Monday, May 21, 2012

Sekilas 49 – “Bagaimana Ingin Menjalankan Hudud Di Malaysia?..”

1. Di Malaysia, agama Islam diletakkan di bawah kuasa negeri. Sebab itu undang-undang di Mahkamah Syariah digubal melalui negeri melainkan Negeri yang tiada Sultan iaitu  Wilayah Persekutuan, Pulau Pinang dan Melaka. Ia diletakkan bawah kuasa Agong  maka Parlimen yang akan gubal.

2. Undang-undang di Mahkamah Syariah tidak mempunyai bidang kuasa pada orang bukan Islam.

3. Jika orang Islam berkhalwat dengan orang bukan Islam, kalau ditangkap, yang akan dibicarakan di Mahkamah Syariah adalah orang Islam.

4. Oleh itu, orang bukan Islam tidak perlu takut pada Mahkamah Syariah. Ia tidak ada kena mengena dengan mereka.

5. Kalau mereka tolak hukuman mahkamah syariah sebenarnya, ia mainan politik mereka yang memang tidak mahu melihat Islam terdaulat di negara tercinta ini.

6. Di Malaysia juga, bidang kuasa yang diberikan kepada Mahkamah Syariah sangat kecil iaitu 365 (3 tahun penjara, 6 kali sebatan dan 5 ribu denda). Mahkamah Syariah tidak boleh menjatuhkan hukum lebih dari itu kerana itu sahaja bidang kuasa maksimanya.

7. Untuk menjalankan hukum hudud di Malaysia, maka perlu dicadangkan kepada Parlimen agar meluaskan bidang kuasa Mahkamah Syariah.

8. Ia boleh dimulakan dulu dengan meluaskan sebatan sehingga 100 (sekarang maksima hanyalah 6 sebatan). Ketika cadangan, tidak perlu pun kata “kita nak jalankan hudud”, kita cuma cadangkan meluaskan bidang kuasa Mahkamah Syariah.

9. Kena wujudkan dua bahagian kajian, pertama kaedah sebatan kerana sebatan syariah tidak sama dengan dengan sebatan civil dan keduanya tempat sebatan kerana hukuman sebat perlu dibuat di hadapan ramai untuk iktibar.

10. Kala ini, parti yang paling sesuai untuk mencadangkan di Parlimen adalah parti UMNO kerana UMNO parti yang memerintah. Dan ketika mencadangkan, parti Melayu Islam lain seperti PAS kena menyokong. Jangan politikkan isu ini dan jangan buat komen popular untuk itu. Yang penting, langkah pertama meluaskan bidang mahkamah syariah telah dibuat.

11. Parti komponen Barisan Nasional mungkin ada yang tidak setuju. Ini cabarannya bagi UMNO untuk bertegas dan yakinkan mereka.

12. Bagi PAS, sudah tentu kompenan lain dalam Pakatan ada yang tidak setuju, tapi itu juga cabaran untuk bertegas dan yakinkan mereka.

13. Kena ada keyakinan dan ketegasan, kalau asyik nak tunggu semua orang kafir setuju, maka hak Allah hanyalah sebagai mainan politik sahaja.

14. Selepas hukuman 100 dapat diluluskan, kemudian, luaskan pada yang lain pula.

15. Modus operandinya  ialah parti-parti Melayu Islam perlu bermuzakarah, kepentingan Islam perlu diutamakan. Cari persetujuan untuk kepentingan Islam dan Umatnya.

16. Biar orang lihat kita macam bergaduh tetapi kepentingan Islam satu persatu dapat di ketengahkan. Yang malangnya, satu persatu kepentingan Islam gugur dan hilang hasil pergaduhan ini.

17. Keduanya, kita kena selalu ingat, ketika penjajah keluar dari negara kita, dia bukan tetaskan UMNO, bukan tetaskan PAS seperti dakwaan orang-orang politik, sebenarnya mereka menetaskan sistem politik yang akan menjadikan kita berpecah dan tidak kuat.

