Friday, February 19, 2016

Sekilas 51 - Mengapa Manhaj Wahabi Di Tentang (2) Bahaya Dari Sudut Akidah


Bagi siri yang kedua ini ingin saya kongsikan, kenapa Manhaj Wahabi ini ditolak oleh tuan-tuan guru kita terdahulu. Saya mulakan dengan saya ulangi beberapa perkara. Harap artikel ini dibaca hingga akhir.

1. Manhaj Wahabi adalah satu manhaj yang menggunakan al-Quran dan Hadis semata-mata.

2. Doktrin ini nampaknya bagus tetapi ia akan mengetepikan pandangan ulama-ulama muktabar. Sebab itu akhirnya, doktrin ini akan menolak mazhab.

3. Menolak mazhab bagi orang betul-betul berilmu, yang faham ayat hukum dan hadis hukum, tahu menggunakannya akan menyebabkan seseorang itu terselamat dari tafsiran yang salah.

4. Jika seseorang itu orang awam, yang baru berjinak-jinak dengan agama, akan mendedahkannya tersalah di dalam tafsiran sesuatu hukum. Kadang-kala, baca ayat hukum pun dari buku-buku terjemahan.

5. Kenapa tok-tok guru kita terdahulu sangat menentang doktrin ini ?

6. Ini kerana, jika manhaj ini dibuat di dalam membahaskan ilmu akhlak, mengenai kesabaran, mengenai perlunya bertawakkal, ia tidak mengapa.

7. Apabila manhaj ini digunakan untuk membahaskan hukum hakam, ia mulai bermasaalah. Sebagai contoh, di dalam al-Quran surah al-Maidah ayat ke 3, Allah berfirman yang maksudnya:-

“Diharamkan bagimu (memakan) bangkai, dan darah, dan daging babi, dan (daging haiwan) yang disembelih atas nama selain Allah”

8. hanya daging babi yang disebut, mana kita tahu daging yang disebut termasuk kulit, tulang, bulu dan sebagainya. Ya, kerana ulama yang sampai ke tahap Mujtahid (punyai beberapa belas disiplin ilmu hingga mampu dan layak mengeluarkan hukum) yang memahami perkara tersebut.

9. Apa jadi jika semata-mata orang menggunakan manhaj al-Quran dan Hadith semata-mata? Mereka membaca ayat ini dan cuba memahami sendiri ?.

10. Ini baru bab hukum hakam, bagaimana kiranya seseorang menggunakan manhaj al-Quran dan Hadith semata-mata ini kepada bab akidah ?

11. Ia akan mendedahkan orang awam mentafsir mengenai ketuhanan dengan sendiri.

12. Kadang-kala, ia menjadikan pentafsir itu menjisimkan Allah, menyamakan Allah dengan makhluk. Apa jadi jika seseorang tersalah dalam pegangan akidahnya?

13. Kita berbalik dengan perbahasan wahabi ini. Untuk mengetahui sejarah dan sebagainya, pembaca boleh menelusuri blog-blog yang ada. Saya hanya mahu membahaskan satu sudut yang jarang dibahaskan iaitu manhaj (cara) wahabi di dalam mengeluarkan hukum dan bahayanya doktrin ini kepada masyarakat umum.

14. Kesimpulannya, manhaj wahabi ini jika membahaskan perkara-perkara akhlak, tidak mengapa, tetapi apabila manhaj ini mulai cuba membahaskan bab hukum hakam, ia sudah mula bermasalah, lebih-lebih lagi apabila ia mula membahaskan bab akidah, ia akan menjadikan seseorang itu tersasar dari landasan Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Bab akan datang, saya akan kongsikan sedikit analisa mengenai fahaman wahabi di Malaysia.

al-Faqir Ila Rabbihi
Muhamad bin Abdullah
Sek 26 Shah Alam

Jam 9.15 pagi

37 comments:

Anonymous said...

Maka dengan sebab mereka mencabuli perjanjian setia mereka,
Kami laknatkan mereka, dan Kami jadikan hati mereka keras membatu (tidak mahu menerima kebenaran Alquran).
Mereka sentiasa mengubah Kalimah-kalimah (yang ada di dalam Al Quran dengan memutarnya dan mengubah) dari tempat-tempatnya dan maksudnya yang sebenar, dan mereka melupakan (meninggalkan) sebahagian dari apa yang diperingatkan kepada mereka dengannya.
Dan engkau sentiasa dapat melihat perbuatan khianat yang mereka lakukan (mengubah Alquran membuat kitab lain), kecuali sedikit saja dari mereka yang tidak berlaku khianat.
Oleh itu, maafkanlah mereka (jika mereka sedia bertaubat) dan janganlah dihiraukan, kerana sesungguhnya Allah suka kepada orang-orang yang berusaha supaya baik amalannya.

Ayat Alquran ni apa maksud dia Ustaz? Hukum halal haram bukan bersabit dengan babi, anjing atau bangkai sahaja. Orang yang dilaknat Allah SWT ni selalunya membuat lebih dari yang haram, maksudnya dia buat perbuatan yang dibenci Allah Swt. Putarbelit dan ubah ayat quran dengan mengadakan kitab kitab sendiri kemudian diajarkan kepada orang ramai. Allah SWT panggil pengkhianat. Allah Taala suruh buat lain dia buat lain kira khianatlah tu.

