Friday, August 19, 2011

Sekilas 43 – “Isu JAIS Memeriksa Gereja – Mengenal Ahli Politik Yang Ikhlas Dan Berkepentingan..”

Saya mengikuti perkembangan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) yang memeriksa gereja sejak saya di China lagi. Sekembali dari China pada 6 Ogos 2011, ingin sahaja saya mengulas mengenainya, tetapi kerana beberapa hal, tidak sempat untuk mengulasnya.

Kesempatan kali ini, saya hanya ingin mengulas sedikit, tetapi hanya dari satu sudut sahaja iaitu mengenai pandangan dari ahli-ahli politik yang berada di negara kita ini.

1. Apa juga isu yang timbul di negara ini, akan ada orang yang ikhlas dan ada orang yang ingin mengambil kepentingan dan keuntungan.

2. Begitu juga dengan kes JAIS di dalam memeriksa gereja ini. Banyak sahabat-sahabat dari ahli politik yang memberi ulasan secara tegas dan jujur dan ada juga yang memberikan komen popular.

3. Bagi mereka yang memberikan ulasan secara tegas dan jujur di dalam mempertahankan kepentingan Islam, syabas dan tahniah diucapkan, tetapi yang memberikan komen popular hingga kadang-kala kepentingan Islam menjadi nombor dua, mudah-mudahan anda selamat dengan cara anda ini.

4. Saya pernah terlibat dengan kes seperti ini di dalam peristiwa HIV yang tinggal di gereja pada tahun 2009 dan saya ingin nukilkan pengalaman saya bersama orang politik. Ada di antara mereka yang tegas dan ikhlas dan ada juga yang ingin mengambil pendekatan popular.

5. Ketika kes HIV di gereja menjadi hangat, saya pernah dihubungi oleh bahagian pemuda PAS dan secara jujur bertanya apakah yang boleh mereka bantu. Kejujuran mereka terlihat dari kesungguhan mereka . Selain itu, ramai juga orang Islam dari mana-mana parti politik yang bersama-sama datang dan berusaha membantu.

6. Dalam waktu yang sama, ada satu pihak lain yang memberi ingatan sinis pada saya seolah-olah di belakang saya ada pihak-pihak yang ingin memburuk-burukkan kerajaan Selangor kala itu. Kalau dilayankan peringatan mereka, mungkin pesakit HIV masih lagi berada di dalam gereja.

7. Kes HIV di gereja semakin hangat dan kali ini, saya dipanggil untuk bertemu bekas menteri dan soalan pertama saya diajukan pada saya ialah

“benda ini berlaku pada zaman saya atau baru ni..” katanya.

“Maaf Dato’, benda ni dah lama sebenarnya, zaman Dato’ lagi. “ jawab saya.

“Oh, kalau dah lama susahlah sikit nak buat..” satu jawapan yang agak mengejutkan saya ketika itu.

Pertemuan itu berakhir tanpa apa-apa tindakan.

8. Alhamdulillah, dengan kesungguhan Majlis Agama Islam Selangor, akhirnya pesakit HIV dapat dipindahkan dari gereja pada Ogos 2009.

9. Pada 10 Oktober 2010, kala itu saya mempunyai program bersama MBSA. Ia dihadiri oleh seorang YB. Kala itu, penghuni HIV Darul Ukhwah hadir di dalam program ini. Ketika habis program, pengunjung dipersilakan makan. YB melihat penghuni Darul Ukhwah dengan pakaian rasmi mereka.

“Siapa dia orang ni” tanya YB.

Saya yang makan satu meja dengan YB menjawab “Ini pesakit HIV yang dari gereja tu..”

“Oh… dari gereja tu, dia orang semua ni, saya yang keluarkan ni, saya yang datang ke gereja tu dan arahkan untuk mereka dipindahkan” kata YB dengan penuh selamba.

Sahabat-sahabat dari MBSA dan para tetamu yang mengetahui kisah dari awal hingga akhir semua memandang pada saya dengan dengan mengangkat kening dan bibir yang dicebikkan. Saya hanya tersenyum.

10. Pada Disember 2010, saya yang memohon rumah dari Majlis Bandaran Shah Alam (MBSA) telah dipanggil mesyuarat untuk peringkat akhir. Dato’ Bandar ketika itu telah bersetuju dari segi dasarnya untuk memberikan sebuah dewan bagi penempatan HIV. Semua ahli mesyuarat juga bersetuju. Wakil penduduk dan Nazir masjdi juga ada dan telah bersetuju kerana kepentingan Islam. Dua orang wakil YB yang ada di dalam mesyuarat baru tahu bahawa dewan yang ingin diberikan untuk penempatan rumah HIV itu kosong dan akan diberikan untuk penempatan HIV ini.

Dia langsung terus dia mengatakan bahawa YB memang sedang mencari-cari kawasan untuk dibuat pusat Dialisis. Dan kalau tempat itu kosong, maka mereka mahu mohon untuk membuat pusat itu.

Timbalan Dato’ bandar yang mempengerusikan mesyuarat bertanya, kenapa tidak pernah ada permohonan pun.

