Sunday, January 24, 2010

Diari 160 – Mari sama-sama membantu…

Semalaman di Kelantan, saya bertamu di rumah guru saya, Dr. Rosdi Ismail di Nilam Puri. Beliau merupakan mursyid saya di dalam pengajian Bahasa Arab.

Pagi ini 24 Januari 2010, jam 7.20 pagi, kami bertolak dari Nilam Puri ke Lapangan Terbang Antara Sultan Ismail Petra Pengkalan Chepa. Saya terpaksa bertolak pagi ini juga kerana pada pukul 10.30 pagi saya mempunyai program pelancaran Bahasa Arab di Subang Jaya, manakala malam ini, dengan izin Allah, kita akan bersama-sama di dalam TV9 di dalam program Halaqah.

Kapal terbang Firefly FY 2061 akan berlepas jam 8.50 pagi dan kami sampai di lapangan terbang jam 8.10 pagi. Selepas selesai urusan kaunter, Dr. Rosdi mengajak saya bersarapan di lapangan terbang ini.

Beliau begitu serius membahaskan penggunaan nama Allah seperti yang sibuk diperkatakan. Beliau yang mempunyai kepakaran di dalam bidang Bahasa Arab cukup tidak bersetuju dengan mana-mana ustaz yang menggunakan sebahagian ayat al-Quran untuk membenarkan penggunaan nama Allah.

Dr. Rosdi ialah bekas pensyarah Universiti Malaya di Fakulti Bahasa dan Linguistik.

“Ana dah perati dah Mad, dari sudut bahasa dan tafsirannya, kebanyakkan para ustaz salah dalam mentafsirkannya. Memanglah, kalau kita salah dalam ijtihad, maka kita akan dapat satu pahala, tapi dalam bab ini ana rasa, berdosa kalau salah tafsir” tegas beliau.

8.20 pagi, pengurusan Lapangan Terbang mula memanggil penumpang untuk bersiap di balai berlepas.

Selepas menghabiskan sarapan, saya mula melangkah masuk ke dalam balai berlepas. Kami bersalaman dan dengan ucapan salam, saya dan Dr. Rosdi mula berpisah.

Saya membelek telifon saya ketika ia berbunyi menandakan ada massage yang masuk.

“Dari Dr. Luqman” bisik hati saya.

Beliau mengirim akaun bank untuk Pondok Lubuk Tapah.

“3027010020584 Bank Islam cawangan Pasir Mas Kelantan.. akaun atas nama Pondok Lubuk Tapah”

“Ok Syukran” balas saya ringkas.

Sesiapa yang ingin membantu, bolehlah sama-sama menyumbang bagi keperluan Pondok ini, semoga rezki kita terus dimurahkan Allah. Dan jika Allah beri kita peluang untuk beramal, kita juga memohon agar Allah berikan keikhlasan pada kita.

Para penumpang mula memasuki pesawat. Tempat duduk saya kala ini ialah 19B.

Jam 8.50, kapal Firefly ATR 72-500 (212A) ini mula memecut laju dan sedikit demi sedikit meninggalkan Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra Pengkalan Chepa.

Dari atas, saya memerhatikan bumi Pantai Timur yang makmur ini. Semoga tradisi Pondok terus diperkasakan di dalam menjaga tradisi keilmuan dan jaluran Ahli Sunnah wal Jamaah di Nusantara.

Semoga kita terus dirahmati Allah, amin…

“Diari Merakam Sejarah Mencatat Kenangan”

Al-Faqir Ila Rabbihi

Muhamad bin Abdullah

Dalam perjalanan Kota Bharu – Subang

24 Januari 2010 jam 9.15 pagi

IMG_5826

Semoga tradisi Pondok terus diperkasakan di dalam menjaga tradisi keilmuan dan jaluran Ahli Sunnah wal Jamaah di Nusantara.

Diari 159 – Pondok Lubuk Tapah

Pagi ini, Sabtu 23 Januari 2010, selepas menyempurnakan kuliah Subuh di Masjid Tengku Kelana Putra, Kelana Jaya, tiba-tiba hati ini terlalu terpanggil di atas kejadian kebakaran tempat belajar saya dahulu iaitu di Pondok Lubuk Tapah, Pasir Mas, pondok tertua yang masih hidup di Kelantan ini.

Selepas menyempurnakan beberapa urusan, saya terus membeli tiket Firefly dari Lapangan Terbang Subang ke Kota Bharu.

Kapal bertemakan warna putih dan oren ini akan bertolak jam 6.00 petang dan dijangka sampai Kota Bharu jam 7.00 petang.

Sejak jam 5.00 petang lagi, saya telah berada di Lapangan Terbang Subang. Penumpang dipanggil masuk ke pesawat jam 5.45 petang.

Ini adalah pertama kali saya menaiki pesawat Firefly, kapal jenis ATR 72-500 (212 A). Biasanya menaiki kapal jenis Boieng atau Airbus. Tempat duduk saya kala ini ialah 9A.

Kipas kapal mula bergerak jam 5.58 petang, dan pramugari berpakian putih dan oren sibuk memeriksa penumpang agar mengenakan tali pinggang keselamatan. Kapal ini mempunyai dua-dua kerusi satu baris dengan lorong di tengah.

Kapal mula meninggalkan landasan jam 6.05 petang. Saya melihat pemandangan dari atas Kampung Melayu Subang.

Jam 6.55 petang, kapal mula merendah dan terlihat dari atas petak-petak padi dan kotak-kotak rumah. Di sungai sekitar Kota Bharu ini kelihatan bot-bot kecil nelayan sedang pulang dari pencarian rezki mereka.

Jam 7.00 petang, kapal mula mendarat dan pramugari mengisytiharkan:-

“Selamat datang ke Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra Kota Bharu”.

Saya terus mengambil teksi menuju ke rumah Dr. Rosdi Ismail di Nilam Puri.

Selepas makan malam, Dr. Rosdi menghantarkan saya ke Pondok Lubuk Tapah. Perjalanan dari Nilam Puri ke Pondok hanya sekitar setengah jam.

Kami terus ke rumah Allahyarham Tok Guru Haji Abdullah Lubuk Tapah. Di sana, saya disambut oleh Dr. Luqman, anak Allahyarham.

“Bila sampai Mad?” tanya Dr. Luqman.

“Petang tadi” jawab saya ringkas.