Allah SWT memang tak sama dengan makhluk. Tetapi, manusia dicipta dan dijadikan dari 99 nama Allah SWT. Macamana kita nak mengenal Allah SWT yang sebenar?

Adakah kitab kitab hadis dan kitab kitab ulamak boleh mengajar dan menerangkan tentang diri dan kelakuan Allah yang sebenar?

Adakah ulamak lebih mengenal dan boleh mentafsir tentang Allah Swt lebih daripada Allah SWT mengenal diriNya sendiri? Tak cukup ke sebuah Alquran tu sebagai penerangan tentang diri Allah kepada manusia?

Adakah Alquran ini diletakkan sebagai doktrin dalam fahaman Ahli sunnah Wal Jamaah?

Anonymous said...

Salam ustaz. Boleh beritahu rujukan mana semua ini? Takut2 kita tersalah hukum nnti.

Hoho said...

Salam, tak tepat ni ustaz. mereka tak menolak ulama muktabar. Apa salahnya ustaz pergi menghadiri kuliyah2 mereka (yg sering dituduh Wahabi) secara full. Kalau selalu petik nama2 4 imam besar tu menolak ulama muktabar ke?? Bersikap adil lah wahai para agamawan.
Tak salah mengharmonikan.

Jangan taksub kumpulan / aliran tetapi taksublah pada kebenaran.

Anonymous said...

Saya selalu dengar dari zaman sekolah dulu Nabi Muhammad seorang peniaga textile. Pergi Yaman, Palestine, Syam dan banyak tempat masa zaman tu. Namun yang menghairan dan memusykilkan saya pada zaman ini, kenapa ramai alim ulamak meniaga pakej umrah?
ambik upah sekian2 harga bila bagi kuliah agama?
Memang kita semua maklumlah zaman Nabi Muhammad dulu haji umrah ni tak ramai orang buat lagi. Tapi adakah perbuatan menjual pakej umrah ni termasuk dalam sunnah nabi?
Kemudian, dalam tulisan dan riwayat kitab kitab ulamak muktabar, berapa bayaran yang selalu nabi minta dan nabi terima bila menyampaikan Islam dan mengajar Alquran pada para sahabat?
Mohon pencerahan. Banyak kitab yang saya pernah baca, tapi tak jumpa jawapan tentang ni.

Anonymous said...

Zaman sekarang tidak sama mcm zaman dahulu...selagi tidak melampau batas,tidak salah utk mendapat bayaran...mesti ade kos2 yg ditanggung.

Anonymous said...

Memang betul. Zaman Nabi Musa dengan Nabi Muhammad pun tak sama. Zaman Nabi Musa ada firaun zalim. Zaman firaun pun dah mula ada kemewahan. Dah ada patung emas. Namun Nabi Musa tetap tak mengambil apa-apa bayaran. Sampai Muhammad pun dia masih mewarisi sikap Musa. Dia tetap tak mengharap bayaran dan balasan dari apa yang dia sampaikan. Cuma bagi para nabi rasul balasan mereka hanya tertentu di sisi Allah Taala.

Layak ke ulamak yang ada hari ni nak mewarisi nabi dan rasul?

Abu Uwais said...

Tiga sifatnya ahli Neraka ; Kasar, degil, angkuh.

Tiga tanda seseorg dikasihi Allah swt (alias, tentunya ahli Syurga); Tenang, tawaddu', lemah lembut / sopan santun.

Timbang timbang, nilaiin sendiri, ilmuan mana yg patut dicontohi, diikuti. Cakapnya pula, mana yg lurus terus, mana yg musing musing.

Abu Uwais. said...

Harus dimengerti beza salaf sebenar dgn salafi ngaku ngakuan,

juga harus dibezakan ASWAJA sebenar dgn ASWAJA ngaku ngakuan.

Ngaku ASWAJA, tp sunnah Nabi saw pun tak ketahuan.
Ngaku ASWAJA, tp sunnah sunnah Nabi saw bnyknya tak diamalkan pun.
Sunnah Nabi saw tu bukan hanya pada amalan, tp jugak harus diikuti akhlaknya.

Anonymous said...

Saidina Ali dulu dikatakan kasar, ganas, berani bila berperang. Saidina Hamzah pun sama taktau berapa banyak musuh yang dia pancung dalam menegakkan kebenaran agama. Sampai dapat gelaran Singa Allah. Nabi Daud pun lebih kurang jugak antara panglima perang di zaman dia membunuh Goliath.
Adakah keganasan, kekasaran dan kedegilan mereka membuatkan mereka menjadi ahli neraka?

Iblis dulu dengan tenang memperdaya Hawa makan buah khuldi, kalau kasar Hawa pun taknak makan. Perempuan mana suka orang kasar2. Hawa jugak dengan kelembutan sifat kewanitaan dia perdaya Adam untuk makan sama. Elok duduk dalam syurga terus turun alam dunia. Kisah ni macamana pulak?

