Tuesday, January 19, 2010

Universiti Kehidupan 135 – Kesatuan Itu Membawa Rahmat

Ketika saya berada di Mekah pada musim haji 1430 lepas, saya selalu selalu berdoa:-

“Ya Allah, datangkanlah orang yang boleh membantuku”

Ini kerana, walaupun di saya di Mekah, beberapa kali datang massage dan panggilan telifon mengenai hal-hal berkaitan rumah HIV Darul Ukhwah Yayasan al-Ijabah ini.

Hingga pernah saya katakan:-

“Ya Allah, jika dengan bersama Darul Ukhwah ini menjadikan aku jauh denganmu, hentikanlah aku dari tugasan ini, tetapi jika ia menjadikanku semakin rapat denganmu, bantulah segala usaha ini”

Kadang-kala, terasa terlalu keseorangan di dalam usaha ini. Ujiannya kadang-kala begitu hebat hingga menitiska air mata.

Ketika saya pulang ke Malaysia, banyak masa ditumpukan untuk perjalanan Darul Ukhwah. Hinggalah pada minggu lepas, Majlis Aids dan MAIS membuat pertemuan dengan saya membincangkan bagaimana untuk memperkasakan lagi perjalanan Darul Ukhwah ini.

Saya begitu bersyukur padaMu Allah yang membuka ruang untuk terus ia diperkasakan. Waktu dekat ini juga, Allah datangkan individu-individu yang ingin bersama-sama di dalam perjuangan ini.

Malam tadi, 18 Januari 2010 jam 9.00 malam, untuk pertama kalinya, Ustaz Azmi, orang yang dipertanggungjawabkan untuk menguruskan Darul Ukhwah ini, memimpin mesyuarat bersama individu-individu yang ingin bersama-sama berjuang membela saudara seIslam kita yang sakit ini.

Alhamdulillah, secara peribadi, saya bersyukur pada Allah kerana, ia telah boleh diamanahkan pada seseorang yang dapat menjalankannya dengan baik.

Mesyuarat malam tadi telah menubuhkan beberapa unit bagi Darul Ukhwah Yayasan al-Ijabah ini, semoga ia akan terus dibantu Allah.

Saya teringat sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ahmad

Tiga perkara yang tidak akan memesongkan hati orang Mukmin, keikhlasannya di dalam beramal, sifat suka memberi nasihat kepada pemimpin dan sentiasa bersama di dalam jemaah (kesatuan)

(Kitab Baqi Musnad al-Mukahttirin.

Konsep berjemaah di dalam Islam amat ditekankan. Oleh kerana manusia itu sentiasa terdedah dengan kesilapan, maka dengan wujudnya jemaah, kita akan saling menegur dan memperingatkan satu sama lain. Di dalam hadis, Nabi saw telah bersabda

Umat ini tidak akan sama sekali berkumpul di dalam kesesatan

(Tuhfat al-Ahwazi Bi Syarh Jami’ at-Tarmizi)

Keberkataan bergerak di dalam jemaah disebut untuk kita sentiasa merasakan kepentingan kebersamaan dan saling bahu membahu di dalam sesebuah perjuangan. Di dalam hadis, Nabi saw bersabda

Tangan Allah (bantuan Allah) akan bersama jemaah (kesatuan)

(Hadis Riwayat at-Tarmizi di dalam kitab al-Fitan bab Ma Ja’a Fi Luzum al-Jemaah)

Oleh kerana, kekuatan sesebuah perjuangan itu, terletak di atas kesatuan, maka sudah tentu syaitan tidak akan menyenangi jika sesebuah kesatuan itu wujud, maka, dia akan berusaha untuk memecah belahkan sesebuah kesatuan.

Maka akan dibisikkan tentang sangka buruk, melaga-lagakan, kata mengata, fitnah memfitnah dan sebagainya.

Jika ini berlaku, apa kata Allah swt:-

Wahai orang-orang yang beriman, ta'atilah Allah dan ta'atilah Rasul (Nya), dan ulil amri di antara kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah tentang sesuatu, maka kembalikanlah ia kepada Allah (Al Qur'an) dan Rasul (sunnahnya), jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari kemudian. Yang demikian itu lebih utama (bagimu) dan lebih baik akibatnya.

(Surah an-Nisa ayat 59)

Apabila sesebuah selisih faham itu dirujuk kepada Allah dan Rasul, maka masing-masing akan sentiasa memperbaiki diri dan saling meminta maaf dan memaafkan.

Jika tidak dirujuk pada Allah, maka syaitan akan terus mengapi-apikan agar itu terus rosak dan pecah.

Walau di mana kita berada, saya menyeru untuk diri saya dan kita semua agar bersatulah. Jika ada bisikan perpecahan, maka kembalikan ia kepada Allah dan Rasul iaitu rujuklah pada al-Quran dan hadis untuk memperbaikinya.

Semoga setiap amalan mengundang keredhaan Allah, amin….

“Universiti Kehidupan, Pengajian Sepanjang Hayat”

Al-Fakir Ila Rabbihi

Muhamad bin Abdullah

Putra Heights

19 Januari 2010 jam 8.15 pagi

IMG_5513

Untuk pertama kalinya, ustaz Azmi, diri kiri saya mengepalai mesyuarat di Darul Ukhwah

IMG_5519

terima kasih pada semua yang terlibat

IMG_5544

Semoga ia terus dibantu, amin….

al-Ijabah 42- Petemuan Ukhwah……

“Syeikh, minggu depan ni,  orang dari DIC Pahang nak jumpa enta” kata Ustaz Azmi, pengurus Darul Ukhwah Yayasan al-Ijabah pada saya minggu lepas.

DIC Pahang adalah singkatan dari perkataan “Drugs Intervention Community Pahang”. Ia merupakan satu rumah pemulihan dadah yang berada di bawah kerajaan negeri Pahang.

Telah beberapa orang penghuni yang sakit dari DIC Pahang ini yang dihantar kepada kita dan ada beberapa yang telah meninggal, semoga Allah merahmati rohnya.

“Nama saya Hj Hashim, yang ini sahabat saya Suib dan Mohairol” kata ketua rombongan ini memperkenalkan diri mereka.

Kami mula bertukar-tukar pandangan mengenai perjalanan Darul Ukhwah dan perjalanan rumah DIC Pahang ini.

Satu kesamaan pandangan kami ialah,

“Untuk menyelesaikan masalahah HIV dan dadah ini, kita perlu kembali kepada ajaran Islam”.

Dalam konteks HIV, dari segi pencegahan Islam telah mengajarkan kepada kita.

Haramnya penzinaan dan haramnya dadah. Jika doktrin haram itu difahami bahawa ia adalah berbahaya dan akan menyebabkan kita sengsara di dunia dan di akhirat, maka semua orang akan menjauhi yang haram. Lebih-lebih lagi jika doktrin haram ini ditanamkan bahawa ia akan menyebabkan hilangnya redha Allah pada kita.

