Wednesday, November 25, 2009

Universiti Kehidupan 123 – Falsafah Ihram

Kita biasa melihat seorang ustaz berceramah, berforum, menyampaikan kuliah-kuliah agama di tv, dipentas dan sebagainya. Kadang-kala terpukau dan terbuka mulut melihat sang ustaz menyampaikan patah-patah hikmah yang disulamkan dengan potongan ayat-ayat al-Quran dan hadis.

Kita biasa melihat seorang Dato’ dengan kereta mewahnya, dengan muka yang selalu di herotkan ke bawah, memaparkan muka serius sang pengarah sebuah syarikat gergasi.

Dan kita juga biasa melihat seorang pengusaha restoran, penuh ramah melayan pelanggan, kadang kala, jualannya habis sebelum waktu kebiasaan, memandang rendah pesaing yang mungkin kurang pelanggan.

Keegoan masing-masing terdapat dipentas mereka.

Sang Ustaz, ketika menyapaikan kuliah-kuliahnya, sering memperlekehkan pandangan dari ustaz-ustaz lain, memandang rendah pada si jahil dan agak kasar di dalam menegur.

Sang Dato’ dengan kereta mewahnya, memandang dingin orang susah dan sering menghina orang lain untuk kelihatan mulia.

Sang penjual, sering mengentengkan resipi orang lain dan selalu memperbesarkan mengenai pengalamannya yang puluhan tahun memasak makanan.

Hari ini, sang ustaz, sang dato’ dan sang penjual masing-masing dipakaikan dengan pakaian ihram. Tidak ada lagi kopiah dan serban, tidak ada lagi kot dan tali leher, tidak ada lagi pakaian seragam dengan nama di dada kiri, catering sekian dan sekian.

Sekarang mereka semua adalah tetamu Allah, dengan pakaian ihram. Tidak ada kelebihan antara satu sama lain.

Tidak ada kelonggaran:-

“Oleh kerana kamu ustaz, kamu tawaf hanya tiga pusingan”

Tidak ada keistimewaan:-

“Oleh kerana kamu dato’, kamu saie hanya tiga kali sahaja.

Tidak ada diskaun:-

“Oleh kerana kamu tauke katering, maka kamu tak perlu wudhuk ketika tawaf”

Siapa pun mereka, mereka tetapi dikenakan rukun yang sama, syarat sah yang sama, bilangan yang sama.

Kena sakit kaki ketika tawaf, kena berhempet di hadapan hajar aswad, kena rempuh ketika saie.

Tidak ada keistimewaan pada mereka.

Semuanya sama.

Yang paling mulia ketika ini ialah yang paling bertaqwa. Di dalam al-Quran, Allah menyatakan bahawa :-

Sesungguhnya orang yang paling mulia diantara kamu disisi Allah ialah orang yang paling taqwa diantara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.

Surah al-Hujurat ayat 13

Inilah falafah ihram ketika haji, semua manusia adalah sama. Hari ini mereka beribadah dengan pakaian tidak berjahit, satu hari nanti, ketika dijemput untuk pulang kepada Allah juga, dengan memakai kafan yang tidak berjahit.

Tinggallah semua sombong, bongkak, pujian manusia yang berbakul, bangga diri yang tinggi. Yang bersama adalah amalan yang diusahakan.

Semoga, semua kita terus memperbaiki diri, agar dirahmati oleh Allah.

“Universiti Kehidupan, Pengajian Sepanjang Hayat”

Al-Fakir Ila Rabbihi

Muhamad bin Abdullah

Sa’ab Ali, Mekah al-Mukarramah

22 November 09 jam 9.00 pagi

Ihram, mengajar kita erti merendah hati sesama manusia

Universiti Kehidupan 122 – Falsafah Sujud Di Hadapan Kaabah

Hari ini, 20 November 09, jam 4.30 petang. Saya melangkah masuk ke dalam masjid al-Haram. Lagi sejam akan masuk waktu Maghrib.

Masjid telah dipenuhi dengan manusia yang datang untuk bersembahyang. Untung kerana, badan saya masih masih boleh menyelit, melalui celah-celah ribuan manusia.

Akhirnya, saya dapat duduk betul-betul di hadapan kaabah. Tetapi, ruang yang ada begitu sempit.

Dalam setengah jam di sini, saya melihat gelagat kawasan masjid al-Haram. Saya melihat gelagat petugas masjid yang menjaga jemaah dan ada sesetengah yang dihalau ke belakang. Ketika ini, beberapa jenazah sedang dibawa masuk ke dalam masjid untuk disolatkan.

Tidak lama selepas itu, azan berkumandang.

Dengan kesesakan jemaah, saya menunaikan solat sunat. Ketika sujud, baru saya perasan, tidak sampai beberapa inci dari dahi saya terdapat setompok tahi burung.

Dihadapan saya pula, seorang yang memakai stokin yang berbau di samping kasutnya yang lusuh, betul-betul menyentuh hujung kepala saya.

Inilah falsafah sujud. Kita disuruh menundukkan diri dan kita tidak akan pernah merasa terhina merendahkan kepala kita kepada Allah.

Hari ini, ramai orang yang merasa hina dihadapan manusia. Akhirnya, merasa hina di hadapan manusia menambahkan lagi kehinaan di sisi Allah dan manusia.

Kita hanya disuruh merasa hina di hadapan Allah.

Di dalam al-Quran Allah menyatakan bahawa, kemuliaan adalah apa yang ada pada Allah :-

Barangsiapa yang menghendaki kemuliaan, maka bagi Allah-lah kemuli-aan itu semuanya. Kepada-Nyalah naik perkataan-perkataan yang baik dan amal yang saleh dinaikkan-Nya. Dan orang-orang yang merencanakan kejahatan bagi mereka azab yang keras. Dan rencana ja- hat mereka akan hancur

Surah al-Fatir ayat 10

Kita tidak terhina dengan keadaan sekeliling. Yang menjadikan kita hina adalah apabila Allah menghina kita dan yang menjadikan kita mulia adalah ketika Allah memuliakan kita.

Sujud di celah-celah kaki orang ramai, dicelah-celah tahi merpati Mekah, merendahkan hati kita bahawa, tanpa Iman, manusia itu akan sentiasa hina.

Dan sesungguhnya, dengan iman, seorang itu pasti akan mulia sekalipun keadaan sekeliling mahu menghinakannya.

“Universiti Kehidupan, Pengajian Sepanjang Hayat”

Al-fakir Ila Rabbihi

Muhamad bin Abdullah

Sa’ib Ali, Mekah al-Mukarramah

Tahi Merpati Masjid al-Haram

Bersama stokin yang berbau dan kasut yang lusuh

Diari 129 – Catatan Jeddah – Mekah al-Mukarramah

Kami bertolak dari hotel Golden Tulip Amman Jordan jam 6.30 petang.

Penerbangan yang sepatutnya dijadualkan jam 9.00 malam telah tertangguh jam 9.30 malam. Tidak ada apa yang menarik di lapang terbang Queen Alia Amman Jordan ini melainkan hanya membaca dan menulis.

