Tuesday, August 16, 2011

Bicara Ilmu 40 – Di IKIM “Sebab Pertengkaran Rumah Tangga..”

15 Ogos 2011 jam 9.20 pagi, saya bertolak dari pejabat saya ke IKIM.fm di Jalan Duta. Pagi ini jalan raya tidak sesak. Mungkin bulan Ramadhan seperti ini, orang keluar awal sejurus selepas sahur.

Jam 10.00 pagi, saya telah bersedia bersama DJ Yati di bilik siaran. Kami dalam segmen Suri dalam membahaskan hak-hak wanita.

Tapi sempena bulan Ramadhan ini, saya suka bahas tajuk memperbaiki diri, tidak telalu berat bagi para pendengar yang mungkin mengatuk kerana bangun awal pagi untuk bersahur.

Saya bawakan pagi ini kenapa suami isteri boleh bertengkar. Pertengkaran boleh berlaku dalam 5 sebab yang besar:-

Pertama, memang sebab salah satu pasangan jenis yang jahat atau aniaya. Pasangan jenis ini memang akan menzalimi pasangannya sama memukul, mencederakan. Kalau bicara mengenai pasangan khianat ini, ia bukan sahaja pasangan moden, para nabi juga ada yang mendapat isteri yang mengkhianati mereka. Di dalam al-Quran surah at-Tahrim ayat 10 menyatakan bahawa :-

Allah membuat isteri Nuh dan isteri Luth sebagai perumpamaan bagi orang-orang kafir. Keduanya berada di bawah pengawasan dua orang hamba yang saleh di antara hamba-hamba Kami; lalu kedua isteri itu berkhianat kepada suaminya (masing-masing), maka suaminya itu tiada dapat membantu mereka sedikitpun dari (siksa) Allah; dan dikatakan (kepada keduanya): "Masuklah ke dalam jahannam bersama orang-orang yang masuk (jahannam)".

Sebab kedua ialah sebab salah faham. Ini banyak terjadi terutama bagi pasangan yang kurang mahir di dalam komunikasi rumahtangga. Saya pernah membahaskan mengenai komunikasi rumah tangga di dalam perbahasan lepas di IKIM dan di dalam blog ini.

Sebab ketiga ialah rasa sakit hati yang tidak diubat. Masalah rumah tangga ibarat sakit jantung. Ia bukan berlaku sekelip mata. Ia adalah masalah yang dipendam sekian lama dan tiba-tiba ia menjadi komplikasi yang besar. Sebab itu, bagi pasangan, kena selesaikan sesuatu perkara sekalipun kecil. Jangan dipendam sakit hati takut bertambah. Di dalam surah al-Baqarah ayat 10, Allah menyatakan bahawa:-

“Dalam hati mereka ada penyakit , lalu ditambah Allah penyakitnya”

Sebab keempat ialah sihir. Kita tidak menafikan kewujudan sihir. Di dalam surah al-Baqarah ayat 102 Allah menyatakan bahawa :-

“Maka mereka mempelajari dari kedua malaikat itu apa yang dengan sihir itu, mereka dapat menceraikan antara seorang (suami) dengan isterinya”

Sebab kelima ialah ujian hati. Ada orang yang diuji hatinya dengan rasa jemu, rasa menyampah, rasa tidak suka pada pasangan. Jika ini berlaku maka memang kena banyak berdoa pada Allah untuk mengembalikan kesejahteraan hati ini.

Inilah lima sebab besar kenapa boleh berlaku pertengkaran di dalam rumah tangga.

“Ilmu Pelita Hidup”

Al-Faqir ila Rabbihi

Muhamad bin Abdullah al-Amin

Putra Heights

16 Ramadhan 1432/ 16 Ogos 2011 jam 7.20 pagi

P1020492

Bersama DJ Yati di dalam segmen SURI

P1020487

Melihat  facebook IKIM dan respons yang diberikan oleh pendengar

P1020493

Kita bahaskan hari ini sebab-sebab pertengkaran

4 comments:

Anonymous said...