Dengan keredhaan Allah sahaja kita akan selamat di akhirat.

Tetapi, jika ubat penyelesaiannya kita cari bukan dengan jalan agama, maka ramai yang mencuba dan terus mencuba. Hasilnya, banyak tenaga dan wang ringgit yang habis tanpa kesan yang benar-benar terbukti.

Setelah seseorang itu menghidap HIV, kita perlu juga kembali kepada ajaran Islam iaitu, setiap yang bersalah masih ada ruang untuk bertaubat. Jadi, kita yang sihat tidak akan menyisihkan mereka.

Apa akan jadi, jika kita menyisihkan mereka dan mereka berlindung dengan tempat perlindungan bukan Islam.

Takkan kita hanya pandai berteori di pentas-pentas forum dan ceramah sedangkan Islam itu agama syumul, kamil lagi mutakamil.

“Saya memang sedang berusaha bekerjasama dengan berbagai pihak” kata saya pada tetamu yang hadir petang ini.

Kita akan membuat program melalui university dan pusat pendidikan agar masyarakat perlu sedar betapa, mereka yang sakit ini juga manusia yang mempunyai perasaan dan hati.

Jadi, kita tidak boleh menyisihkan mereka dari golongan masyarakat. Setiap anggota masyarakat perlu memberi sokongan dan peluang untuk mereka terus memperbaiki diri mereka. Jika kita sisihkan mereka, nanti mereka akan merasa terasing dan dengan perasaan demikian, mereka akan lebih menjauhkan dan memencilkan diri.

Pertemuan petang ini di akhiri dengan saya membacakan sebuah hadis:-

Barang siapa yang membebaskan golongan Riqab, maka Allah akan membebaskan setiap sendinya dari api neraka

Di Selangor, orang HIV di golongkan di dalam golonga riqab. Jadi, setiap detik usaha kita untuk membantu mereka, akan diberikan kepada kita berbagai kelebihan.

Semoga Allah terus membantu kita di dalam usaha ini, dan semoga Allah juga memberikan kita keikhlasan untuk terus kita berbakti demiNya.

“Mencari Kepulangan Yang Diredhai”

Al-Faqir Ila Rabbihi

Muhamad Abdullah

Putra Heights Selasa jam 1.45 pagi

- Selepas mesyuarat di Darul Ukhwah PJ

IMG_5387

Dari kanan gambar, Mohairol, Hj Hashim, saya dan Suib

IMG_5393

Kami bertukar-tukar pandangan mengenai perjalanan Darul Ukhwah dan DIC Pahang.

Sunday, January 17, 2010

Diari 155 – Setengah Tahun Berlalu….

“Ustaz, kenapa tak banyak entri dalam dua minggu ni?” tanya seorang murid saya pada saya.

“Mmm , dalam dua minggu ini saya banyak masa untuk Darul Ukhwah” jawab saya ringkas.

Pada hari Jumaat 8 Januari 2010, jam tiga petang, saya dijemput oleh Majlis Aids bersama MAIS untuk berbincang mengenai memperkasakanlah lagi perjalanan rumah HIV Darul Ukhwah.

Selesai pertemuan petang ini, saya menghadiri dua lagi mesyuarat, satu  dengan para pentadbir dan satu lagi dengan penghuni malam ini.

Hari Isnin 11 Januari 2010, jam 9.00 malam, saya menghadiri satu lagi mesyuarat bagi Darul Ukhwah bersama pentadbir rumah ini.

Selasa 12 Januari 2010 jam 4.00 petang, meeting di adakan bersama penasihat Ekonomi Yayasan al-Ijabah di Bangsar.

Rabu 13 Januari 2010, jam 3.00 petang, sekali lagi saya bermesyuarat bersama Majlis Aids dan Kementerian Pembangunan Wanita di Sentul mengenai Darul Ukhwah.

Terima kasih saya ucapkan kepada semua yang membantu untuk memperkasakan lagi perjalanan rumah HIV muslim ini.

Minggu lalu, oleh kerana tumpuan perlu diberikan untuk Darul Ukhwah ini, saya terpaksa menangguhkan rakaman program al-Hidayah TV3 yang sepatutnya akan di adakan pada hari Isnin 11 Januari.

“Ustaz, tak patah hati ke? kenapa nak buat rumah HIV ini?” tanya pengacara al-Hidayah itu pada saya.

“Kalau Nabi tak sebut mengenainya, saya pun tak akan buat” kata saya.

Di Selangor, orang HIV ini digolongkan di dalam golongan Riqab (orang yang terhamba). Di dalam hadis, Nabi saw bersabda:-

“Barangsiapa yang membebaskan golongan Riqab, Allah akan lepaskan setiap sendinya dari api neraka” (Kitab Dalil al-Sailin).

Kita tak lama berada di sini, sedikit masa yang ada, kita cari peluang untuk beramal, tapi yakinlah, setiap perbuatan baik, akan diganggu oleh Syaitan.

Semoga Allah berikan kita kekuatan untuk membuat amalan. Jika Allah izinkan ia berlaku, semoga Allah kurniakan juga keikhlasan di dalam amalan ini, amin….

Sedikit ujian dan mehnah, ku pohon bantuan dariMu Allah……

“Diari, Merakam Sejarah Mencatat Kenangan”

Al-fakir Ila Rabbihi

Muhamad bin Abdullah

Putra Heights

17 Januari 2010 jam 10.00 malam

IMG_4445

Pertemuan dengan Majlis Aids dan MAIS pada Jumaat  8 Januari 2010

IMG_4581

Malam 8 Januari ini juga, saya menghadiri 2 mesyuarat

IMG_4770

Bersama sahabat dari Yayasan al-Ijabah di dalam memperkasakan segala urusan pentadbiran

IMG_4910

pertemuan dengan pentadbir

IMG_4955

Bersama penasihat Ekonomi Yayasan al-Ijabah

IMG_5007

Pertemuan dengan Majlis Aids pada Rabu 13 Januari 2010

IMG_5061

Ia dipergerusikan oleh Dato’ Zaman Khan sendiri

IMG_5102

Terima kasih pada semua sahabat yang bersama-sama membangunkan usaha ini. Semoga terus dibantu Allah, amin…

Saturday, January 16, 2010

Jawapan Pada Persoalan 91

Alhamdulillah, pada kesempatan ini dapat kita berkongsi jawapan yang diajukan.

najla ustaz. semasa haid bolehkah seorang wanita tu potong kuku & rambut? Ada yg kata boleh, ada yg kata tak boleh. Tlg advise ustaz.TQ 2009-12-30 3:03 AM

Seeloknya, ketika hampir pada kitaran haid, rambut dan kuku hendaklah dipotong dahulu. Ketika haid, tak perlu potong kerana dari segi adabnya, anggota itu adalah di dalam hadas, jadi jika ia terpotong, maknanya, ia terpisah sedangkan ia belum disucikan lagi.