Dr. Luqman sekarang merupakan pensyarah di Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya.

Kami mula berbual-bual mengenai kejadian yang menimpa Pondok

“Dalam pukul dua pagi api mula marak, ada dalam 50 orang ketika itu, Alhamadulillah, semua selamat, hanya dua orang yang agak berumur sahaja sekarang dirawat di Hospital” terang Dr. Luqman.

“Semua 85 unit pondok hangus. Antara yang paling sayang ialah kitab-kitab pengajian yang telah lama dan ada dhobit (catatan) pengajian di tepi kitab” jelas beliau lagi.

“Pondok ini pernah tiga kali terbakar iaitu pada tahun 1990, 2000, dan sekarang 2010. Semua kawasan berlainan” jelas Dr. Luqman lagi.

“Allah nak beri bangunan baru tu” sampuk Dr. Rosdi.

“Emmm, ana baru bercadang nak buat bangunan baru untuk murid tahfiz di pondok ini, bulan depan nak mula, tapi terbakar ni, perit juga lah” terang Dr. Luqman lagi.

Tak lama berbual, Dr. Luqman, kami  dimaklumkan ada tetamu baru yang sedang menunggu. Kami yang memang sedia maklum mengenai kesibukan kala ini meminta diri untuk pulang.

Saya melihat kawasan yang pernah saya berteduh 10 tahun dahulu. Semuanya menjadi runtuhan dan masih berasap.

Di satu sudut, saya melihat beberapa orang murid pondok sedang berhimpun di satu meja, mencuba baju-baju yang didermakan oleh orang ramai.

Mereka tinggal sehelai sepinggang.

Dalam perjalanan pulang, saya menghantar SMS buat Dr. Luqman:-

“Salam Ust. Nnt minta no. akaun pondok dan bank mana ye..”

Dr. Luqman membalasnya 20 minit kemudian:-

“Ok”

InsyaAllah, setelah dapat nanti saya akan maklumkan di dalam blog ini sesiapa yang ingin menderma terus kepada Pondok Lubuk Tapah.

Semoga Allah memberikan kesabaran kepada mereka dan semoga Allah gantikan bangunan yang lebih baik  untuk mereka semua.

“Diari Merakam Sejarah Mencatat Kenangan”

Al-Faqir Ila Rabbihi

Muhamad Abdullah

Nilam Puri

24 Januari 2010 jam 1.30 pagi

IMG_5803

Allahyarham Haji Abdullah Lubuk Tapah

IMG_5804

Dari kiri, saya, Dr. Luqman dan Dr. Rosdi

IMG_5805

Penambahan bahagian masjid di pondok yang sedang disempurnakan kala ini.

IMG_5807

Keadaan runtuhan 85 pondol yang masih berasap

IMG_5809

Ketika kejadian, ada 50 pelajar di sini.

IMG_5812

Semua mereka selamat. Hanya dua orang sahaja yang agak berumur sedang dirawat di hospital

IMG_5814

Antara yang paling sayang ialah kitab-kitab lama

IMG_5815

Di satu sudut, penuntut pondok sedang mencuba pakaian yang didermakan oleh orang ramai

IMG_5823

Mereka semua tingggal sehelai sepinggang

IMG_5824

Keadaan lampu jalan yang turut hangus

IMG_5825

Semoga Allah memberikan kesabaran dan menggantikan dengan yang lebih baik buat mereka, amin…..

Saturday, January 23, 2010

al-Ijabah 44 – Jom Realisasikan

Kita dalam fasa membina penempatan HIV muslim dan semoga Allah memberi kemampuan untuk tujuan itu. Jika Allah memberi kemampuan untuk membinanya, semoga Allah rezkikan juga keikhlasan pada hati-hati sesiapa sahaja yang bersama-sama membantu.

Selepas mengajar di Yayasan Restu pada Rabu 20 Januari 2010, saya bertemu dengan Puan Fauziah dari Yayasan Restu ini.

“Ustaz boleh tengok model rumah yang dibuat oleh Yayasan restu di Kuang” kata Kak Fauziah.

Hari Khamis 21 Januari 2010 jam 10.00 pagi, saya ditemankan oleh seorang staf dari Yayasan Restu untuk melihat model rumah pasang siap yang dibawa dari Palembang.

Sesampainya saya di Kuang ini, hati saya terpegun melihat beberapa biji rumah kayu yang sangat cantik. Saya disambut oleh seorang yang bertanggung jawab membangunkan tempat ini.

Melawat rumah yang dibangunkan untuk tujuan pusat latihan di sini seperti melawat kawasan zaman dulu, zaman wali-wali songo.

Model rumah kayu ini sangat cantik dan amat tenteram saya melihatnya. Macam tak nak balik rasanya.

Apapun, ia di antara model-model yang saya lihat bagi membangunkan Rumah HIV Yayasan al-Ijabah ini.

Jika rumah ini nanti menjadi ladang amal, kita memohon agar Allah merealisasikannya. Tetapi, jika ia menjadikan kita semakin jauh dari Allah, jadi riyak, sombong, ingin menunjuk dan sebagainya, kita pohon agar janganlah terbina rumah ini. Kerana yang penting adalah hubungan kita dengan Allah semakin rapat. Bukan ingin menunjuk bahawa, kita orang Islam Selangor pun ada rumah HIV macam orang Kristian.

Terutamanya pada diri saya dan sahabat dari al-Ijabah. Ada orang yang mengatakan bahawa yang terlibat ini semuanya riya.

Jika benar pandangan orang yang melihat ini, saya pohonkan agar Allah membersihkan semua hati-hati yang bersama-sama dari sifat ini.

Jika tidak, semoga Allah terus membantu usaha ini dan terus merezkikan keikhlasan. Semoga semakin ramai yang akan bersama-sama membahu usaha yang tidak ringan ini.

Semoga Allah terus merestui dan semoga saudara kita yang sakit ini terus terbela dan terus mendapat kasih sayang dari Allah dan seluruh muslimin, amin…

“Mengharap Kepulangan Yang Diredhai”

Al-fakir Ila Rabbihi

Muhamad bin Abdullah

Shah Alam

23 Januari 2010 jam 2.40 petang

Rumah pasang siap Yayasan Restu di Kuang

Tempat yang amat damai dan cantik

Macam zaman dulu-dulu

al-Ijabah 43 – “Jangan Diskriminasikan Mereka…”

Rabu 20 Januari 2010, satu Soalan yang menarik yang diajukan pada saya ketika saya dikunjungi oleh wartawan Majalah al-Islam di Darul Ukhwah Petaling Jaya.