18. Kita telah berada di dalam sejarah itu, tidak mungkin kita dapat kembali ke masa lampau, Cuma satu yang perlu kita ingat kembali, POLITIK HANYALAH ALAT BUKAN MATLAMAT, MATLAMAT KITA ADALAH ISLAM TERDAULAT DAN MENJADI CARA HIDUP.

19. Sebab itu, ambillah kepentingan Islam lebih atas dari segalanya. Inilah yang dijaga oleh datuk nenek kita terdahulu sehingga penjajah tidak dapat mengkafirkan anak Melayu selama 400 tahun mereka berada di sini.

20. Jika kita terlupa dengan perkara ini, maka orang kafir, penjajah dan siapa sahaja yang anti Islam tersenyum luas melihat sikap kita saling tak tumpah seperti mereka, akhlak kita lebih teruk dari akhlak mereka dan semakin lama, Islam semakin hilang dari dasar perjuangan dan sendi tanah air.

21. Mungkin kita tidak dapat melihat perkara ini berlaku sekarang, tetapi semoga generasi anak-anak muda yang lebih ikhlas akan memperjuangkannya nanti. Semoga Allah terus memelihara Islam dan Umat Islam di negara ini, amin..

“Sekilas Mengulas Peristiwa”’

Al-Faqir Ila Rabbihi

Muhamad bin Abdullah

Putra Heights

21 Mei 2012 jam 8.15 pagi

10 comments:

Fatimah said...

Setuju 100% ...UMNO usul, PAS sokong... baru boleh sepakat & Islam yang sebenar-benarnya dpt dimertabatkan...Bukan soal bangsa sahaja...tp soal akidah...Islam bukan pd Melayu saja..dlm Islam ada Cina ada India, ada pelbagai bangsa....jangan politik kan soal bangsa...Tq Ustaz.

The Black Jubah said...

Suka dan setuju sangat dengan cadangan Ustaz. Marilah kita semua berdoa agar pandangan ini dapat diketengahkan...munkin Ustaz dan Ustaz-Ustaz lain boleh buat usul atau memorandum kepada UMNO dan PAS?

Hidup Islam dibumi tercinta ini...takdelah kes buang bayi iahi InsyaAllah....sedih sangat....

Anonymous said...

Ape lagi ULAMAK MUDA UMNO, sahut lah saranan ustaz Amin ni.

Ambe teringat di perhimpunan UMNO beberapa thn lalu, Ustaz yg skrg ajar Syariah kat TV Hijrah (us Bad..-lupa nama penuh), dia sarankan agar prog2 tv, dll (yg UMNO sbg pemerintah & pemegang kuasa), ikut Islam, berperingkat2 .. dgn pelakun2, pengacaranya dll tutup aurat, paling tak pun tutup dada, tapi hasilnya?

Makin bnyak le filem2/drama yg dedah aurat. Pengacara2 wanita bila jemput ustaz2 pun selamba aje tak tutup aurat (melainkan 'semanis kurma'). Paling tidak pun , hormat lah kepada tetamu & penuntun2.

Mereka kata, kejap buka, kejap pakai, tak nak hipokret. Betul2 ikhlas baru nak pakai. Ikhlas tak ikhlas tu awak punya pasal le, masaalahnya, tak hormat tetamu, & tak sensitif pada perasaan org lain yg cuba elak zina mata.

Ustaz2 , beritau le mereka2 ni, esp Penerbit2 tv , & yg penting PM & Menteri Kesenian & Penerangan.
Arwah Dato Mohd Rahmat dulu masa jadi menteri Penerangan,kira ok juga buat syarat2 . Sesuatu yg baik bole dikenang jasa arwah sampai bila2.

Ni sapa pulak yg akan dikenang jasanya esp bila dah jadi arwah, hingga UMNO sanggup terima hudud.

Rebut peluang ni, rebut peluang ni. Kita pun tolong doakan.

Anonymous said...

Teringat TGNA pernah cakap, klu UMNO sedia teriama HUHUD, PAS pakat2 bubar & sokong (Lebih kurang gitu le yg aku pernah baca).