Guest77 salam ustaz,sya nk tnya mngnai khatam annubuwwah,benar ke ada tlisan yg khas pda khatam annubuwwah? sb ada org bgtau `chop` tu baik dltak dirumah,ada ke hadia yg bgtau ttg prkra brikut? hadis? 2009-12-30 2:26 AM

Khatam an-Nubuwwah itu memang ada, kelebihan itu, hanya pandangan ulama kita

najla Ustaz, berdosa ke seorg perempuan tu trim bulu kening? Bukan cukur semua tapi cabut bulu2 halus supaya berbentuk. Tq 2009-12-30 3:06 AM

Elakkan, boleh jatuh haram

ridzowal sya oku hnya dudk diats katil dan krusi roda perlu bantuan org setiap mse . soalannye 1 kalau pembantu keluar jalan selepas solat zohor boleh tak sya jamak solat zohor dan asar ? sebab takut pembantu balik lewat waktu asar 2009-12-30 5:27 AM

Boleh jika memang tidak mampu

H.Amin Ust. bleh kh saya buat jadual utk ank2 saya jdi imam spaya mreka berani dan bertanggongjwab serta berkebolehan membaca Fatihah & Ayat2 Quran. 2009-12-30 4:49 AM

Boleh

farah apakah hukum memakai baju sutera ketika solat bagi lelaki? 2009-12-30 4:07 AM

Solat sah, baju sutera haram

ingin tahu apakah hukumnya seorang isteri yang berpuasa terpaksa memasak untuk suaminya yang menghidap gastrik? 2009-12-30 8:24 AM

Boleh

saya salam.apa hukum seorang wanita berkahwin dgn lelaki sopak?adakah zuriat mereka juga akan menghidap sopak? 2009-12-30 8:21 AM

Perkahwinan sah jika syarat kahwin sempurna, mengenai zuriat itu, Allahua’lam

ridzowal 3 .kalau saya duduk atas katil kiblat sya di blakang arah mana sya nak solat 2009-12-30 5:30 AM

Dada ke arah kiblat

ridzowal soalan 2 boleh tak sya ambil tayamum untuk solat kalau tak ada pembantu

2009-12-30 5:29 AM

Boleh

dentist uitm salam ust,mnta izin copy artikel ustaz?jzkk 2009-12-31 3:37 AM

Boleh

Zailani salam ustaz. saya sering menahan kencing hingga lepas solat zohor time kerja sebab kencing tak lawas, takut seluar tak bersih. boleh tak? 2009-12-31 2:07 AM

Boleh

khairul selamat pagi..ziarah lah blog saya... 2009-12-30 11:12 PM

Insyallah

Kak Nor Salam Ustaz, apa hukumnya kita sgja tgglkn spt. hanger baju, berus basuh dll di blk hotel sbg niat kita dpt dtg lg ke tnh2 suci? 2009-12-31 8:52 AM

Bukan barang yang ditinggalkan yang penting niat dan doa

keliru salam ustaz, mcm mana hukum bercinta? apa kaitan dengan zina hati? pernah terbaca artikel bahawa bercinta adalah haram kerana berkaitan dgn zina hati 2009-12-31 5:53 AM

Hukum bercinta boleh jadi sunat, boleh jadi harus, boleh makruh dan boleh haram. Melihat kepada keadaan dan bagaimana caranya. Zina hati terjadi jika ada angan-angan kepada syahwat

Guest bolekah solat istikharah minta petunjuk bagaimana nak cari jodoh sebenar, dimana dan bgaimnakh cra nya utk mencari? 2009-12-31 10:57 AM

Boleh

tonet,Salam Ustaz... Kenapa ek Ust, org lg tua, lg 'pelik' pula sikapnya...Sepatutnya tunjukkan teladan yg baik pd org yg > muda... Nie, dah terbalik.... 2009-12-31 9:47 AM

Dunia akhir zaman

tonet,Salam Ustaz... Jiran sy sgt suka buat perkara2 yg myakitkan hati sy, x tahu kenapa... Dah x blh thn..Perlukah sy bsemuka utk tanya'kenapa & mgapa' dia buat begitu? 2009-12-31 9:36 AM

Cuba tanya dengan hikmah

tonet,Salam Ustaz... Klu kita tengok lembu/kambing yg nak d korbankan, timbul 'rasa kasihan' yg t'amat sgt, dagingnya blh ke kita mkn? 2009-12-31 9:31 AM

Boleh, tak boleh hanya dari segi adab

1234 Ustaz, surau kt ofis sy kecik jer, tapi ramai staf. masalahnya bila sy solat, sy x bleh kusyuk sbb org berckp2 dalam surau tu... wpun dh tegur tp 2009-12-31 3:53 PM

Berlatihlah solat di dalam apa juga keadaan

1234 Apakah hukum jika kita pakai baju yang ada gambar kartun berbentuk haiwan atau gambar manusia ketika solat? 2009-12-31 3:47 PM

Kurang adab dalam mengadap Allah

1234 Ustaz, ketika memandu sy sering berhati2. Takut di sbbkan kecuaian kita nyawa org lain melayang. Sy sering terfikir apakah dosa org yg terbunuh org adakah sama dihisab seperti pembunuh wpun x sengaja. Apakah sama dgn kisah nabi musa yg terbunuh seseorang? lain tanpa sengaja? Camne dgn kes pemandu bas yang menyebabkan kematian penumpang? Adakah sama dgn dosa membunuh dari sudut syariah? Di akhirat nanti 2009-12-31 3:23 PM

Kes membunuh ada katogerinya, membunuh dengan niat, membunuh tanpa niat. Dengan niat kena qisas, tanpa niat kena takzir

Guest salam, ustaz. apa hukum buat teknik rebonding? 2009-12-31 2:59 PM

Elakkan, boleh jatuh hingga haram

Guest salam ayh sy tdk prnh puasa & tdk prnh byr fidyah wlpn mampu,apa tggjwb sy bl dia meninggal nnt.umur ayh 51 thn 2010-01-01 12:01 AM

Doakan hidayah bagi ayah, kalau dah meninggal menjadi tanggungjawab si anak untuk membayar fidyah untuknya

Fish mcmmana x nk hapuskan rasa cemburu & ttp percaya pd suami.Dia baik & lengannya adalah bantal saya setiap mlm.Apa doa yg dpt saya amalkan.TQ 2009-12-31 4:14 PM

Doa supaya ditetapkan hati yang tenang dan jangan kuat cemburu. Boleh doa dalam bahasa melayu

1234 Lagi satu nk tanya... kalau kita pandang orang yg bukan mahram kali pertama x berdosa. kalu pandangan ke-2 baru lah dosa. Betul x? Camne kalu kita tgk tv ke? Mcm tgk berita wajah org tu? Tak dosa ke tengok byk kali. Kalu tgk gambar camne pula? Maaflah tanya banyak... sy nk tahu. Syaitan ni kretif bila nk sesatkan org. Lagi2 orang jahil mcm saya ni. 2009-12-31 4:07 PM

