Tuesday, August 16, 2011

al-Ijabah 98– “Anak-anak ini telah mula melapisi…..”

15 Ogos 2011 jam 5.45 petang, saya mengisi jemputan kuliah sebelum berbuka di rumah orang tua al-Ikhlas di Puchong yang dianjurkan oleh KUB Malaysia Berhad.

Majlis dimulakan dengan ucapan Kak Muji, pengasas rumah al-Ikhlas dan kemudian ucapan oleh Dato’ Hj. Abd. Halim Abd Samad, pengerusi KUB Malaysia Berhad.

Saya pernah ke rumah ini di dalam rancangan Usrah TV9 awal tahun ini. Penghuni di sini ada yang bertambah. Dari sudut hati kecil terasa juga kebimbangan mengenai kualiti anak soleh hingga ibu dan ayah yang telah tua boleh berada di sini.

Kalau mungkin tidak mempunyai kepakaran dalam menjaga orang tua, kemudian diletakkan di sini tidak mengapa, ini ada yang memang letak untuk seolah-olah buang. Tidak dikunjungi hingga bertahun-tahun.

Saya tidak dapat lama di dalam majlis ini kerana di rumah saya sendiri, saya akan berbuka puasa dengan anak-anak yatim al-Ijabah dan saudara HIV Darul Ukhwah.

Jam 6.45 petang, saya sudah berada di rumah. Warga HIV Darul Ukhwah telah sampai begitu juga anak yatim peringkat rendah. Yang menengah belum sampai lagi kerana bas mempunyai sedikit masalah.

Rumah saya dipenuhi denga sorak anak-anak yatim dan tahfiz al-Ijabah. Tersenyum melihat telatah mereka semua. Ketika mula-mula mengasaskan rumah anak yatim ini pada tahun 2005, mereka semua kecil-kecil, sekarang ada yang sudah boleh menjadi imam menggantikan saya, ada dikalangan mereka yang sudah menghafal lebih 10 juzuk al-Quran, ada yang telah menjadi imam di surau-surau pada bulan Ramadhan ini.

“Ya, mudah-mudahan menjadi pengganti dan pelapis pada perjuangan Islam akan datang untuk agama, bangsa muslim dan negara, amin..” doa saya untuk mereka semua.

Saya mengamanahkan majis di rumah saya pada beberapa anak murid saya ini untuk meneruskan hingga ke tarawikh dan more. Ini kerana, saya akan memenuhi jemputan kuliah Tarawih di Masjid al-Husna Bandar Baru Sunway.

Mereka semua berselawat sambil menunggu waktu solat. Dan saya meninggalkan mereka ketika sayup-sayup anak kecil ini melaungkan azan. Mudah-mudahan, mereka semua dilindungi Allah di dalam apa juga keadaan, amin…

“al-Ijabah, Bersatu Kita Berbakti”

Al-Faqir ila Rabbihi

Muhamad bin Abdullah al-Amin

Putra Heights

16 Ramadhan 1432/ 16 Ogos 2011 jam 7.45 pagi

P1020500

Majlis KUB berhad di rumah orang tua al-Ikhals

P1020511

Kuliah sebelum berbuka

P1020524

Bersama Dato’ Haji Abd Halim, Pengerusi KUB Malaysia Berhad

P1020527

Saya bergegas pulang dan berbuka dengan anak yatim dan tahfiz al-Ijabah

P1020528

anak-anak perempuan.

P1020530

Kanan gambar kekanda Ustaz Jazlan

P1020535

Mereka sudah boleh diamanahkan dengan perkara besar sekarang

P1020541

Isyak, kuliah di Masjid Sunway

P1020542

tajuk hari ini ialah mengenai
Deria Manusia” insyaAllah saya akan bawakan tajuk ini dalam “Tanyalah Ustaz pada 21 dan 22 Ogos ini

P1020545

Para muslimah Masjid Sunway

2 comments:

Anonymous said...

Salam Ustaz. Jika seorang ibu ingin sekali menghantar anak ke sekolah agama tahfiz kerana merasa perlu adanya hafiz alQuran di kawasan tempat tinggalnya tetapi si ayah tidak membenarkan atas alasan tidak mahu berpisah dengan anak. Apakah derhaka jika si isteri menghantar juga anaknya ke sana kerana melihat ayahnya lebih melalaikan si anak dengan permainan video dan kartun. Harap Ustaz dapat komen. Terima kasih.

Anonymous said...

Salam Ustaz. Saya sudah 6tahun meninggalkan zaman persekolahan namun seringkali bermimpi saya memakai baju seragam sekolah. Dalam masa yang sama saya tergesa-gesa bersiap untuk pergi ke sekolah namun sering terlewat. Apabila terlewat saya terus terjaga dari mimpi. Kadangkala saya bermimpi mencari baju seragam sekolah di dalam almari dgn tergesa-gesa namun tidak berjumpa. Saya pasti terjaga apabila sampai pada pengakhiran mimpi yang sama iaitu apabila di dalam mimpi itu saya memandang jam di dinding yang menunjukkan saya sudah terlewat untuk ke sekolah. Mimpi seperti ini sering berulang-ulang seolah2 ada maksud tersembunyi. Saya ingin meminta jasa baik ustaz agar dapat memberikan tafsirannya. Terima kasih ustaz.

 Alhamdulillah syukur di atas pembukaan Kapal Dive Lodge dibawah selian Ustaz Muhamad bin Abdullah atau lebih dikenali sebagai Ustaz Amin ...