Tuesday, May 29, 2012

Diari 359 - “Harta Syubhat Di Dunia..”

Alhamdulillah, saya sekarang sedang menyiapkan tesis Phd saya bertajuk “Pengurusan Harta  Syubhat, Teori Dan Amalan”.

Saya berterima kasih pada penyelia saya Prof. Dr. Ahmad Hidayat yang membimbing saya di dalam tulisan ini.

Kajian ini bermula dengan banyaknya harta syubhat yang ditinggalkan oleh pak-pak Arab di bank-bank di Eropah. Mereka banyak wang tunai (cash rich), tetapi bunga dari simpanan, mereka tidak ambil kerana ia adalah haram.

Kita mungkin terkejut dengan jumlah simpanan mereka, ia mencecah berbillion dolar.

Oleh kerana simpanan itu tidak diambil, maka ada pihak-pihak yang memohon di atas nama NGO, tapi yang mengejutkan mereka adalah dari mubaligh Kristian, dan pak Arab ini, tanpa melihat latar belakang mereka, terus beri dan banyak telah diberikan kepada persatuan Kristian.

Kenapa jadi begini, kerana di dunia Islam, tidak ada lagi sebuah institusi menguruskan harta syubhat.

Isnin 28 Mei 2012, saya diajak untuk bertemu dengan Assistant Governor Bank Negara En. Abu Hassan Alshari Yahaya, membincangkan mengenai penubuhan sebuah Institusi yang menguruskan harta syubhat.

Tujuannya agar Malaysia menjadi satu hub bagi menguruskan harta syubhat secara organisasi dan jika berjaya, Malaysia akan menjadi institusi pertama di dunia menguruskan harta ini. Banyak manfaat untuk orang Islam terutama di dalam membangunkan keperluan umum seperti jalan, menyelesaikan masalah bajir dan sebagainya.

Pohon di doakan agar Phd saya segera selesai dan semoga ia dapat membantu negara di dalam menubuhkan institusi ini, dan pohon di doakan agar ia dipermudahkan Allah, amin..

“Diari Merakam Sejarah Mencatat Kenangan”

al-faqir Ila Rabbihi

Muhamad bin Abdullah

Putra Heights

29 Mei 2012 jam 7.50 pagi

meeting bank negara

Pertemuan bagi membincangkan satu usaha ke arah membantu Ummah Islamiyyah, pohon di doakan

11 comments:

Anonymous said...

Assalam Ustaz,

semuga sehat sejahtera hendak nya.

semuga pengurusan ini di permudahkan Allah.

saya ini tahu lebih lanjut lagi topik ini.

Semuga ustaz dan keluarga dalam redha Allah.

Anonymous said...

Salam Ustaz...
Amin.. semoga dipermudahkan segala urusannya insya`Allah.

Anonymous said...

Assalamualaikum w.t.b

Semoga dipermudahkan Nya... betapa sangat bernilainya research yang dibuat oleh Ustaz. Semoga umat Islam keseluruhanya mendapat manafaat dari penat jerih Ustaz (PhD adalah sangat tough bagi yang pernah melaluinya) dan dinilai olehNya sebagai ilmu yang bermanafaat (satu dari tiga perkara yang berkekalan hingga ke akhirat)

Ameen Ya Rabbal A'lamin..

Anonymous said...

Assalamualaikum wrbkt.
Mudah2an Allah mudahkan dari a sampai z demi kemaslahatan umat islam. Ameen

Anonymous said...

Ya Allah Kau permudahkanlah urusan hambaMu ini dengan kebaikkan. Semoga usahanya tidak dianiya oleh pemimpin yang zalim.

Anonymous said...

muga dipermudahkan segala urusan anta.memberi manafaat pada setiap insan.

The Black Jubah said...

Assalamualaikum Ustaz,

Idea yang sangat bernas..mana tau ada rezki Malaysia menjadi negara yang akan menguruskan duit syubhat Pak Arab tu..boleh ke kita guna duit tu untuk tolong mereka yang bukan Islam?

Purple Dreamers said...

Salam..saya doakan semoga usaha ustaz untuk PhD ini diberkati olehNya dan dibantu olehNya agar memudahkan setiap perjalanan ustaz dlm usaha murni ini...Semoga Allah merahmati hamba2 Allah yang turut sama membantu ustaz dalam usaha merealisasikan hasrat ini...Amin

Anonymous said...

Assalamualaikum

Peluang untuk salur harta syubahat dengan menyalurkan ke tabung Lebuhraya Rakyat Kota Bharu - Kuala Krai Kelantan. Sumbangan boleh disalurkan ke:

No Akaun : 0303 6010 0030 31
Bank : Bank Islam (BIMB)
Nama : Rowstead Systems SDN BHD yang akan dikenali sebagai Baldah Toyyibah(Prasarana) Kelantan SDN BHD, anak syarikat milik penuh PMBK.

Harta halal pun boleh disalurkan sebagai sedekah jariah yang akan berpanjangan pahalanya selagi mana dimanfaatkan oleh semua manusia yang menggunakan lebuhraya tersebut.

Sekian. Terima kasih

Anonymous said...

Assalamualaikum,
Ustaz, semoga usaha ustad diredhai Allah, dan dapat dimanafaat kepada uat Islam,
kita tidak mahu mubalig kristian mengambil kesempatan dengan kewangan yang diperolehi untuk menyebarkan kristian dikalangan umat Islam atau digunakan untuk merosakan negara2 Islam.

azah said...

Allahamdulillah satu usaha yang cukup bagus. Semoga dipermudahkan oleh Allah.

 Alhamdulillah syukur di atas pembukaan Kapal Dive Lodge dibawah selian Ustaz Muhamad bin Abdullah atau lebih dikenali sebagai Ustaz Amin ...