Melihat dengan syahwat itu yang berdosa, kalau tengok pemberita boleh mendatangkan syahwat, jangan tengok, dengar sahaja

Fish Mmana nak jadikan Allah SWT tu teratas dlm apa jua urusan.Disamping berdoa apa yg patut saya buat.Saya ingin rasa cinta pd Allah jd no 1.tolong saya. 2009-12-31 4:05 PM

Berzuhudlah pada dunia, ikhlaskan hati dalam bermunajat untuk direzkikan mencintai Allah,

1234 mereka berckp gak cuma perlahankan volume. Tapi masih mengganggu solat sy. Nk pegi masjid takut ambil masa lama... kadang2 lps solat sy kesal sbb x bleh solat dgn sempurna. kadang2 lepas solat rasa mcm nk ulang smula nak buat yg lebih baik tapi ramai pula tunggu giliran nak solat. Camne ye? Saya syg sgt dgn solat... nak suasana kusyuk bila berdepan dgn Pencipta saya. Setakat ni sy sabar je... bleh ke sabar sedangkan ia adalah SOLAT. Nk larang byk kali , ustaz faham sajalah mulut org. 2009-12-31 3:55 PM

Berlatihlah beribadah di dalam apa jua keadaan

jue sy sgt takut jika tergolong dikalangan ahli2 neraka...ustaz, tolonglah tidur sy benar2 tidak lena.sy takut 2010-01-01 9:43 AM

Apabila rasa takutkan azab dan berusaha untuk bertaubat, yakinlah Allah menerimanya

jue bagaimana untuk jernihkan kembali hati yg gelap?apakah cara yg baik untuk sy bersihkan hati? 2010-01-01 9:42 AM

Banyakkan istighfar kepada Allah

jue ustaz,bagaimana menjadi seorang islam yg baik.sy sgt takut dihukum Allah dgn dosa2 yg lalu.tolonglah tenangkan hati sy 2010-01-01 9:38 AM

Banyakkan istighfar kepada Allah dan yakin Allah menerima taubat mu. Untuk tenangkan hati, banyakkan ingatkan Allah

AN-NUR USTAZ, SAYA SERING BERDOA AGAR SAYA DIPERTEMUKAN JODOH DENGAN ORG YG SAYA SAYANGI. ADAKAH AWAJAR PERBUATAN SAYA INI? 2010-01-01 6:16 AM

Wajar

f10 salam ustaz,bile kita bekerja dan kdgkala kita disuruh berbohong oleh majikan?adakah pekerjaan kita itu mendapat kberkatan dr sisi Allah? 2010-01-01 3:40 AM

Mendatangkan syubhat

Guest salam ustaz..apakah sebenarnya hizbur tahrir?? 2010-01-01 3:36 AM

Hizbut Tahrir adalah sebuah gerakan yang inginkan dunia diperintah dengan menggunakan system khilafah iaitu seperti zaman nabi dan sahabat

MUHAMMAD AFIF SALAM ALAIK 2010-01-02 2:26 PM

Alaikasalam

farah salam ustaz..saye nk taulh..utk menjd seorg saksi time majlis kawin..adekah saksi2 itu perlu ade ciri2 tertentu?? 2010-01-02 5:48 AM

Ya, saksi itu perlu ada ciri tertentu. Antaranya tidak zalim, adil, tidak fasik yang keterlaluan

KK Salam Maal Hijrah 1431 dan Selamat Tahun Baru Twenty Ten...Hijrah itu setiap saat...maka berhijrahlah kepada yang lebih bail setiap masa dan ketika 2010-01-02 1:58 AM

Salam hijrah

Abu Ali Salam ustaz, takde ke program ke Sabah@Lahad Datu? 2010-01-02 12:58 AM

Insyallah

Guest Slm, sy ada duit zakat simpanan ASB yg nak sy sampaikan pd Al Ijabah. Bgmn nak beri? if sedekah biasa blh sy bank in saja. 2010-01-03 7:07 AM

Boleh bank saja

kecewa assalamualaikum ustaz.. apa yg perlu sy amalkan utk melupa kan seseorg.. sakit n pedih dlm hati ini mcm xtertanggung.. harap ustaz bleh bg skit nasiht 2010-01-03 5:52 AM

Amalkan baca al-Quran, mathurat dan buat perkara-perkara yang bermasyarakat

Guest: ustz, de pe2 slh ke lau bg salam juz dgn 'salamualaikum'. mksud dia lari ke? dr segi tatabahasa xtualy btul ke slh? TQ ats pnjelsn ustz. wassalam =) 2010-01-02 10:34 PM

Biasakan yang betul dan betulkan yang biasa, ucapan salam Assalamualaikum

KAKAK Salam Ustaz, Kita dah masuk tahun 2010, tapi date pada catatan dairi ustaz masih 2009 tuh. sekadar mengingatkan. 2010-01-02 8:35 PM

Syukran

http://hjarshad.blogspot.com Al fatihah buat Allahyarham Haji Abdul Wahid bin Haji Omar 2010-01-02 8:28 PM

Guest Ustaz saya ingat nak msak negara yahudi aja yg kena tahan. Cina pun berhati2 juga 2010-01-04 5:25 AM

LINA USTAZ, TDUR MLM SY SERING TGGGU.. SLALU MCM KENE TINDIH SESUATU..PRKARA NI SLALU TJDI. SBLM TIDO SY BCE DOA TP XBRKESAN JGK. KNP? APE TU USTAZ 2010-01-04 5:07 AM

Sebelum tidur baca istia’zah

WAWA SY ADE KWN YG PRNAH MELUKAKN HTI SY.. DIA MINTA MAAF PADA SAYA TP SY ENGGAN MAAFKAN DIA LG.TJUAN SY NAK DIA SEDAR DAN INSAF DGN PE YG TLH DIA BUAT. LE BOLEH KE MCM TU USTAZ 2010-01-04 5:04 AM

Boleh, maaf hak kita, tapi, elok maafkan sajalah

morazas Apakah hukum, jika kita solat dengan mengalas atau berselandang beg? 2010-01-03 12:02 PM

Sah

soalan penting... kalo kawin 6 bln 7 hari... dikira mcmne ye ust?? anak da melahir da.. so bole ke dpt wasiat nanti??bole bin atau binti ke anak itu?i dan bapaknya bole jd wali ker??2010-01-05 1:18 AM

Dalam undang keluarga Islam, anak 6 bulan Qamariah boleh dinasabkan pada bapanya, jika anak itu bukan anak luar nikah

1234 ustaz, sy selalu mimpi benda yg sama. Saya nk solat tapi kiblat asyik salah, sedangkan waktu solat dah nk abis. Beberapa kali solat tapi terpaksa ulang dan ulang sampai ke akhirnya tersedar dari tido. Pastu mimpi mahu menalifon tapi sampai ke akhirnya tak bleh call sebab asyik tekan no. yg salah walaupun nak tekan no. yang betul tangan tetap salah tekan no. lain. nape ye? Ada yang tak kena ngan saya ke? 2010-01-04 2:18 PM

