13 Januari 2012, jam 6.00 petang..
Saya bertolak dari Putra Heights ke Lendu Melaka menuju ke UiTM bagi memenuhi jemputan forum di sini.
Petang ini hujan agak lebat hingga lebuh raya utara selatan di Seremban agak perlahan.
Saya sampai jam 8.30 malam. Bersiap-siap, solat dan makan, saya terus ke dalam ruangan masjid di sini untuk berprogram.
Ahli panel bersama saya ialah Ustaz Abdul Razak dari ABIM Johor dan Ustaz Nazri. Kedua-dua mereka ialah senior saya di Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya.
Dari soalan yang diajukan pada kami ahli panel, saya beranggapan tahap kefahaman Islam di sisi pelajar di sini agak tinggi.
Antar soalan yang diajukan ialah mengenai “kasyaf”. Ia soalan yang agak tinggi bagi seorang pelajar bukan jurusan agama.
Bagi kehadiran pula, pelajar perempuan jauh lebih ramai dari pelajar lelaki. Dari pemerhatian saya lebih kurang hampir150 orang siswi dan hanya berbelas sahaja siswa.
Pelik tapi benar. Sama ada pelajar lelaki tidak menghadirkan diri atau memang semakin kurangnya pelajar lelaki di universiti.
“Diari Merakam Sejarah Mencatat Kenangan”
al-Faqir Ila Rabbihi
Muhamad bin Abdullah
Putra Heights
14 Januari 2012 jam 2.20 pagi
1 comment:
Memang sedih ustaz, kalau kat pejabat2 kerajaan, yang saya pernah alami sendiri, staf perempuan lebih ramai kalau ada kuliah2 yg biasanya dibuat lunch hour, wlu semuanya guru tu ustaz.
Malah yg ramai kdng2 tu staf bawahan, bos2 sibok memanjang.
Penceramah2 tu terang2 bangkitkan hal ni, malah Dr Fadilah Kamsah pun selalu sebut.
Adakah lelaki dah pandai?
Allah hu waklam.
Tapi yang nampak akhir2 ni kalau dah berkawin tu kbnyakan yg masaalah timbul sebab suami (lelaki & pemimpin) tak de ilmu. Bila steri lebih pandai, suami x boleh terima sbb ego. Yg dia seronok aje sebab kebanyakan isteri tolong setelkan tanggungjawab kewangannya.
Dia tak realise yg isterinya tolong setelkan tanggungjwb ttg agama keluarga depa spr ajar & kejut anak2 solat, ajar ngaji, dsbnya.
Kalau suami2 nak terima pandangan & saranan isteri tak pe, malah memuji & bersyukur. Baru isteri rasa dihargai. Lagipun puji isteri sendiri, apa salah, dapat pahala lagi sbb mengembirakan hati isteri.
Kalau beri duit lebih kat isteri supaya boleh beli buku2 agama & attend kuliah2 lagi bagus.
Post a Comment