“Ya, kita memang sedang buat..” katanya selamba padahal tempat yang saya mohon itu hampir setahun dibincangkan dari masa ke masa.

Timbalan Dato Bandar ketika itu mengatakan bahawa, pusat Dialisis di mana-mana boleh buat, MBSA pun boleh tolong carikan, tetapi tempat yang sesuai bagi HIV tidak semua tempat boleh.

Tapi, wakil YB ini tetapi berminat tempat ini.

11. Januari 2011, saya dipanggil oleh YB ini di dalam mesyuarat dan dia mengatakan bahawa tempat itu tidak boleh digunakan. Dia berjanji dengan saya akan menguruskan tempat lain dalam tempoh dua minggu.

12. Dari sehari ke sehari saya menunggu. Tidak ada jawapan. Perbincangan mengenai rumah HIV ditolak pula ke Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ). Saya pernah dipanggil sekali untuk mesyuarat tetapi juga terus tidak mendengar khabar berita.

Penat juga terasa kalau banyak kali cuba mengubungi tetapi tidak juga mempunyai apa-apa perkembangan. Saya cuba menghubugi YB tetapi tidak pernah dapat bertemu selepas Januari 2011. Hinggalah pihak MBSA sendiri ingin mengaturkan kembali pertemuan saya dengan YB, pun hingga sekarang tidak mempunyai jawapan.

13. Pada Ogos 2011, rumah HIV yang kita sewa di Petaling Jaya telah melebihi dua tahun. Saya mendapat satu panggilan telifon dari tuan rumah yang menyatakan bahawa dia mahu menggunakan rumahnya. Kami kena keluar dalam notis tiga bulan.

14. Di bulan puasa ini, banyak masa saya pada waktu siang ke sana dan ke mari mencari rumah baru bagi penempatan HIV.

Saya tidak tahu macam mana nak buat. Saya mempunyai kenalan dengan setiausaha kanan kepada YB Yaakub Sapari. Berbual dan berbincang dengannya atas dasar Islam. Dia bersungguh-sungguh membantu membawa saya ke sana ke mari. Dia maklumkan kepada YB Yaakub dan YB Yaakub bersungguh ingin membantu setakat ini. Walau bagaimana pun, penempatan belum lagi dapat.

Pada Isnin 22 Ogos ini, insyaAllah, saya akan ke Mekah. Di sana akan dimunajatkan keperluan penempatan HIV ini.

15. Apa yang saya ingin kongsikan di sini ialah bagi orang politik ada jenisnya. Ada yang memang ikhlas berjuang dan ada yang hanya mahukan komen popular di dalam sesuatu isu. Dalam isu Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) memeriksa gereja sama sahaja jadinya. Ada yang memberikan komen tegas dan jujur dan ada yang hanya mahukan kepentingan politik.

16. Apa pun, inilah ahli politik. Satu hari nanti, jika anak kita mahu jadi ahli politik pesankanlah pada mereka, politik hanya alat dan jadikan Islam itu sebagai matlamat.

“Sekilas Mewarkan Peristiwa”

Al-Faqir Ila Rabbihi

Muhamad bin Abdullah

Putra Heights

19 Ramadhan 1432/ 19 Ogos 2011 jam 8.00 pagi

24 comments:

mr edz said...

setuju dengan ustaz..

Zakiyah Zainon said...

setuju..saya doakan moga ustaz terus diberikan kekuatan dan kesihatan.

pesona said...

Assalamualaikum Ustaz,

Ini lah yang terjadi di hari ini nampaknya tiada keikhlasan dalam menjalankan sesuatu kerja yang diamanahkan dimana Populariti yang lebih dikejarkan.....

Semuga ustaz diberkan kekuatan dan kesihatan yang baik dalam melakukan ibadah di MH.....

smartniaga said...

salam ustaz,

kasi jelas sikit siapa petualang tu...

senang sket kita tak payah sokong orang macam tu...

cakap islam berdegar-degar,
bontot penuh dengan tahik...

saya memang anti orang lagu tuh.

ultraman melayu said...

Saya pun dah banyak berjumpa dgn.orang2 macam ni ustaz.Jenis yang menjual agama untuk mendapatkan dunia.Dah dapat balasan pun dia orang ni kan ustaz?

Adodis Reviews said...

Yep i too agree with u Ustaz..

Anonymous said...

ustaz, semua ustaz sihat & teruskan perjuangan.
Ttg duit zakat bayar gaji peguam tu macam mana cerita nya? kot2 ustaz bole jelaskan kedudukannya.

kami org awam ni tak faham le.

Cenangau said...

Aku salin tampal dalam blog ya, moga bermanfaat.

wnasmah said...

Hamba2 Allah sebegini sebenarnya lupa pangkat /kekuasaan duniawi yg mereka ada adalah satu ujian buat mereka.... Sayang - kerana terlalu alpa dgn kedudukan dan kesenangan di dunia.. semua yg tidak mendatangkan faedah pada diri mereka secara duniawi menjadi tidak signifikan. Semoga mereka2 ini diberi petunjuk serta hidayah..

