Saturday, December 3, 2011

Universiti Kehidupan 214 – Samun Di Seksyen 9 Shah Alam, Apakah Semuanya Kebetulan..?

29 November 2011 jam 11.45 pagi, saya baru sahaja selesai program di Yayasan Restu Shah Alam. Kala itu saya berada di pejabat saya di tingkat satu, memerhatikan beberapa surat-surat yang sampai mengenai Yayasan al-Ijabah.

Tiba-tiba, saya terdengar suara perempuan memekik meminta tolong..

Saya menjengahkan kepala pada tingkap. Segera saya turun bersama staf lelaki saya, Fendi.

Sampai di bawah, saya melihat beberapa perempuan sedang menangis, sebuah motosikal tumbang dan beberapa beg berselerakan.

Dua orang berpakaian biasa sedang mengacukan pistol pada seorang lelaki.

“Apa hal  ni?” tanya saya pada polis ini…

15 minit sebelum kejadian….

Dua orang berkepala botak menunggang motosikal dengan keadaan mereka mencurigakan.

Dua orang polis berpakaian biasa sedang membasuh motor mereka di satu sudut.

Melihat si botak melintasi mereka, polis ini saja-saja memeriksa nombor motosikal ini dan mendapati ia adalah nombor palsu.

Dua polis ini kemudian terus mengekori si botak.

Di satu sudut, si botak tidak kelihatan, meninggalkan motosikalnya di tempat meletak kereta dan mereka berdua sedang mengacukan parang pada pemilik pusat kecantikan yang terletak di tingkat atas.

Barang kemas, duit dan komputer riba telah berada di bahu mereka. Dengan tenang, dia turun dan tidak tahu bahawa dua orang polis sedang berada di bawah menunggu.

Dua orang polis yang berada di bawah pula tidak tahu bahawa dua si botak ini sedang menyamun dan bersama mereka, terdapat parang yang telah disembunyikan di dalam seluarnya.

Sampai di anak tangga terakhir di bawah, pemilik pusat kecantikan menjerit meminta tolong.

Dua Polis di bawah menyapa si botak..

“Kenapa?”

dan tiba-tiba si botak menghayunkan parangnya ke arah dua polis yang disangka orang awam ini..

Dua polis terus mengeluarkan pistolnya, seorang berjaya direbahkan dan seorang lagi berjaya melarikan diri.

Pagi ini, seorang penyamun telah berjaya di tangkap oleh Polis..

Saya memerhatikan kejadian ini..

Adakah peristiwa ini berlaku secara kebetulan..?

Adakah kebetulan si botak melalui lorong bangunan tempat polis ini membasuh motornya?

Adakah kebetulan polis melihat si botak?

Adakah kebetulan polis tergerak mahu memeriksa nombor motor itu?

Dua soalan yang bermain di fikiran saya….

Adakah semua ini kebetulan? Dan saya meyakini bahawa tidak ada kebetulan dalam hidup, semuanya takdir yang ditentukan ilahi..

Yang kedua, apakah amalan kakak ini hingga menyebabkan kebetulan polis terlihat si botak dan kebetulan dia mengikuti si botak hingga akhirnya dapat menangkap si botak?

Saya berbisik sendirian, kakak ini walaupun tidak bertudung, walaupun nampak seperti auratnya tidak di jaga, tetapi ada amalan dia yang Allah sayang hingga musibah berlaku terus pertolongan sampai. Sebab itu jangan mudah pandang hina pada orang di sekeliling kita, sapa tahu, di sisi Allah, dia jauh lebih  mulia dari kita..

 

“Universiti Kehidupan Pengajian Sepanjang Hayat”

al-Faqir Ila Rabbihi

Muhamad bin Abdullah

Putra Heights

7 Muharram 1433/ 3 Disember 2011 jam 11.15  malam

IMG_8037

Motor dengan nombor palsu

IMG_8038

Orang ramai berkumpul melihat kejadian..

IMG_8044

Si botak yang berjaya di tangkap polis..

IMG_8046

Anggota yang sampai untuk tindakan selanjutnya..

3 comments:

Anonymous said...

Ustaz tanyalah kakak tu, mudah2an boleh kita contohi. Mungkin dia sedang sara anak yatim ke, dsbnya...

Kebetuln yg saya nampak ialah, kakak tu bertemu ustaz. Jadi, ustaz perkenalkan diri, beritau & puji dia mcm yg ustaz tulis tu, lepas tu ustaz kenen2 le minta le dia tutup aurat.

Amalan dia cantik dah, lagi cantikkkkk kalau dia tutup aurat. Btol tak ustaz?

Guru said...

betullah seperti apa yang ustaz tulis. dan saya setuju dengan komen cik anon.

Rahimah Humaira said...

Betul tu Ustaz. Saya sering bertanya kepada diri..adakah ada elemen kebetulan dalam kehidupan ini..kemudian hati saya menyimpulkan.tidak ada teori kebetulan, hanya yang ada adalah takdir yang telah ditetapkan.

Semua itu bertitik tolak apabila saya terjatuh di dalam kampus. Sakit tangan dan kaki tuhan sahaja yang tahu. Kemudian saya berfikir sejenak. Adakah aku jatuh ini kerana kebetulan?. Tidak..hati saya menjawab. Ini adalah takdir. Sebab saya tidak pernah menduga yg hari itu saya akan jatuh. Wallahualam.

Semoga kakak itu diberi hidayah untuk menutup aurat. Amin.

 Alhamdulillah syukur di atas pembukaan Kapal Dive Lodge dibawah selian Ustaz Muhamad bin Abdullah atau lebih dikenali sebagai Ustaz Amin ...