Friday, July 15, 2011

Diari 329 – “Jericho, Kota Tertua Di Dunia..?”

Jericho di dalam bahasa Arab disebut sebagai “Arihah” bermaksud wangian. Kalau di Palestin, kita nak beli minyak wangi kita akan sebutkan sahaja “Uridu Airhah” (saya nak minyak wangi).

Kota Jeriho ini merupakan kota tertua di dunia iaitu berumur 10 000 tahun. Kota ini banyak sejarah antara yang terkenal ialah peperangan antara orang beriman yang dipimpin oleh Nabi Yusyak a.s dengan seorang raja yang zalim. Dan di dalam sejarah kemanusiaan, matahari tidak pernah diperintahkan berhenti melainkan ketika peristiwa perang ini. Di dalam hadis Nabi saw bersabda:-

“Sesungguhnya matahari tidak pernah ditanah (berhenti) untuk manusia melainkan kepada Nabi Yusyak  ketika perjalanannya ke Baitul Maqdis” (HR Ahmad di dalam Baqi Musnad al-Mukhatirin).

Kita boleh ziarah makam  Nabi Yusyak yang berada di Jordan.

IMG_2978

Ketika kami selesai urusan di sempadan Israel, kami menuju ke Jericho untuk makan tengah hari di sini. Memang, selepas urusan imigresen yang penuh dengan berbagai cabaran, satu perasaan gembira yang tidak dapat dibayangkan lahir dari hati kerana kami telah sampai ke bumi penuh barakah yang banyak berkaitan dengan sirah para Nabi

IMG_3006

Selepas makan, kami menaiki kereta kabel menuju ke Pergunungan Tapa (Mount Of Temtations). Bagi versi kristian, dipergunungan inilah  Nabi Isa bertapa selama 40 hari 40 malam selepas peristiwa Baptis.

IMG_3015

Dari atas pergunungann Tapa ini, kami dapat melihat kota lama Jericho.

IMG_3041

Di atas ini ada restoran dan kita boleh makan atau minum di sini

IMG_3042

Pemandangan di restoran di pergunungan tapa

IMG_3045

Ini antara yang menarik, teh denga pudina

IMG_3046

Kesempatan berada di sini, kami menyiapkan dua episod “Sirah Nabi” tv9, rancangan yang akan keudara pada bulan Ramadhan..

IMG_3056

Dari tempat stesyen kereta kabel kita kena naik 84 anak tangga lagi untuk sampai ke kawasan tempat Nabi Isa

IMG_3071

Kami membahaskan kisah Nabi Adam dan Nuh

IMG_3073

Kota lama Jericho. Selain dari kota ini, kota Damsyiq juga adalah kota tertua yang masih hidup, umurnya setua kota Jericho ini.

“Diari Merakam Sejarah Mencatat Kenangan”

al-Faqir Ila Rabbihi

Muhamad bin Abdullah

Salahuddin St. Jerusalem

13 Syaban 1432/ 15 Julai 2011 jam 7.15 pagi

Thursday, July 14, 2011

Diari 328 – Perjalanan Kuala Lumpur - Jordan

Rabu 13 Julai 2011 jam 3.30 pagi, saya bersama keluarga dan krew TV9 mula meninggalkan tanah air menujuk ke Doha dan kemudian melanjutkan perjalanan ke Jordan.

Di Jordan, kami tinggal di hotel laut mati, hotel yang terletak betul-betul di tepi laut mati. Berjalan tak sampai 5 minit akan sampai ke laut mati.

Kami memilih untuk ke tinggal di sana kerana dari laut mati ke sepadan Palestin hanya setengah jam. Kalau dari Amman, perjalanan lebih sejam.

Kalau terlambat sampai ke border, maka bererti lambatlah kami akan melintasi border. Kalau lambat bererti akan terlambat  kerana terlalu ramainya orang di sempadan ini.

Jangkaan kami tepat. Jam 9.00 pagi kami meninggalkan hotel dan terus ke sempadan Jordan-Israel.

