5 Feb 2012, Selepas solat Maghrib, saya terus ke hadapan mendapatkan Imam al-Aqsa, melihat saya dia terus meluru dan memeluk saya.
“MasyaAllah, bila sampai..” tanya beliau.
“Dah lima hari dan esok kami nak balik.” jawab saya ringkas.
“Mari ke pejabat saya” katanya lagi.
Saya terus memanggil para jemaah saya untuk mengikuti Imam al-Aqsa ini.
“Syeikh, sempena maulid Nabi ini, boleh tak berikan sedikit tazkirah mengenai Nabi” kata saya pada Imam Abu Yusuf.
Beliu terus memberikan kuliah di dalam bahasa Arab dan saya menterjemahkan di dalam bahasa Melayu.
Beliau menceritakan sedikit mengenai sirah-sirah Nabi dan walaupun ringkas ternyata agak menyentuh,
“Tahu apa sebabnya?’ kerana di dalam hati beliau ada rasa mencintai nabi SAW.
Kita boleh rasakan, hatta di Malaysia sendiri, kalau seorang ustaz memberikan ceramah Maulid Nabi, tetapi di dalam hatinya kurang rasa mencintai Nabi, ceramahnya hebat tetapi kurang menusuk ke dalam hati.
Tetapi jika ada seorang ustaz, walaupun ustaz kampung, tetapi di dalam hatinya ada rasa mencintai Nabi, ceramahnya mampu membuatkan orang menitis air mata dan merasa menyayangi Nabi. Kerana dia bercakap dari hatinya dan perkara yang datang dari hati akan jatuh ke hati.
Di akhir, tazkirah pendek 10 minit ini, Syeikh Yusuf sungguh-sungguh berpesan agar kita selalu berselawat pada Nabi kerana perintah berselawat itu datangnya dari Allah sendiri. Ia berdasarkan firman Allah surah al-Ahzab ayat 56.
Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikat-Nya bershalawat untuk Nabi, Wahai orang-orang yang beriman, bershalawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya
Menurut hadis Nabi SAW, jika kita berselawat sekali pada Nabi, Allah akan mengucapkan kebaikan dan keselamatan pada kita sebanyak 10 kali. Jika kita berselawat 10 kali pada Nabi, Allah akan mengucapkan kebaikan dan keselamatan pada kita sebanyak 100 kali. Jika Allah sendiri telah mengucapkan kebaikan dan keselamatan pada kita, tidak ada lagi perkara yang boleh memudharatkan kita.
Syeikh Abu Yusuf berkongsikan pengalamannya…
“Kami dikota Jerusalem ini, jika terdapat masalah dengan orang-orang yahudi, maka kami akan berkumpul di dalam masjid al-Aqsa dan akan membaca selawat pada Nabi. Inilah amalan kami dan kami telah melihat keberkatannya dan segala masalah akan dibantu Allah”
beliau menambah lagi,
Di masjid al-Aqsa ini, memang kami amalkan selawat pada setiap pagi Jumaat.
“Inilah kelebihan Selawat Pada Nabi..”
“Universiti Kehidupan Pengajian Sepanjang Hayat”
Al-Faqir Ila Rabbihi
Muhamad bin Abdullah
Hotel Yasmina Dahab
Isnin Rabu 20 Rabiul Awal 1433/13 Febuari 2012 jam 10.15 pagi
“Saya doakan semoga kamu dan dari keturunan serta zuriat kamu lahir orang yang akan bersama-sama membantu dan memakmurkan masjid al-Aqsa” doa Syeikh Abu Yusuf untuk kami semua
Kuliah ringkas Maulid Nabi tapi cukup menyentuh
Di luar makam Nabi Sulaiman yang kini menjadi pusat tahfiz bagi perempuan
8 comments:
Assalaam Ustaz,
Subhanallah ... Rindunya pada Masjiidil Aqsa.. Smg Allah menjemput ke sana lagi...
NNa
Assalam Ustaz,
Masya Allah! Tersentuh hati dengan tazkirah imam Abu Yusuf.
Semuga kami diberi kesempatan dalam ziarah Masjid Al Aqsa.
Semuga ustaz dan keluarga serta rombongan dalam rahmat dan perlindungan Allah.
Jazakaullah.
AJ
Allahumma Salli ala Sayyidina Muhammad wa ala ali wa sahbihi aw sallim..
cite bab nabi yg menyentuh syeikh nuruddin & Dr Ary Ginanjar Agustian... ustaz2 lain hatta mufti @ kadi pun... tak dpt menusuk dikalbu...
Salam Ustaz,
Saya sentiasa berharap agar dapat mengunjungi dan bersolat di masjidil Aqsa. Doakan saya.
Wassalam.
wah pak ustaz tolong tuntun kita yah....
Bismillah
Assalamuaalaikum Ustaz
Ooooo macam tu ka? Betulka? I thought I am nuts bila hiba dengar cerita Rasulullah SAW maupun cerita sahabat. Kadang2 saya malula sebab kememeh orang kata. Ada seorang ustaz cerita bab Baitul Ridhuan saya rasa macam berada di tempat tu dan lagi la saya sedih. Saya ingat sebab ustaz tu pandai bercerita.
Assalamualaikum uztaz.
Terimakasih sebab kenalkan dengan blog uztaz. Saya telah menghadiri kelas uztaz dihari selasa diyayasan restu dan amat tertarik dengan doa penutup uztaz.
Sekiranya uztaz tidak keberatan boleh uztaz emailkan teks doa penutup jemaah di yayasan restu tempuh hari.Uztaz boleh emailkan ke bayuniaga@gmail.com.
Saya rasa teks ucapan doa uztaz sangat sesuai untuk majlis penutup hari keluarga kami yang akan diadakan pada 24/ 25 March 2012.
Jazakallah Uztaz
Post a Comment