Penerbangan kami RJ 700, dan kami keluar ke kapal terbang melalui pintu G5

Bersama di dalam kapal terbang kala ini ialah penumpang dari Bosnia dan Austria. Kami saling menyapa antara satu sama lain. Ada di antara mereka juga sibuk menukar pakaian dari pakaian biasa ke pakaian ihram.

Sepanjang perjalanan, orang-orang Turki bertalbiah.

Perjalanan dari Amman ke Jeddah akan mengambil masa selama 1 jam 55 minit.

Kapal Royal Jordanian A310-300 meninggalkan lapangan terbang Queen Alia Airport jam 9.30 malam.

Kami sampai ke Jeddah jam 11.30 malam. Waktu Saudi ialah 12.30 malam.

Di Jeddah tidak sesejuk di Jordan. Cuaca di Jeddah ketika ini seperti di Malaysia. Bezanya, cuaca di sini kering dan kita jarang berpeluh. Di Malaysia, cuaca kita basah dan sebab itu kita sering berpeluh.

Kami dijemput oleh bas untuk dibawa ke terminal haji. Semua penumpang turun dari bas dan masuk ke dalam satu dewan.

Di sini, agak lama menunggu, ada penumpang yang melabuhkan badan, tidur di atas simen dewan ini.

Tandas yang ada di tempat ini pula hanya ada 4 buah. Bayangkan, dengan ratusan penumpang, sudah tentu agak sesak dan tersumbat dengan air kumbahan yang keluar membanjiri kawasan lantai.

Dalam sejam di kawasan ini, pintu dibuka. Semua penumpang beratur di satu kawasan pula. Dalam setengah jam di kawasan ini, kami semua di panggil turun dan barulah beratur di kaunter imigresen.

“Ok, penumpang dari Royal Jordan sahaja, sila turun ke bawah” kata pegawai yang bertugas di dalam bahasa Arab.

Setiap seorang diperiksa passport. Secara peribadi, orang Malaysia juga yang tertib. Ini kerana, orang luar masing-masing memotong barisan dan tergesa-gesa.

Selepas itu barulah dibenarkan keluar untuk mengambil beg. Sebelum masuk ke dalam ruangan mengambil beg, passport kami sekali lagi di periksa.

Saya bertanya di dalam hati:-

“Kenapa nak periksa lagi”

Rupanya, ada sesetengah ketika, pegawai yang memasukkan beberapa maklumat passport ke dalam computer terlupa untuk memberi cop kemasukan. Maklumklah, ribuan jemaah setiap hari yang perlu diuruskan. Kadang-kala, ia terdedah dengan kesilapan manusia.

Selepas itu kami mengambil beg.

Ada dua perkara yang penting ketika ingin mengambil beg ini.

Pertama, beg jemaah semuanya tidak ada lagi di atas mesin, tetapi telah diturunkan. Jadi, kadang kala beg kita sukar ditemui kerana berada di atas timbunan beg-beg lain.

Yang kedua, beg kita terdedah untuk diambil oleh orang lain secara tak sengaja. Kadang-kala kita fikir mungkin mustahil. Tapi, kita boleh bayangkan bagaimana orang-orang tua dari Negara-negara Arab yang mata pun, nampak tak nampak. Jadi, kadang kala, dia mengambil beg yang agak serupa dengan begnya.

Selepas mengambil beg, sekali lagi beratur untuk memasukkan beg ke dalam mesin pengimbas.

Selepas itu, sekali lagi passport di periksa dan kali ini diberikan pelekat pengesahan. Barulah kami dibenarkan keluar meninggalkan terminal dalam.

Di Terminal luar.

Sejurus selepas keluar, kami ke sebuah kaunter untuk tujuan pengurusan muassasah agar diiktiraf sebagai jemaah haji.

Di sini kami menyerahkan bank draf untuk urusan bas dan khemah di Arafah nanti.

Beg kami diangkut dengan sebuah troli yang dibawa dengan sebuah jentera penarik.

Perkara yang perlu diperhatikan lagi ialah, beg dibawa dengan ditimbunkan di atas troli besar yang ditarik oleh kereta kecil. Jadi, terdapat kemungkinan beg yang diletakkan di troli ini akan terjatuh tanpa disedari oleh orang yang membawa kereta kecil ini.

Jadi, seseorang mesti mengikuti dari belakang kereta pengangkut beg ini.

Selepas beg diletakkan di satu tempat, kami menunggu bas untuk membawa kami ke Mekah.

Di terminal luar ini, saya melihat petugas-petugas Tabung Haji sedang tidur di kerusi keletihan.

Azan subuh jam 5.15 pagi. Kami semua bersolat di surau yang berada ditengah-tengah ruangan terminal luar.

Sejam selepas subuh, bas kami sampai dan kami semua bertolak ke Mekah. Passport kami semuanya dikumpulkan dan diserahkan kepada seorang petugas berbangsa Arab.

10.30 pagi, kami telah sampai di tempat tinggal kami di Sya’ab Ali, tidak jauh dari Masjid al-Haram, cuma perlu menaiki bukit sikit.

Hari ini, Jumaat 20 November 09, kawasan Masjid al-Haram telah dipenuhi dengan manusia yang datang dari pelbagai Negara.

Kami semua dipersilakan untuk makan dahulu sebelum ke Masjid.

Alhamdulillah, segala perjalanan ke Mekah ini telah dipermudahkan Allah. Semoga ia terus dipermudahkan, amin…

“Diari, Merakam Sejarah Mencatat Kenangan”

Al-fakir Ila Rabbihi

Muhamad bin Abdullah

Sya’ab Ali Mekah al-Mukarramah

20 November 09 jam 3.00 petang

Penerbangan dari Jordan ke Jeddah ini bersama dengan orang dari Austria dan Bosnia

Masing-masing teruja mengambil gambar sesama sendiri

Di bahagian luar Terminal Haji

Orang ini, walaupun tanpa kaki, tetap berusaha menunaikan rukun Islam ke lima ini

bersama dengan jemaah menunggu bas ke Mekah al-Mukarramah

Surau di Terminal Haji

Pemandangan dari tempat kediaman kami

Menjamu selera sebelum ke masjid

Friday, November 20, 2009

Jawapan Bagi Persoalan 82

Alhamdulillah, dapat kita berkongsi jawapan

Jopun Apakah tanda2 sesorg 2 dah x dpt hidayah Allah? dan Adakah selagi sesorg 2 m'gerjakn perintah Allah, dia masih lg dlm b'iman pd Allah? 2009-11-15 3:01 PM

Solat itu tanda masih lagi ada hubungan dengan Allah, tanda seseorang tak dapat hidayah ialah tak dapat beza benar dan salah

Jopun Boleh ke sy wakilkn kakak sy utk bayar zakat di kg & adakah kakak sy 2 leh dianggap amil 2009-11-15 2:57 PM

Boleh..

Jopun Masa tengah doa di sujud akhir. tiba2 sy rasa ketakutan teramat sgt hingga x sempat abiskn doa 2 & terus tahiyat. Nape ye ustaz, byk sgt dosa ke 2009-11-15 2:54 PM

Sembahyang dalam gelap tak? Tiba-tiba panik.

