Tuesday, January 17, 2012

Sekilas 45 - “Anak Melayu Islam Tidak Dibenarkan Menutup Aurat Di Negara Sendiri..”

13 Januari 2012, Persatuan Renang Amatur Selangor menganjurkan pertandingan renang terbuka kepada kelab-kelab renang dalam negeri Selangor.

Mendengar pertandingan ini, beberapa ibu dan ayah yang mempunyai jiwa Islam menghantar anak-anak mereka untuk menyertai pertandingan ini.

Untuk apa mereka menghantar anak mereka?

Bukan untuk menang dan akhirnya terpilih menjadi perenang negara, bukan juga untuk “kononnya” terpilih sebagai perenang berbakat, tetapi sebagai pendedahan kepada anak mereka apa itu erti semangat kesukanan dan pendedahan anak mereka untuk berjiwa saing di dalam kehidupan.

Saya juga menghantar dua orang anak saya dan dua orang anak yatim dan tahfiz al-Ijabah.

Masing-masing mereka dari sekolah tahfiz saya saya asaskan.

Mereka adalah pelajar tahfiz. Di dalam dada mereka telah menghafal 5 Juzuk, 9 Juzuk dan 21 Juzuk. Umur mereka sekarang baru memasuki 12 tahun dan dan tahun ini mereka akan menduduki peperiksaan UPSR.

Bagi saya, seperti ibu dan ayah lain, bukan mahukan mereka sehingga menjadi perenang negara, cuma sebagai pendedahan dan memahami apa itu pertandingan dalam hidup.

Dan sebagai penjaga anak-anak yatim al-Ijabah, saya mahu anak yatim yang saya jaga mempunyai peluang seperti orang yang ada ayah, mereka merasai pendedahan seperti orang ada ayah merasainya.

Mereka turun ke kolam bertanding pada hari Sabtu 14 Januari 2012, hari kedua, masing-masing bersungguh-sungguh berenang walaupun bukan di dalam senarai terbaik.

Kala ini saya berada di China bersama isteri saya kerana membeli barangan untuk perniagan kecil-kecilan saya.

Isteri saya menghubungi anak saya dan bertanyakan khabar mengenai pertandingan yang mereka sertai.

Tapi suara tangisan yang saya dengar.

“Kenapa?” tanya saya pada isteri.

“Dia orang tak dibenarkan untuk mengikuti pertandingan bagi hari akhir” jawab isteri saya.

“ Sebab apa?” tanya saya lagi.

“Sebab pakaian mereka tidak mematuhi syarat” jawab isteri saya lagi.

Saya mengambil telifon saya yang tersimpan di dalam jaket tebal yang saya pakai. Di China kala ini sedang musim sejuk.

Saya menghubungi En. Mohd Bukhari Ibrahima, guru renang anak-anak Yatim dan Tahfiz al-Ijabah dari Kelab Anak Air dan Kelab Ombak, salah satu Kelab renang di Pusat Akuatik Shah Alam, tempat pertandingan dilangsungkan.

“En. Bob, apa cerita?” tanya saya.

“Tak tahulah ustaz, dia orang tak bagi kita ikuti pertandingan, sebab budak kita pakai tutup aurat. Kalau nak ikut pertandingan, mesti pakai baju yang terbuka tu..” jawab En. Bukhari dengan nada perlahan.

“Hari pertama turun, dia orang benarkan, tapi hari kedua, tak bagi langsung budak kita masuk kolam bertanding..” tambah En. Bukhari lagi.

“Ramai tak yang tutup aurat?” tanya saya lagi.

“Tak ramai, dalam 10 orang aje..” jawab En. Bukhari.

“Abis, mak ayah macam mana? Tanya saya lagi.

“Ada yang balik, ada yang terpaksa belikan anak-anak baju buka aurat tua dan ada anak-anak yang menangis sebab tak dapat ikuti pertandingan seterusnya” jawab En. Bukhari.

Walaupun menutup aurat, tapi baju yang mereka gunakan adalah baju renang khas untuk muslim. Bukannya jubah dan purdah, kita pun tahu apa itu baju renang, dan sekarang pun memang ada baju renang yang menutup aurat.

Apa salahnya menjadi seorang muslim hingga terpaksa di anak tirikan?

Apa salahnya memakai menutup aurat hingga tidak dibenarkan menyertai pertandingan.

Bukankah kebebasan beragama itu diiktiraf oleh undang-undang?

Mana hak kita sebagai orang Islam di negara kita sendiri?

Saya ingin tanyalah soalan ini pada penganjur.

Dan bagi kita semua, sampai begini teruknya kita orang Islam terpinggir di negara sendiri…..

“Sekilas Mewarkan Peristiwa”

al-Faqir Ila Rabbihi

Muhamad bin Abdullah

22 Safar 1432/ 17 Januari 2012a jam 11.50 malam

11 comments:

Ummu Adam said...