Anda sedang mengejar sesuatu yang tak dapat, dan ada rasa bersalah pada diri sendiri

Guestagb salam ustaz, bagaimana jika seseorang itu islam tapi tiba2 ada lintasan kata sy org kristian.slps sedar dia istighfar. murtad ke?b'mana nk nasihat dia 2010-01-04 6:43 AM

Tidak, memang itu biasa dibisikan syaitan, kita kena lawan

liza Salam ustaz,saya telah 2 kali melahirkan anak tp x pernah mandi wiladah sbb saya x tahu yg mandi ni wajib.Apa yg perlu saya buat? Tima kasih.. 2010-01-05 5:39 AM

Yang dah lepas tu lepaslah, akan datang jaga

bard ust,jika maksedara berlainan agama boleh tak salam?maksudnya adik beradik kandung kepada ibu tapi bukan islam. 2010-01-05 4:26 AM

Boleh

bard ust,jika org bukan islam bagi salam pada kita bagaimana hendak jawab?perlu jawab atau tak? 2010-01-05 4:23 AM

Jawap “a’laikum”

blueocean Slm ustz.Apakah hkumnya jika mgunakan 'kabel' org bpngaruh utk mdptkan sesuatu wpun kita sbnrnya lyak?Tdkkah ia d anggap mmintas jln org lain? 2010-01-05 10:42 AM

syubhat

atie kami mewakili keluarga isteri haji abdul wahid bin omar di segamat johor mengucapkan takziah atas pemergiannya..al-fatihah 2010-01-05 1:53 PM

Guest Kenapa diari pergi ke China, ustaz tulis 2009? 2010-01-05 2:14 PM

Silap, nanti saya betulkan

Wallahualam, Semoga menepati kehendak soalan

“Petanyaan Kunci Pengetahuan”

Al-Fakir Ila Rabbihi

Muhamad Abdullah

Sabtu 12.30 tengah malam

Thursday, January 14, 2010

Jawapan Pada Persoalan 90

Semenjak pulang dari Shenzen China, saya terlalu sibuk menguruskan perkara berbangkit mengenai rumah perlindunganHIV darul Ukhwah. Kesempatan kali ini, mari kita kongsikan persoalan yang ditanya.

Guest slm ustz,.sy nk tye..ape perlu kita buat untuk al-quran lame..,boleh ke bkar alquran?? 2009-12-26 5:29 AM

Boleh

Zailani salam.saya selalu race kapal layar jarak jauh seperti dari Kelang ke Lumut, cam mana nak sembahyg, tempat terbuka n beralun.takbir berdiri dan duduk? 2009-12-26 1:58 AM

Ketika takbir sahaja jaga dada ke kiblat, selepas itu jika ia bergerak tidak mengapa

hanba Allah ustaz apakah bdosa ada orng bg duit sroh ge umrah tp duit tu sya buat bayar htang2 2009-12-25 11:12 PM

Kena Bagi tahu kepada orang yang bagi duit tu

Guest benarkah bila semakin hampir kiamat mimpi manusia menjadi benar 2009-12-26 12:07 PM

Allahua’alm

Guest salam.ustaz,saya ingin berkahwin dengan sepupu saye tetapi bapa saya dan bapa sepupu saya adik beradik.boleh ke saya kahwin saya kahwin dengan dia 2009-12-26 11:18 AM

Boleh

Guest ustaz..tlg terbitkn artikel tanda2 kiamat besar 2009-12-26 11:08 AM

Insyallah

Guest Ustaz jwpn ustaz bg 'Dia baik untuk kita tapi belum tentu dia jodoh kita' itu petanda sy tiada jodoh ke didunia ini? Sgla usaha dan doa sy tiada 1 pun tanda2 dpt jodoh 2009-12-26 7:28 AM

Teruskan berdoa dan berusaha

mamafaiz ustaz, trima ksih jwbkn soalan sy. sy doakan sgl usaha yg dilakukan utk yysn al-ijabah akn brjln lncr.derma online utk yysn?stuju sgt2. 2009-12-26 3:45 PM

Syukron

mieza salam. Ust, boleh ke Solat sunat Dhuha diqada? 2009-12-26 2:22 PM

Tiada istilah Qadha pada dhuha, kalau terlepas, buat lebih sikit esoknya

ahmad slm ustaz....semoga segala usaha ustaz mendpt keberkatan & dpermudahkan Allah. 2009-12-26 12:37 PM

Amin…

ahmad slm ustaz...apakah hukum pendapatan saya yg bekerja di bank yg mengamalkan riba? 2009-12-26 12:34 PM

Syubhah

shulaili kkrp kita qada solat subuh dgn x sengaja kita x bca qunut..camna tu ustaz 2009-12-26 4:21 PM

Tak apa

faqih boleh ker kita ikut solat d blkg org yg memperlecehkan ulamak mazhab kita 2009-12-26 4:19 PM

Boleh, itu soal furuk, tetapi,

faqih jikalau kita dpti 2 persoalan hukum bab aqidah yg brtentangan jln mnakah yg prlu kita ambil shukran 2009-12-26 4:18 PM

Ambillah jalan Ahli Sunnah wal Jamaah

abuya betulkah org yg ikut tarekat itu diktakan sesat atau bidaah sbb ktanya zaman nabi saw itu x der 2009-12-26 4:16 PM

Kalau tarikat tu ada hadis dan sanad tak sesat

Guest salam ustaz.. apakah hukumnya bersanding? sesetengah org menganggap bersanding hanya suka2..apakah hukumnya..

Elakkan, boleh jatuh haram jika pergaulan tidak dapat dijaga

border boy boleh tak kita byar fidyah pakai beras seludup yg lbih elok dan murah harganya drp sini.sbb kita pun mkn beras jnis tu. 2009-12-26 4:14 PM

Jika seledup itu mendatangkan dosa, maka tidak boleh

abe awe bulehkah fidyah puasa kita gantikan drp beras dgn wang yg sama nilainya. 2009-12-26 4:11 PM

boleh

ab manaf ada tak doa utk rapatkan kmbali hubungan keluarga yg putus akibat sangketa 2009-12-26 4:10 PM

Doa bahasa melayu pun baik

habib ustaz..ustaz pernah pg darul mustafa yaman kan.camna caranya utk msuk blajar d ctu.bykah syarat2nya 2009-12-26 4:08 PM

Kena berhubung dengan orang sana

mie kkrp bagaimana caranya utk hilangkan ganguan/was2 dlm solat 2009-12-26 4:06 PM