Ceby Ustaz, ibu sy suka m'umpat. Kdg2 tpaksa dengar sbb nak temankn ibu yg dah tua. sering ingatkn ibu tp kalau byk kali ibu akan merajuk / kecik hati 2009-11-15 2:50 PM

Terus ingatkan kerana kita menegur bukan untuk ubah seseorang itu, kita menegur kerana Allah suruh tegur orang salah

T-mee Dulu byk tinggal solat dgn sengaja & kini btaubat & usaha qadha. Akhir2 ni rasa dah tenang wpun saya tau jka dikira solat 2 perlu diqadha btahun2 lg 2009-11-15 2:44 PM

Itu tanda telah mula mendapat rahmat dari Allah,

T-mee Ustaz, perlu ke kita pulangkn kontrak @ untung dr projek yg mana kita dpt dgn melobi @ bagi komisyen pd org dlm 2009-11-15 2:37 PM

Sebaiknya

Guest sye ade 1 soalan.. sye ade myspace ...lpas ade trdpt message tntng pnjga makam nbi brmimpi , penjnge 2 ckp dlm 60000 orng x de mti dlm keadan briman, belh kite prcye 2009-11-15 9:25 AM

Wallahualam, kena tanya penjaga itu sendiri

Jue Kalau dlm solat ketika sdgn bc fatehan, kita rasa kita lalai ketika membacanya, boleh tak kita ulang semula bacaan nye?2009-11-16 4:46 AM

Boleh..

Jue Salam. Sah tak kalau kedua tapak tangan kita dilapik telekong ketika sujud? 2009-11-16 4:41 AM

Sah tapi tidak afdhal

Guest salam ustaz, blh ke solat hajat ketika waktu syuruk.tk 2009-11-16 3:40 AM

Boleh

Anuar Salam ustaz, minta tlg doakan kesembuhan mata sy kat mekah nanti. t/kasih 2009-11-16 3:16 AM

Semoga Allah beri kesembuhan padamu

Guest Ustz aakah hukum mlakukan onani 2009-11-16 1:43 AM

Haram

bard ust,jika kita bjemaah bdua dgn isteri dirumah perlukah qamat?siapa yang perlu qamat?isteri atau suami? 2009-11-16 12:26 AM

perlu dan suami qamat

Lin Salam, betul ke warnakn rambut hitam hukumnya haram? Tlg doa utk sy semasa ustaz buat haji. 2009-11-15 9:25 PM

Kecuali dengan inai jika rambut telah ada uban

Mata B jika kita tau pendptn suami ada sumber subhat, wpun dah diingatkn byk kali, bolehkn kami makan duit 2 2009-11-15 3:12 PM

Jika ada alternatif, dulukan alternative yang ada

Guest knpe ujian yg tuhan bg terlalu berat..sehingga ujian itu bt sy menjd ank derhaka..sy merayu pd Tuhan jgn diuji sy dgn perkara dmkian..sy x mampu.. 2009-11-16 12:49 PM

Untuk menambahkan iman. Dengan ujian yang berat ini tuan semakin hampir dengan Allah berdoa..

amin Apakah hukum seorang ayah yg tidak merotan anaknya krn x solat, sedangkan anaknya sudah berumur 10 tahun? 2009-11-16 12:29 PM

sunat

tonet, Salam Ust Mlm tadi sy bmimpi dah smpi ke Kota Meca n ddk sebilik dgn 2 perempuan yg sy x kenal. Yg pelik 2, tetiba dlm bilik 2 ada lelaki yg sy x kenal. Sy takot smpi x leh bgerak tp 2 pompuan 2 relek je.... Kenapa ek ust? 2009-11-16 8:17 AM

sedang mengharapkan sesuatu dan bimbing dengan keadaan yang tidak menentu

tonet, Salam Ust Ulasan ust sungguh berhemah... Sejuk hati bila membaca 2009-11-16 8:15 AM

Alhamdulillah, semoga ada kebaikan

Aida salam. boleh x saya baca separuh saje surah dr al quran pada solat fardu sebab yang hafal separuh cth suratul waqiah ayat 1-30 2009-11-16 7:37 AM

Boleh

Aida salam. zakat pendapatan boleh ke disalurkan kepada adik yang sedang belajar tp adik saya tu degil sikit malas solat x ttp aurat dan dia ada loan blaja 2009-11-16 7:36 AM

Boleh di atas asnaf fi sabilillah, Cuma, peluang berkomunikasi untuk beri zakat tu, tegur dia.

Nak Tahu Ada kata haram utk ptg kuku & rambut utk yg berniat melakukan korban.. ada kata makruh (bermula 1 zulhijjah) ustaz ? 2009-11-16 6:58 AM

Afdhal saja. Tak potong tu sebab supaya anggota yang ada menyaksikan korban tu, tapi kalau dah hitam kuku tu, potong lagi sunat atas sebab kebersihan

abdullah ulasan ustaz sya ckup berstuju.semoga ulamak kita dpt bersatu kmbali krn byk lg prkara bsar yg prlu d slesaikan. 2009-11-16 6:57 AM

hazmi assalamualaikum yg d kasihi ustaz.terima kasih d atas ulasan ustaz mngenai perbalahan org2 alim kita.semoga ALLAH berikan hidayah dan keampunanNYA. 2009-11-16 6:55 AM

amin..

mawarkota salam. benarkah org beriman selalu diuji?saya berasa berdosa sgt, kerna sya telh meninggalkn solat isyak n magrib kerna saya rase selalu diuji oleh tuhan..sampaikn saya tak mahu jadi org baik.tp sya akui sepnajang magrib n isyak saya sengaja tidur sbb xmahu menghadap allah..tapi perasaan bersalah mmg menerpa..sampi ke opis saya menceritakn kepada opismate saya. ustaz boleh tak beri sedikit kata8 nasihat utk saya?? 2009-11-17 3:35 AM

kalau tinggal solat itu bukan ujian, itu tertipu. Hati-hati dan banyakkan doa

sa80 Ust,apa hukumnya seorang isteri pergi menunaikan umrah tetapi suaminya seolah-olah tidak memberi keizinan? 2009-11-17 2:34 AM

seolah-olah tak apa, kalau memang tak bagi, tak boleh..

Azizah Sahkah solat saya sekiranya saya memakai alas/lampin kerana masih ada cecair yang keluar walaupun telah mandi hadas besar selepas persetubuhan? 2009-11-17 1:22 AM

Sah..