Dan urusan kami semua selesai dalam sejam lebih sahaja. Ini berbeza dengan pertama kali saya masuk ke sini, tertahan dekat 5 jam, kali kedua tertahan hampir 4 jam. Pengalaman yang lepas mengajar dan kami perlu berada di sepadan awal pagi.

“Diari Merakam Sejarah Mencatat Kenangan”

al-Faqir Ila Rabbihi

Muhamad bin Abdullah

Salahuddin St. Jerusalem

12 Syaban 1432/ 14 Julai 2011 jam 6.05 petang

IMG_2943

Quuen Alia Airport, Amman Jordan

IMG_2956

Perjalanan ke laut mati dihiasi dengan pokok Zaitun

IMG_2964

Laut mati adalah kawasan paling rendah di dunia, 410 meter terbenam dari paras laut

IMG_2970

Kawasan paras laut sebelum turun ke kawasan lebih rendah lagi..

Wednesday, July 13, 2011

Diari 327 – “Sehari Sebelum ke al-Aqsa..”

Jam 7.00 malam 11 Julai 2011, dengan izinNya, saya selamat sampai dari Guangzhou China. Balik rumah mandi, terus keluar bermesyuarat dengan Ustaz Azmi mengenai perjalanan Rumah HIV Darul Ukhwah Yayasan al-Ijabah. Malam ini, seorang penghuni Darul Ukhwah telah kembali ke rahmatullah… (al-Fatihah..)

Jam 9.30 malam saya terus ke Damansara menghadiri  pertemuan dengan Dato’ Roslan Khalid mengenai premis kedai yang saya sewa darinya di Ampang.

Jam 11.30 malam, saya  ke Sunway pula  untuk bertemu dengan Abang Azizi membincangkan mengenai perjalanan rumah anak yatim al-Ijabah.

IMG_2899

12 Julai 2011, hari ini hanya ada sehari sahaja untuk saya menyelesaikan banyak perkara sebelum bertolak ke Palestin. Pagi ini, jam 9.30 pagi saya bersama dengan warga Shah Alam di Yayasan Restu membincangkan mengenai perkara berkaitan Ramadhan.

IMG_2894

Antara yang dibincangkan ialah mengenai fidyah, kadar zakat fitrah. Saya pernah menulis mengenainya di dalam blog ini. Untuk membaca kembali, kita boleh melawat http://www.ustazamin.com/2008/09/berapakah-nilai-zakat-fitrah-anda.html

IMG_2916

Jam 11.00 pagi, saya bersama dengan warga Bukit Jelutong di dalam rakaman “Usrah” bertajuk Ahlan Ya Ramadhan

IMG_2918

Rakaman Usrah ini akan keudara pada hari Jumaat sebelum Ramadhan.

IMG_2920

Saya solat Zohor di Masjid bukit Jelutong sebelum ke Maahad Sains al-Quran al-Amin di Sunway  memenuhi temuramah bersama program Kalamullah TV9.

IMG_2921

Pendekatan Kalamullah tahun ini berkisar pembacaan al-Quran dan juga lawatan ke sekolah-sekolah tahfiz terpilih.

IMG_2929

Asar, saya bersama dengan anak-anak saya dari Ijabah di dalam majlis doa selamat untuk semua terutama doa selamat bagi perjalanan saya ke Palestin. Setakat semalam, sebenarnya, kami belum memperolehi kebenaran untuk memasuki Palestin. Ini rentetan dengan kerajaan Isreal memboikot Malaysia kerana penghantaran bantuan kepada Palestin.

Maghrib, saya bersama dengan staf ALCC di dalam menyemak segala perkara kepejabatan selama ketiadaan saya di tanahair.

Selepas Isyak, memang kebiasaannya, sebelum bertolak, saya akan melihat asrama anak yatim dan tafiz al-Ijabah, memastikan segala keperluan telah cukup dan perjalanan pentadbiran semuanya di dalam keadaan baik dan  bertemu dengan ibu saya memohon restu.