Banyakkan baca ayat kursi dan Surah an-Nas

ann salam ustaz..masalah suami sy tknak ank yang sy kandng br 2 bln dn dia nk sya gugurkn,adakh sy kena taat pd kehendaknya..tlg la sya staz.tkasih.. 2009-12-27 9:27 AM

tidak boleh taat pada perkara yang melanggar perintah Allah

Guest ustz, kalau kita dah berwudu kmdn picit jerawat, batalkah wudu kita? 2009-12-27 6:31 AM

Tak batal

Guest Bolehkah kita membuat solat hajat untuk dipertemukan jodoh dengan sesorang yg specific? 2009-12-27 5:44 AM

Boleh

ayu bila tahajud buat betul ikhlas bilangan rakaat tak jadi hal? Pahala sama buat bnyk dan sikit? 2009-12-27 4:09 AM

Lagi banyak lagi bagus

ayu bila bngun solat mlm, buat taubat dulu atau tahajud dulu? Tahajud buat 2 rkt bnding 8 rkt, yg mana digalakkan? 2009-12-27 4:07 AM

Mana-mana pun boleh dulu. Cuma saya nak cadangkan taubat dulu

siti Wanita yg pakai jubah labuh, bila travel or shopping terus solat gitu, tak pkai telekong, pkai stokin je, ade khilaf ke dlm hal nmpk tngn ni? 2009-12-27 4:05 AM

Ye, tapi dalam syafie, perempuan kena tutup belakang tangan juga

keliru bila solat, kedua2 belakang tangan wanita kena tutup? bila solat pkai jubah, lengan baju smpai bwh prgelangan tngn je, tak sah solat nmpk blkg tngn? 2009-12-27 3:57 AM

solat dalam syafie, perempuan kena tutup belakang tangan juga

Lin Salam, jika nk hibah brg kemas kpd anak ppuan,adakh kena bthu anak2 lelaki.ble x hibah dlm surat dbaca lepas kita mati.? 2009-12-26 9:51 PM

Syarat hibah kena ada pemberi dan penerima. Akad kena berlaku. Kalau dibacakan selepas mati itu wasiat namanya, wasiat tidak boleh pada waris. Hibah tidak perlu bagitahu anak-anak lain

Guest zina? apa hukumnya dosa besar ini? bolehkah dihapuskan 2009-12-26 4:43 PM

Mesti dilalui proses hudud dan taubat dengan bersungguh-sungguh

shulaili kkrp apakah yg d mksudkan firqah 2009-12-26 4:22 PM

Firqah = Kumpulan / Puak

len salam ustaz,ada org ckp boleh pakai kasut tapak dalam dia drpd kulit babi..betul ke ustaz?apa hukumnya? 2009-12-28 4:00 AM

Tak boleh

Tetamu 6 Disember Soalan saya yang ke-2, apakah kesesuaiannya jika seorang wanita memilih untuk mengenakan penutup wajah di Malaysia? Apakal hal ini perlu dilibatkan dengan adab berpakaian iaitu tidak terlalu ganjil bagi satu kawasan setempat? Wallahua'lam. 2009-12-27 6:35 PM

Jika dengan mengikut syariat, kita dianggap pelik, satu penghormatan buat kita

Tetamu 6 Disember Assalamua'laikum w.b.t. Maksudnya, apakah yang dimaksudkan dengan darurat. Juga sebagai contoh peristiwa dalam perubatan, seorang wanita itu perlu membuka tudungnya untuk meneruskan proses perubatan yang dikatakan ianya perubatan Islam? 2009-12-27 6:29 PM

Darurat bermaksud suatu keadaan yang memaksa untuk dilakukan dan jika tidak boleh menimbulkan mudarat. Tapi jangan tertipu di atas nama dharurat

Guest apakah nama buku selawat syifa kitab Dibaie karangan siapa? sya dah cuba2 cari tp belum jumpa.. 2009-12-27 1:25 PM

Kitab Dibaie karangan Syeikh Abdul Rahman ad-Dibaie dari Yaman, cari terbitan Jahabersa

Guest Kita x bleh menyentuh ayat quran tanpa wuduk. Camne kalau baca buku2 agama yang ada dalil al-quran kemudian kita tersentuh semasa baca? Bleh ke kalu takda wuduk? 2009-12-27 12:57 PM

Boleh

Guest Salam ustaz. Boleh tak dengar bacaan al-Qur'an sambil study. 2009-12-27 12:56 PM

Boleh

zul Salam..bolah terangkan hukum bersanding?? 2009-12-27 12:51 PM

elok elakkan,

Guest salam ustaz..bleh sy thu apekah hukumnya meluruskn rambut=iron rambut mggunakn alat meluruskn rambut..adakah d boleh kn atau tidak..TQ 2009-12-28 3:35 PM

Untuk suami tak apa

safiyah Salam. Perlukah dibayar zakat terhadap pelaburan unit amanah dari pinjaman bank? 2009-12-28 2:11 PM

tak, kalau dah jadi milik sempurna kita, barulah kena

Guest 17 DISEMBER Salam ustaz,Alhamdulillah terimakaseh dgn jawapan soalan saya dari ustaz 2009-12-28 2:09 PM

Sama-sama

Musafir Dlm kitab ada kata waktu Asar bermula bila bayg2 sama panjg dgn objek dan masuk waktu ikhtiar bila panjg bayg2 2 kali dr objek. Persoalan saya apakah makna waktu ikhtiar? Sahkah solat kita pd waktu ikhtiar? 2009-12-28 12:32 PM

Waktu ikhtiar waktu pilihan, kita boleh melambatkan solat hingga ke waktu itu, waktu haram bermakna, kita haram melambatkan solat hingga ke saat itu

Musafir Ramai org Islam yg tidak sembahyang sewaktu sakit. Saya hrp ustaz dpt adakan tajuk "Solat ketika Uzur" dlm progrm Tanyalah Ustaz utk mmberi ksedaran 2009-12-28 12:26 PM

Insyallah

Winks salam ust. Dulu sy pernah hutang kad kredit sebuah bank. sekarang dah sedar nak byr. masalahnya bank telah tutup/dibeli/gabung bank lain. apa sy perlu 2009-12-28 8:14 AM

Kalau rekod masih ada, kena bayar, kalau dah tak ada minta ampun saja pada Allah

zaki Ustaz saya ada hantar email..boleh tlg reply secepat mungkin 2009-12-28 5:24 AM

Insyallah

len ustaz,apa maksud mimpi suami kahwin lg? 2009-12-28 4:01 AM

Dalam mimpi tu setuju ke tak?