Azizah Salam. Ustaz, anak2 non Muslim yang belum baligh jika meninggal dunia adakah suci sebagaimana anak2 Muslim yang belum baligh. 2009-11-17 1:20 AM

Semoga Allah memberi kebaikan padanya

Kak Nor Salam Ustaz, tlg doakan sy dpt g haji & umrah lagi. Smpaikn slm kpd Rasulallah s.a.w & para shbt. Smg dpt haji mabrur & dipmdhkan segala urusan, Amin. 2009-11-17 12:56 AM

insyaAllah..

murni Saya mendoakan segala urusan ustaz dipermudahkan oleh Allah. 2009-11-17 12:34 AM

amin, begitu juga puan..

http://hjarshad.blogspot.com Salam...Semuga Allah mudahkan segala urusan untuk dtg ke makkah al Mukarammah...ahlanwashahlan... 2009-11-16 7:21 PM

terima kasih

Siti Jika brg kemas saya dikenakan zakat, siapakah yang harus membayarnya? Suami saya atau saya sendiri (saya tidak bekerja)? 2009-11-16 2:22 PM

Barang kemas yang dipakai tak kena zakat. Kalau barang kemas yang disimpan baru kena. Kalau tak mampu bayar, suami kena bantu bayar.

hafizah Salam, ustaz,saya minta ustaz war2kan sesiapa yg ingin hantar anak2 ke mesir untuk tahfiz,selidik dulu l/belakang org yg bertanggungjawab. kawan saya kena tipu dan telah bawa anaknya semula ke malaysia-ini kerja orang yg menggunakan agama utk kepentingan diri sendiri dan isteri2 beliau... 2009-11-17 3:22 PM

barangkali, niat pengurus itu baik, tapi ilmu pengurusan dia lemah..

sya Nu'aim bin Hammad meriwayatkan dengan sanadnya bahwa Rasulullah saw. bersabda: ustaz,batulke hadis td tue hadis sahih?sy tak pernah dengar sblm nie. 2009-11-17 2:44 PM

Apa bunyi hadit tu?

illya salam ustaz.selamat beribadat. ustaz, kalo pakej umrah yang melibatkan ustaz, selalu travel agensy mana? 2009-11-17 11:27 AM

macam-macam

guest Selamat jalan ustaz n semoga mendpt hj mabrur. Doakan kami disini agar aman dari perbalahan sesama islami. 2009-11-17 9:12 AM

amin, semoga Allah lindungi semua

mawarkota lagi satu ustaz, sekiranya kita terasa dianiaya, apakah cara yg terbaik tok kita supaya tiada dendam? 2009-11-17 7:52 AM

besarkan akhirat

Guest: salamualaikum. apa maksud iqtilat, ustaz? TQ in advance. wassalam =) 2009-11-17 7:12 AM

Ikhtilat (alif, kha, ta, lamalif, tho) maknanya pergaulan bebas

Azizah benarkah kita tak boleh mengata orang takut yang dikata masuk syurga dan kita pula yang masuk neraka walaupun mereka berbuat dosa? 2009-11-18 4:47 AM

Benar

Guest ust mrh rezki slalu dpat e tanah suci.smpi slm saya utk nabi (saw)doa saya suami dan anak2 dpt ke sana tahun depan 2009-11-18 4:47 AM

Amin.. insyaAllah..

Soleha Salam Ustaz, apa pendapat ustaz mengenai pelaburan di public mutual? 2009-11-18 4:23 AM

Kalau system Islam, boleh..

BARD ust,harap ust dapat bagi ilmu&maklumat tntang apa itu SYIAH?bagaimana pandangan mereka,dsb..syukran 2009-11-18 3:52 AM

insyaAllah, kena satu entri khas, panjang tu..

tonet, Salam Ust Selamat berangkat ke Tanah Suci Meca, Ust.... Dan semoga kembali ke M'sia dgn selamat.... 2009-11-18 1:10 AM

terima kasih

mawarkota apakah nikmat istidraj?jika kita menerima pemberian org tapi kita selalu mengeji n mengata dia juga dikatakn istidraj?maaf kerna kali ni byk bertanya. 2009-11-18 1:03 AM

istidraj adalah sesuatu pemberian dari Allah yang diberi dengan keadaan murka seperi orang yang mengamalkan sihir,maka kenapa berkesan sihir itu. Ini kerana dia berusaha, Allah tetap akan beri siapa yang usaha, tetapi pemberian itu dalam keadaan dimurkai

dzar assalamualaikum.......shiekh td ana call anta x dapat....sampaikan salam ana pada rasullullah & doakan ana sekeluarga. 2009-11-18 3:17 PM

insyaAllah..

Guest manhaj tu apa ustaz? 2009-11-18 1:32 PM

Manhaj itu kaedan, cara, method

jqafsksr slm ukhuwah..moga dapt b'kongsi ilmu..syukran.. 2009-11-18 1:12 PM

afwan

amin adakah kita dibolehkan membaca bismillah ketika hendak mengambil wudhu' di dlm bilik air kerana ada hadis maksudnya ''Tiada wudhu' tanpa bismillah''? 2009-11-18 12:37 PM

dalam bilik air tak boleh zahirkan dengan lisan

amin apabila kita sujud, adakah wajib meletakkn semua jari kaki atas sejadah atau hanya meletakkan beberapa jari kaki sahaja? 2009-11-18 12:22 PM

sebahagian pun cukup

amin salam ustaz. benarkah membaca doa beramai-ramai selepas solat berjemaah adalah sunnah? 2009-11-18 12:18 PM

ada khilaf

kamaruddin kemboja-mesr saya terimakasih atas bantuan tuan kekemboja 2009-11-18 9:46 AM

sama-sama, semua dari Allah yang hanya dilalukan melalui al-fakir ini..

kamaruddin kemboja-mesr salam perkenalan 2009-11-18 9:35 AM

salam..

izah selamt pergi ke mekkah ustaz..tlong doa kn kami dimalysia semoge berjaye dunia n akhirat 2009-11-18 7:10 AM

amin...

Azizah Adakah seorang isteri wajib menghormati suaminya walaupun suaminya itu tidak solat? 2009-11-18 4:52 AM

Tetapi kena hormat..

nurul apakah maksud menjisimkan ALLAH? 2009-11-19 1:31 PM

menyamakan Allah dengan makhluk

nurul ustaz adakah magic memang benar2 boleh terjadi? seperti yang kita ketahiu sekarang ada yang sampai menukar tisu menjadi terbang seolah2 burung. 2009-11-19 1:28 PM

itu silap mata..

Guest Kalau saya mengisi minyak kereta menggunakan duit yg tidak halal untuk pergi kerja, adakah pendapatan saya bekerja juga tidak halal? 2009-11-19 7:30 AM

Syubhat yang tidak langsung

darling05 selama ketiadaan ustaz disini. Ustaz doakan kan muga segala pertelingkahan dan perselisihan pendapat antara mereka akan berakhir dengan baiknya. 2009-11-19 2:00 AM

amin...

darling05 Selamat mengerjakan Haji, muga apa jua doa ustaz akan di makbukan Allah keran niatnya yang ikhlas dan untuk semua. Kami semua akan merindui ustaz 2009-11-19 1:59 AM

terima kasih..

PUTERA slm ustaz! ? hukum berimam yg baca alfatihah tidak tepat cth.mustaqim jd mustaqin? 2009-11-18 11:46 PM

Kalau bertukar dengan jelas, tak boleh..

http://hjarshad.blogspot.com salam...Ustaz nak update blog any time dtg office ana di Al Marwa..Insyaallah 2009-11-18 9:10 PM

insyaAllah, terima kasih..

dzar mudah2an dapat menunaikan fardu hj pd tahun hadapan.. 2009-11-18 3:19 PM

insyaAllah..

Wallahu Alam,

Semoga menepati kehendak soalan. Kalau masih ada kesamaran, bolehlah bertanya kembali.