Apa sebenar yang menentukan manusia masuk syurga atau neraka? Ilmu ke? Amalan ke? pangkat ke? Harta kekayaan ke? Sila huraikan.

Nuazhar said...

Alhamdulillah. Pencerahan yang tepat pada masanya. Semoga Ustaz terus diberi kekuatan untuk menyatakan kebenaran.

Aqidah mujassimah Wahhabi perlu dicantas sebelum jadi tidak terkawal.

Setuju Ustaz, puak Wahhabi ini suka cari publisiti murahan dgn perkara2 khilaf yg furu', dimana ulama ASWJ tidak pernah pon mengatakan perkara itu wajib seperti doa qunut, talkin, lafaz usalli dsbnya.

Begitu juga puak Wahhabi ini suka membesarkan perkara2 yg tidak ramai pon yg buat, dan kalau buat pon belum tentu haram hukumnya spt bawa jenazah untuk dikebumikan di kampung halaman.

Puak Wahhabi ini suka memaksa sudut pandangan mereka keatas orang lain. Dan dengan bongkak melabel amalan orang lain sebagai bukan ajaran Islam, seperti terkandung dlm viral fitnah AJARAN ISLAM vs AJARAN MELAYUISM.

Bila dibidas, pandai pulak mereka nenyeru kepada berlapang dada, tidak melabel.. sedangkan mereka yang mula2 melabel..

Sikap bodoh sombong yang keras dan bongkak ini menjadi benih kepada terrorisme.

Syabas kepada para mufti dan jabatan agama yg tegas mengekang Wahhabi.

Semoga Malaysia teguh dgn ASWJ dan pegangan salafissoleh serta SIFAR Wahhabi.

BaarakAllahufiikum.

Nuazhar said...

Alhamdulillah. Pencerahan yang tepat pada masanya. Semoga Ustaz terus diberi kekuatan untuk menyatakan kebenaran.

Aqidah mujassimah Wahhabi perlu dicantas sebelum jadi tidak terkawal.

Setuju Ustaz, puak Wahhabi ini suka cari publisiti murahan dgn perkara2 khilaf yg furu', dimana ulama ASWJ tidak pernah pon mengatakan perkara itu wajib seperti doa qunut, talkin, lafaz usalli dsbnya.

Begitu juga puak Wahhabi ini suka membesarkan perkara2 yg tidak ramai pon yg buat, dan kalau buat pon belum tentu haram hukumnya spt bawa jenazah untuk dikebumikan di kampung halaman.

Puak Wahhabi ini suka memaksa sudut pandangan mereka keatas orang lain. Dan dengan bongkak melabel amalan orang lain sebagai bukan ajaran Islam, seperti terkandung dlm viral fitnah AJARAN ISLAM vs AJARAN MELAYUISM.

Bila dibidas, pandai pulak mereka nenyeru kepada berlapang dada, tidak melabel.. sedangkan mereka yang mula2 melabel..

Sikap bodoh sombong yang keras dan bongkak ini menjadi benih kepada terrorisme.

Syabas kepada para mufti dan jabatan agama yg tegas mengekang Wahhabi.

Semoga Malaysia teguh dgn ASWJ dan pegangan salafissoleh serta SIFAR Wahhabi.

BaarakAllahufiikum.

Anonymous said...

Dunia hari ni bila orang2 awam bertanya dan bercakap tentang Alquran dilabel Wahabi. Kerana dalam fahaman ahli sunnah orang2 awam tidak layak mentafsir dan memaham Alquran sesuka hati dan menggunakan akal, mesti berpandu dan merujuk pada kitab2 dan ulamak dari kumpulan ahli sunnah wal jamaah. Bila kita bertanya tentang islam pulak tak semua ulamak2 Wahabi boleh jawap dengan tepat apa maksud sebenar ayat2 dan hikmah dalam Alquran, masih mesti merujuk pada kitab2 dan ulamak2 berfahaman Wahabi.

Dalam Islam apabila kita nak belajar sesuatu ilmu, mesti mula dari awal. Itu sebab kita mula cerita dari kisah Iblis, Hawa dan Adam. Kerana Adam antara nabi, khalifah dan manusia yang awal Allah jadikan. Namun bila orang2 awam bertanya tentang kisah Adam dari Alquran tak ramai ulamak2 baik dari Ahli sunnah maupun Wahabi yang mampu beri jawapan. Cuma tuduhan sahaja yang biasa kita terima dan dengar dari mereka yang menggelar diri mereka tahu dan arif tentang agama.

Dalam Islam wajib bagi umatnya mempercayai Alquran. Termasuk dalam rukun iman yang ketiga. Rukun dalam ertikata melayu lain adalah perjanjian. Janji iman dan taatsetianya seseorang pada agama islam yang mereka anuti pada kitab Allah SWT. Bila seseorang Islam tu melanggar rukun iman yang dipegangnya sendiri, maka dia mencabul perjanjian keimanan dia sendiri kepada Allah Taala. Itulah yang Allah kiaskan dalam ayat Al Maidah 13 di atas.

Adakah Nabi Muhammad juga dilabel Wahabi semasa membacakan Alquran pada para sahabat?
Adakah Muhammad digelar ahli sunnah wal jamaah bila dia mengikut hadis Nabi Musa?

