Pagi ini, 13 Januari 2012 jam 10.30 pagi, saya memenuhi program forum “Selamatkan Akidah” yang dianjurkan oleh Jabatan Agama Islam MAIS. Bersama saya ialah Presiden Peguam Muslim Malaysia (PPMM) Dato’ Zainul Rijal dan Ustaz Rasyidi dari JAKIM.
Kami Membincangkan mengenai isu pemurtadan orang Melayu Islam. Dan dari kes-kes yang dibincangkan nyata bahawa isu murtad bukan satu isu yang remeh, ia merupakan satu perkara yang dirancang oleh orang kristian.
Satu yang ingin saya kongsikan di dalam majlis ini ialah apabila ramai orang yang keliru apabila ahli politik mengupas isu ini.
Ada yang cukup lantang di dalam membela umat Islam dan ada yang dengan sinis cuma mengganggap perkara ini remeh.
Mungkin kala ini, peranan ahli politik di dalam membela kepentingan penjagaan murtad agak kurang, jadi NGO Islam perlu memainkan peranan di dalam perkara ini.
Saya yakin, kalaupun golongan ahli politik tidak membela, Allah akan datangkan golongan lain yang akan membela agamanya ini kerana Islam bukan milik manusia, ia milik Allah dan sudah tentu Allah sendiri yang akan menjaganya.
Semoga kita terpilih sebagai hamba Allah yang berperanan di dalam menjaga agamanya walau di dalam apa bidang yang kita ceburi sekarang.
“Diari Merakam Sejarah Mencatat Kenangan”
al-Faqir Ila Rabbihi
Muhamad bin Abdullah
Putra Heights
14 Januari 2012 jam 2.00 pagi
Semoga Allah berikan saya kekuatan untuk membela agamanya. Jika ada orang yang menuduh saya sebagai penyokong parti itu dan ini kerana terlibat dengan isu murtad ini, satu penghormatan buat saya. Bagi saya, membela agama lebih utama dari segala-galanya kala ini, Semoga, di hadapan Allah nanti, saya tidak kelu jika ditanya.
Pohon restu dan bantuanmu Ya Allah…
1 comment:
salam.. ustaz, isu murtad ni makin teruk ke sekarang ni?
aisya.
Post a Comment