5 Febuari 2012, saya dan beberapa orang ahli rombongan menaiki monorel di kota Jerusalem menuju ke Ben Yahud St.
Duduk di hadapan saya seorang remaja sekitar umur 14 tahun, dia memakai pakaian serba hitam seperti yang selalu dipakai oleh Yahudi Ortodoks dan Kippah (kopiah kecil) di atas kepala. saya bertanya padanya.
“Kamu memang asal dari sini ke?”
“Tidak, aku dari Boston US, ayah aku hantar aku belajar di sini” jawabnya.
“Kamu belajar di Kolej atau Universiti?” tanya saya lagi.
Sambil menundukkan kepalanya seperti tidak selesa dia menjawab..
“Tak, di sekolah agama (Yahudi) di Jerusalem..”
Remaja Yahudi ini macam rasa rendah diri pula apabila dia memberitahu saya bahawa dia bersekolah di sekolah agama.
Mungkin rasa tidak ada “standard” atau “class” sedangkan diwaktu yang lain orang lain belajar Sains dan Teknologi.
Saya ingin memahami bangsa yang disebut oleh Allah di dalam al-Quran ini, banyak buku-buku saya beli di Jerusalem ini dan saya akan menulis mengenainya.
Saya teringat saranan bekas Perdana Menteri Tun. Dr. Mahathir yang menyarankan agar keperluan untuk orang timur mengkaji bangsa barat. Golongan yang mengkaji mengenai bangsa barat ini disebut sebagai “Oksidentalisme”
Orang barat rajin mengkaji bangsa timur sehingga golongan ini disebut sebagai Oreintalis. Sebab itu mereka mudah menjajah kita di Timur kerana mereka tahu cara kita berfikir, cara kita bertindak, sensitiviti kita dan sebagainya tetapi kita bangsa timur tidak banyak mengkaji dan menulis mengenai bangsa barat.
Keperluan memahami bangsa barat tidak kalah pentingnya supaya kita tidak sentiasa tertipu dengan cara jelas dan halus.
Begitu juga keperluan mengkaji bangsa Yahudi kerana saya melihat, kadang kala kebanyakkan ustaz kita, berceramah mengenai Yahudi sebenarnya mereka menanamkan kepada kita secara tak langsung mengkagumi Yahudi seolah-olah bangsa ini terlalu hebat sehingga sikit-sikit agenda Yahudi, sikit-sikit agenda Yahudi.
Padahal mereka bangsa macam kita juga yang banyak kelemahan dan tidaklah seperti yang digambarkan.
Di bawah ini saya ingin kongsikan beberapa gambar mengenai kehidupan mereka.
Monorel ke Ben Yahud St.
Yahudi Ortodoks membuat persembahan amal
Persembahan ini untuk derma synagogue (rumah ibadah) mereka.
Homeless (orang yang tiada rumah) Yahudi di Jaffa Centre Jerusalem
Dia menyediakan cawan untuk orang menderma pada mereka
Bank Israel, saya tengok “font” dan lambangnya macam RHB bank di Malaysia
Car boot sale di sini
Ahli rombongan yang saya ajak ke Jaffa Center untuk membetulkan gambaran bahawa Yahudi adalah bangsa biasa, bukan macam yang ustaz kita gambarkan sehingga dari segi “reverse psychology” seolah-olah mereka terlalu hebat sehingga seakan-akan tidak terkalah.. Ini sikit-sikit agenda Yahudi padahal kita lebih hebat dengan Iman dan Islam.
Di sini kita dapat lihat manaa-mana orang membawa senjata
Di dalam monotel
Jaffa center
Peminta sedekah di Wailling Wall di Jerusalem
Pemuda Yahudi sedang ber ‘dating”
Pemandangan di Jaffa Center..
“Universiti Kehidupan Pengajian Sepanjang Hayat”
Al-Faqir Ila Rabbihi
Muhamad bin Abdullah
Amman Jordan
Selasa 14 Rabiul Awal 1433/7 Febuari 2012 jam 8.00 pagi
3 comments:
Tkasih kerana info yg sangat berharga.
Cuma nak tau, ustaz berbual dgn remaja yahudi tu dlm bahasa apa? (maaf sekiranya ustaz dah beritau kat posting lain).
Assalam ustaz,
Semuga dalam kasih sayang Allah.
Saya nantikan penulisan ustaz selanjutnya.
Jazakaullah
AJ
As-salam mualaikum ustaz, saya dan rakan berminat nak melawat al aqsa ni. Bila ustaz nak buat rombongan lagi? Dipakejkan dgn umrah ke? Sesuai ke bawa keluarga? Harap dapat maklum pada saya di atau 0162652919
Izlan Rashid
Jazakallah ustaz
Post a Comment