“Pertanyaan, Kunci Pengetahuan”

Al-Fakir Ila Rabbihi
Muhamad bin Abdullah

19 November 09 jam 8.15 malam

Queen Alia International Airport Amman Jordan

Thursday, November 19, 2009

Jawapan Pada Persoalan

Alhamdulillah, kesempatan yang ada, dapat kita berkongsi jawapan bagi persoalan yang diajukan

kushai Ustaz nak tanyal dimana boleh beli buku selawat dibaei, ade ke di jual kedai buku 2009-11-08 1:31 AM

ada, cari dekat kedai buku agama,

kofiuses sy binggung.. apakah yg patut sy lakukan.. terima kasih ustz. 2009-11-07 11:45 AM

istikharah..

Guest Salam ustaz.Bagaimanakah saya hendak tahu sifat2 semulajadi yang tuhan jadikan dalam diri saya.contoh seperti <Oh dia ni seorang yang teliti> 2009-11-08 5:11 PM

Kenali diri dengan iman...

puan rokiah sy dh brnti keje lbih kurang 20tahun yg lalu.bolehkah sy mnggunakan wang smpanan brsama dividen yg diperolehi dlm KWSP utk mnunaikan haji? 2009-11-08 3:21 PM

wang simpanan boleh, dividen dari KWSP cek balik mana pelaburannya

puan rokiah sy ingin b'tnye tntang dividen yg diperolehi drpd plaburan dlm ASB.apakah hukumnye mmperolehi dividen itu dan bolehkah blanjakan wang itu utk mmbli br 2009-11-08 3:20 PM

harus, dah ada fatwa..

sharmada165 Mengapa perkara aurat ini dipandang mudah oleh umat islam di M'sia terutama kaum wanita..memakai tudung dah mcm satu fesyen bukannya satu ketuntutan. 2009-11-09 1:38 AM

kena tingkatkan ilmu dan dakwah

sharmada165 Apakah hukumnya seorg muslimah solat 5 waktu tp dlm masa yg sama tidak menutup aurat 2009-11-09 1:33 AM

hukum solat dah bagus, kena baiki hukum tutup aurat pula

sharmada165 Salam.Bismillah. Apa hukumnya memakai baju ala-ala Firaun semata-mata utk Family Dinner. 2009-11-09 1:30 AM

Kalau niat nak meniru firaun, tak boleh

zul utz, mak isteri sy ade mak sedara yg umurnye sudah menjangkau 60..sy tau batal wuduk jika salam dgnnye,tp klu niat hormat org tua mcm mana utz? 2009-11-09 12:31 AM

salam boleh, wudhuk kena barui

Guest Salam ustaz.Kenapakah Nabi Muhammad s.a.w masih bekerja sebagai pengembala kambing sedangkan rasulullah telah berkahwin dengan Siti Khadijah. 2009-11-08 8:21 PM

Sebelum kahwin dengan Khadijah lagi baginda telah berniaga

Guest Salam ustaz.bagaimanakah kita hendak menjalani kehidupan dengan rasa rendah diri terhadap kehidupan di akhirat 2009-11-08 7:18 PM

Sentiasa besarkan akhirat

Guest Salam ustaz.Surah Al Quran yang manakah yang mudah saya jadikan panduan yang mengambarkan kehidupan seorang muslim di dalam dunia akhir zaman ini. 2009-11-08 5:16 PM

Surah ikhlas

Guest a'kum ustz.Mcmne kalau seseorng dah solat mghrib di rumah,lps tu keluar musafir,dlm p'jlnan luar mukim,dia nak solat isyak dlm wktu mghrib tu plk?tq.. 2009-11-09 2:29 PM

Tak boleh, kalau nak jamak, mesti dengan maghrib sekali

yana ust,apa maksud dua tanda hitam di dahi? 2009-11-09 12:15 PM

banyak sujud

antoi Kenapa sujud dahi wanita x leh teralas dek telekung? Bgmn pula dgn 2 tapak tangan, sahkah solat jika tlapik dek telekung & nampak tapak tgn belakang? 2009-11-09 10:42 AM

dahi tak boleh..

antoi Adakah riak merupakan dosa yg tidak diampun Allah disbbkan ianya tgolong dlm syirik khafi? Bgmn nak tahu yg kita telah blaku riak spt menegur ksilapn 2009-11-09 10:40 AM

Semua dosa diampun oleh Allah, yang dikatakan tidak diampun ialah, di akhirat nanti, dosa orang syirik tidak akan diampun di akhirat.

emi salam ustaz..saya rasa usuluddin tu kajian keatas aqidah...bukan? kalu tafsir hadith tu ada bidangnye tersendiri...ilmunya lebih luas.maaf andai silap 2009-11-09 10:29 AM

hadith termasuk di dalam cabang Usuluddin. Usuluddin biasanya ada beberapa cabang

1. Quran dan hadith

2. dakwah dan pemikiran

3. sejarah dan tamaddun

4. lain-lain

tonet, Salam Ust Sy m'ikuti rentetan peristiwa penangkapan Dr MAZA n hingga ke hari ini masih ttanya2 siapa d pihak yg benar.... 2009-11-09 9:15 AM

Wallahualam

tonet, Salam Ust Tulisan Ust yg btajuk 'Apa yg blh d pelajari....' nie sy baca b'ulang2 kali. Sungguh b'hemah teguran Ust tp dlm maknanya.... 2009-11-09 9:13 AM

Alhamdulillah

jamal apa hukum bila seorg itu tdk dpt hadir solat jumaat krn hujan telalu lebat, jrk masjid +/-800m.? 2009-11-09 6:07 AM

kalau hingga memudharatkan, maka diringankan ketika itu sahaja. Jika dia memang tahu biasanya hujan akan turun pada waktu jumaat hingga dia akan tidak dapat ke masjid, maka wajib keluar awal.

mikail salam ustz..soklan saye, ape hukum pompuan meluruskan rmbutnya? *masa kecil, die rambut lurus, ayahnya tersalah ptong,rmbut die jd kerinting teruk.tq 2009-11-09 3:27 AM

tak sengaja, tak apa

yana assalamualaikum ustaz.. kenapa lelaki haram memakai sutera asli? 2009-11-09 2:18 AM

sebab ia untuk perempuan. Hikmah sebenar, Wallahualam

Guest Salam ustaz.Apakah penilaian ustaz terhadap perbuatan melakukan onani dan dalam masa yang sama sy masih bersolat,berzikir. 2009-11-10 7:03 PM

Dia memerlukan kawan yang selalu membimbing ke arah kebaikan

Guest petunjuk istikarah perlu ikut mimpi yg dpt ke? lintasan hati?jika kptsn mimpi dan lintasan hati berbeza, perlu ikut yg mn? 2009-11-10 10:24 AM

Biasanya sama, kalau tak sama, ulang lagi..