Anonymous said...

Tak pernah pun dalam Islam melarang talkin, doa qunut, baca Yassin, ziarah kubur, baca niat, baca selawat atau membaca Alquran.

Nak baca Yassin 24 jam pun boleh kalau mampu. Baca selawat 10 juta kali pun boleh kalau mampu, tapi kalau selawat dengan gendang ada muzik dah jadi syair itu yang salah.

Nak ziarah kubur pun pergilah sekadar nak mengingat keluarga yang telah pergi supaya kita tau yang mati takkan kembali, jangan sampai berzikir2 tak tentu hala pulak depan kubur2 guru atau syeikh itu yang salah.

Nak baca talkin 3 kali pada mayat pun boleh, pasal orang yang hidup tu belum tentu faham kebenaran dan seksa selepas mati.

Yang penting ikut tertib.

Anonymous said...

Ego, taksub, syok alim, rasa benar sendiri. Org lain jahil semuanya, yg tak sama, tak ikut caranya sesat semuanya. Siapa sih yg begitu pemikirannya ?

Ashari said...

Antara Salaf, Khalaf dan "salafi".

Khususnya ttg dalil dalil Mutashabihat dlm Quran, spt "Wajhullah", "Yadullah", "'alalArsyhistawa", Salaf tak tafsir, tak memberi makna, diterima begitu sahaja.

Khalaf, khususnya Ashariyah-Maturidiyah menafsir dgn makna yg bersesuaian utk mengelak salah faham org awam bg mengelakkan org awam dr menggambarkan Tuhan dgn sifat sifat yg tidak layak bagiNya. Namun begitu makna hakikinya terserah kpd Yg Memfirmankannya.

"salafi" pula memberi makna secara zahir semata mata dan menganggapnya, itulah makna hakikinya, hingga menimbulkan kekeliruan di kalangan yg kurang berpengetahuan, seolah olahnya Tuhan itu berjisim dan berarah.

WaAllahu'alam ! Moga membantu pemahaman kekeliruan yg berlaku.

Ashari said...

Salaf sekitar 300 tahun pertama Islam. Khalaf pula, zaman selepasnya. Imam imam yg 4, Imam Maliki, Hanafi, Syafe'i dan Hanbali termasuk zaman Salaf. Imam imam Ashari dan Maturidi termasuk zaman Khalaf.

WaAllahu'alam !

Anonymous said...

Kita tanya soalan ramai pulak murid tuduh bukan2. Yang tahap guru ustaz pun tak bagi jawapan lagi. Dari sini orang ramai boleh nilai siapa yang lagi sombong. Orang tanya jawap je lah baik2 sopan santun. Ahli syurgakan orang yang tawaduk lemah lembut sopan santun. Kalau taktau jawapan cakap je lah taktau ataupun diam. Bagi peluang pada guru2 lain memikirkan jawapan. Soalan saya bukan susah. Satu perkataan pun dah boleh jawap.

Dalam Alquran tak salah kita memikirkan makna dan maksud Alquran menggunakan akal fikiran. Sebab itu yang Allah SWT ajar pada semua nabi. Allah suruh fikir benar salah apa yang Dia cerita. Bila nabi rasul ni dapat mengikut apa yang Allah suruh, barulah mereka menjadi pesuruh Allah.

Bagi orang awam macam saya kalau ustaz2 asyik bagi jawapan Wallahuaklam sahaja dalam ceramah kuliah mereka. Baik saya tanya terus saja dengan Allah SWT, pasal Dia memang pasti mengetahui alam. Allh SWT pun tak pernah cakap kalau nak doa, nak tanya, nak mintak kamu kena mintak melalui agen, wakil2 khas, ulamak hatta mintak dengan nabi rasul pun dia tegah.

Salah ke kalau orang ramai dan orang awam bertanya agama pada Allah SWT?
Sedang Allah Yang Maha Berkata kata. Mungkin ada beza penerangan Allah dengan ulamak ni dari segi humourlah. Ulamak lucu sikit.

Ashari said...

Syurga Neraka hak Allah swt. Manusia hanya boleh naqalkan sahaja apa yg Nabi saw sabdakan atau apa yg Allah swt Firmankan.
Dlm Quran Tuhan janji, org org bertaqwa dijanjikan Syurga, dan org org kafir dijanjikan Neraka, dan Allah swt tidak sesekali menyalahi janji janjiNya.
Bg yg tak termasuk golongan org org bertaqwa tp bukan juga kafir, terpulang Allah swt Yg Maha Adil, Maha Mengetahui dan Maha Bijaksana menentukan kedudukannya.
Dlm Quran disebut ciri ciri org bertaqwa, selain yg sudah semestinya seorg Muslim yg beriman, mempunyai ciri ciri akhlak yg mulia ; pemurah, penyabar, pemaaf, penyantun, sentiasa zikrullah dan bertaubat.
Org kafir pula bg kita org awam hari ini, jelasnya adalah mrk mrk yg bukan beragama Islam.
Golongan golongan lain yg dituduh kafir, sesat, syirik, bid'ah dsb, adakah mrk sebegitu, kita serah sahaja kpd pihak berwajib membuat keputusan, di Malaysia, JAKIM, Majlis Fatwa, dan JawatanKuasa Negeri Negeri.

