9 Mei 2012, ini adalah mesyuarat pertama di rumah baru Darul Ukhwah Yayasan al-Ijabah di Puchong.
Ketika saya di Mekah, seorang lagi penghuni telah meninggal. Apa yang menyedihkan tidak ada satu masjid atau surau pun di sekitar sini yang mahu menerima jenazah untuk dimandikan.
Mujurlah Darul Ukhwah mengenali seorang ustaz yang biasa dengan kes-kes HIV. Walaupun terpaksa dibawa jauh ke rawang, tapi jenazah dapat disempurnakan dengan baik.
Inilah di antara cabaran mengendalikan rumah HIV.
Bersama sahabat-sahabat yang bersama menjaga HIV muslim.
“Kami usaha yang termampu, baki kami serahkan padamu ilahi…”
“al-Ijabah Bersatu Kita Beramal”
al-Faqir Ila Rabbihi
Muhamad bin Abdullah
Putra Heights
10 Mei 2012 jam 1.00 pagi
4 comments:
Tak boleh salahkan sepenuhnya pihak2 yg x nak uruskan jenazah tu, sbb mungkin mereka tak de ilmu & pengalaman, berlapang dada.
Usaha & pengorbanan ustaz dll yg terlibat sngat inggi, kami ingin juga jadi burung yg dikatakan bawa air utk padamkan api utk bakar Nabi Ibrahim, dgn menyumbang ke akaun ustaz.
Tkasih ustaz sbb beri kami peluang, melalui blog yg sngat berfaedah ni.
Semuga semuanya dapat ridha Allah.
Assalam ustaz,
semuga dalam kasih sayang Allah di samping keluarga tersayang.
insya Allah akan cuba banti semampu mungkin.
Assalamualaikum,
Pengurusan jenazah seperti kes HIV bolih diberi pengajaran dari para ahli perubatan,tetapi majlis ugama selalu ada memberi kursus.Harap dapat dikursuskan supaya tidak mendatangkan ketakutan dan phobia ketika pengurusan jenazah
Assalamualaikum ustaz..
ada kekosongan untuk kerja kosong tak..? saya sebenarnya sangat berminat untuk bekerja dengan golongan seperti ini..
Post a Comment