Salam Ustaz, sedihnya saya baca ni, memang melampau betul pihak penganjur ni. Saya baru bawa pelancong dari Cape Town yang cari baju mandi muslimah selepas mencarinya di internet, Alhamdulillah, walaupun negara bukan Islam. tapi mereka boleh mempraktiskan "Islamic sport attire". Didoakan semuga mereka yang bertanggungjawab ni diberikan hidayah oleh Allah SWT.Amin!

Anonymous said...

Bagus juga Ustaz yg bangkitkan hal ni. Kami ni dah lama memendam rasa, fikirkan bagaimana negara yg pemimpin utamanya Islam tak peka ttg tu. Malah negara2 lain yg pemimpin nya bukan Islam dah ada kemajuan tutup aurat (wlu tak penuh) , kita masih ditakuk lama.

Tengok le gimnastik tu. Wlu bukan Islam mostly yg masuk, tapi .. aduhai.

So, adakah lepas ni akan ada perubahan? Kalau dikatakan dakwah tu perlu perlahan2 & berhikmah, dlm kes ni nak apa lagi tungu2? Lain le yg agak rumit.

Cthnya, kat tv, dah bertahun2 dlm forum agama, soal jwb agama,tanyalah Ustaz, dll bicarakan ttg pergaulan bebas, tutup aurat dsbnya, tapi tv yg sama jugalah yg tayangkan aurat & filem2/drama tu. Sedangkan tu drama org Melayu (yg klu di Msia ni rata2 Islam).

Pembaca berita masih dedah aurat. Sbnarnya boleh jadikan arahan & kemestian, lantak le klu di luar depa tak nak tutup, ni nak kuar tv bagi semua org tonton 1Msia, kenalah peka bahwa dada tu aurat paling utama .
Bos2/pemimpin kena le peka, baru mudah, banding rakyat yg peka.

(geram ni lepas baca post ustaz)

Anonymous said...

Ustaz, 'dia org' yg tak beri tu sapa?

Oleh kerana kat Selangor, ustaz jumpa le kat MB TS Khalid. Negeri lain tu tak payah le, selain Kedah & Kelantan maybe no problem.

Ngadu kat blog, tak dapat kita nak tolong sbb kita ni tak de apa kuasa, hanya mampu mohon pada Allah.

Shahabudeen Jalil said...

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0119&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_18.htm

Hebat la ustaz nie... ckp harinie, esok terus keluar paper..

Anonymous said...

Sdr Shah,

Kita teruskan beri sokongan & galakan pada ustaz supaya bawa ke depan.

Tapi utusan, metro ni saja nak jadi juara & amik kesempatan.
Tu ha, yg bertahun2 kat tv, negeri2 lain kenapa tak sibuk. Malah utusan & surat kebor depa le yg mempromosi dedah2 aurat ni.

Apa rahsia sebaliknya? Allah sayang Selangor, kesilapan cepat dibetulkan. Semuga Selangor ada kemajuan dlm melaksanakan Islam. Tak drastik tapi istiqamah.

Teruskan ustaz, kami akan tolong push/bagi cadangan dll melalui blog ustaz ni.Tak yah kertas bekerja berlembar2, mesyuarat tak sudah2, actionnya tadak lansung.
Hnaya ni yg kami mampu buat insyaAllah.

Sekali lagi syabas & teruskan.

Teratai said...

Salam Ustaz, ia sesuatu yg amat mengejutkan dan amat mengecewakan kerana berlaku di negara Islam. Mudah2 Allah permudahkan segala usaha ustaz.

Anonymous said...

Tak jumpa le berita ni kat Utusan. Shah, ko tolong paste kat sini. Meriah sikit. Tak semua org baca UM tau. ustaz punya pasal, aku berminat juga le.

Shahabudeen Jalil said...

cuba search tajuk

Larang Sut Renang Muslimah

Anonymous said...

Syukran Shah, smuga sukses dlm berniaga & membantu ramai usahawan Islam.

(utk diriku & sedara2 seIslam, dlm kita mengata2 kat kelab tu, kita semak fb & blog kita, anak2 & anak buah kita, adakah mereka menayangkan, secara tak lansung mempromosi & menjaja gambar2 tak tutup aurat. Mereka mungkin tak tau, kita yg tau le mendakwahkan. Betol kan ustaz?)

firzimukhri said...

Sabarlah abang amin... insyaAllah suatu hari nanti akan terteggaknya undang-undang Allah dimuka bumi Malaysia kita ni... Wasalam

ROJAK said...

sebab itulah, kita mesti pilih pemimpin yang tidak menolak islam dalam semua perkara termasuk sukan. tengok contoh kelantan ada stadium khas untuk orang perempuan.

 Alhamdulillah syukur di atas pembukaan Kapal Dive Lodge dibawah selian Ustaz Muhamad bin Abdullah atau lebih dikenali sebagai Ustaz Amin ...