Friday, January 6, 2012

Diari 348 – “Behind The Scene “Terjun Payung…”

Hari ini 6 Januari 2012 jam 11.00 pagi, usrah di TV9 memaparkan aktiviti terjun payung yang saya buat.

“Jump For Dakwah..” bisik hati saya sewaktu melepaskan tangan dari kapal terbang dan terbalik-balik di udara sebelum payung terbuka.

Apa yang paling saya suka ialah saya dapat bergaul dengan anak-anak muda yang mungkin jarang-jarang pergi ke masjid.

Sambil makan bersama, mereka bertanyakan soal hukum hakam dan sebagainya.

Secara jujurnya, hati ini juga rasa berdebar untuk melakukan aktiviti ini, tetapi dapat duduk bersama dengan orang-orang yang bertanyakan itu dan ini mengenai Islam, saya rasa satu kepuasan.

Bagi sesiapa yang tidak berkesempatan untuk menonton, bolehlah kongsikan di bawah ini.

“Diari Merakam Sejarah Mencatat Kenangan”

al-faqir Ila Rabbihi

Muhamad bin Abdullah

Putra Heights

11 Safar 1433/6 Januari 2012 jam 11.55 malam

3 comments:

Anonymous said...

Teruskan ustaz!

Yg mampu berdakwah di surau2/ masjid2, teruskan. Yg mampu mcm ustaz buat, teruskan. Malah perlu dibanyakkan.

Yg selama ni kumpulan tabligh mengajak dari rumah ke rumah, teruskan. Apa-apa cara lah, yg penting kita semua berdakwah, ikut keadaan, kudrat, ilmu & daya masing2.

Terutama ibu bapa. WAJIB untuk mereka mendakwah anak2 mereka.

Memang cabaran sangat banyak kerana perkara2 yg menyebabkan mereka/kami leka sangat luas & terbuka . Contoh paling ketara ialah tv2 yang mengajak kepada leka & lalai golongan dari peringkat kecik hingga le peringkat tua, dgn program tariannya, dramanya dll yg mendedahkan aurat, bercampur lelaki perempuan yg melampau2.

Tambah lagi dgn pengaruh fb, Youtube, intenet dll.

Prog2 tv bercampur aduk, prog agama ada, sebaliknya pun ada. Penonton confused, tu pasal depa agak jahil ttg hukum hakam ni yg kadang2 atas perkara asas.

Semuga Allah beri hidayah kepada kita semua dgn bilangan yg nak kembali kepada agama lebih ramai.

n

Anonymous said...

Ustaz,

Pakcik ni umur awal 40 baru nak pegi masjid dan surau. Alhamdulillah, orang rumah yang sentiasa galakkan.

Bila anak-anak agak liat, pakcik salahkan diri pakcik dulu, bukan mereka. Pakcik tak putus mohon ampun pada Allah & berdoa.

Anonymous said...

Assalamualaikum Ustaz,

Saya nurul ingin minta mendapat dari ustaz.Saya ada MENCINTAI seorang lelaki kaya,tampan,jujur.Saya betul-betul amat mencintai LELAKI tersebut.Akan tetapi saya dengar tahun ini seboleh-bolehnya beliau ingin mendirikan rumah tangga tetapi sekarang beliau belum jadi TUNANG orang.Saya bukan ingin jadi seorg perampas tetapi saya betul-betul mencintai LELAKI tersebut lelaki itu tidak tahu yg saya MENCINTAI beliau.Saya amat sedih bila dapat tahu yg beliau seboleh-bolehnya beliau ingin tamatkan zaman bujang pd tahun ini.Saya sanggup korbankan cinta saya pada LELAKI lain semata-mata saya ingin setia pd dia yg tidak pasti menjadi milik saya.Dan saya terlalu banyak sangat DUGAAN saya untuk mendapati dia.Macam ibu beliau ada kalanya sukakan saya adakalanya tidak sukakan saya.Macam mana tu ye ustaz?apa SOLAT SUNAT yg harus saya buat dan zikir?Ustaz ckp je apa yg harus saya lakukan USTAZ.

 Alhamdulillah syukur di atas pembukaan Kapal Dive Lodge dibawah selian Ustaz Muhamad bin Abdullah atau lebih dikenali sebagai Ustaz Amin ...