Kita tak kisah kalau perkar ini berlaku di negera China yang kita tahu majoriti penduduk bukan Islam, atau pun di Singapura.
Ataupun di Malaysia tetapi di Penang.
Ataupun di Selangor sendiri tetapi di tempat yang ramai penduduk berbangsa Cina yang bukan beragama Islam.
Tetapi ini di Shah Alam yang majoritinya penduduk Melayu Islam.
Apa alasannaya untuka tidak membenarkan orang Islam memakai pakaian renang menutup aurat. Adakah tiba-tiba air kolam menjadi masin?
Kalau alasannya nanti berenang tidak laju, terpulanglah pada peserta, tapi apa kata jika mereka laju dan menang?
Dalam kes ini saya tak tahu nak mula di mana. 18 Januari 2012, Pagi ini saya menghubungi sahabat saya di Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).
“Mana boleh macam ni” kata salah seorang dari mereka. Tetapi pegawai biasa ini juga tidak tahu dari mana ingin dimulakan.
Saya membelek telifon saya. Ada nombor Pengerusi MAIS, Dato’ Setia Haji Mohamad Adzib.
Secara jujurnya saya memang segan nak berhubung dengan beliau, hanya bagi bab-bab tertentu bagi kepentingan Islam sahaja seperti kes pesakit HIV yang duduk di gereja pada tahun 2009. Beliau antara orang yang awal yang saya ajak berbincang mengenainya pada ketika itu.
Saya memberanikan diri menghubungi beliau.
Saya menceritakan serba sedikit mengenai hal ini.
“InsyaAllah ustaz” kata Dato’ Adzib.
Sahabat saya Shabudeen antara yang awal memberikan respons.
Petang ini saya dihubungi oleh pihak Utusan.
“Boleh kita jumpa ustaz?” tanya kak Azian dari Utusan.
Saya yang agak sibuk hari ini dengan rakaman program “Usrah” TV9 hanya dapat bertemu beliau jama 6.00 petang.
Hari ini, akhbar Metro pula akan datang untuk menemuramah ibu bapa dan juga guru renang yang terlibat.
Satu tujuan saya, biarlah orang bukan Islam menghormati Islam. Biarlah orang Islam yang masih lagi berfikiran Islam itu kolot menukar pemikiran mereka.
Islam jadi tidak terbela waktu ini.
Orang politik telah sibuk dengan cara mereka.
Kala ini, kalau kita bincang pasal hudud maka kita akan dicap sebagai orang PAS dan kalau kita bincang pasal murtad, kita akan dicap sebagai orang UMNO.
Apa dah jadi sekarang ini?
Kuil semakin banyak dan besar, murtad semakin berleluasa, tapi kita nak cakap pasal Islam akan dilebal sebagai parti itu dan ini, sehingga ada para ustaz sendiri takut nak cakap pasal Islam. Hanya bab solat dan taharah sahaja.
Marilah kita sama-sama mendoakan agar tanah Melayu yang memang sejak dahulu lagi terkenal dengan rantau Islam Ahli Sunnah Wal Jamaah ini terus terpelihara. Semoga Allah berikan kekuatan bagi siapa sahaja yang ingin memperjuangkan Islam dan Allah turunkan orang yang mengaku inginkan Islam tetapi sebenarnya ada kepentingan peribadi.
“Ya Allah, hambamu ini tidak punyai ilmu, tidak punyai pengalaman. Yang ada hanyalah kemahuan untuk melihat agamaMu ini terus dimuliakan. Berikanlah aku ilmu dan berikanlah aku pengalaman agar gabungan ini memberikanku kekuatan, hidayahMu sangat ku perlukan dan bimbinganMu sangat ku harapkan…”
“Sekilas Mewarkan Peristiwa”
al-Faqir Ila Rabbihi
Muhamad bin Abdullah
24 Safar 1432/ 19 Januari 2012 jam 8.00 pagi
Mereka bukan berenang memakai jubah atau purdah, mereka memakai baju renang, dan adakah dengan menutup aurat mereka di anak tirikan?
Mana hak orang Islam di tanah air mereka sendiri? Kita bukan di negara China atau Singapura.
Kita di Malaysia yang Islam sebagai agama rasmi…
15 comments:
Syabas ustaz.
Macam ni le yang kita nak. Ustaz jangan le segan nak bangkitkan pada yg berkuasa di Selangor. Tu perkara baik.
Lepas ni ustaz kenen2kan le pada utusan & metro ke untuk bangkitkan peringkat negara kepada menteri agama pulak.
Tapi saya rasa kalau ustaz bangkitkan pada kerajaan Penang, mereka bole buat kot. Sbb selama ni kerajaan 1Msia ok aje ttg dedah2 ni, jadi mereka apa lagi le. konfius.