“ Apakah peranan yang boleh dimainkan pihak media untuk bersama-sama membantu pesakit HIV ini?”

“Senang sahaja, bantu dari sudut mewar-warkan hinggalah masyarakat tidak mendiskriminasikan golongan ini”.

Satu scenario yang terjadi sekarang ialah kebanyakkan masyarakat meminggirkan golongan HIV ini. Mereka juga manusia yang mempunyai perasaan seperti kita. Biar apa pun latar belakang mereka, tidak menyebabkan mereka boleh dipandang tanpa kasih sayang.

Barangkali, beginilah, masyarakat Arab memandang golongan Riqab (yang terhamba dirinya) satu ketika dahulu hingga Nabi saw mengucapkan :-

Barang siapa yang membebaskan golongan Riqab, maka Allah akan membebaskan setiap sendinya dari api neraka

Di Selangor, orang HIV di golongkan di dalam golonga Riqab. Jadi, kita mempunyai peluang untuk beramal seperti para sahabat dahulu membela golongan ini.

Marilah sama-sama kita membantu golongan ini. Paling kurang doakan. Kalau dengan membela golongan kita dianggap dengan berbagai anggapan,

“nak glamour, nak menunjuk, ada kepentingan” dan sebagainya…

satu penghormatan buat kita.

Semoga Allah bersama mereka yang sakit ini. Sesungguhnya, berkasih sayang sesama Islam itu akan melayakkan kita mendapat perlindungan Arasy Allah di akhirat nanti.

 

“Mengharap Kepulangan Yang diredhai”

Al-fakir Ila Rabbihi

Muhamad bin Abdullah

Shah Alam 23 Januari 2010 jam 2.30 petang

IMG_5698

IMG_5699

Pihak Media boleh membantu dari sudut mewar-warkan hinggalah masyarakat tidak mendiskriminasikan golongan ini

Jawapan Pada Persoalan 92

Alhamdulillah, pada kesempatan ini dapat kita berkongsi jawapan yang diajukan.

bard ust,kalimah ALLAH boleh digunakan oleh agama samawi? bagaimana tu? 2010-01-06 2:25 AM

Agama samawi itu bermaksud agama yang mendapat wahyu dari langit yang asal iaitu Yahudi dan Nasarani yang terdahulu (ahli kitab), bukan sekarang kerana ia telah diubah

fida saya ni yg berusaha menjadi sejujur mungkin dgn customer, jaga pekerja byr gaji lebih, tetap juga lambat maju...kenapa ye 2010-01-06 2:09 AM

Teruskan berusaha, berdoa dan jangan lupa berzakat, insyallah

fida salam ustaz, saya pelik tengok org2 berbisnes.. ada yg tak byr gaji pekerja dgn betul, tipu customer sana sini, tapi tetap juga maju dan ramai org, 2010-01-06 2:08 AM

Jangan tertipu dengan pandangan mata. Kalau kita takrifkan maju itu semata-mata kedai semakin besar, maka kita akan salah di dalam menilai kemajuan. Qarun paling kaya di zamannya, kenapa akhirnya menderita ditelah bumi?

mamafaiz salam.ustaz,adakh org yg tk sempt qadha puasa kmdn mnggal,si waris kena/wjib gntikan bg phk si mati? atau byrkn fidyah shj untknya? 2010-01-06 1:23 PM

Bayarkan fidyah melainkan ada wasiat dan kita bersetuju dengan wasiat tersebut

habshah setinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua yang terlibat menguruskan jenazah suami saya, hj wahid bin omar. Hanya allah yang dapat membalasny semoga rohnya dicucuri rahmatNya. 2010-01-06 12:54 PM

mir soalan-leh tak subuh jumaat wat sujud tilawah selain surah alif lam mim sajadah 2010-01-06 11:58 AM

Boleh

Aida Salam. ustaz nak tanya, waktu haram 28 minit lepas syuruk tu boleh tak qada' solat subuh. terbabas tertido. al-fatihah wat allahyarham 2010-01-06 7:20 A

Boleh..

ingin tahu salam ustaz.. betul ke pendpt yg mengatakan bhw suami kita yg terakhir di dunia ini adalah suami kita di akhirat nanti.. 2010-01-06 7:09 AM

Ya..

wahiyudin Hanya ALLAH shj yg dapat membalas jasa tuan2. 2010-01-06 4:25 AM

wahiyudin Juga jutaan terima kasih kpd jemaah2,rakan2 arwah yg mnunaikn fardu kifayah,mmbantu shingga selesainya majlis pgebumian. 2010-01-06 4:24 AM

wahiyudin Jutaan terima kasih yg tdk t'hingga kpd ustaz Amin,ustaz Jazlan, Cik Ashab,Ameen,En iskandar yg brada di china krn mguruskan jenazah ayah sy. 2010-01-06 4:15 AM

Minah Bangkok Takziah n semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham. 2010-01-06 2:58 AM

hanim Salam Ustaz.Kdg2 sy ke ofis pakai seluar.Nak salin susah. Kdg2 tahap kebrsihn ragu2. Adakah lbh afdal ditunaikn sembhyg atau qadha bila blk rumah. 2010-01-07 7:25 AM

Tunaikan pada waktunya.

Fatimah Salam, Ibu saya baru meninggal dunia. Mana lebih afdal wang simpanannya digunakan untuk upah haji arwah ibu atau diwakafkan? Al Fatihah. 2010-01-07 5:06 AM

Upah haji

mamafaiz salam. takziah diucapkan buat pn habshah dan slrh ahli kluarga di ats pmrgian hj wahid. al-Fatihah. 2010-01-06 1:39 PM

Zain Azri Raub Salam, Takziah di atas pemergian allahyarham, semoga rohnya di cucuri rahmat.. 2010-01-06 1:35 PM

Kak Long Faridah Ktn Takziah buat seluruh keluarga allahyarham, semoga roh nya di cucuri rahmat...amin 2010-01-06 1:29 PM

Nur Sham & Keluarga, Ktn Takziah buat keluarga allahyarham dengan doa semoga rohnya di cucuri rahmat dan di tempatkan di kalangan orang2 yang beriman, amin.... 2010-01-06 1:27 PM