Mazwandi Mustaffa said...

Ustaz. Jika boleh, sebut sahaja nama YB itu. Agar tidak timbul fitnah terhadap YB yg tiada kaitan dgn cerita ustaz.

Merahsiakan nama YB itu lebih banyak keburukan dari ustaz menyebutkannya.

aziz said...

Salam Ustaz..Pakai agen harta tanah Ustaz..Budget berapa? Lokasi mana? Kalau outskirt murah sikit ustaz dan boleh tempatkan ramai pesakit nanti. Commission Tuan rumah yang akan bayar jangan risau...

aziz said...

Saya baru dapatkan rumah kedai untuk pusat dalysis di selayang akan di kendalikan oleh koperasi Masjid InsyAllah jika semua nya di izinkin akan terlaksana...

ALahaI sI LunCAi said...

KALAU USTAZ IKHLAS, AKU TAK FIKIR USTAZ AKAN BERCERITA BENDA NI. DIAM DAN TERUSKAN USAHA.

INI, TENGOK ULASAN BERBENTUK PUJIAN YANG MELAMBUNG DI ATAS TU...

APA MAKNANYA ?

Anonymous said...

Betul... Ustaz gila glamor jer ni... Tulis artikel masuk bakul angkat diri. Kalau berani tulis ler nama, supaya x timbul fitnah..

Safiah Ahmad said...

Alahai Siluncai dan Anon 9:58: Kalau setakat nak mencacai dan cari salah orang, hentikanlah.. Ni bulan Ramadan, banyak2 muhasabah diri dan buat kebaikan. Jgn buat benda tak berfaedah.

joe penang said...

Memang bayak perkara berkaitan politik. Namun jika semuanya hendak dipolitikkan...

Anonymous said...

Fitrah manusia, akan ada macam2 reaksi thd tulisan2/tindakan2 dll yg dilakukan pihak lain --> hasilnya pujian2, kejian, dll, tak terkecuali yg kata 'ada aku kisah'.

Tindakan2 tu terbit dari hati & niat. Klu niat suka pada kebaikan, reaksinya berbeza pada yg sebaliknya.

Begitu lah kita ... niat & isi hati kita atas reaksi tulisan ustaz kali ni, hanya Allah yg tahu. Begitu juga atas ustaz menulis ni, hanya Allah tau niat beliau.

Buat diriku, manusia (termasuk aku) mmg tak sempurna 100% selain Nabi saw & para anmbia, tapi klu pada pandangan, pemikiran & hatiku seseorg tu tindakannya, wataknya, tulisan2nya dll mengenai dirinya lebih menjurus ke arah Islam , aku follow dia . Klu ku tak bersetuju aku kira tu kelemahannya sebgai manusia biasa. (misalnya 80% ok vs 20% tak ok --> kira ok to follow)

So untuk tulisan2 ustaz ni, setakat ni..aku bersangka baik & banyak manfaatnya thd diriku utk Islam.

Semuga kita semua dirahmati Allah & menjadi umat Islam lebih baik di sisiNya dlm apa jua aspek. Amin.

ZA said...

Setuju sangat2.. Semoga Allah beri kekuatan dan ketabahan dlm segala usaha Ustaz. Saya mengikuti blog ustaz dari awal lagi, jadi saya faham kesusahan dan kegigihan Ustaz yg BUKAN 'masuk bakul angkat sendiri' untuk membuat kebaikan ke jalan Allah.

Suhainaa Ahmed said...

semoga Allah merahmati p'juangan ustaz...

Anonymous said...

Manusia mudah menulis sesuatu tanpa ilmu dan semudah itu memandangkan kebaikan org dgn keburukan...Apakah mrk menilai diri mrk dibandingkan apa yg sedang Ustaz usahakan? Apakah kita cukup sifat utk melakukan Jihad itu? Dgn kehidupan duniawi kini, manusia sibuk dan leka dgn m'cari RM tanpa memikirkan apa yg sebenarnya yg perlu kita lakukan utk menegakkan agama Allah? Rasa mcm satu kerugian kpd para Sahabat2 Nabi saw terdahulu memperjuangkan Islam bermatian2 supaya kita generasi terkini sentiasa mencintai Allah. Penulisan Ustaz tiada siapa boleh menilai niatnya. Ia lahir dari hati yg tulus dan utk perkongsian umum. Apa salahnya kita buka mata dan minda kita utk berbaik sangka dgn kebaikan org?? Cuba fikirkan....

Anonymous said...

Knp ustat x bersangka baik trhadap org politik yg dikatakan itu? Haha.. Statement tolol di atas.

Kak Ani said...

Biarkanlah si Luncai terjun dgn labu-labunya...

luncai...luncai...habis luncai...

ZA said...

Anoy 24/8/11 8:33 a.m > Sedapnya mulut kata orang tolol bagai.. Mulut tu ada insuran ke? Suruh org bersangka baik, tapi awak tu bersangka baik sgt ke?

Sabihah ramlli said...

Semoga lebih ramai ustaz2 muncul yg berjiwa persis ustaz Amin