Salam ustaz. Jika ada seorang isteri yg sedang merasai kemanisan iman sedang suaminya masih lalai iaitu tidak solat walaupun telah bertahun ditegur & diajak dgn cara yang baik...apakah berdosa seorang isteri yang semakin hari rasa semakin berat untuk taat kepada suaminya...sedang hatinya cuba sabar & redha kerana menganggap ini ujian imannya dan yakin bahawa doa untuk melihat perubahan suami akan termakbul suatu hari nti. Ulasan ustaz amatlah saya hargai. Terima kasih.

Anonymous said...

Anon 16/8/11 11.00am:
Saya ingin panjang2kan penglaman seorg hamba Allah. Kira2 30thn lalu, isteri mengalami masaalah agak2 sama2..(mungkin ramai lagi di luar sana). Alhamdulillah yg lain2 ttg suaminya ok (suami tak kedekut, taat & hormat ibu bapa & mentuanya, pekerja yg bertanggung jwb, dll..)..

Jadi agak mudah (bayangkan klu suka memukul, minum arak, berjudi, kaki perempuan dll) ..& masih perlu disyukuri..

Dunia tempat ujian ..Dia ditakdirkan jodoh puan ada hikmahnya supaya puan menjadi pembimbinganya.

Ringkasnya, puan perlu bersabar, banyak bangun malam & bertaubat.. berlembut pada suami...bila puan mengaji quran mengaji la depannya dgn perlahan & puan la yg ajar anak2.. letak terjemahn quran & buku2 motivasi yg mudah di meja, bilik dll .... IKHLASKAN hati puan buat semua tu, (masak, kemas, dll kerana Allah) & banyakkan doa)..

So tentang hamba Allah tu, sekarang suaminya pulak yang lebih bayak hafal ayat2 quran drp dirinya, boleh jadi imam, lebih bertanggung jawab thd agama dsbnya..

Harap2 kisah ni boleh membantu..

Anonymous said...

Assalamu'alaikum,

Mohon untuk disharing bersama beberapa rakan yang lain serta menyambung tugasan dari sahabat yang rapat.

Anonymous said...

Assalamualaikum wbt Ustaz,

Untuk pengetahuan ustaz, saya merupakan seorang suami yang bertugas di sebuah institusi kerajaan, Isteri juga bertugas di tempat yang sama. Saya merupakan seorang pegawai manakala isteri juga pegawai. Perkahwinan kami telah masuk 3 tahun dan telah dikurniakan seorang cahayamata. Pada awal perkahwinan semuanya baik tetapi masuk tahun ke 2 apabila isteri mula mendapatkan rawatan gangguan saka semuanya berubah. Isteri menyalahkan keluarga saya kerana dikatakan gangguan saka tersebut datang dari sebelah keluarga saya. Kami semua telah pergi berubat termasuklah keluarga saya juga dan alhamdulillah ada perubahan. Namun demikian sehingga hari ini isteri masih menyalahkan keluarga saya dan hampir setahun isteri tidak akan ikut saya balik kampung. Saya menjadi serba salah kepada keluarga saya apabila mereka bertanyakan tentang isteri sebab mereka tahu isteri saya menyalahkan mereka. Apabila kami berbincang tentang perkara ini akan berlaku pergaduhan besar dan mulalah isteri saya mengungkit pelbagai perkara. Malahan dia juga mencabar saya untuk memutuskan hubungan kami. Ustaz, saya dah cuba untuk memberi yang terbaik dalam hubungan kami bahkan saya sentiasa sabar apabila berlaku pergaduhan. Cuma kadang-kadang apabila saya terasa hati sangat dengan sikap isteri saya terfikir untuk keluar dari masalah ini dengan menamatkan sahaja hubungan namun memikirkan nasib anak kami yang baru berusia setahun saya tak mampu nak menghadapinya. Saya mohon bantuan dan pandangan ustaz. Terima kasih.

Wassalam.

 Alhamdulillah syukur di atas pembukaan Kapal Dive Lodge dibawah selian Ustaz Muhamad bin Abdullah atau lebih dikenali sebagai Ustaz Amin ...