Thursday, May 10, 2012

Diari 353 – “Sukan Maahad Sains al-Quran al-Amin 2012..”

Rasullullah bersabda..

“Orang mukmin yang kuat lebih disukai oleh Allah dari mukmin yang lemah..”

Saya memetik hadis Nabi SAW ketika merasmikan majlis penutup sukan  Maahad Sains al-Quran al-Amin (MASAA), sekolah tahfiz dan akademik yang saya asaskan sejak 5 tahun lalu pada Selasa 8 Mei 2012 jam 5.00 petang.

Acara sukan ini juga melibatkan anak tadika “Little Mukmin al-Amin” pusat pendidikan awal kanak-kanak di bawah naungan yang sama. 

Dengan izin Allah, sekarang kita sedang merancang untuk menubuhkan Kolej Wakaf al-Amin.

Apa pun pohon didoakan kejayaannya...

IMG_2772

IMG_2773

IMG_2774

IMG_2775

Rumah-rumah sukan yang bertanding

IMG_2800

“Kita mahu pelajar tahfiz seorang yang punyai kecergasan dan bukannya hanya lembik dan tidak bermaya, riadhah salah satu acara ke arah itu..”

IMG_2822

penyampaian hadiah bagi pemenang

IMG_2836

johan keseluruhan, semoga menjadi bakal pemimpin akan datang yang sentiasa cergas memikirkan perihal agama, bangsa dan negara…

“Diari Merakam Sejarah Mencatat Sejarah”

al-Faqir Ila Rabbihi

Muhamad bin Abdullah

Putra Heights

10 Mei 2012 jam 12.50 tengah malam

3 comments:

Anonymous said...

Assalam ustaz,

semuga di rahmati Allah dan sehat sejahtera di samping keluarga.

Tolong war war kan nanti di blog ustaz bila ustaz nak derma bagi menubuhkan Kolej Wakaf al-Amin.

semuga di berkati dan di permudahkan Allah.

Anonymous said...

Semuga mereka2 yg menderma,wakaf, infak, sampaikan ilmu, sumbang tenaga dll ke jalan Allah diganti olehNya dgn sihat,wajah berseri2, bersih, ceria,ketenangan,sabar, miliki sifat2 mulia & terpuji, & sentiasa dipandu & dirahmati Allah.

Sbb kadang2 teringin juga miliki rumah, perhiasan, kenderaan mewah dll, juga beli produk2 kesihatan & kecantikan yg agak mahal, tapi diketepikan keinginan2 tu kerana ingin membantu yg lagi memerlukan.

Mak anak enam said...

semoga terus dipermudahkan dan diberkati Allah swt hendakNYA ..aminnn

 Alhamdulillah syukur di atas pembukaan Kapal Dive Lodge dibawah selian Ustaz Muhamad bin Abdullah atau lebih dikenali sebagai Ustaz Amin ...