Suhaimie Hj Omar Salam, kami seluruh keluarga di Kuantan merakamkan ucapan takziah diatas kembalinya allahyarham abg wahid kerahmatullah semoga rohnya di cucuri rahmat 2010-01-06 1:24 PM

AL-MUHAMI Salam ziarah. Apa komen tuan tentang cadangan mendaftarkan paten kalimah ALLAH supaya jadi hak ekslusif orang Islam? Perlu ke sampai ke situ? 2010-01-08 3:24 AM

Tak

sue salam ustad,saya selalu bunuh nyamuk yg isap darah anak sy kerna geram..ape hukumnya sesama mahkluk ALLAH...lepas tu menyesal,hmmm 2010-01-08 2:15 AM

tak mengapa. Kecuali jika kita seksa, tak bunuh terus

tonet,Salam Ustaz... Bg mn nak pupuk perasaan SAYANG t'hdp IBU sdg kan diri ini tdk PERNAH merasai ksh syg dr IBU sedari kecil lg...... 2010-01-08 1:37 AM

Doa dan minta pada Allah perasaan itu

tonet,Salam Ustaz... Kenapa masih ada ibu/bapa yg tdak ADIL dlm mberi kasih syg pd ank2 Situasi ini mberi TEKANAN EMOSI pd ank2 tu sendiri.... 2010-01-08 1:34 AM

Kurang ilmu

tonet,Salam Ustaz... Apakah hukumnya seorg ank tidak mpunyai perasaan SAYANG t'hdp mak kandungnya sendiri?? 2010-01-08 1:31 AM

Sayang dalam hati, kena bentuk, tetapi sayang yang perbuatan kena tunjuk, berdosa jika berkelakuan kasar

tonet,Salam Ustaz... 1-Seorg wanita tua kematian suami n suami x tggl kan apa2 harta utk dia. Atas ihsan keluarga seblh suami, wanita tua ini diberi beberapa ribu seth utk kegunaannya. Persoalannya di sini, adakah wang tersebut boleh digunakan sepenuhnya oleh wanita tadi atau perlu dibahagi2 kpd ank2nya..... 2010-01-08 1:29 AM

Wanita tersebut kerana itu bukan pusaka

Anas Isu Kalimah Allah - Dr. Siddiq Fadzil : link 2010-01-09 5:10 AM

Anas PENGGUNAAN NAMA ALLAH: ANTARA CELARU DAN KELIRU : link 2010-01-09 5:10 AM

Anas Jadual Lengkap Terkini Program Ziarah dan Dakwah Habib Umar di Malaysia : link 2010-01-09 5:10 AM

Guest1 salam.ustaz saye pernah dgr yg alquran ade 40 juzuk.cume lagi 10 juzuk hanya org2 tertentu sahaja yg terpilih sahaja.betul ke ustaz 2010-01-09 4:20 AM

Tak betul

sar apakah yg perlu saya buat jika ada org menentukan baik atau buruk balasan kita diakhirat nnti... 2010-01-08 4:13 PM

Nasib baik dan buruk hanya ditentukan oleh Allah, jauhi orang yang mentafsir agama dengan akal semata-mata

Guest tentang saksi perlukah sya nyatakan kesalahan ketika sya hndak memohon maaf 2010-01-08 1:17 PM

Tak perlu

Guest salam..ustaz..sy nk tnya,apa bacaan utk sujud bila ada tanda sujud dlm ayat2 al-quran? 2010-01-08 1:00 PM

Rujuk kitab feqah

Ingintahu salam ustaz, hukum farait mengenai pembahgian harta adalh 1/3 bagi prempuan. Bagaimanakh klau waris lelaki brstuju beri sama bhgn dgn nya. sah ke? 2010-01-08 10:38 AM

Kalau masing-masing setuju memberikan sama rata, dan melepaskan haknya, maka sah

Minah Bangkok Mari kita beramai2 berdoa agar kebenaran menggunakan nama `Allah' oleh gereja ditarik semula. 2010-01-11 2:12 AM

Amin..

Fish Akum.Mak saya keras hati,tak siapa berani nk tegur.Dulu saya cuba tegur,tp jd msam muka.Saya ambil jln drpd saya jd anak derhaka lbh baik saya yakan Jd mak pun ok dgn saya.Saya jd x byk ckp ngan dia,sbb mls bual hal.Adik beradik mak n jiran pun takut ngan dia>Apa perlu buat ustaz 2010-01-10 4:03 PM

Tidak dikatakan derhaka jika kita menyebut 3 perkara

1. soal akidah dan keimanan

2. soal hukum hakam

3. soal akhlak islamiyyah

Cuma masih tertakluk kepada adab di dalam menegur

mermaid Slm ustz.Ada x apa2 doa/amalan yg leh d amalkan utk mlmbutkn hati org yg b'htang dgn kita spya dia byr htang? 2010-01-10 11:03 AM

Surah Taha ayat 1-5

habibah blh dptkn intisari tazkirah 'tanyalah ustaz' ttg pasangan2 ilmu..trime kasih 2010-01-10 8:02 AM

Lihat entri lepas

ezza ustaz kalau makan tangan beruang dosa ka?2010-01-10 6:23 AM

beruang tak halal,

zani salam ustad.saya nak tnye pendapat ustad tentang isu penggunaan nama allah oleh kristian baru2 ni.saya keliru nak percaya yg mana? tq 2010-01-10 3:46 AM

Ada dalam artikel saya http://www.ustazamin.com/2010/01/sekilas-32-isu-penggunakan-nama-allah.html

Eja "Kadar fidyah ialah 700 gram beras yang biasa kita makan"..ustaz macam mana kita nak salurkan fidyah tersebut ustaz krn kita tak ganti puasa 2010-01-12 8:34 AM

Fidyah hanya untuk fakir dan miskin

Ancak Ust,seorg ayah wasiat harta utk anknya ttp harta trsbut tergadai sblm ayah mninggal. Bgaimana tu ust, patutkh diganti harta itu slps ayah tiada? 2010-01-12 2:34 AM

Wasiat terlaksana selepas mati, jika harta sudah lupus sebelum si pewasiat meninggal maka wasiat terbatal

ida Assalamualaikum Ustad,nak tanya apa hukumnya kalau kita makan makanan yang dimasak menggunakan letrik dan air di pejabat 2010-01-12 2:31 AM

Maklumkanlah pada boss untuk elak syubhat

sarah ustaz, perlukah saya zakat wang gaji suami saya tiap2 bulan? kawan saya bertanya pada ustaznya. dia kata tak perlu. tolong ustaz jelaskan. 2010-01-11 8:10 AM

Harta suami, suamilah zakat, bukan isteri

sarah ustaz, saya nak jual rumah. haruskah saya zakat hasil dari jualan itu? bagaimanakah kiraannya jika perlu? 2010-01-11 8:06 AM

Perlu dan 2.5% jika ada untung

Guest Slm. Pasal gereja kena ganggu semua org nak bela termasuk org islam, bila masjid diletakkan kepala babi kenapa senyap sepi? 2010-01-11 5:37 AM

Kenapa ye?