Nabi saw tak jemu2 berdakwah, tapi pi tiba perang , Nabi berperang wlu ada antaranya anak lawan bapa & sebaliknya.

Isu di Msia ni pulak, 'perang' tu bole le ibaratkan Pilihanraya. Pas melawan UMNO sbb bnyak yg lari dari Islam.
Lepas tu, mungkin ade yg sedar & nak join sama2 mertabatkan Islam (spr Khalid & AMru dizmn Nabi saw),maka ahli2 UMNO yg nak join PAS sedia terima. Cuma beza dgn para sahabat tu, yg join PAS mungkin ade udang sebalik batu, tu hanya Allah yg tau & balas, mcm Ibrahim Ali dll.

Yg penting, pengundi2 semua, mestilah ada niat utk Islam, amalkan ajaran Islam, tiba PR nanti mohon pada Allah dgn solat istiharah . Klu kuat gerak hati utk UMNO, UMNO le, klu PAS , PAS lah, PKR, PKR le dll. Sesungguhnya Allah Maha Tahu.

M.A. said...

Betul..betul..ana sokong ustaz 100%. UMNO yg patutnya bawak hudud ni di parlimen sebab mereka paling berkuasa & paling banyak kerusi dalam parlimen...tapi awat geng2 umno lambat sangat nak buat...dah lebih 50 tahun memerintah.... ke depa takut dengan hudud sebab takut pimpinan mereka yg kena sabit dgn hukuman hudud ni dulu?

Anonymous said...

assalamualaikum ustaz..sokong sangat dengan cadangan ustaz..kalaulah hukum Allah yang adil ini dijalankan nescaya kita dpt mengurangkan semaksimum mungkin kadar jenayah ..malah mungkin malaysia akan sifat jenayah..tapi tula ustaz,macamana nk jalankan hudud sedangkan isteri sendiri membuka aurat..harap pemerintahkan mulakan sistem ini dirumah dan insYAALLAH hukum Islam akan terlaksana dengan kuasa yang maha ESA...dan dulu pun dah lama Pas cadangkan isu ini,namun apa yang terjadi??umno still membuntu..alangkah indahnya jika "mereka-mereka" itu menolak Ego masing-masing..d kelantan,golongan wanita yang tidak menutup aurat akan didenda oleh pihak dbkl atas arahan menteri besar.!Allahmdulillah satu langkah yang bijak untuk mengurangkan kadar kemaksiatan kepada ALLAH...buat apa kita hendak takut kepada golongan bukan Islam kerana hukuman ini bukan untuk mereka..dan sini pun bukan tanah asal mereka..kita takut pada ALLAH atau kpd manusia???semoga kita sama rakyat Malaysia umat islam dpt bersatu menegakkan agama ALLAH yang mulia ini..sekian ustaz..

Sofi said...

sokong !!

Anonymous said...

Sy sokong sgt2 cdngn ustaz tu tp rsnya bnda ni dah lama patut buat...d mna ulamak2 UMNO yg blaja agama shingga ke mesir,jordan n lain2 lg... D mna suara n cdgn kalian tntng hudud?? Btl la kata TGNA nak menegakkan hukum islam ni bkn senang n akn ambk ms yg lama...kita kna fikir skng utk generasi ank2 kita...snggpkah kita mlihat masalah sosial mnjd lbh teruk n parah lg...kbyykn ulamak UMNO hny fkr kpntgn peribadi n family shj bkn utk kbaikan ummah..sygnya kita ada ramai ulamak tp bkn umarak...sorry yeq ulamak UMNO hny pndpt n pndgn ambe yg khilaf...

Purple Dreamers said...

salam, ustaz..saya amik artikel ini utk attache kat blog saya sebagai perkongsian ilmu...boleh yer ustaz???

azhani said...

Begitulah indahnya Islam. Doa dan harapan saya agar Allah membuka mata hati pemimpin2 kita untuk melaksanakan hudud di masa depan. Semoga hidayahNya sampai kepada pemimpin2 islam yang masih menolak atau meragui pelaksanaan hudud. Allah maha mengetahui.