10 Januari 2011. Hari ini saya mengupas tajuk “darah” di dalam program Usrah TV9 di Tabung Darah Negara di jalan Tun Razak Kuala Lumpur.
Hari ini, saya mendapat pelajaran yang cukup bagus untuk kita kongsikan.
Di dalam bab darah, kami mengupas satu permasalahn feqah iaitu orang yang keguguran, adakah ia dikira nifas atau darah itu penyakit.
implikasi pada hukum ialah jika ia darah nifas, maka gugurlah kewajipannya untuk bersolat tetapi jika ia darah penyakit, maka dia kena sembahyang.
Jika keguguran itu sudah bersifat, maka ia jelas, tetapi bagaimana jika orang keguguran dalam sebulan setelah dia disahkan sebagai mengandung. Tidak ada apa-apa kecuali ketulan darah sahaja.
Secara jujur, walaupun bidang pengajian saya adalah syariah dan tahap sekarang ialah sedang menyiapkan Phd, tetapi dalam hal darah ini, memang saya kurang pasti.
Saya menghubungi kawan saya seorang penyarah perempuan di UiTM. Bidangnya juga Syariah.
“Saya pun kurang pastilah..”
Kali ini saya cuba berhubung dengan seorang pensyarah perempuan di UM pula.
Beliau menjawab tetapi dengan tawadhuk, Prof Madya ini berkata:-
“tapi ana kurang pastilah, cuba tanya Dr. Anisah pula, seorang lagi pensyarah di UM. Beliau memang mahir di dalam isu kewanitaan.
Saya menghubungi Dr. Anisah dan beliau dapat memberikan jawapan pada permasalahan ini.
“Bagi darah yang keluar kerana keguguran, sama ada ia bersifat atau tidak, maka ia adalah darah nifas dan kesannya gugurlah kewajipan sembahyang bagi perempuan itu..”
Begitulah luasnya ilmu Allah, alangkan kami yang dalam bidang syariah pun, masih banyak lagi perkara yang kami tidak pasti dan terpaksa rujuk pada orang lain yang mahir dalam perbahasan ini.
Apatah lagi kalau kita di dalam bidang lain.
Sebab itu usah mendabik dada bahawa kita ini alim dan tahu semua perkara. Dan jangan sekali-kali mengupas perkara yang kita tidak pasti.
Sesungguhnya, kejahilan boleh berlaku dalam dua keadaan, jika seorang malas menuntut ilmu atau seorang yang telah merasa cukup dengan ilmunya, maka berlakulah jahil kali kedua.
Tawadhuklah dengan ilmu dan semoga dan tawadhuk itu, Allah terus bimbing kita untuk memahami ilmu-ilmu Allah ini.
“Universiti Kehidupan Pengajian Sepanjang Hayat”
al-Faqir Ila Rabbihi
Muhamad bin Abdullah
Putra Heights
14 Januari 2012 jam 2.40 pagi
Sempat juga menderma darah di dalam kempen derma darah ini..
Petugas yang sibuk menguruskan darah yang didermakan oleh dermawan.
4 comments:
Assalam ustaz,
Terima kasih atas penjelasan mengenai darah terutama nya bab keguguran.
Semuga ustaz dan keluarga dirahmati Allah.
Jazakaullah
AJ
SETUJU SGT TU USTAZ...TAK SEMESTINYA KITA TAHU SEGALANYA PERKARA YG BIDANG KITA..LAGI2 BKN BIDANG KITA...DAN JGN MENGULAS/MENGUPAS SESUATU YG KITA TIDAK JELAS DLM SESUATU PERKARA YG KITA TDK TAHU KEDUDUKANNYA YG SEBENARNYA...DLM ERTI KATA JGN MEMANDAI2 PANDAI DLM BIDANG ORNG LAIN WALAU KITA TERROR..SBB KALAU TERSALAH EFFECT DIA BESAR..LAGI2 YG MELIBATKAN ORNG AWAM ATAU UMUM..SY SUKA DGR CERAMAH2 USTAZ..MOGA SUATU HARI NT SY BERPELUANG DGR CERAMAH USTAZ SCRA LIVE DLM MAJLIS ILMU..SKG NI DGR MELALUI RAKAMAN JE...TERUSKAN PERJUANGAN USTAZ...BANTU KAMI YG JAHIL NI TUK DAPATKAN ILMU DAN PERBAIKI DIRI...
Ustaz,
Isteri ana pernah diberi Allah pengalaman ttg ni, kira2 >20thn dulu, iaitu darah keluar sikit pada ketika kandungan kira-kira 2 bulan.
Masih ingat kata2 doktor tu, selagi lum keguguran, namanya klu tak salah 'theretened abortion', jadi kena rehat. Dia direhatkan di katil hospital yg ada tulis CRIB (Complete Rest In Bed). Mudah2an boleh diselamatkan, kata doktor. Kalau tak boleh, baru dikatakan keguguran.
Masa tu kami ambil keputusan dgn ilmu yg sikit masa belajar dulu2 & melalui pembacaan, selagi belum keguguran, status darah tu adalah darah penyakit, kalau dah gugur, nifas.
So dia buat juga solat & cara pembersihan & wuduk berpandu ilmu yg diyakini.
Rupa2nya kes seperti tu, sekarang ni agak normal & biasa.
Alhamdulillah, anak kami Allah selamatkan & skrag dah pun berumahtangga.
(sekadar kongsi2 pengalaman).
Masaalah org pompuan ttg darah haid, nifas, pnyakit & seumpamanya mmg agak rumit realitinya.
Seperti darah yg keluar semula selepas 10 hari haid kering, atau pun darah yg keluar selepas 6 bulan tiada haid (biasanya bagi wanita2 >40an) atau selepas setahun lebih haid kering, dsbnya.
Para suami kena ada ilmu sbb dia akan menyampaikan pada isterinya, bkn saya wanita tu sendiri perlu amik tau.
Kalau tak salah saya pernah dengar kat IKIM ustazah yg membincangkan hal ni esp utk para jemaah haji & umrah, sbb perkara ni biasa terjadi pada mereka sbb perubahan cuaca & aktiviti (aktif dari biasa). Agak detail. Wlu bgaimana pun bole cari di mana2 laman web.
kak
Post a Comment