“Macam mana ustaz, sekarang ni, banyak berlaku perceraian kerana isu kewangan” kata Kak Syam, Penerbit Tanyalah Ustaz.
Apa kata saya cadangkan tajuk “Pengurusan harta dalam rumah tangga” kata saya.
“Bagus juga tajuk tu…” kata Kak Syam lagi.
Jumaat 20 Januari 2012, seperti yang telah dirancangkan, Allamdulillah, dapat saya sempurnakan tajuk ini.
Hari pertama ini, saya bertolak dari rumah seperti biasa. Kala ini, jalan di basahi dengan hujan renyai-renyai dan kereta banyak pagi ini. Mungkin sebab orang telah mula cuti.
InsyaAllah, siapa yang tidak berkesempatan untuk mengikutinya, bolehlah mengikutinya di dalam Youtube seperti di bawah ini.
“Ilmu Pelita Hidup”
al-Faqir Ila Rabbihi
Muhamad bin Abdullah
Putra Heights
28 Safar 1432/ 23 Januari 2012 jam 6.55 pagi
1 comment:
Alhamdulillah ustaz,
walaupun sy tak call ms live di TV9, byk persoalan2 sy yg terjawab. Jazakallhukayran kathira, minta halal ilmu yg ustaz beri.
Post a Comment