Rogayah, Singapore Utk Fish: Mak yg keras hati,jg di biarkan,kita sbg anak berdoa byk, semoga tuhan buka hati nya, inshallah 2010-01-11 3:32 AM

guest ada stgh ckp knp prlu takut, tp adkh smua org Islam di mlysia ni mgamlkn islam sbnr2nya? klu basic je baik x pyh..kjp aje nnti rosak the next gen 2010-01-11 2:50 AM

guest senang nk brdkwh mcm yg ustz ckp tu. jd lgkh prtama WAJIB dihlg krn mmg akn pnjg lagilh lgkhnya.. 2010-01-11 2:47 AM

guest kt overseas x gn Allah, hy god n lord kt sini sj nk kelirukn umt Islam yg x kuat agm. 2010-01-11 2:45 AM

Guest allah tak larang pun kita ganggu akidah mereka,ingat krn nila susu rosak seblanga 2010-01-14 2:19 AM

Guest jgn sbb kita taksub pd kalimah allh, kita di cop sebagai pengganas,mcm komunis tak komprommi 2010-01-14 2:18 AM

Guest jgn emosi, ingat ugama lain boleh diamalkan d msia 2010-01-14 2:17 AM

Guest kalau dah nama tuhan dia allah bior la dia panggil allah; takkan nak panggil nama samaran? kalau org paksa kita panggil tuhan kita "god" kita nak tak? 2010-01-14 2:17 AM

siti salam ustaz.kami dah belajar 10 prinsip fiqh perubatan.apa lanjutan prinsip2 tersebut yg perlu kami ketahui lagi. tolong ustaz bagi outline skit.jzkk 2010-01-13 4:17 PM

Insyallah, dari mana ni?

captbokkhari salam ziarah. 2010-01-13 8:30 AM

Salam

Norhayati Salam, ustaz, mengenai issue nama Allah, anak saya student UIA jg keliru ttg ini dan bertanya 1 of the ustaz kat UIA kata itz ok to use Allah name coz ustaz kata Arab kristian mmg mgunakan nama Allah tu nama tuhan, so x salah mgunakan pkataan Allah...if student UIA pndapat mcm tu, yg lain mcman 2010-01-13 2:24 AM

Sila rujuk artikel saya berkaitan dengan Isu Kalimah Allah http://www.ustazamin.com/2010/01/sekilas-32-isu-penggunakan-nama-allah.html

hatim salam, ustaz sy copy paste pandangan ustaz tentang isu kalimah Allah, sy sertakan ada sekali alamat laman web ustaz, syukran 2010-01-12 11:53 PM

Ok

sahabat raudhah salam a'amun jadid 2010..semoga thabat dalam perjuangan islam..semoga diberi tunjuk ajar untuk ana yang baru dalam pembelajaran... 2010-01-12 4:37 PM

Amin, syukran

Mazlin Salam,ust arwah ibu mwasiatkn spya dkbumikn dkg hlmn, Ipoh.Bliau mngl dihosp Sban.jnazah dmndi&kapan dihsptl.Kami tlh mlunaskn hsratnya.apa hkumnya? 2010-01-14 5:42 PM

Kalau dapat tunaikan baguslah

Guest ustaz, ada tak doa2 untuk menyembuhkan kembali semangat anak saya yang putus cinta. 2010-01-14 12:18 PM

Doa dalam bahasa melayu jua sudah memadai. Yang penting khusuk di dalam berdoa

Guest salam ustaz. bole ke muslim minum non-alcohol beer(cth:istak). di victoria station ada wine halal keluaran autralia(adacop halal)..bole ke?tk 2010-01-14 10:58 AM

Elakkan, kalau sekalipun ada cop halal, dia melatih untuk melangkah lebih jauh nanti

Guest mana boleh minum arak halal,kalau nama dah arak mesti haram punya 2010-01-15 3:45 AM

Guest Ustaz, nak tanya macamana nak kira untuk bayaran fidyah untuk org yg dah meninggal dunia. 2010-01-14 8:42 AM

Sehari 700 gram beras yang biasa di makan

Guest salam, Takziah di atas pemergian allahyarham abg bos kami En Ashab. Semoga rohnya di cucuri rahmat. 2010-01-14 3:01 AM

intan mcm mana nak suci kan hati yg selalu persangka buruk 2010-01-14 2:46 AM

Buangkan sangka buruk, selalu sangka baik, dan berdoa minta Allah bantu baiki diri

Guest kalau rasulullah masih ada tentu dia pun tak halang, kita tegakkan allah kita,jgn ganggu allah org 2010-01-14 2:20 AM

anti A telah mengambil satu exam(certificate ) bnilai 7000 sesama bekerja di sbuah company. A telah diikat utk berkerja ngn compny tsebut slame 9 taun.cont 2010-01-15 11:30 AM

seseorang diikat dengan janjinya

salihah Ustaz apa hukum berhubung dengan lelaki Muslim, walaupun dia seorang ustaz di laman maya? also kalau dia minta contact kita patutka kita kasi? 2010-01-15 11:23 AM

Dia minta buat apa? Kalau puan seorang pembuat baju, dan dia nak tempah baju bagilah, tapi kalau tak ada apa-apa pasal, tak payah

anti terima kasih ustaz. boleh ustaz beri penjelasan berkenaan sutrah ? 2010-01-15 11:22 AM

Sama-sama

Mahfuz semoga allah memberkati usaha anta... 2010-01-15 9:28 AM

Syukran

hazra abd manaf assalamualaikum ustaz.tolong doakan ana supaya dapat kejayaan d dunia dan akhirat.d terangi hati dlm menuntut ilmu.dan dikurniakan sifat ikhlas.shukra 2010-01-15 8:43 PM