Anonymous said...

Sudah pasti memang syurga neraka itu hak Allah SWT. Kalau ramai yang tahu syurga neraka hak Allah kenapa pulak pihak berwajib, ustaz, ulamak, JAKIM pulak yang nak kena buat keputusan orang tu sesat ke, Wahabi ke, Aswaja ke? Serah pada Allah cukuplah untuk menentukan Islam kafir seseorang. Alquran yang jadi hukum dan saksi. Tapi kalau kita bacakan Alquran dituduh Wahabi, ni menunjukkan orang yang mengaku Islam tu tak percaya Alquran. Di sisi Allah SWT orang yang tak percaya Alquran pun termasuk golongan kafir. Pasal dia tak percaya apa Allah SWT cakap. Setakat hafal, baca taranum itu tak cukup membuktikan dia percaya Alquran.

Yang dikatakan taqwa itu buat apa yang Dia suruh, tinggal apa yang Dia larang. Tapi kalau orang yang belajar dan tahu agama sendiri banyak buat perkara yang Dia benci, terus kena laknat. Pasal Allah dah tegah jangan buat, sedangkan mereka orang yang tahu. Sama macam Bani Israel dulu dululah.

Ashari said...

Moga Allah swt berkati dan rahmati Ust Amin sekeluarga, juga pembaca pembaca blog Ust Amin, moga kita semua dpt ampunanNya. Nak tumpang buat seruan. Jom kita semua makmurkan masjid masjid Allah swt di Malaysia ni. Seboleh bolehnya semampu mampunya solat fardhu kita semua di masjid masjid atau surau surau secara berjama'ah.

"Hanyasanya yg memakmurkan masjid masjid Allah (swt) itulah yg beriman dgn Allah (swt) dan Hari Akhir, dan mrk mendirikan solat dan menunaikan zakat, dan mrk tidak takut kecuali kpd Allah (swt). Mk mudah mudahan mrk itu menjadi org org yg mendpt petunjuk." 9:18.

Golongan yg memakmurkan masjid masjid Allah swt ada dua jaminan ;
1.Jaminan sbg org yg beriman.
2.Jaminan utk menjadi golongan yg mendpt petunjuk.

Anonymous said...

InsyaAllah. Sebelum kita semua ramai ramai pergi memakmurkan masjid Allah secara berjemaah, renungilah sejenak amaran Allah ini. Buat mereka yang selalu mendapat kesenangan dan keselesaan hidup dan pendapatan hasil dari menjual ayat dan hukum2 Alquran sesuka hati dan secara salah.

Allah menjanjikan orang-orang munafik lelaki dan perempuan serta orang-orang kafir dengan neraka Jahannam, mereka kekal di dalamnya. Cukuplah neraka itu menjadi balasan mereka; dan Allah melaknatkan mereka, dan bagi mereka azab seksa yang kekal.

(Nasib kamu hai orang-orang munafik) adalah sama dengan nasib orang-orang sebelum kamu (yang telah dibinasakan), mereka lebih kuat serta lebih banyak harta benda dan anak pinak daripada kamu; seterusnya mereka telah bersenang-senang dengan bahagian mereka; maka kamu pula telah bersenang-senang dengan bahagian kamu sebagaimana orang-orang yang sebelum kamu itu bersenang-senang dengan bahagiannya; dan kamu pula telah memperkatakan (perkara yang salah dan dusta) sebagaimana mereka memperkatakannya. Mereka yang demikian, rosak binasalah amal-amalnya (yang baik) di dunia dan di akhirat, dan merekalah orang-orang yang rugi.

At Taubah 68, 69.

Anonymous said...

Nabi kata, masuk Syurga kerana Rahmat Allah, dgn apa nak dapat rahmat Allah swt ?
1. Dengan ketaatan kpd Allah swt dan Rasullullah saw.
"Dan taatlah kamu kpd Allah dan Rasul, agar kamu mendapat rahmat." QS 3:132.
2. Dengan ketakwaan kpd Allah swt.
"....dan bertakwalah kpd Allah agar kamu mendapat rahmat." QS 49:10.

Anonymous said...

Ilmuan Islam yg diberi ganjaran duniawi, samada oleh kerajaan dlm bentuk gaji dan elaun, atau oleh organisasi tertentu, atau oleh org awam dlm bentuk sumbangan kewangan, tidak seharusnya disamakan dgn golongan golongan penjual dan pendusta agama dr klgn Yahudi / Nasara dan munafik yg disebut dlm Al Quran. Perbandingannya jauh sekali. Jauhilah berburuk sangka ;
"Wahai org org yg beriman, jauhilah kbnykn dr sangka sangkaan, kerana kbnykn dr sangka sangkaan itu adalah dosa, dan jgnlah kamu mencari cari salah, dan jgn mencela / mengumpat sebhgn kamu terhdp sebhgn yg lain. Adakah suka seorg dr kamu memkn daging saudaranya yg telah mati, tentu kamu tidak menyukainya. Dan takwalah kpd Allah, sesungguhnya Allah Maha Menerima taubat lg Maha Pengasih." QS 49:12.