Jam 11.00 malam, baru pulang ke rumah untuk berkemas. Tetapi dua orang warden dan guru Maahad Sains al-Quran telah berada di rumah untuk membincangkan beberapa perkara.

Jam1.15 pagi baru mereka bergerak dari rumah saya. Saya terus mencapai baju-baju yang ingin di bawa dan jam 1.40 pagi mula bergerak ke lapangan terbang.

Malam ini saya menaiki Qatar Airways. Jam 3.30 pagi kapal mula bergerak. Kadang kala, terlalu letih menyebabkan kita mudah tidur dan kadang kala, terlalu letih hingga kita tidak boleh nak melelapkan mata.

Dua jam penerbangan, saya terkebil-kebil sendirian. Sekali-sekala membaca surat khabar yang ada di dalam kapal ini.

Musafir kali ini bersama krew “Usrah”. Kami akan berkongsikan apa yang menarik di Palestin insyaAllah. Malam nisfu Syaban akan kami sambut di al-Aqsa. Satu yang selalu saya pohonkan agar negara umat Islam terutama di Nusantara sentiasa dikurniakan keamanan dan kesejahteraan. Semoga dengan nikmat keamanan akan memudahkan lagi kita untuk berusaha ke arah keredhaan Allah…

“Diari, Merakam Sejarah Mencatat Kenangan”

al-Faqir Ila Rabbihi

Muhamad bin Abdullah

Doha Airport

11 Syaban 1432/ 13 Julai 2011 jam 9.30 pagi

Tuesday, July 12, 2011

Jom Kongsi Pengalaman 77 – Tembok Besar China

Tamat program bersama rombongan Tabung Haji, kesempatan berada di China ini, saya melanjutkan perjalanan ke Beijing. Sebagai menambahkan lagi pengajian di Universiti Kehidupan ini. Perjalanan kali ini saya menimba banyak perkara. InsyaAllah kita akan kongsikan di dalam blog ini.

Antara yang menarik di Beijing ini ialah Tembok Besar China, salah satu tinggalan sejarah sejak ribuan tahun dahulu.

Ada beberapa tempat boleh kita lawat tembok besar China ini. antaranya ialah Great Wall Ba Da Ling. Great Wall Mu Tian Yu, Great Wall Jin Shan Ling dan beberapa lagi.

IMG_2761

Kesempatan berada di sini saya ke Great Wall Mu Tian Yu, khabarnya antara tempat lawatan  ke Great Wall yang dibuka, di sini paling cantik. Untuk naik ke Great Wall Mu Tian Yu ini, kita akan menaiki kereta kabel.

IMG_2764

Dari kejauhan sudah nampak tembok besar ini. Yang menariknya, laluan tembok besar ini dibuat di puncak-puncak bukit dan gunung. Jadi, ada yang laluannya menerobosi awan-awan putih. 

IMG_2782

Satu lagi yang menarik, kebanyakkan tangganya dibuat tidak begitu tinggi, antara anak tangga rendah.  Bagi orang yang berumur pun, boleh untuk ke sini kerana tidak perlu tenaga yang banyak untuk memanjat anak tangga. Bagi orang muda mungkin boleh melangkah dua anak tangga terus.

IMG_2787

Tembok besar ini dibuat sebagai benteng dari serangan Monggol. Di setiap menaranya akan ada yang menjaga, jika mereka terlihat tentera monggol yang ingin menyerang, mereka akan menghidupkan unggun api. Ia ibarat telifon bagi memberi tahu menara-menara lain agar bersedia jika terdapat pergerakan tentera musuh menghampiri mereka.IMG_2793

Satu lagi yang agak menakjubkan ialah, macam mana mereka mengangkut batu-batan ke atas gunung ganang ini?

IMG_2807

Suasana di sini memang cantik. Setelah berjalan jauh, kita boleh membeli minuman yang ada dijual oleh peniaga kecil di sekitar tembok ini. Sambil kita memerhatikan hutan belentara yang luas, sekali sekala lebah-lebah hutan datang menemani kita untuk minum. Ia seolah-olah mengajak kita berbual di dalam bahasanya.