Amin, Allah bersamamu

syaFi assalamualikum..saya plajar dip.undg2 dan syariah sem 4.sya ingin bertanya semester ini sya mendapat tajuk assigment tentg profesyen peguam syari'e didlm p'undngan islam di mlysia boleh perjelaskan serbe sedikit?? ini e-mail saya mail 2010-01-15 2:07 PM

Rujuk peguam syarie sendiri

easan salam, apakah dosa munafik diampunkan? 2010-01-15 2:04 PM

Jika bertaubat sebelum meninggal, maka diampun jika bersungguh-sungguh taubat

salihah ustaz brdosa besarka saya kalau saya tak jadi pelajar muslim yang cemerlang tapi pada masa sama buat dawah. 2010-01-15 12:31 PM

Kalau bidang yang puan ambil itu sebagai wakil umat Islam, maka berdosa

anti seandainya A tlah mlanggar pjanjian & behenti kerja di company tsebut, A dikehendaki byar 3 kali ganda lg nilai certificate tsebut iaitu 21000. ape hukm pmbyaran nilai bunga tersebut.adakah ia dikira same spt dibyar utang? syukran ya uztaz 2010-01-15 11:39 AM

cont 2010-01-15 11:33 AM

Pada saya itu bukan riba kerana riba adalah berdasarkan hutang. Ia lebih kepada perjanjian yang dipersetujui bersama. Kalau rasa tak boleh terima perjanjian itu, dari awal kena tegaskan

gold apa hukum beli barang buatan orang yahudi yang diboikot? 2010-01-16 11:02 AM

Jika ada pilihan, maka boleh jatuh haram

gold Boleh ke lembu dipengsakan sebelum disembelih atau dibuat korban contohnya jika dia ingin sembelih bepuluh-puluh ekor lembu? 2010-01-16 10:59 AM

Boleh

gold Boleh ke saya tengok filem di televisyen sedangkan setiap filem sekarang pasti ada orang yang buka aurat? 2010-01-16 10:55 AM

Kena pandai jaga mata dan hati

gold Boleh ke kita melihat aurat orang lain contohnya rambut kawan perempuan kita tapi kita tak bersyahwat kepadanya? 2010-01-16 10:54 AM

Kalau kita lelaki, tak boleh

gold apa hukum lihat aurat orang yang sama jantina contohnya lutut ketika orang lain bermain bola sepak? 2010-01-16 10:50 AM

Terpandang tak apa, janganlah pergi perhati lama-lama lutut dia tu

Guest salam..apakah yang dimksudkn syubhat? 2010-01-16 8:24 AM

Syubhat adalah suatu perkara yang meragukan halal dan haramnya

luqman salam ustaz, apa kah hukum perempuan/lelaki memakai contact lens yg berwarna-warni utk nampak mata cantik. 2010-01-16 3:53 AM

Jangan sampai ada perasaan riya (nak tunjuk) ujub (rasa bangga diri). Seeloknya tak payah la

Guest Slm, suami pernah curang.Salahkah jika saya buat hibah simpanan sy hanya utk anak2 shj. Adakah sy akan disoal nanti?Suami seorg yg sgt berkemampuan. 2010-01-16 12:35 AM

Tak salah

Hafiz as'kum ustaz....adakah bermain gitar adalah haram...mintak penjelasan 2010-01-17 6:44 PM

Terdapat khilaf

Din Salam Ustaz, apa hukum menampal iklan perniagaan dalam masjid/surau? tq 2010-01-17 4:36 PM

Kalau memang masjid itu ada ruang iklan bagi perniagaan, tak apa, janganlah pula tampal dekat dinding surau yang bukan ruangan untuk iklan

morazas Emak sy ada menternak ayam & itik.Haiwan tersebut tak di jual@ di sembelih & bela sampai ia mati sendiri sbb kesian.Dlm Islam, bagaimana utk mengatasi 2010-01-17 3:53 PM

Kalau mati sendiri dengan penuh penjagaan makan dan minumnya tak apa

zan ahli keluarga saya tek pernah solat dan puasa sy tegur mereka kecik hati, sy tak mampu dan sy takut berdosa 2010-01-17 12:09 PM

Kita menengur bukan nak ubah dia, kita menegur kerana Allah suruh tegur orang salah

Guest salam ustaz, apakah hukumnya jika kita pergi pertunjukan orkestra? 2010-01-17 3:59 AM

Syubhat

BUTBUT Salam.Ust, adakah sy berdosa mngambil wang lebihan dr pmbelian brgan utk syarikat yg mnggunakn wang syarikat?Kata kwn sy itu sbgi duit minyak Sedangkn sy ttp claim duit pjalanan sy.Adakh bdosa sy ambil wang lebih itu?sy serba slh!tkt makan duit haram 2010-01-16 11:49 AM

Boleh jatuh kepada haram kerana saudara sudah claim, tapi kalau tak cukup boleh sebab Ikhlas tidak menafikan hak

greenocean knp sy solat istikharah jodoh sy dpt gmbaran dlm mimpi dgn org berbeza-beza, lbh dr 5 org sume sy x knl...adakh sy tiada jodoh 2010-01-16 11:12 AM

Teruskan istkharah, insyallah bertemu jodoh (tanda murah jodoh tu nanti)

Darling05 Salam, Klu dlm haid bleh ke kita amalkan zikir2 yg biasanya kita amalkan 2010-01-18 2:49 AM

Boleh

Guest ust,tahlil itu adakah khusus untuk orang yang meninggal shj?atau jika ada majlis kesyukuran/masuk rumah baru, dsb boleh buat thlil? 2010-01-18 2:34 AM

Boleh

BARD ust,jika kita tidak melipatkan jari kaki semasa sujud dan duduk tahiyat,duduk antara dua sujud adakah terbatal solat? 2010-01-18 2:14 AM

Kalau ketika sujud boleh menyebabkan tidak sah solat, tetapi ketika tahiyat dan duduk di antara dua sujud tidak batal

BARD UST,adakah cerai akan terjadi jika kita berniat hendak ceraikan isteri tapi tak melafazkan kepadanya?hanya dalam hati. 2010-01-18 2:11 AM

Tak lafaz belum lagi

BARD UST,jika pakaian terkena najis binatang@manusia yang telah KERING adakah pakaian tersebut najis? 010-01-18 2:09 AM

