Tuesday, August 23, 2011

Diari 329 - Catatan Perjalanan Ke Mekah Ogos 2011

22 Ogos 2011, saya menyempurnakan program "Tanyalah Ustaz" yang dibuat di Masjid Negeri Shah Alam. Satu kelainan di sini ialah program bersama para penonton studio.

Oleh kerana kala ini telah mula 10 malam akhir bulan Ramadhan, jadi agak ramai yang bersama di Studio di Masjid ini, para jemaah yang bersama qiamullail di masjid langusung ke dalam progam ini.

Tamat jam 8 pagi, saya menziarahi rumah ibu saya di Subang Jaya, jam 9.15 pagi, saya ke IKIM.fm di dalam segmen Suri. Di dalam segmen suri, tajuk perbincangan adalah hak-hak wanita.

Tamat jam 11 pagi, saya terus ke Sungai Besi menghadiri kelas penerbangan. Sudah banyak kali tertangguh kelas ini kerana kesuntukan masa.

Jam 2.30 petang, semua bahagian pentadbiran Yayasan al-Ijabah berada di rumah saya membincangkan perkara berbangkit sebelum saya bertolak ke Mekah. Memastikan semua kebajikan anggota pekerja dan anak-anak yatim dan tahfiz telah sempurna terutama menjelang hari raya.

4 petang, saya mula bergerak ke KLIA.

Penerbangan Umrah kali ini menaiki Emirates, bermakna kami akan singgah di Dubai, tetapi perjalanan lebih mudah kerana dari Dubai, kami akan langusung ke Madinah. Kalau turun di Jeddah agak penat sikit kerana terpakas menyambung perjalanan selama 6 jam lagi dengan bas ke Madinah.

Kami sempat bersahur di Madinah dan chek in di Hotel, tepat dengan laungan azan dari Masjid an-Nabawi.

Selamat bertemu ya Rasullullah, sesungguhnya aku sangat merindui Allah dan dirimu.....ku pohonkan agar sesiapa sahaja yang bersama di dalam pengembaraan maya ini juga akan sentiasa diberi peluang menziarahimu, amin....

"Diari Merakam Sejarah Mencatat Kenangan"

Al-faqir ila Rabbihi
Muhamad bin Abdullah al Amin
Dyaifah Al-Syarq
Madinah al-Munawwarah
23 Ramadhan 1432/ 23 Ogos 2011 jam 5.20 petang

6 comments:

PINATBATE said...

Amin! semuga doa dimakbulkan Allah.Selamat mengerjakan umrah ustaz.

fiza tajudin said...

amin... doakan kami juga dapat kesana...

Anonymous said...

Selamat berangkat ye ustaz. Mudah2an Allah makbulkan hajat kami untuk umrah di bln Ramadhan satu ketika nanti.

Mmg tertunggu2 'tanyalah Ustaz' Ramadhan ni siaran lansung dari masjid Shah Alam.

ungku azlina said...

Assalamualaikum Ustaz. Selamat mengerjakan ibadah umrah. Terimakasih dgn perkongsian ilmu dlm prog "Tanyalah Ustaz" dan prog2 yg lain2 yg sgt memberikan manfaat.

amieraman said...

umrah mabrur inshallah

khaliza said...

Insyaallah,moga2 kami sekeluarga juga akan dpermudahkan suatu hari nanti..

 Alhamdulillah syukur di atas pembukaan Kapal Dive Lodge dibawah selian Ustaz Muhamad bin Abdullah atau lebih dikenali sebagai Ustaz Amin ...