Anonymous said...

Saya sedikit kagum dengan pembahas di atas yang dapat mendengar kata2 dari nabi tentang perkara masuk syurga. Daripada mana dan di mana tuan dapat berkata kata dengan jelas dengan Nabi?

Saya takde pulak nak menaruh syak wasangka dengan sesiapa. Hanya menerang dan menjelaskan apa yang berlaku di kalangan ulamak, mufti, agamawan hari ini. Cuba kamu fikirkan pulak tentang maksud ayat awal QS 49.1

Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu memandai-mandai (melakukan sesuatu perkara) sebelum (mendapat hukum atau kebenaran) Allah dan RasulNya; dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.

Allah Swt dah tegah jangan pandai2 dalam melaksanankan sesuatu hukum atau fatwa. Kenapa mereka yang berbayar gaji ni pandai2 buat hukum dan undang2 sendiri? Dengan alasan ijtihad. Adakah nabi juga mengamalkan ijtihad? Pernah dengar ijtihad nabi?
Allah Taala tegah jangan buat kitab lain, jangan potong ayat2 quran Dia untuk karang kitab sendiri, jangan jual amalan umrah Dia untuk jadi keuntungan dunia, jangan pakejkan amalan haji dia untuk dapatkan kemewahan, jangan ubah ibadat zakat Dia untuk jadi wang ringgit, Kenapa ramai ulamak yang cuba menunjukkan kepandaian yang lebih dari Allah SWT?

Kemudian di akhir bahagian surah QS 49.16 Allah tanya balik pada anda semua yang rasa makan gaji, ambik upah, meniaga umrah, jual kita itu tidak salah.

Katakanlah "Patutkah kamu hendak memberitahu kepada Allah tentang agama kamu (dengan berkata: ` kami telah beriman ')?
Padahal Allah mengetahui segala yang ada di langit dan yang ada di bumi, dan Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu".

Anonymous said...

Maaf tak tulis penuh jual kitab agama. salah satu perniagaan yang menguntungkan zaman sekarang.

Anonymous said...

Kalau Anonymous 9.10 a.m nak kenal jenis orang yang suka berburuk sangka dan suka cari salah orang ni mudah je. Bila kita bacakan Alquran dia tuduh la Wahabi, dia tuduhlah pengganas, dia labelkan segala macam tohmahan sedangkan dia tak pernah siasat dan nampak pun apa sebenar yang berlaku. Dia tak dapat buktikan yang kita ni memang ganas. Itulah tanda orang buruk sangka. Bila tak sefahaman dengan doktrin dia, dia buat tuduhan pusing cerita. Bila kita tanya soalan banyak tak dapat jawap.

Anonymous said...

Seorg muslim, mukmin yg bekerja sbg seorg guru, seorg jurutera, seorg doktor, seorg peniaga, atau pekerjaan lainnya, yg bekerja / berniaga / memberi khidmat yg dgn ikhlas melakukan apa yg dibuatnya, bgnya ganjaran di dunia dan di Akhirat. Tak perlu kita persoalkan ttg ikhlas tidaknya mrk. Begitu juga dgn ilmuan agama.

timbakonkrit said...

Ittaqullah
Bertaqwalah kepada Allah...


Allahu... bantulah kami..
satukan hati hati kami di jalan Mu yang HAQ...
Kami yang faqir lagi hina ini saling terleka dan lalai..
Bantulah kami ya ALLAH...
Bantulah kami ya ALLAH...

Sayangi kami ya ALLAH...
Satukan kami seperti mana Kau telah satukan kaum Muhajirin dan Ansar...
Semaikan kami dengan kasih sayang...

Pinjamkan kami ibu dakwah (Kasih sayang) kepada kami..

bantulah kami dalam mencari yang HAQ..
jauhi kami dari perkara yang BATIL..

Anonymous said...

Amiin !

Anonymous said...

Dalam dunia ada banyak jenis pekerjaan yang membolehkan manusia menjana pendapatan. Tapi bukan semua pekerjaan itu halal. Pelacur pun ikhlas jugak memuaskan nafsu customer dia asalkan dia dibayar gaji. Namun adakah dikira keikhlasan servisnya di sisi Allah? Di satu sudut lain dosa zina Allah Taala mengampuni. Namun dosa menyesatkan orang ramai dengan ajaran2 kitab selain Alquran Allah Taala benci. Walaupun hati tu ikhlas nak mengajar agama nak sampaikan ilmu. Kemudian di akhirat pulak dosa sesama manusia Allah Taala tak mengampuni, berapa banyak umat manusia yang disesatkan dengan ajaran2 kitab oleh guru2 agama yang taktau apa yang dia ajar itu salah? Di akhirat takde jalan untuk pesalah berpatah balik untuk membaiki kesalahan dia masa di dunia. Dia akan salahkan guru2 dan ustaz yang pernah ajar dia agama kat dunia dulu. Pasal dia ingat dan agak2 apa yang ustaz ajar tu benar. Namun dia silap bila banyak amal ibadah dia tak diterima Allah sebab banyak mengikut kitab kitab, mengikut orang, mengikut ibubapa dan bukan berpandu Alquran sebenar.