Ya dikira najis

a'in ustz bgamana nak mengawal sifat marah{diwariis}walaupn sentiasa berdoa agar trhindar 2010-01-18 2:08 AM

kekalkan wudhu’

Guest Ustaz, betulkah lambang bulan & bintang menyerupai lambang agama lain? Adakah ini suatu bentuk syirik? 2010-01-18 1:55 AM

Kalau sembah lambang tu memang. Tapi sebagai simbol tak apa

titi sy nak kepastian,bila kita buat kenduri khekah utk anak lelaki berapa bilangan kambing yang dperlukan?dan perrmpuan berapa pula ekor kambing? 2010-01-18 1:12 AM

Lelaki 2 ekor, perempuan 1 ekor

aesha ustaz, hubungan saya & teman lelaki tidak direstui bapanya. Baru2 ni saya bermimpi berbual2 mesra dgn bapanya. Apa maksud mimpi saya ustaz? TKasih 2010-01-18 12:48 AM

Ayah akan beri dengan syarat kita mesti menunjukkan kita kasih sayang pada bapa

faisal adakah masih boleh diminum minuman yg terdapat semut di dlmnya slps dibuang semut tersebut?adakah sama sperti kes lalat? 2010-01-18 9:33 AM

Boleh

faisal jika kita xsempat takbir dgn imam tp tahu imam msh rakaat 1 dan yakin xsempat habiskan al-fatihah, perlukah bc iftitah? 2010-01-18 9:30 AM

baca sekadar mampu untuk rakaat itu sahaja

Fisha salam ustaz..telinga kanan saya ini bunyi bingit sangat. bila saya solat dlm bilik sunyi..rasa macam nak mengis dan lemas. macam mana saya nak kurang kan bunyi bingit tersebut..terima kasih ustaz 2010-01-18 8:35 AM

Kena rujuk doktor tu..

ibutunggal ustaz, saya tinggal di kwsn rumah pangsa, bila jiran ada kenduri saya selalu tak pergi sebab sgt segan & malu, saya ni ibu tunggal. Dosa ke ustaz? 2010-01-18 6:03 AM

Cubalah bergaul dengan jiran sebaik mungkin agar tidak timbul fitnah

Guest Salam, Ustaz, Khatam an-Nubuwwah maknanya ape? Terima kasih. 2010-01-18 3:29 AM

Tanda kenabian

Ingin Tahu Salam Ustaz, sy ada buat surgery gigi atas nasihat dentist. Pakai Crown (gigi palsu dilekatkan kpd gigi asal). Sekiranya meninggal dunia kelak, patutkah sy minta ahli keluarga utk tanggalkannya. Syukran jazilan... 2010-01-18 3:03 AM

Tak perlu

Darling05 Ustaz. apa amalan untuk kita lebih tenang dlm segala urusan 2010-01-18 2:51 AM

Peliharalah urusan dengan Allah, insyallah Allah mempermudahkan urusan dengan manusia

fida salam, ustaz, kalau rumah kita 2 tgkt, kat tgkt bwh tu kita dilarang ltk ayat2 quran, sbb bila kita ke tgkt atas, nnt kita mcm pijak ayat2 tu, betulke 2010-01-19 2:21 PM

Tak betul sebab ia bahagian lain, tapi kalau nak jaga adab, lagi baik begitu

dewa apa sebenarnya jamak dan asal usulnya. salam 2010-01-19 2:01 PM

Himpunkan solat, asal usulnya dari Nabi

Wallahualam

Semoga menepati kehendak soalan

“Petanyaan Kunci Pengetahuan”

Al-Fakir Ila Rabbihi

Muhamad Abdullah

Sabtu 23 Januari 2010, 12.30 tengah hari

Wednesday, January 20, 2010

Diari 157 – Pertemuan Nostalgia

19 Januari 2010, jam 10.00 malam, baru sahaja saya ingin sampai ke rumah, saya dihubungi oleh Helmi.

“Ustaz, lapang tak malam ni, Nasir yang bawa kita ke jalan di Palestin dulu datang ke sini. Dia nak balik dah hari khamis ni, kalau ustaz lapang, jomlah jumpa dia, sekarang dia orang ada kat rumah Haji Othman di PJ”.

“Mmm, ok juga tu, jumpa kat rumah saya Mi.., ana balik mandi dulu” jawab saya ringkas.

10.30 malam, saya bertolak ke rumah Hj Othman. Di sana, semua ahli rombongan ke Palestin pada April 2009 telah ada kecuali Haji Jaafar dan Dato’ Yahya.

Nasir ialah pemandu pelancong kami yang membawa kami berjalan sekitar Palestin.

Kereta saya memasuki perkarangan rumah Hj. Othman.

Melihat saya, Nasir terus bagun dan mendapatkan saya, kami bersalaman mesra.

Kami semua berbual-bual mengenai kenangan peristiwa di Palestin dulu.

“Ustaz, satu perkara yang saya dan anak saya tak boleh lupa” kata Nasir.

“Apa dia?” Tanya saya ringkas.

“Ketika kita mandi di laut mati, saya melarang ustaz untuk mengambil gambar sekumpulan Yahudi Ortodoks yang sedang mandi dan mereka tidak bercampur dengan Yahudi lain. Saya katakan jangan ambil gambar mereka, kalau mereka tahu kita ambil gambar mereka, mereka akan datang dekat kita dan baling dengan batu” terang Nasir.

Memang, golongan Yahudi Ortodoks adalah Yahudi yang berpegang dengan agama mereka. Kalau untuk mudah faham ialah seperti golongan orang alim. Ketika dia laut mati, mereka mandi dengan kumpulan mereka sahaja, tetapi tetap bercampur lelaki dan perempuan.

“Ustaz ingat tak apa ustaz jawab pada saya” kata Nasir lagi.

“Lupalah…” kata saya.

“ustaz kata, tak apa, dia orang Ortodoks, mesti berpegang pada agama, kalau dia datang dekat kita, kita buka baju, mesti dia orang lari sebab malu” kata Nasir sambil ketawa besar mengimbas kembali kenangan kami di Palestin.

“Apa perkara paling kamu tak lupa di beberapa hari di Malaysia ni” tanya Helmi pada Nasir.

“Yang paling mengerikan ialah ketika saya diajak makan durian” kata Nasir sambil tergelak.