IMG_2818

Keindahan tembok besar China

IMG_2826

InsyaAllah, kita akan kongsikan lagi perkara menarik di dalam kembara China ini. Malam ini, saya akan bertolak ke Palestin. Pohon di doakan.

“Pengalaman Asas Hikmah”

al-Faqir Ila Rabbihi

Muhamad bin Abdullah

Shah Alam

9 Syaban 1432/ 12 Julai 2011 jam 9.00 malam

Diari 326 – “Rombongan Ketiga Kursus Persaraan Bersinergi Tabung Haji..”

KLIA 6 Julai 2011 jam 9.30 pagi, saya sudah berada di dalam perut kapal terbang kala ini bagi perjalanan ke Guangzhou China, memenuhi undangan “Kursus Persaraan Bersinergi” kumpulan ketiga.

Penerbangan selama 3 jam 45 minit ini hanya dihabiskan dengan menyemak perbentangan yang akan dibuat di Hotel Mandarin Guangzhou.

IMG_2733

Selesai semua urusan di lapangan terbang Baiyun Guangzhou jam 1.45, saya terus ke destinasi, dari lapangan terbang ke Mandarin Hotel hampir sejam perjalanan.

IMG_2734

Berehat sebentar, jam 4.00 petang pembentangan pertama saya di dewan Mandarin Hotel bertajuk “Peranan Peniaga Di dalam Ummah Islamiyyah”. Peniaga adalah salah satu kumpulan penting di dalam membangunkan ummah kerana ia sebahagian dari bidang Fardhu Kifayah yang wajib dibangunkan.

IMG_2735

Untuk esok harinya, 7 Julai 2011, saya akan membentangkan lagi 5 topik iaitu “Pengurusan Fizikal dan Mental Di Dalam Persaraan”, “Pengurusan Kesihatan”, “Pengurusan Stress”, “Pengurusan Kewangan” dan “Asas Perniagaan”

IMG_2740

Pembentangan di sulamikan dengan beberapa bengkel

IMG_2743

Beberapa kumpulan di bahagikan untuk perbincangan

IMG_2746 

wakil ahli kumpulan membentangkan perbincangan mereka.

IMG_2749

Secara peribadi, syabas dan tahniah kepada Tabung Haji di atas keperihatinan mereka kepada pekerja yang mahu bersara ini. Mereka di dedahkan dengan alam perniagaan langsung ke negara tempat mereka akan mengambil barang. Selama seminggu mereka akan didedahkan secara teori dan praktikal memulakan perniagaan.

“Diari Merakam Sejarah Mencatat Kenangan”

al-Faqir Ila Rabbihi

Muhamad bin Abdullah

Putra Heights

10 Syaban 1432/ 12 Julai 2011 jam 7.00 pagi

Wednesday, July 6, 2011

Diari 325 – “IKIM, Kalau Macam Tu Kena Buat Rakaman lah ye..”

5 Julai 2011, hari ini satu hari tugasan saya memang sibuk dari pagi hingga ke malam menguruskan bahagian Sekolah Maahad Sains al-Quran al-Amin, anak yatim dan juga rumah HIV muslim Darul Ukhwah.

Ini kerana esok 6 Julai 2011 jam 9.30 pagi, saya sekali lagi akan bertolak ke GuangZhou China bagi mengendalikan kursus perniagaan menurut Islam yang dianjurkan oleh Tabung Haji. Kekerapan bersama Tabung Haji hingga ada yang menyangka…

“Ustaz sekarang bertugas dengan Tabung Haji ke?”

tergelak kecil saya mendengar pertanyaan ini…

Saya akan berada di China hingga 11 Julai 2011. Rehat sehari, 13 Julai 2011  keluar sekali lagi hingga 19 Julai 2011. Kali ini ke Jordan dan  Palestin bersama krew Usrah TV9 di dalam siri pengambaran “Usrah” di bumi Anbiya ini…

Pulang beberapa hari, 22 hingga 24 Julai saya akan bersama kita semua di dalam program “Tanyalah Ustaz” bertajuk Prinsip Keluarga Bahagia.