(ni bukan cakap politik, in cakap pasal Islam & realitinya di Msia. Islam pun merangkumi politik & segala2nya kan Ustazz?)
Assalamualaikum Ustaz,
Semoga Allah membantu urusan Ustaz dalam menegakkan Islam di bumi Malaysia yang tercinta ini. Semoga kami juga diberi kekuatan yang sama untuk berbuat perkara yang sama demi agama Allah yang mulia ini.
teruskan ustaz......usaha2 sebegini harus diwar-warkan untuk kepentingan ummmah......
ALLAHUAKBAR.....
Semuga Allah turunkan keberkatan di Selangor, yg ustaz antara yg main peranan (hok lain tak dinafikan), yg boleh bawa ke pihak atasan yg mudah2an mudah mereka terima. Walau macam2 fitnah & dugaan yang menimpa di selangor sejak akhir2 ni.
Hidup & berkembang Islam di Selangor!! Teruskan ustaz.
Dugaan pasti ada dlm perjuangan.
Setan kalah pada yg ikhlas, tapi setan takkan putus asa.
Kita jgn lupa masuk tabung al-ijabah ye, paling minima rm10.00, klu ramai, banyak juga tuuu. (tolong kempen utk ustaz)
allahyarhamak ustaz..
dah tiba masa yang dijanjikan oleh Rasulullah bila islam dipermainkan atas kepentingan individu, saat inilah yang kita takut dengan ancaman Rasulullah org2 yang menyembunyikan kebenaran di anggap mendustakan baginda s.a.w
kita sudah tidak faham apa yang ada dibenak keturunan Melayu islam ini?
apakah islam adalah yang ke-1000 selepas kepentingan nafsu mereka
Tahniah di atas usaha ustaz.Agama islam semakin hari semakin di lekehkan samada dari umat islam sendiri dan juga dari ugama2 lain...
salam ustaz,
Islam di Malaysia bukan setakat agama rasmi, tapi islam adalah agama persekutuan malaysia. Ada bezanya tu ustaz. Dan akak sokong kata2 ustaz di sini, Islam makin terpinggir di tanah air sendiri, dan kita perlu lakukan sesuatu. jgnlah dipolitikkan semua perkara, akhirnya orang Islam jugak yg rugi.....
Memang menyesakkan dada.....semoga Allah memberi kita kekuatan utk meletakkan Islam ditempat yg sepatutnya, yg paling tinggi. InsyaAllah.
Serampang banyak mata, semuga isu2 yg dibangkitkan dlm blog ustaz ni, dimanfaatkan untuk KITA, muhasabah diri .
Misalnya, cuba semak blog & fb masing2, ada tak gambar dedah aurat. Kalau ada, delete la & masukkan yang baik2 aje.
Sami'na wa ato' na (aku dengar & patuh). Hok patuh tu yg majoriti susah buat.
Amacam?
(Aku cuba kembang2kan yg tau sikit2)
syabas ustaz, berani kerana Islam! kami memang mengharapkan ustaz2 seperti ustaz.Semuga yang masih jahil di sana tu bukalah mata dan hati, terokailah ilmu Islam yang sangat luas ....
Ustaz, Teruskan perjuangan...Barakallah
Saya setuju sangat dengan Ustaz...alangkah baiknya jika semua umat Islam di Malaysia ini bersatu dan gunakan kepakaran masing-masing dalam bidang agama dan politik untuk memartabatkan Islam dan Melayu. Kita ibarat menumpang dinegara sendiri. Saya bekas jururawat...satu lagi masalah menutup aurat disini...di Saudi ok aje..malah Florence Nightingale pun memakai gaun panjang berlengan panjang....
Salam,
Semoga usaha2 murni ustaz berjaya dan menjadi ikutan yg lain tak kira di mana2..
Sepatutnya perenang beginilah dikagumi kerana berenang dgn 'lebih rintangan' kerana lapisan pakaian yg berbanding dgn pakaian renang biasa.
Bagus ustaz kerana mengamalkan sukan dlm keluarga. Moga2 lepas ni acara sukan yg lain akan mula diceburi golongan yg komitmen dlm agama, sukan dan agama tidak berpisah..tak gitu ustaz?
Teruskan ustaz, siapalagi nak harap
subhanallah...fakta ini benar2 memberi semangat untuk mempertahankan islam..insyallah...takbir ALLAHUAKBAR !!!
Blog ustaz ni popular btol. Tahniah. Respond pun nampaknya bagus2 & rata2 sokong kerja2 martabatkan Islam.
Minta le yg respond tu, mana2 yg profil atau gambar dlm blog atau fb masih tak tutup aurat (gambar sendiri or org lain dgn sengaja-klu iklan tu apo nak buat), delete le atau tukar pada yg sopan. Klu tak, mcm tak faham aje.
Maaf ye.
Post a Comment