“Kalau depan saya ada durian dan ular, saya rela makan ular lagi” kata Nasir bergurau.

Memang, orang Arab atau mat Saleh tak akan tertelannya durian.

Kalau ada pak Arab atau mat Saleh nak pinang anak kita, salah satu cara nak tolak ialah beri syarat, mesti habiskan durian sebakul, mesti gagal punya.

Nasir juga bercerita mengenai perkembangan bumi Palestin yang sentiasa diinjak oleh Yahudi ini hinggalah kepada usaha mereka untuk membahagi dua masjid al-Aqsa. Separuh untuk Yahudi separuh untuk Islam.

Kami berbual-bual hingga jam 12.30 tengah malam.

Sesungguhnya, Islam itu bersaudara. Ke mana sahaja kita pergi, kita akan bertemu dengan satu bangsa Muslim yang mempunyai akidah yang satu, syariat yang satu, kiblat yang satu dan pegangan kitab al-Quran yang satu.

Yang paling baik antara kita ialah yang paling bertaqwa.

‘Diari, Merakam Sejarah Mencatat Kenangan”

Al-Faqir Ila Rabbihi

Muhamad Abdullah

Putra Heights

20 Januari 2010 jam 8.00 pagi

IMG_5596

Dari kanan gambar, Helmi, Nasir, saya, Haji Esa, Haji Othman dan Abang Aziz

IMG_5607

Kami berbual mengenai nostalgia di Palestin

IMG_5621 

IMG_5684

Inilah persaudaraan Muslim, disatukan dengan akidah yang satu.

Diari 156 – Terima Kasih Kerana Tunjuk Ajar Kalian…

Kalau anak kecil masih bertatih, adakah kita boleh mengharapkan dia mampu berlari jika diancam bahaya? Sudah tentu kena ada orang yang boleh berlari mendukungnya, membawanya lari.

Jika seorang yang baru pandai berenang, tiba-tiba lemas di kolam renang, ia memerlukan seseorang untuk mengambilnya ke tepi.

Adakah kita boleh merotan anak kecil itu dan mengatakan, kamu kenapa tak lari sedangkan dia hanya baru pandai bertatih.

Adakah kita mahu membiarkan sahaja orang lemas itu tenggelam tanpa perlu di ambil dan di bawa ke tepi?

Itulah perasaan saya dan sahabat dari al-Ijabah ketika mengendalikan Darul Ukhwah ini. Tapi saya bersyukur kerana, sahabat dari Majlis Aids dan MAIS begitu memberi sokongan bagi rumah perlindungan HIV Muslim ini.

19 Januari 2010, jam 11.00 pagi, Darul Ukhwah dikunjungi oleh rombongan dari Majlis Aids. Sebelum ini, perhubungan dengan Majlis Aids hanya dibuat oleh pengarah lama. Kala ini, Majlis Aids benar-benar berhubungan dengan al-Ijabah.

Baru saya dapat berbual dari hati-ke hati mengenai perjalanan rumah HIV ini. Terima kasih saya ucapkan pada sahabat-sahabat dari Majlis Aids yang memberi tunjuk ajar dan ilmu kepada al-Ijabah.

Petang ini pula, jam 4.00 petang, saya bersama sahabat saya dari Ijabah, Ustaz Muhamad Zamhari mengadakan pertemuan dengan Bahagian Riqab MAIS. Satu matlamat bagi tahun baru 2010 ini ialah untuk terus memperkasakan lagi perjalanan rumah perlindungan HIV Muslim ini.

Alhamdulillah, terima kasih saya ucapkan kepada sahabat dari Bahagian Riqab MAIS. Apa yang penting adalah kerjasama untuk agama tercinta ini.

Tidak ada siapa yang boleh mendabik dada bahawa ini adalah usaha aku, yang perlu kita fikirkan ialah siapa lagi yang dapat kita ajak untuk bersama-sama kerana Allah.

Terima kasih juga kepada seluruh pembaca, rakan dari al-Ijabah, dan siapa sahaja yang membantu usaha ini, mendoakan, dan mewar-warkan. Tanpa sokongan semua, sudah tentu usaha ini tidak akan terlaksana.

Sempena hari kelahiran Nabi saw, 12 Rabiul Awal, bersamaan dengan 26 Febuari depan, seorang Nabi yang cukup mengasihani orang susah, insan yang sentiasa membela orang yang sakit, anak yatim dan perempuan janda, InsyaAllah, nama Darul Ukhwah akan dimantapkan lagi kepada nama Darul Ijabah.

Jika Darul Ukhwah bermakna rumah persaudaraan, Darul Ijabah memberi maksud rumah penerimaan. Membawa falsafah bahawa semua orang patut menerima kebaikan, tak kira sama ada dia sihat atau sakit, semua orang patut menerima pembelaan, tak kira siapa dia, agar kita semua menerima keredhaan dari Allah.

Saya ingin kempenkan membela HIV ini bersama hadis Nabi saw, oleh kerana di Selangor golongan ini dikatogerikan di dalam golongan Riqab (yang terhamba dirinya), maka kita berpeluang untuk mendapat kelebihan membela mereka.

Nabi saw bersabda:-

Barangsiapa yang membebaskan Riqab (golongan yang terhamba ini) Allah akan menyelamatkan setiap sendinya dari api neraka.

Saya menyeru semua yang terpanggil dengan kata-kata Nabi saw ini, untuk bersama-sama membahu usaha ini sama ada dari segi masa, tenaga, harta dan paling kurang dengan mendoakan.

Semoga Allah terus memberi kita peluang untuk berbuat amalan di dunia bagi mendapat keredhaanNya di akhirat, amin…

“Diari, Merakam Sejarah Mencatat Kenangan”

Al-fakir ila Rabbihi

Muhamad bin Abdullah

Putra Heights

20 Januari 2010 jam 7.00 pagi

IMG_5570

Kunjungan Majlis Aids ke Darul Ukhwah

IMG_5573

Bersama sahabat dari Ijabah

IMG_5575

Hari ini, barulah sahabat dari Majlis Aids dapat berhubung terus dengan al-Ijabah, terima kasih kerana tunjuk ajar yang diberikan

 Alhamdulillah syukur di atas pembukaan Kapal Dive Lodge dibawah selian Ustaz Muhamad bin Abdullah atau lebih dikenali sebagai Ustaz Amin ...