25 Julai sekali lagi saya akan ke China bagi mengendalikan group terakhir Tabung Haji ke Guangzhou China sebelum menyambung sedikit hingga ke awal puasa bersama krew Usrah TV9 yang akan membuat liputan mengenai puasa umat Islam di China.

“Jadi ustaz tak ada le Isnin minggu ketiga” kata DJ Yati yang mengendalikan segmen SURI di Radio IKIM.

Jadual saya bersama IKIM adalah setiap Isnin minggu ketiga dan keempat.

“Mmm, kalau macam tu, kita buat rakaman ye” kata DJ Yati.

5 Julai 2011 jam 5.00 petang, saya bersama DJ Yati membahaskan mengenai nafkah dan juga perihal  poligami menurut Islam dan Undang-Undang Negara. InsyaAllah ia akan bersiaran pada Isnin minggu ketiga, lebih tepat lagi 18 Julai 2011 jam 10.00 pagi.

Sementara masih muda dan kuat, semoga dakwah dapat dibuat semaksima mungkin untuk berkongsi bersama masyarakat sekelumit pengetahuan agar sentiasa kita memperbaiki diri di dalam mencapai kebahagiaan di dunia dan di akhirat, amin…

“Diari Merakam Sejarah Mencatat Kenangan”

al-faqir Ila Rabbihi

Muhamad bin Abdullah

Putra Heights

4 Syaban 1432/ 6 Julai 2011 jam 1.30 pagi

IMG_2726

Bersama DJ Yati di dalam segmen SURI

IMG_2730

IMG_2731

Semoga memberi manfaat untuk diri ini dan semua, amin…

Diari 324 – Bengkel Pengurusan Stress

Semua orang mahu sihat….

Menurut World Health Organization (WHO), sihat bererti kesejahteraan mental, fizikal dan sosial. Ini bukan semata-mata tidak ada kecacatan

Kita boleh bincangkan sihat dari berbagai sudut, tapi kalau menurut WHO ini, mental adalah salah satu komponen penting untuk sihat.

Hari ini, ramai orang yang mengalami penyakit stress, satu penyakit yang banyak penghidapnya tapi kadang kala orang tidak perasan.

Pakar psikologi menyusun berbagai teori untuk menangani stress ini, tapi di dalam Islam, ia juga dibahaskan dan jalan keluar menurut al-Quran dan hadis juga tersedia.

4 Julai 2011 jam 11.00 pagi. Saya dijemput untuk menyampaikan perbahasan mengenai “Pengurusan Stress menurut Islam” di Dewan Hadari Menara Pusat Islam Kuala Lumpur. Perbahasan ini dibuat di dalam Bengkel Pengurusan Stress yang dianjurkan oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan dengan kerjasama  Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan.

Secara peribadi, pengurusan stress ini memang perlu diajar dan dikongsikan bersama dan patut disusun sebagai sebuah modul di dalam kursus perkahwinan. Banyak pasangan muda yang hilang kawalan hingga berlaku perkara tidak diingini kerana kurang mahir di dalam mengurus perasaan.

Semoga ia dapat dikembangkan lagi di masa akan datang..

IMG_2714

bersama peserta bengkel Pengurusan Stress

IMG_2710

Saya membahaskannya dari sudut Islam

IMG_2709

tidak banyak perbezaan cara menyelesaikannya antara teori barat dan al-Quran. Ini kerana asal teori barat juga dari sarjana Islam yang terlebih dahulu mengkaji tentang kemanusiaan ini.

 Alhamdulillah syukur di atas pembukaan Kapal Dive Lodge dibawah selian Ustaz Muhamad bin Abdullah atau lebih dikenali sebagai Ustaz Amin ...