Klatoo Saya ada satu soalan. Bolehkah seseorang guru menyayangi anak muridnya yang perempuan seperti anaknya sendiri? Anak muridnya itu umur antara 7. hingga 12 tahun guru itu lelakilah 2009-12-29 7:04 AM

Boleh jika tidak menimbulkan syahwat

anti kadang kala mase solat ade org lalu depan kite, so letak bende xbnyawa spt beg, kerusi. dll..boleh ke? 2009-12-29 6:21 AM

Boleh, dan itu memang sunnat, ia dinamakan sutrah

anti salam ustaz. seandainya kite sedekahkn alfatihah tp bacaan kite (tajwid) ade xsempurna, ape status alfatihah yg kite sedekahkn tu? 2009-12-29 6:16 AM

Allah menilai keikhlasan kita

Aida salam. ustaz, kalu melakukan kebajikan utk mdpat syurga dan pahala ustaz kata ikhlas tahap plg rendah, jadi sy nak niatkn ape masa berbuat kebajikan suapay dapat ikhlas tahap tinggi

2009-12-29 4:41 AM

Niatkan setiap amalan hanya kerana Allah disebabkan kita ini hanyalah hamba yang perlu membuat ketaatan dan suruhanNya menyuruh kita membuat perkara kebajikan

Lin Salam,bila nk basuh kaki masa wuduk,teringat ada sapu lotion di kaki. Lalu sabun kaki, bilas n terus basuh kaki utk wuduk.Bolehke @ kena wuduk semula? 2009-12-29 3:33 AM

Boleh

Faizal Salam. Ustaz di dalam Al-Quran kenapa ayat-ayatnya menggunakan perkataan KAMI (ganti nama Allah) tidak SAYA, mohon ustaz beri penjelasan lengkap. TQ 2009-12-29 1:30 AM

Kami menunjukkan suatu lambing kebesaran dan kegagahan dan merupakan gaya bahasa al-Quran

Guest Slm, bolehkah solat jamak qasar berjemaah? 2009-12-29 12:42 AM

Boleh

Guest ustz, ada laman web kengkawan ustz? 2009-12-30 1:07 AM

Blog Sahabat saya albairaha.blogspot.com/

Blog murid saya, http://ibnumaulub.blogspot.com/

H.Amin Salam, Ust. Gambar dlm Kaabah. Bleh kh kita berdoa yakin itu dlm bngunan kaabah, Kita doa utk kebaikan klurga & kebaikan. 2009-12-30 12:26 AM

Boleh

Guest: salamualaikum. pe hukum bg salam ats ahli kubur? leh ke bg salam kpd ahli kubur bkn Islam? cm ne nk bg salam yg sbetulnya? cm biasa je ke? TQ =) 2009-12-29 5:19 PM

Sunat bagi salam kepada ahli kubur Islam tidak kepada kubur bukan Islam. “ Assalamualaikum ya ahlad diyar minal mukminin wal muslimin, wa ana insyallahu bikum la hiqun, nas alullahu lana wa lakumul a’fiyah”. Hr. Muslim 2/671

Guest: salamualaikum. btul ke Islam mlarang umatnya main alt muzik esp yg brtali? de hadis ke larangan ni & knapa mnde ni dilarng? TQ in advnce. wassalam =) 2009-12-29 5:15 PM

Terdapat khilaf di dalam membahaskan perkara ini.

ain salam...saya tengah buntu skang!!! nak wat cam ner ye!!! 2009-12-29 4:33 PM

Ingat Allah hati akan menjadi tenang

Aisyah Salam Ustaz, mohon tanya satu soalan... Bolehkah atau layakkah saya sebagai orang biasa menghadiahkan Nabi Muhammad bacaan Yaasin? 2009-12-29 3:14 PM

Boleh

Aisyayura Salam....Sy mohon jugak ustaz terangkan jugak Juzu 22,Ayat 59 ,Surah Al-Ahzab.....................sy mohon.2009-12-29 2:15 PM

Ayat serta suruhan dari Allah untuk kaum perempuan Islam menutup aurat dan bertudung hingga menutup dada mereka

mau tau Ustaz boleh ke amalkan yasin 7 mubin. Pasang niat. apabila bertemu mubin ulang balik dari yasin. 2009-12-29 8:11 AM

Terbaik ialah baca seperti mana ia diturunkan

arif ustaz.....bleh tak ustaz jelaskan mengenai isu jihad dengan lbih mendalam.... 2009-12-29 7:28 AM

Jihad bukan membunuh tapi membangun peradaban ummah

Wallahualam, semoga menepati kehendak soalan, jika masih ada kekeliruan, boleh tanya kembali

“Pertanyaan Kunci Pengetahuan”

Al-Faqir ila Rabbihi

Muhamad bin Abdullah

Shah Alam

14 Januari 10 jam 5.00 petang

Sunday, January 10, 2010

Sekilas 32 - Isu Penggunakan Nama Allah

Ketika saya di Shenzhen kala ini, saya sibuk dengan urusan pengebumian Allahyarham Pak Cik saya, Haji Wahid bin Haji Omar.

Beberapa kali saya dihubungi untuk diminta untuk mengulas mengenai isu penggunaan nama Allah bagi orang bukan Islam.

Saya sudah baca bererapa pendapat. Di Malaysiakini, saya membaca mengenai komen Dr. Asri yang memperlecehkan kenyataan Dato’ Haron Din.

Kesempatan ini saya ingin menulis, sama seperti tulisan saya yang lalu, bukan dari kacamata Islam dan bukan juga dari kacamata orang politik. Tapi reality yang berlaku.

Saya pernah memasuki gereja. Saya pernah memberikan sedikit tazkirah di dalam gereja. Bukan kepada orang Islam tetapi kepada pesakit HIV yang duduk di dalam gereja pertengahan tahun 2009.

Mereka adalah goang yang terlantar sakit dan tidak ada orang Islam yang mengambil dan menjaga mereka.

Para ustaz lebih selesa berforum di atas pentas membicarakan soal kasih sayang dari turun menterjemahkan kasih sayang di dalam tindakan.

Di dalam gereja itu, ada menggunakan perkataan Allah.

Beberapa orang telah meninggal dan ada yang pernah diurus oleh pihak gereja.

Agak-agak kita, ketika orang nazak sakit, katakan datang seorang paderi dan berkata:-

“tak apa, Allah akan memberkati kamu, anaknya Isa juga akan memberkati kamu sebab Allah berfirman bahawa ikutlah anak aku Isa dan kamu akan selamat”

Agak-agak, keliru tak?

Jika ada anak kita nanti sakit di hospital, datang orang dengan baju yang kemas dan berkata:-

Jangan risau, kita doa pada Allah agar Allah menyembuhkan adik, asalkan kita berdoa juga pada anaknya Isa.

Agak-agak, keliru tak?

Kalau ada mangsa banjir yang orang Islam lambat datang, tiba-tiba ada orang datang membawa bantuan:-

“Tak apa, tak payah berterima kasih, ini semua dari Allah, Allah dan anaknya menggerakkan saya dan kawan-kawan untuk datang memberi bantuan di sini”.

Agak-agak, keliru tak?

Alangkan belum dibenarkan secara rasmi pun, mereka telah menggunakannya. Bayangkan kalau kebenaran diberi secara rasmi.

Para ustaz dan Dr serta agamawan berteori banyak. Mereka boleh memukau kita dengan ayat-ayat al-Quran dan hujah-hujah memperlecehkan antara satu sama lain.

