Wednesday, December 21, 2011

al-Ijabah 104 – Catatan Kisah Anak Yatim al-Ijabah

Bulan Disember semakin hujung. Beberapa mesyuarat telah saya buat bagi memenuhi keperluan anak-anak Yatim dan Tahfiz al-Ijabah.

Setakat ini, di mana-mana ceramah atau program, saya memang tidak pandai ingin menyebut mengenai rayuan sumbangan atau derma keperluan anak-anak ini.

“Sebutlah ustaz, kalau tak orang tak tahu” kata salah seorang anak murid saya.

Tetapi, saya memang jenis yang tak reti nak menyebut, yang tahu akan bersama-sama. Biasanya, saya akan usahakan semaksima yang boleh dengan kudrat yang ada.

Dengan izin Allah, saya ada kedai cermin mata di Seksyen 9 Shah Alam. Isteri saya seorang optometris dan dapat membantu di dalam pengendalian kedai ini. Yang lain-lain seperti travel, buku, kursus dan sebagainya.

Ini antara perkara yang saya buat untuk memenuhi keperluan anak-anak ini.

Dan di dalam menjaga anak-anak ini, yang paling saya tekankan adalah pelajaran mereka. Kita mahu mereka berjaya seperti orang yang ada ibu dan ayah.

Ada seorang anak yatim piatu yang bersama saya di ijabah ini. Bermakna ibu dan ayahnya sudah tiada. Telah dijemput oleh Allah. Selalu juga berbual dengannya dan memberi semangat padanya di dalam kehidupan ini.

Awal tahun baru ini, matanya agak rabun. Saya membawanya ke kedai saya dan membuatkannya cermin mata. Kadar rabunnya tidak tinggi.

Seakan ayah pada mereka, selalu saya pesan kalau ada keperluan apa-apa bagitau.

Dan barangkali anak ini takut atau malu, cermin matanya yang patah tidak dimaklumkan.

Di hujung tahun ini, baru saya mendapat makluman cermin matanya patah dan sudah beberapa bulan tidak digunakan.

Rupanya dia memberikan pada saudaranya untuk dibetulkan tetapi sampai sekarang belum dibetulkan.

20 Disember 2011, anak ini dibawa ke kedai saya untuk dibuatkan cermin mata baru. Oleh kerana sudah beberapa bulan tidak memakainya, kadar rabunnya telah meningkat.

Mendengar perkara ini saya menyela nafas panjang.

“Kan dah pesan, kalau ada keperluan bagitahu terus, ini keluarga awak sekarang, sebuah keluarga besar”

Kadang-kala, melihat mereka selalu saya berbisik di hati..

“Allah, berikanlah mereka kejayaan di dunia dan di akhirat, peliharalah mereka..”

Allah telah takdirkan ayah dan ibunya sudah tiada, sekarang, hanya Allahlah yang menjaga dan memelihara mereka. Di tangan penjaga hanyalah amanah yang dilalukan. Semoga Allah sentiasa bersama kita semua, dan memberi kekuatan pada kita di dalam membantu agamanya, amin..

“al-Ijabah Bersatu Kita Berbakti”

al-faqir Ila Rabbihi

Muhamad bin Abdullah al-Amin

Putra Heights

25 Muharram 1433/21 Disember 2011 jam 8.30 pagi

5 comments:

JunAina said...

hati saya menangis bila berhadapan dengan anak-anak yatim. saya dapat merasai kekosongan jiwa mereka. rendah diri mereka.

walaupun saya pernah melaluinya tetapi saya bersyukur kerana masih punya ibu utk menumpang kasih.

Anonymous said...

Assalam ustaz,

Terharu dengan catatan ustaz.

Semuga Allah lindungi anak anak ini dunia akhirat dan semuga Allah memberi kesihatan kepada ustaz.

Salam hormat

AJ

Anonymous said...

InsyaAllah ustaz, kami transfer online tiap2 bulan, tak banyak..tapi kalu ramai, say sorang RM10, klu semua yg tau/klik blog ustaz ni katakan 500 org x RM10 =RM5,000.00 tiap2 bulan.

Jom kita sumbang ramai2.. bila kerjasama, semua jadi mudah!!!

Anonymous said...

salam..ustz. kakk sye bkn x nk betulkan crmn mata die. die x de mse, kdng2 die trlpe. sye ddk asrma, cmne nk ingtkn die. mntk maaf ye ustz, sye hrp ustz x slh fhm.

Anonymous said...

Assalamualaikum ustaz, saya ingin tahu bolehkan wang zakat diberikan untuk perbelanjaan persekolahan tahfiz? terima kasih.

 Alhamdulillah syukur di atas pembukaan Kapal Dive Lodge dibawah selian Ustaz Muhamad bin Abdullah atau lebih dikenali sebagai Ustaz Amin ...