Zara Slm Ust, jika selepas solat, masih berzikir, tiba2 terbatal wuduk sebab angin,afdal ke memperbaharui wuduk? 2009-11-10 5:49 AM

Segi afdhal, memanglah..

mawarpepel salam.ustaz, adakah boleh kita berpuasa sunat sepanjang tahun. sebagaimna kita maklum...puasa sunat di galakakn pada isnin n kamis 2009-11-10 2:42 AM

Boleh tetapi afdhalnya puasa Nabi Daud, sehari puasa sehari berbuka.

antoi Si mati akan dpt pahala dr sedekah jariahnya. Adakah amalan yg itu tika hidupnya sja? Adakah pahalanya sama jka waris mgunakn pusaka sbg sdkh jariahny 2009-11-09 3:57 PM

selagi barang itu digunakan, selagi itu pahala dapat padanya

antoi Perlukah brg yg telah ditanam dlm tanah beberapa tahun lalu yg diberi tok bomoh perlu digali semula & dibuang ke tempat lain? Jika ya, bgmn caranya? 2009-11-09 3:49 PM

sebaiknya buang untuk menjaga iman, buang dekat sungai

Nizam salam ustaz, nak tanya, apa harus kita buat kalau terlangkah Al-Quran? Benarkah kena cium atau ampun Al-Quran 3 kali? 2009-11-09 3:37 PM

Letakkan ditempat tinggi

bard ust,banyak baju batik lelaki skrg yg campur sutera dan benang biasa. boleh tak pakai?ada org kata boleh ada kata tak boleh.nak kan kepastian.tq 2009-11-11 12:18 AM

ada khilaf, jika bercampur, seeloknya hindarkan..

bard ust,kenapa lelaki tak boleh pakai sutera?ada nas hadis@quran?apa hikmahnya? 2009-11-11 12:16 AM

Ada nasnya:-

Dari al Abdullah bin Zurair al-Ghafiqi dia telah berkata, aku telah mendengar Ali r.a berkata, Rasullullah saw telah mengambil dengan tangan kanannya sutera dan tangan kirinya emas dan mengangkat keduanya dengan tangannya sambil berkata “kedua ini haram bagi orang lelaki dari umatku”

Hadith riwayat Ahmad dalam kitab Musnad al-Asyarah al-Mubasyyirin bi al-Jannah

A-dha Org tengah buat 2 S&P tanah. S&P1- buyer byr owner 1 juta. S&P 2 orgtengah markup 1.5j dgn buyer tanpa owner tau.Apa hukum duit 1.5j yg orgtgh dpt ustaz, orgtengah itu jga owner bsama. Ia mcam org tngah beli 1juta dan jua dan jual 2.5j sdgkn akad cuma 1j dgn owner & 1.5j itu mcam untung atas angin 2009-11-10 9:33 PM

Boleh jika memang telah dilafazkan bahawa orang tengah sebagai wakil pada penjual.

Ceby Bdosakah kita meluahkn perasaan pd keluarga ttg suami yg suka sembunyikan kebenaran trutama soal duit wpun isteri dah minta suami blaku jujur 2009-11-10 9:19 PM

Niatkan untuk mencari penyelesaian bagi masalah bukan untuk meluahkan perasaan. Syaratnya mesti ada jalan keluar yang dibincangkan.

Guest assalamualaikum ustaz,selepas seminggu suci drp haid keluar darah yg warna dan baunya serta banyaknya spt darah haid, adakah itu dikira istihadhoh 2009-11-10 9:17 PM

Jika di dalam lingkungan 15 hari, masih darah haid

Ceby Bolehke kita ambil brg atau majikan yg bhutang duit dgn kita tanpa mrk tahu tapi kita minta ampun atas sgla pbuatn & minta halal sgla duit gaji 2009-11-10 9:14 PM

Tak boleh, dikira mengambil barang orang lain. Jika minta maaf dengan niat berhelah, juga hasrat meminta ampun itu tidak diterima. Kena terus terang.

Jiput Apakah hukumnya selalu mencela Allah dlm hati tanpa sedar & x sengaja? Sudah puas atasinya dgn doa, zikir & istighfar? Namun gagal 2009-11-10 9:07 PM

Teruskan didik hati, puan sedang dalam proses ujian hati

Guest salam ustaz.apakah cara yang mudah dipraktikkan untuk membersihkan hati daripada sifat-sifat keji. 2009-11-10 7:07 PM

Mujahadah iaitu lawan nafsu dan jangan membenarkannya

hamba allah ustaz. apakah hukum kita berimaginasi melakukan seks, ini kerana belum bertemu jodoh. tapi kekadang terasa gersang. 2009-11-12 1:46 AM

hindarkan, ditakuti akan tertipu dengan syaitan nanti.

abuabid Salam alaik ustaz. Smoga hati dan iman dalam jagaanNya sentiasa. clip_image0012009-11-12 1:01 AM

amin..

razifembi Assalamualaikum Ustaz ... salam singgah. Lama sudah tidak singgah sini . . . 2009-11-11 2:12 PM

konpius adakah lps Istikharah kita plh kptsn hasil lintsn prtma, hati rasa tenang itu tandanya? jika dtg was2 lps bt plhn dan merasa ragu hsl ptunjk itu dan mrasa Tuhan sngja tunjuk yg salah krn jln yg kite plh itu agak sukar, adakh in gangguan dr syaitan yg ingin kita bersangka buruk pd Tuhan?2009-11-11 10:47 AM

Sebab itu istikharah biar banyak kali

Guest apa maksud mimpi sedang mandi? 2009-11-11 10:14 AM

Hati tengah senang

Guest apa maksud mimpi menjadi guru dan bertemu bekas guru? 2009-11-11 10:13 AM

Ada seseorang sedang mengamanahkan kita sesuatu

Siti Bolehkah wanita memakai sarung tangan ketika solat? 2009-11-11 7:41 AM

Boleh tapi tidak afdhal

Cahaya Salam Ustaz,sy bercita-cita utk menjadi isteri&ibuyang cemerlang. Pasti besar cabarannya kan ustaz.Bagaimana harus sy mempersiapkan diri kearah itu. 2009-11-12 5:40 AM

Minta selalu dibimbing Allah

Cahaya Salam Ustaz, sy amat berharap ustaz boleh mengupas berkenaan seseorang yg "menurun". Bagaimana utk mengenalpastinya. 2009-11-12 5:37 AM

Itu perbuatan yang dilarang oleh Allah

Cahaya Salam Ustaz.. bermula diawal kandungan lg apa yg perlu sy&suami amalkn agar anak kami lahir sebgai seorang islam yg berjaya dunia akhirat.(Mujahid) 2009-11-12 5:35 AM

Doakan dan banyakkan baca al-Quran

Cahaya Salam Ustaz,Apakah makanan terbaik yang boleh saya amalkan utk bayi dlm kandungan selain dpd halal dan baik. 2009-11-12 5:29 AM

Kismis

Cahaya Assalamualaikum... Ustaz semoga dipermudahkan segala urusan Haji ustaz. Doakan suami, saya dan zuriat yg baru saya kandungkan ini didlm redha Allah. 2009-11-12 5:27 AM

Amin, Allah bersama puan sekeluarga..