Kita tak perlu persoalkan rezeki orang. Yang kita persoalkan tentang soaljawap hari pembalasan macamana yang Allah sebut dalam Alquran.

Boleh tak masuk kubur nanti jawap dengan Munkar Nankir, Apa pedomanmu?
Alquran, Riyadus Solihin, Siratus Salikin, Kitab imam Al Ghazali, As syafie.
Cubalah bagi jawapan banyak2 macam saya tulis tu. Tengok apa jadi.

Ashari said...

Bila kita mengaku sbg AhlusSunnah, mk hendaklah kita amalkan sunnah sunnah Nabi saw. Antara sunnah Nabi saw yg utama adalah solat fardhu berjamaah. Jika kita belum lg melaksanakannya, sama samalah kita mulakan langkah mencontohi sunnah Nabi saw yg utama ini.

Anonymous said...

Dalam ajaran Islam 5 soalan kubur tu adalah soalan2 basic yang semua orang tahu akan ditanya bila masuk kubur. Bermula dari kecil diajar 5 rukun Islam dan 5 waktu sembahyang harian. Tak kisahlah sembahyang berjemaah atau berseorangan.
Kalau seseorang tu berjaya sembahyang jemaah dari kecil sampai tua sekalipun tak pernah tinggal, tapi bila masuk kubur gagal jawap satu soalan kubur Apa Pedomanmu? Segala amalan menjadi sia sia. Inilah maksud jelas apa yang Allah cakap

kamu pula telah memperkatakan (perkara yang salah dan dusta) sebagaimana mereka memperkatakannya. Mereka yang demikian, rosak binasalah amal-amalnya (yang baik) di dunia dan di akhirat, dan merekalah orang-orang yang rugi.

Bila dah masuk kubur masih jawap soalan salah, memperkatakan yang dusta depan Malaikat, itu yang buat amal binasa, zero, semua ditolak. Pasal menipu, cakap pedoman Alquran sekali Raqib Atid catat macam2 kitab agama dia pernah belajar dan baca.
Bila ditanya ma imamuka?
Syafie, Hambali, Hanafi, ghazali, wahabun dan beratus imam dia semua ikut.

Masih menunggu satu jawapan terang dan jelas dari mana mana ustaz ulamak samada Manhaj Wahabi ataupun Ahlus Sunnah tentang perkara ni. Soalan asas je pun takkan sorang pun tak boleh jawap. Tulis kitab boleh panjang2, berjilid2, Alquran sebuah pun boleh hafal. Orang awam kalau nak belajar agama kita mesti boleh tanya daripada ustaz2 yang bertauliah ni, kalau mereka sendiri taktau jawapan macamana mereka boleh dan layak jadi guru?

IBU TUTI TKI SINGAPUR said...

SAYA SEKELUARGA INGIN MENGUCAPKAN BANYAK TERIMAH KASIH KEPADA AKI NAWE BERKAT BANTUANNNYA SEMUA HUTANG HUTANG SAYA SUDAH PADA LUNAS SEMUA BAHKAN SEKARAN SAYA SUDAH BISA BUKA TOKO SENDIRI,ITU SEMUA ATAS BANTUAN AKI YG TELAH MEMBERIKAN ANKA JITUNYA KEPADA SAYA DAN ALHAMDULILLAH ITU BENER2 TERBUKTI TEMBUS..BAGI ANDA YG INGIN SEPERTI SAYA DAN YANG SANGAT MEMERLUKAN ANGKA RITUAL 2D 3D 4D YANG DIJAMIN 100% TEMBUS SILAHKAN HUBUNGI AKI NAWE DI 085-218-379-259

Unknown said...

saya ibu irma seorang TKI DI SINGAPURA
pengen pulang ke indo tapi gak ada ongkos
sempat saya putus asah apalagi dengan keadaan susah
gaji suami itupun buat makan sedangkan hutang banyak
kebetulan saya buka-bukan internet mendapatkan
nomor MBAH SERO katanya bisa bantu orang melunasi hutang
melalui jalan TOGEL dengan keadaan susah terpaksa saya
hubungi dan minta angka bocoran SINGAPURA
angka yang di berikan 4D yaitu 6377 TGL 01-09-2016
ternyata betul-betul tembus 100% alhamdulillah dapat 250.juta
bagi saudarah-saudara di indo mau di luar negri
apabila punya masalah hutang sudah lama belum lunas
jangan putus asah beliau bisa membantu meringankan masalah
ini nomor hp -> (-082-370-357-999-) MBAH SERO
demikian kisah nyata dari saya tampah rekayasa
atau silahkan buktikan sendiri..

Unknown said...

saya ibu irma seorang TKI DI SINGAPURA
pengen pulang ke indo tapi gak ada ongkos
sempat saya putus asah apalagi dengan keadaan susah
gaji suami itupun buat makan sedangkan hutang banyak
kebetulan saya buka-bukan internet mendapatkan
nomor MBAH SERO katanya bisa bantu orang melunasi hutang
melalui jalan TOGEL dengan keadaan susah terpaksa saya
hubungi dan minta angka bocoran SINGAPURA
angka yang di berikan 4D yaitu 6377 TGL 01-09-2016
ternyata betul-betul tembus 100% alhamdulillah dapat 250.juta
bagi saudarah-saudara di indo mau di luar negri
apabila punya masalah hutang sudah lama belum lunas
jangan putus asah beliau bisa membantu meringankan masalah
ini nomor hp -> (-082-370-357-999-) MBAH SERO
demikian kisah nyata dari saya tampah rekayasa
atau silahkan buktikan sendiri..

