian,
boleh lihat sebelah kanan blog ustaz untuk no a/c Al-Ijabah.

Terima kasih,
mayang

Anonymous said...

Assalamualaikum ustaz. Rancangan Usrah ustaz tu kat TV9, selain Jumaat 1.00 thari ada tak ulangannya?

Boleh tak ustaz suarakan/dakwah2kan kat TV9, masa tu tak sesuai sbb remaja/org lelaki sdg solat. Klu isteri2 atau mak2 yg tengok, dia org yg akan sampaikan kat anak2 atau suami masing2.. susah sikit le. Biar le depa sendiri yg tengok & nilaikan.

Tk ustaz.. harap TV9 tak pentingkan bayaran iklan2 aje.. mmg le ganjaran drp iklan2 kurang kot, tapi ganjaran Allah bukankah sangat tinggi? Kan ustaz?
Tk

Anonymous said...

salam ustaz. semalam saya tengok rancangan ustaz ditv9 jadi saya ada masaalah berkenaan hak jagaan anak.
1. saya sudah menfailkan di mahkamah tggi shah alam.
2. sebelum berpisah isteri sering meminta cerai dari sy tetapi sy tak beri kerana fikirkan anak2 nanti susah kalau kami berpisah. sy tak tahu knp beliau ingin sgt cerai dari sy sehingga sy dapat tahu dia telah curang dgn keluar bersama lelaki lain maka terpaksalh saya melepaskanye setelah sy meminta nasihat dari pejabat ugama ape yg sy harus lakukan.
3. jadi disini ustaz bolehkah sy mohon untuk menjaga semua anak2 sy kerana sikapnya yg panas baran selalu memukul dan memaki hamun anak dgn bahasa yg tidak elok. juga saya risau akidah anak2 kerana isteri tidak menjaga sembahyang dan juga auratnye walau sy telah menegurnye. sekarang anak2 dibawah jagaan ibu mertua atas arahan pihak polis.
4. sebelum berpisah saya telah membuat 2 laporan polis kerana beliau telah menikam dan menyerang saya dgn pisau dan parang.
harap ustaz dapat membantu saya.
terima kasih

 Alhamdulillah syukur di atas pembukaan Kapal Dive Lodge dibawah selian Ustaz Muhamad bin Abdullah atau lebih dikenali sebagai Ustaz Amin ...