Selama hampir 15 tahun berkecimpung di dalam dunia dakwah ini, berbagai pahit manis, cabaran dan halangan yang telah dilalui, lebih-lebih lagi saya meminati kaedah dakwah lapangan iaitu terus terjun ke tengah masyarakat dan bukan semata- mata masyarakat yang datang pada kita.
http://www.ustazamin.com/2011/07/diari-322-dakwah-lapangan-bersama-mbsa.html
Kalau memberi kuliah di program “Jom Heboh” orang akan duduk dan pergi. Ada yang duduk lima minit sahaja kemudian sambung jalan, ada yang jadikan galeri Kota Ilmu itu sebagai tempat rehat sekejap sebelum meneruskan perjalanan dan ada yang suami nak dengar tapi dicubit isteri sebab isteri nak jalan dan sebagainya. Pembaca boleh berkongsi dari artikel di bawah:-
http://www.ustazamin.com/2009/03/diari-35-di-sebalik-tabir.html
Kalau memberikan risalah nasihat ketika sambutan tahun baru, atau hari merdeka, ada yang ambil dengan menghargai, ada yang memaki, ada yang menjauhkan diri dan sebagainya.
http://www.ustazamin.com/2010/08/universiti-kehidupan-158-kena-tawadhuk.html
Kalau saya menyertai program-program lasak seperti Jelajah hutan Rain Forest, Scuba Diving, Skydiving dan sebagainya, ada yang mengucapkan terima kasih kerana sudi bergaul dengan mereka, ada yang minta untuk saya buat kuliah di tengah hutan, ada yang suka bertanya hukum hakam dan ada juga yang tak senang, takut kena membebel dari sang ustaz.
Tahun lepas (2010), saya terlibat memberikan “Sembang Santai” antara dua konsert rock iaitu Kumpulan Jinbara dan Lan Typewriter, dengan tidak kurang 3 ribu orang anak-anak muda dengan seluar jens yang koyak dan berantai sana sini, ada yang khusyuk mendengar sambil mengambil gambar melalui telifon, ada yang mencebek bibir ada yang muka minat dan ada yang muka boring.
http://www.ustazamin.com/2010/12/dairi-270-konsert-dan-sembang-santai.html
Saya pernah memberikan ceramah pada beribu orang dan pernah juga hanya beberapa orang sahaja yang ada.
Itu belum lagi AJK masjid salah memberi informasi kuliah, datang-datang rupanya jadual ustaz lain dan ada juga kuliah di jabatan kerajaan, yang menjemput tersalah ambil, sepatutnya saya kuliah ditingkat lima, tapi dibawa ke tingkat tiga, baru muqaddimah di tingkat tiga, tingkat lima telifon dan menyatakan sepatutnya saya di tingkat lima.
1 Disember 2011 jam 9.00 malam, saya dijemput untuk forum di program Selangor Ria di Stadium Melawati Shah Alam.
Selepas solat Isyak di rumah, saya bergegas ke tapak program dan kebetulan malam ini hujan agak lebat. Saya sampai jam 8.45 malam, bersama saya anak-anak yatim al-Ijabah dan juga pelajar tahfiz saya. Kami semua dua buah van.
Ketika parking kereta, saya melihat ke arah tapak program, tidak ada orang, yang ada hanyalah AJK yang menjemput saya, jumlah mereka semua lima orang.
Dari kejauhan, saya melihat seorang lagi ahli panel menghampiri tapak program sambil sekali sekala menjinjitkan kakinya mengelak lopak-lopak air yang membasahi jalan di tapak program itu.
Pengajur mendapatkan saya. Saya hanya tersenyum tanpa mengulas apa-apa, dari riak mukanya, dia agak malu dengan saya.
Rupanya, program malam ini tidak diatur dengan baik hingga pengumuman mengenainya tidak dibuat. Hasilnya tidak ada orang yang tahu, bagi pengunjung seolah-olah malam ini tidak ada apa-apa program.
