3 Febuari 2012, saya dan jemaah ke al-Aqsa sejak jam 10 pagi lagi.
Di al-Aqsa, kami dihidangkan dengan manisan. Saya difahamkan, manisan ini hanya dibuat sempena dengan maulid Nabi sahaja.
Solat jumaat di al-Aqsa memang mengujakan. Keadaaan susah di sini menjadikan mereka lebih bersungguh di dalam ibadah. Setiap perkataan dikaitkan dengan pergantungan pada Allah.
Selepas solat, ada seorang bangun memberikan ucapan dengan bersemangat. Dia memberikan protes terbuka kepada pemerintah Syria yang semakin banyak menembak rakyatnya.
Mereka melaungkan kata-kata semangat. Walaupun untuk masuk ke al-Aqsa, semua orang terpaksa melalui pemeriksaan tentera Israel, tapi mereka lepas dan dapat membawa sepanduk untuk demontrasi.
Demontrasi di al-Aqsa berlalu selama setengah jam dan ketika itu askar Israel telah mula berada di sekitar al-Aqsa, mungkin sebagai persediaan jika berlaku keganaasan.
Walaubagaimanapun, keadaan di Jerusalem adalah aman dan tidak ada yang perlu dirisaukan.
“Pengalaman Asas Hikmah”
Al-Faqir Ila Rabbihi
Muhamad bin Abdullah
National Hotel Jerusalem
Jumaat 10 Rabiul Awal 1433/3 Febuari 2012 jam 11.50
3 comments:
Seruan Umat Islam di Palestin Menyokong Kebangkitan Khilafah di Wilayah Syam
http://www.arrayah.info/2012/02/seruan-umat-islam-di-palestin-menyokong.html
Anda pun sama, selaku para pendakwah di tanah Melayu, usahakan agar kebangkitan Khilafah buat kali kedua segera terjadi. Insya Allah
Assalam ustaz,
Allahu Akbar!
Kepingin nak menjejakan kaki ka masjid Al Aqsa hanya Allah yang tahu.
Terima kasih share dengan kita.
Jazakaullah
Salam Admin,
Bukan kah itu Masjid Batu @ Kubah emas @ Masjid al-Sakhrah @ Rock Of Dome? Mohon pencerahan.
Post a Comment