Thursday, May 10, 2012

Sekilas 47 – “Melayu Bersatu..? Bolehkah..? Bagaimana?”

1. Saya rasa, ramai di antara kita yang terhiris melihat keadaan umat Islam yang agak parah berpecah mutakhir ini khususnya di Malaysia.

2. Tidak sedikit yang mengidamkan agar Umno dan Pas bersatu demi kepentingan umat Islam.

3. Tidak sedikit yang mengusahakan tetapi gagal dan disalah anggap

4. Tidak sedikit yang membenci langsung di atas nama parti dan berpatah arang tekad tidak akan berbaik.

5. Ada yan menulis “macam mana nak bersatu sedangkan dasar berbeza…” “Kita tak akan boleh bersatu..”

6. Ye ke tidak boleh?

7. Saya meneliti puluhan isu yang dibangkitkan di antara Pas dan Umno.

8. Tetapi setakat ini tidak banyak tulisan yang menceritakan tentang kaedah dan bagaimana ia boleh disatukan.

9. Saya cuba untuk menulis perkara ini dan sebagai muqadimahnya, saya akan menulis dahulu dua isu besar.

i. Isu Asaabiyyah

ii. Isu Hudud

10. InsyaAllah pada tulisan di bawah tajuk “Sekilas” saya akan kupaskan dua isu di atas. selepas dua isu ini, saya akan cuba untuk menulis bab penting yang lain pula.  Semoga ia memberi kebaikkaan untuk kita semua.

“Sekilas Mengulas Peristiwa”

al-Faqir Ila Rabbihi

Muhamad bin Abdullah

Putra Heights

10 Mei 2012a jam 1.10 pagi.

6 comments:

Faizal Ismail said...

Moga Allah pelihara kita semua dari tipu daya yang boleh memecahbelahkan umat Islam .

Anonymous said...

Silakan ustaz.

Tulisan & ceramah2 ustaz ttg rumahtangga sangat membantu, kali ni nak dengar dari ustaz ttg rumahtangga UMNO & PAS, camne nak selesaikan (mustahil dpt 100%, we're human being), paling tidak pun ade keharmonian.

Allah paling atas, then Rasul. KeranaNya & Rasulaullah saw.

Anonymous said...

Melayu Mana boleh bersatu, selagi melayu itu tidak beriman dan bertakwah. Selagi peragai melayu itu pernipu, tiada amanah ..... apa yang dikata adalah ritorik semata...
HENTIKAN PEMINPIN2 MUNAFIK INI....melayu insya allah akan bersatu atas nama ALLAH DAN HUKUM NYA

The Black Jubah said...

Assalamualaikum,

Saya antara yang mengidam agar PAS dan UMNO bersatu dan memerintah dengan bijaksana, adil dan penuh taqwa.....InsyaAllah

Anonymous said...

Salam..smua org berckp benda yg sama n syg sgt kpd melayu...spatutnya kita kena syg lbh pd agama Islam...politik n agama mesti bersama Insyallah smuanya bole bersatu...knp ramai alim ulamak lbh cenderung kpd PAS berbanding UMNO? Adakah mereka ini gilakn pangkat or kuasa? Fikir2kanlah...

Anonymous said...

Penyelesaian kepada masalah perpecahan Melayu: Islam. 1Malaysia - 1Melayu - 1Parti - 1Bendera

 Alhamdulillah syukur di atas pembukaan Kapal Dive Lodge dibawah selian Ustaz Muhamad bin Abdullah atau lebih dikenali sebagai Ustaz Amin ...