“Tak apa syeikh, biasalah..” kata saya.
“Dapat pahala datang, jom kita pergi makan jom..” kata saya pada penganjur dan ahli rombongan saya.
Malam ni, kami dapat juga makan durian dari sini, tambah lagi satu pengalaman, forum yang tiada penonton.
Sesungguhnya, inila rencam-rencam dakwah yang dilalui, semoga ia terus disemarakkan oleh pencinta Allah dan Rasul dengan tanpa jemu dan putus asa, amin..
“Diari Merakam Sejarah Mencatat Kenangan”
al-Faqir Ila Rabbihi
Muhamad bin Abdullah
Putra Heights
9 Muharram 1433/ 5 Disember 2011 jam 11.00 malam
Kenangan di tapak Forum..
9 comments:
Macam-macam pengalaman yer Ustaz,semuga beroleh redha Allah.
Waa, tabahnya ustaz.Betullah kata orang, janganlah minta hidup yang mudah, tapi mintalah hati yang tabah. Wayy to go Ustaz :)
Kami biasa ikut/iring guru kami ke program2 agama (majlis ilmu, ceramah, forum, lawatan, tengok kejadian ciptaan Allah spr matahari terbenam di tepi pantai seterusnya solat di pantai, dll..) mmg pernah lalui apa yg ustaz lalui tu.. Pahit & manisnya.
Alhamdulillah atas pengalaman tersebut, yg sangat2 berguna & berkesan. Berbanding kalau dengar majlis2 ilmu di surau/masjid, lepas tu balik rumah.
Memang memerlukan pengorbanan tenaga, duit, kenderaan, perasaan dll .. Teruskan ye USTAZ !!!
assalam..dengan pengalaman yang pelbagai ini, moga ianya menjadi bekalan yang baik buat ustaz dan dai'e yang lain.
teruskan perjuangan ustaz. insyaAllah, kami menyokong.
Moga Allah redha.
patut promo kahwin lari agar negara anak haram tak wujud...
Kerja2 dakwah yg macam2 cara/kaedah, kalau dibuat semata2 kerana Allah, si pendakwah tu (tak kira ustaz ke/org awam, dll) dah ada saham pahala di sisi Allah, insyaAllah.
Mengenai samada ada org2 yang mendengar/didakwah tu akan terpaut & mengikut, insyaAllah ada, wlu tak dinafikan ada yg menentang & memperlekehkan.
Teruskan lah jalankan kerja2 dakwah, kerana ianya antara sunnah Nabi saw yg utama, & memang kerja2 dakwah akan diduga dgn bermacam2 ujian & cabaran. Sama yg Nabi saw & para anbiya serta sahabat alami.
Sampaikan walau satu ayat.
Allah memerhatikan kita, Allah menjadi saksi, Allah mengetahui isi hati kita.
s
Alhamdulillah semoga ramai lagi insan insan setabah Ustaz.
Ada penceramah ditempat saya apabila berceramah selalu dengan suara yang spt terjerit jerit...sdgkan tempat kami kecil shj.Saya rasa kalau beliau berceramah secara santai dan tenang semua org sekeliling atau di luar tempat ceramah jg dpt menghayatinya dengan baik...maaf jk saya silap.
Anon 12.59, apa kata tulis surat kat penceramah tu... & kempen blog ustaz Amin ni kat dia ... juga kempen cara2 ustaz2 lain seperti ustaz Don ke, ustaz2 dlm Madrasah AlHijrah ke..
saya kagum dengan orang2 yang turun padang menyampaikan seruan kebenaran, bukan setakat menyampikan kuliah duduk di atas kerusi empuk, dalam bilik berhawa dingin.
mungkin ustaz sekali sekala boleh mengajak para sukarelawan ikut serta dalam kegiatan yang sangat mulia ini.
dalam keadaan masyarakat Islam Malaysia dihurungi kemaksiatan di sekeliling mereka, seruan kebaikan seperti ini sangat diperlukan.
Post a Comment