Indriaty Manirjo said...

Aku indriaty manirjo, saya ingin bersaksi pekerjaan yang baik dari Allah dalam hidup saya kepada orang-orang saya yang mencari untuk pinjaman di Asia dan bagian lain dari kata, karena ekonomi yang buruk di beberapa negara. Apakah mereka orang yang mencari pinjaman di antara kamu? Maka Anda harus sangat berhati-hati karena banyak perusahaan pinjaman penipuan di sini di internet, tetapi mereka masih asli sekali di perusahaan pinjaman palsu. Saya telah menjadi korban dari suatu 6-kredit pemberi pinjaman penipuan, saya kehilangan begitu banyak uang karena saya mencari pinjaman dari perusahaan mereka. Aku hampir mati dalam proses karena saya ditangkap oleh orang-orang dari utang saya sendiri, sebelum aku rilis dari penjara dan teman yang saya saya menjelaskan situasi saya kemudian memperkenalkan saya ke perusahaan pinjaman reliabl yang MAGRETSPENCERLOANCOMPANY. Saya mendapat pinjaman saya Rp850,000,000 dari MAGRETSPENCERLOANCOMPANY sangat mudah dalam 24 jam yang saya diterapkan, Jadi saya memutuskan untuk berbagi pekerjaan yang baik dari Allah melalui MAGRETSPENCERLOANCOMPANY dalam kehidupan keluarga saya. Saya meminta nasihat Anda jika Anda membutuhkan pinjaman Anda lebih baik kontak MAGRETSPENCERLOANCOMPANY. menghubungi mereka melalui email:. (magretspencerloancompany@gmail.com)
Anda juga dapat menghubungi saya melalui email saya di (indriatymanirjo010@gmail.com) jika Anda merasa sulit atau ingin prosedur untuk memperoleh pinjaman.

NURUL YUDIANTO said...

Hari yang baik untuk semua warga negara Indonesia, nama saya Nurul Yudianto, tolong, saya ingin berbagi kesaksian hidup saya yang sebenarnya di sini di platform ini sehingga semua warga negara Indonesia berhati-hati dengan pemberi pinjaman pinjaman di internet

Setelah beberapa waktu berusaha mendapatkan pinjaman dari lembaga keuangan, dan terus ditolak, saya memutuskan untuk mengajukan pinjaman secara online tetapi saya curang dan kehilangan Rp18,7 juta, kepada seorang wanita di saudi arabia dan Nigeria.

Saya menjadi sangat putus asa dalam mendapatkan pinjaman, jadi saya berdiskusi dengan teman saya Nyonya Rika Nadia (rikanadia6@gmail.com) yang kemudian memperkenalkan saya kepada Lady Esther, manajer Cabang dari Access Loan Firm, sehingga teman saya meminta saya untuk mendaftar dari LADY ESTHER, jadi saya Menjerit dituangkan dan dihubungi LADY ESTHER. melalui email: (estherpatrick83@gmail.com)

Saya mengajukan pinjaman sebesar Rp250 juta dengan suku bunga 2%, sehingga pinjaman disetujui dengan mudah tanpa tekanan dan semua persiapan dilakukan dengan transfer kredit, karena tidak memerlukan jaminan dan jaminan untuk pengalihan pinjaman, saya diberitahu untuk mendapatkan sertifikat perjanjian lisensi untuk mentransfer kredit saya dan dalam waktu kurang dari satu setengah jam uang pinjaman telah dimasukkan ke dalam rekening bank saya.

Saya pikir itu adalah lelucon sampai saya menerima panggilan dari bank saya bahwa akun saya telah dikreditkan dengan jumlah Rp250 juta. Saya sangat senang bahwa akhirnya Tuhan telah menjawab doa-doa saya dengan buku pinjaman dengan pinjaman asli saya, yang telah memberi saya keinginan hati saya.

Semoga Tuhan memberkati LADY ESTHER untuk mewujudkan kehidupan yang adil bagi saya, jadi saya menyarankan siapa pun yang tertarik untuk mendapatkan pinjaman untuk menghubungi Mrs. LADY ESTHER melalui email: (estherpatrick83@gmail.com) atas pinjaman Anda

Akhirnya saya ingin berterima kasih kepada Anda semua karena meluangkan waktu untuk membaca kesaksian hidup saya yang sebenarnya tentang kesuksesan saya dan saya berdoa kepada Tuhan untuk melakukan kehendak-Nya dalam hidup Anda. Anda dapat menghubungi saya untuk informasi lebih lanjut melalui email saya: (nurulyudianto2@gmail.com) Salam

 Alhamdulillah syukur di atas pembukaan Kapal Dive Lodge dibawah selian Ustaz Muhamad bin Abdullah atau lebih dikenali sebagai Ustaz Amin ...