Sunday, June 24, 2012

Universiti Kehidupan 222 - “Berhati-Hati Pada Pengkhianat..”

21 Jun 2012, saya bersama rombongan Universiti Kehidupan al-Quds ke 8 melalui lebuh raya  (no. 1) ke Nazareth, perkampungan Nabi Isa a.s.

Kami melalui satu kawasan bernama Abu Ghous.

Penduduk di Abu Ghous pada tahun 1948 pernah mengkhianati bangsa, agama dan negara sendiri, bekerja sama dengan orang Yahudi, menumbangkan orang Islam yang sedia ada,  di dalam usaha menubuhkan negara Israel.

Saya teringat kata-kata orang Turki…

“Din Ma Fi, Iman Yok, Arab Khianat..”

Ini adalah kata-kata yang cukup terkenal di kalangan orang Turki ketika kejatuhan negara-negara Khilafah Uthmaniah.

Ayat ini bermaksud:-

“Tak ada agama, kurang iman, dan Arab itu pengkhianat…”

Sejarah menyaksikan pengkhianatan Abu Ghous.

Jadi, kewujudnya negara Israel bukan kerana Yahudi itu semata-mata, tetapi ada pengkhianat-pengkhianat dari bangsa Arab Islam yang membantu mereka.

Apa hasilnya? Sedikit imbuhan yang diterima tetapi negara hancur.

Di setiap tempat dan zaman memang ada pengkhianat seperti ini. Mereka akan bekerja bersama musuh yang dirasakan dapat memberi keuntungan kepada mereka.

Tindakan mereka silap kerana mereka berurusan dengan orang yang memang mahu melihat umat Islam itu jahanam.

Dalam bahasa al-Quran, golongan pengkhianat ini disebut sebagai munafiq yang manis mulutnya, takjub ucapannya, tetapi mereka sebenarnya sedang berusaha bersama musuh menjahanamkan saudara mereka sendiri.

Mereka rela bekerja bersama orang kafir kerana sakit hati dan dendam sesama Islam.

Meruntuhkan sesuatu sangat mudah dibandingkan membina sesuatu. Sesuatu yang telah terlepas, tidak mudah untuk diambil semula.

Berhati-hatilah dengan 5 perkara kerana ia adalah musuh orang beriman.

1. Syaitan

2. Nafsu

3. Orang kafir

4. Orang munafiq

5. Orang Islam yang hasad

 

Orang tua-tua  kita pernah memberikan satu ibarat yang cukup bermakna

“Hanya kayu yang akan dapat menjahanamkan kayu..”

Ibarat ini dirujuk kepada sebuah kapak yang menebang pokok. Tanpa batang kapak yang biasanya dibuat dari kayu, maka kapak tidak akan dapat menebangnya.

Banyak bangsa-bangsa muslim hancur hasil dari pengkhianatan. Lihat contoh kejadian Baghdad dilanggar Monggol, lihat sejarah tumbangnya kota Andalusia.

Lihat sejarah ini dan kita akan lebih matang di dalam hidup kita kerana sejarah pasti akan berulang…

 

“Universiti Kehidupan, Pengajian Sepanjang Hayat”

Al-faqir Ila Rabbihi

Muhamad bin Abdullah

Sadeen Hotel, Amman

24 Jun 2012 jam 6.45 pagi

IMG_3363

Kota Abu Ghous, golongan yang membantu Israel pada tahun 1948

IMG_3372

Perjalanan ke Jaffa. Dari arah bertentangan, jalan agak jem untuk ke Jerusalem

IMG_3376

Hidup adalah satu Universiti Kehidupan…

3 comments:

atira said...

Salam ustaz, ayah sy pernah cerita kisah ni. skrg saya lebih faham. semoga Allah melindungi umat islam dari musuh seprti ini

Anonymous said...

Sampai kiamat golongan ni mmg ade ustaz.

Kita tak bole baca isi hati mereka ustaz, tapi yg mmg terang2 org Islam (biasanya sbb keturunan), bila pihak lain menegur sistem atau prgram2 anjuran mereka tak ikut Islam, tapi buat dekkk aje, malah diperlekehkan, tu mcm mana tu ustaz.

Nak ikut ke tak. Konfius juga tu.

Sesetengah yg kafir pulak nampaknya suka pada undang2 Islam cuma mereka lum diberi hidayah atau kekuatan utk revert to Muslim kerna keluarga, bangsa dll.

FAIZMIN said...

duri dlm daging org melayu telah ada semenjak zaman kesultanan Melaka (Si Kitol)

 Alhamdulillah syukur di atas pembukaan Kapal Dive Lodge dibawah selian Ustaz Muhamad bin Abdullah atau lebih dikenali sebagai Ustaz Amin ...