Guest Salam. Ustaz, tahniah krn tlh dipanggil utk menjadi tetamu Allah.. Doakan kami untuk menjadi tetamu Allah pula. TQ 2009-11-12 3:20 AM

Amin, Allah bersamamu

tonet, Salam Ust Bila nengok je Berita ttg apa saja yg bkaitan dgn Madinah/Meca, hati jadi rindu utk ke sana... 2009-11-12 3:09 AM

tonet, Salam Ust Ustz g menunaikan Fardhu Haji 2 nanT JGN lupa DOAkan utk kami semua d cni, ek...Mudah2an kami juga akan dpt smpi ke sana..... 2009-11-12 3:02 AM

amin.. Allah bersamamu

HB ustaz, kat mekah nanti tlglah doakan kami yg mengalami ujian hati agar sembuh sepenuhnya.siksanya ujian ini. 2009-11-12 3:00 AM

Ya, satu tahu memang perit ujian hati ini, semoga Allah bersamamu

tonet, Salam Ust Ust, jadik ke buat ceramah Agama kat BBU bln Dec 09 nie? 2009-11-12 2:58 AM

insyaAllah

DAA kelantan salam ustaz saya nk tny apakah hukum membuat loan atau pinjaman untuk ke mekah? 2009-11-12 11:24 PM

Jika pinjaman Islamik, tak mengapa

SYM Dalam perbualan dengan isteri, tanpa disengajakan berkata "macam nie baik saya duduk seorang". tanpa niat adakah dikira melafaz cerai?. 2009-11-12 4:29 PM

Tak kerana lafaz itu tidak jelas. Jika tidak niat cerai, maka tak dikira

SYM A'kum.. Derma ke masjid dan miskin pada tiap2 bulan adakah di kira zakat pendapatan? 2009-11-12 4:24 PM

Fakir miskin boleh diniatkan, masjid tak boleh sebab masjid bukan asnaf.

melur kasih kesian umat islam itu 2009-11-12 12:11 PM

fybintis Bolehkah disedekahkan Al Fatihah kpd seseorg yg sdg sakit atau ada masalah dgn harapan Allah meringankan penderitaannya 2009-11-12 9:32 AM

boleh,

najah salam,keadaan hidup sgt mendesak skrg dan saya b'cadang nak jual kereta.Perlu bayar zakat x hasil jual kereta itu? Tima kasih ustaz. 2009-11-12 7:21 AM

jika jualan untuk keperluan, tak perlu, jika jualan niat untuk untung, maka kena..

Guest syukur murah rezeki ustaz.bawa isteri sama ke.. 2009-11-13 3:49 AM

Tahun ini tak..

Hasya Nida' Diyanah salam ustaz terima kasih sbb bg jwp pada soalan sy yg lepas..semoga Allah memberkati ustaz sekeluarga 2009-11-13 3:48 AM

Amin, semoga Allah juga memberkatimu..

Guest ustaz tlg doakan supaya saya jga akan menjadi tetamu ALLAH suatu hari nanti ketika ustaz didepan kaabah terima kasih 2009-11-13 3:47 AM

Amin, semoga Allah menyampaikan hajatmu

Cahaya Salam Ustaz, sy masih diawal kehamilan. Dah 2kali sy bermimpi kanak2 perempuan yg comel dan tersenyum2. Apa maksudnya ustaz. 2009-11-13 3:22 AM

Semoga anak itu menjadi anak yang soleh/ah

Guest assalam ustaz, saya ada bercadang nak wat doa selamat sempena ulangthn ank sy, dgn siapa saya perlu berurusan, timakasih 2009-11-13 3:14 AM

Pihak masjid atau surau terdekat

Guest Slm. Buat haji @ umrah adalah wajib bg yg mampu. Tp kalau kita mmg x mampu sebab byk hutang belu rumah n kereta besar, apakah hukumnya? 2009-11-13 3:09 AM

Tak mampu, diringankan, tapi cita-cita kena ada..

Guest lagi satu sahkah solat (yang di ganggu niat nk buat solat lagi tu) Sbb walaupun saya jaga lintasan yang dtg, mcm2 niat dlm hati timbul x dpt nk kawal 2009-11-13 3:00 AM

Sah, asalkan jangan ikutkan niat itu

Guest ustaz, kalau nk buat solat sunat hajat bersendirian, blehkan kita baca surah yg ringkas2 saja cthnya al-kafirun dan al-ikhlas ( 1x saja setiap rakaat) 2009-11-13 2:55 AM

Boleh..

Guest ustaz, ketika sedang solat saya selalu terfikir nak solat lagi slp ni (sama ada sunat atau qada). kadang2 berniat x nak buat solat lain lps ni sbb... tak bleh kusyuk.. Adakah niat itu permainan syaitan sbb ia sering mengganggu saya ketika solat. utk pengetahuan ustaz saya ada penyakit gangguan. 2009-11-13 2:42 AM

Banyakkan doa sebelum solat, biasakan solat berjemaah

BONDA USTAZ,bonda pernah buat korban tp bukan lah tiap2 thn,sejak kebelakangan ni ekonomi bonda x mantap sgt,anak sekolah kat ipt dan sek agama swasta, duit yg bonda ada hanya simpanan ditbg haji dan niat nak kemekah,belanja sekolah anak n sakit pening,adakah bonda x perlu buat korban lagi berdasarkan pernah melakukan korban masa dulu,dan ada keperluan lain2009-11-13 6:29 AM

Tak mampu tak apa.

curiosity.makes.me.crazy: salam bonda. err... rse bleh je tinggal korban coz korban 2 sunat 2009-11-13 6:37 AM

tonet, Salam Ust Abg ipar byk $ tp x nak beli rumah n pergi Haji, suruh kakak sy pergi sendiri tp kakak nak pergi jua dgn suami w/pun x tahu bila. Apa hukumnya Ust? 2009-11-13 6:19 AM

kalau mampu tapi tak nak pergi, berdosa tu..

zul utz,betul ke tak boleh setebuhi isteri pada 1hb,15hb dan 30hb? 2009-11-13 6:16 AM

jika isteri tengah haid ketika itu, memang tak boleh. Tapi kalau biasa, maka boleh..

curiosity.makes.me.crazy: salam. bleh x girl pkai baju/slua laki ats dasar baju 2 g snonoh dr girl's baju/slua (cutting x ikut bdn, tebal, etc)? 2009-11-13 6:10 AM

kalau niat untuk menjaga aurat, boleh, jangan niat untuk menyerupai lelaki

zul utz, 90 marhalah bersamaan dgn brp kilometer? 2009-11-13 6:02 AM

2 marhalah 96 km.. untuk jamak hanya perlu dua marhalah..

mesul ustaz.ada x ayat2 utk pelembut hati org yg marah atau garang.? 2009-11-13 4:54 AM

ayat 1-5 surah Taha

hazra ustaz sya teringin sgt nak ke tanah suci tp tak mampu.tolong ustaz sama doakan saya.terima kasih ustaz. 2009-11-13 4:53 AM

amin, Allah bersamamu

azmi ustaz..sya slalu tinggal solat.trutama solat subuh..tlg doakan sya agar x tinggal solat dan cepat kawin ustaz.t/kasih 2009-11-13 4:51 AM

amin, Allah bersamamu

leeza salam ustaz, apakah hukum duit epf arwah suami diambil kesemuanya oleh isteri kedua tanpa diberikan hak isteri pertama & anak lelakiny, tq. 2009-11-13 7:47 AM

kalau penama memang isteri kedua dan memang ada lafaz hibah pada hak itu, maka taka pa. Kalau tak ada lafaz hibah, maka kena bagi faraid

Lin Salam,sy ibu tunggal. pegi hj 2007 dgn kwn. Hati tersgt rindu nk ke sana lagi .Boleh ke tunai hj kali ni tanpa mahram? 2009-11-13 7:27 AM

Kena dengan mahram, boleh disusun bersama kawan...