Dengan izin Allah, saya berkecimpung terus dengan masyarakat. Dan kebimbangan saya bukan teori. Ia adalah perkara yang benar-benar berlaku.

Ingatlah, membenarkan menggunakan perkataan Allah bukan perkara yang boleh nak dicuba-cuba. Ia bukanlah Try and Error. Ia soal masa depan anak kita.

Ada orang berkata:-

Buat apa takut, Islamkan kuat

Saya tidak takut cuma bimbang, kerana realiti suasana sekeliling tidak membantu kita meningkatkan penghayatan Islam.

Kalau slot TV sudah banyak berbicara pasal Islam, slot radio telah banyak, majalah-majalah Islam telah banyak, kala itu barulah kita boleh berbicara dalam bahasa “untuk berdakwah”

Kala ini, kita masih dalam fasa berusaha mempertahankan Islam yang ada bersungguh-sungguh. Orang kita sendiri tak membantu kita, nak harapkan orang lain? Nak harapkan orang sokong kita hanya dengan sekadar dengan membenarkan penggunakaan nama Allah, atau kita atau anak-anak kita akan semakin keliru dan keliru.

Agamawan teori hanya nanti akan berkata,

“Ah, tak apa, kalau ijtihad kita salah pun, kita dapat satu pahala, kalau betul, kita dapat dua pahala”

Tapi kalau salah itu kesannya lebih teruk untuk anak bangsa, adakah sekadar berkata “tak apa” kala itu.

Ketika saya menemuduga anak-anak yang ingin masuk ke dalam sekolah MASSA (Maahad Sains al-Quran al-Amin) ada di kalangan ibu ayah yang begitu yakin dengan kefahaman agama anak mereka.

“Ustaz, terimalah anak saya, anak saya bagus dalam ujian KAFA”

Ketika saya bertanyakan bilangan rukun Islam dan rukun Iman, masih ada lagi yang tertukar. Jika masuk ke syurga itu diukur dengan ujian KAFA, sudah tentu anak dia ni tak akan masuk kerana rukun iman dan Islam pun tertukar bilangannya.

Ini yang benar-benar saya hadapi. Kalau itu pun dah keliru, nak harapkan dia tak akan keliru dengan tulisan yang akan digunakan oleh kristian nanti.

“Allah akan memasukkan kita semua ke dalam syurga jika kita meyakini anaknya Isa”

Agak-agak, keliru tak?

Saya secara peribadi tidak bersetuju melainkan jika setelah suasana sekeliling menjadikan anak-anak kita terjaga akidah, syariat dan akhlak mereka. Jika masih belum, maka ia akan berbahaya untuk generasi Islam akan datang. Semoga Islam terus terpelihara, amin…

“Sekilas Itu Realiti, Realiti Itu Kehidupan”

Al-fakir Ila Rabbihi

Muhamad bin Abdullah

Putra Heights

10 Januari 09 jam 10.30 malam

* Ada boleh juga membaca artikel di bawah ini


http://www.ustazamin.com/2009/02/sekilas-11-pewartaan-kalimah-allah.html

http://www.ustazamin.com/2009/03/sekilas-12-isu-kalimah-allah-iktibar.html

Saturday, January 9, 2010

Diari 154 – Dari Sekolah Ke Lahad

Khamis 7 Januari 2010, jam 7.00 pagi lagi saya telah keluar untuk melihat MASSA (Maahad Sains al-Quran al-Amin).

Masa dihabiskan dengan berbincang dengan para guru dan pentadbir mengenai perjalanan MASSA. Alhamdulillah, semua berjalan dengan baik.

Satu yang kita harapkan ialah semoga anak-anak yang bersama kita, tidak kira anak yatim mahupun pelajar tahfiznya, semoga terus dirahmati dan dilindungi Allah.

Jam 4.00 petang, saya bersama anak buah saya menghadiri satu mesyuarat mengenai usaha menerbitkan buku mengenai solat cara Nabi menurut Mazhab Imam al-Syafie.

Buku yang dijadikan asas bagi program panggilan Agung di Astro Oasis ini akan diterbitkan oleh Majlis Agama Islam Selangor.

Saya berterima kasih kepada Timbalan Mufti dan Pegawai Hal Ehwal Islam bahagian Istinbat yang sudi memberi pandangan demi meningkatkan lagi kualiti isi buku ini.

Orang kaya mati meninggalkan harta, pemimpin mati meninggalkan kota, saya ingin meninggalkan tulisan agar ia boleh terus dimanfaatkan oleh generasi akan datang. Semoga Allah memberi kekuatan ke arah kerana Nabi bersabda:-

“Ketika mati anak Adam, terputuslah amalanya melainkan tiga perkara, sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan anak solat yang mendoakannya”.

Baru sahaja membincangkan mengenai amalan selepas mati, says dihubungi oleh Ustaz Azmi, pemangku pengurus rumah HIV Darul Ukhwah mengenai kematian seorang penghuni. Jenazah sekarang berada di hospital Sungai Buloh.

Setelah mesyuarat di MAIS, saya bergegas ke hospital Sungai Buloh. Alhamdulillah, jenazah hari ini akan diuruskan oleh ahli keluarga si mati.

“Kami baru menziarahinya pagi tadi, petang ni dah tak ada” kata Ustaz Azmi.

“Ustaz, kadang-kala, memang ada ketika pihak hospital berbincang dan setelah dipersetujui maka dia akan memberi satu suntikan. Ia dipanggil suntikan “Ehsan”, salah seorang pentadbir Darul Ukhwah memulakan perbualannya dengan saya.

“Tapi dah ada pandang ulama kata boleh” seorang lagi menjelaskan.

“Tak kiralah bagaimana ceritanya, yang penting dia telah kembali kerahmatullah. Kita doakanlah semoga Allah merahmatinya”. kata saya.

Hari ini giliran dia, kita sendiri pun tidak tahu di mana dan bila, yang boleh kita usahakan ialah bagaimana cara kita mati, sama ada ketika mati sedang derhaka pada Allah atau pun sedang taat kepadaNya.

“Diari Merakam Sejarah Mencatat Kenangan”

Al-fakir Ila Rabbihi

Muhamad bin Abdullah

Putra Heights

Sabtu 9 Januari 2010 jam 11.00 malam.

IMG_4404

Perbincangan mengenai buku Sifat Solat Nabi menurut Mazhab Imam al-Syafie yang ingin diterbitkan bersama MAIS

IMG_4405 

IMG_4415

draf yang telah disemak

IMG_4439

Bilik Jenazah Islam Hospital Sungai Buloh

IMG_4441

Van Jenazah di Hospital Sungai Buloh

 Alhamdulillah syukur di atas pembukaan Kapal Dive Lodge dibawah selian Ustaz Muhamad bin Abdullah atau lebih dikenali sebagai Ustaz Amin ...