Guest seronok baca blog ustaz, terasa seperti selangkah mendekti Allah 2009-11-13 7:11 AM

Amin.. semoga semua beroleh rahmat

meksu masa muda dulu saya ambil wuduk yg wajib je,skrg cuba buat yg sunat 3kali.masalahnya setiap kali bsh muka yg ke 2 dan 3 pun terbaca niat.xleh nak sambung xleh nak kawal.sah tak amal ibadat. 2009-11-13 6:55 AM

sah, niat berulang tak apa..

zul utz, boleh ke bakal isteri masuk ke dewan masjid mase akad nikah? 2009-11-13 6:47 AM

kalau suci, boleh..

keliru seseorang baru sedar umrah/haji yang dilakukan dulu tak sah sebab minum air masa buat sae.rasa dahaga sgt.baru tahu x sah sbb dah lari niat sae tu. 2009-11-13 6:45 AM

cek balik keadaan itu dan fatwa itu, tanya ramai guru..

238 Apa hukum isteri yg tak ikhlas layan seks suami disbbkn suami x beri @ x cukup nafkah keluarga & dah guna duit istri ratusan ribu 2009-11-14 11:31 AM

Ikhas bab hati, kalau beri tak ikhlas, maknya tanggung jawab isteri telah dilaksanakan, tapi pahala kurang

NQN Nemo Apa perlu dibuay jika baru sedar iman tbatal? Cukupkah sekadar ucap 2 kalimah syahadah? Jika beberapa kali tabatl iman, apa hukumnya? 2009-11-14 11:26 AM

Ucapkan syahadah, dan jika berulang terbatal, ucapkan berulang-ulang kali.

Guest berkenaan mimpi sy menjerut ular itu..cabaran byk bg sblh sy @ pihak si Z? sory ustaz ty soaln mcm mn..tp mmg btl byk btl dugaan nk dpt dia 2009-11-14 11:01 AM

Semoga Allah sentiasa bersamamu

Lin Salam, kenapakah anjing di haramkan dalam islam? 2009-11-14 7:21 AM

Jika untuk berburu atau menjaga sesuatu tak apa, untuk belaan yang tak boleh. Barangkali soalan ini “kenapa anjing najis kot” nanti tanya balik ye..

p kalau umrah terbatal kerana melanggar syarat spt saie tk sah, adakah dikira masih berihram w/pun kemudian telah melaksanakan ibadat haji dgn sempurna 2009-11-14 7:03 AM

berikan contohnya, kenapa tak sah...

k semas saie, bolehkah minum air zam di laluan saie? adakah perbuatan ini termasuk dalam lari niat semasa saie 2009-11-14 7:00 AM

boleh..

Guest slm ustaz mcm mna nak sertai korban kat kemboja klau dimurahkan rezeki thun saya nak tupg ustaz korban disna. 2009-11-14 3:23 AM

insyaAllah, tahun depan nanti saya war-warkan..

puteri alia salam,ustaz boleh x saya ambil doa yg ustaz baca dlm tanyalah ustaz untuk program usrah kami.kalau ustaz benarkan t.kasih smuga Allah beri kerahmatan 2009-11-13 3:08 PM

boleh...

Nor apa maksudnya mimpi suami cekik separuh mati sampai terj jaga. 2009-11-13 9:57 AM

Ada rasa bersalah..

Ziema Ass'kum.ustz tq kerana blog ustz jadi pembimbing sya,ustz nak ke mekah nanti tlg doakan

anak sya akan mengambil SPM pada 18/11 akan dtg.tq 2009-11-13 9:23 AM

amin.. Allah bersamamu

Guest apakah hikmah menjaga aurat? 2009-11-14 5:11 PM

Menjaga nafsu kita dan orang lain

maria sy seorg jururawat.suatu hari seorang pesakit melecur badan terkena kuah sup babi.saya sentuh tanpa lapik badanya utk merawat.kena samakkah tangan sy? 2009-11-14 1:42 PM

kalau yakin memang itu sup babi, selepas itu kena samak

Fida kalau berbotox atau bedah plastik tu haram, tapi untuk lambatkan penuaan dan kelihatan muda dan cantik kita makan imedeen ke kolagen ker, salah tak? 2009-11-14 1:05 PM

Tak...

Fida salahkah kita bertudung tapi ikut trend dan fesyen. Aurat masih dijaga, tudung labuh tutup dada dan berbaju longgar. 2009-11-14 1:03 PM

Tak, tapi jangan sampai boleh menimbulkan fitnah..

Fida Apa perlu saya buat anak perempuan saya umur 8thn sering diganggu sesuatu, katanya nak ajak berkawan dan bermain.Kasihan kdg2 disekolah pun diganggu. 2009-11-14 12:22 PM

Selalu bacakan ayat kursi padanya

Fida Salam, ustaz, dulu saya kerap bermimpi mandi dgn air melimpah ruah tp tpt tu terbuka dan rmi org mandi plak dlm keadaan yg aib? kenapa ya? tq 2009-11-14 12:21 PM

Ada perkara yang tak kena pada rezki

Nuntat Ustaz, bolehkah kita ambil org kafir sbg penasihat kewangan yg merupakn kawan masa sekolah dulu 2009-11-14 11:47 AM

Boleh dan semoga ia menjadi medan dakwah mengislamkannya

Nuntat Ustaz, masa buat tawaf umarah/haji kita telah yakin cukup 7 psgn. Tapi bila kembali ke Msia, terusik juga dihati mgatakn x cukup 1. Cam ne tawaf tsbut 2009-11-14 11:42 AM

Jika waktu itu yakin dah tujuh, maka tak mengapa..

238 Kalau nazar, bolehkah dibatal sbb pinjaman tsbut telah dijelaskn 100% sblm tanah dpt dijual 2009-11-14 11:39 AM

Jika hajat telah tercapai, maka tak boleh, jika belum seperti yang dinazarkan maka boleh..

238 Sy ada niat nak bawa teman sy buat umrah jika dpt jual tanah sbb masa beli guna nama teman buat loan. Tp sy cuma niat dlm hati. Adakah ini nazar? 2009-11-14 11:34 AM

Tidak, nazar kena dilafazkan..

a'in ustaz,puasa sunat wukuf@9 zulhijjah sehari sblm hariraya qurban disini ? 2009-11-15 9:12 AM

ya..

Maryam ustaz, anak saya seorang yg pemalu dan penakut, dan selalu kena buli. Bagaimanakah cara supaya dia jadi lebih berani? 2009-11-15 7:25 AM

Masukkan kelas silat...

Guest adakah doa yg bolh diamalkan bg mendapatkan khusuk krna sya slalu menguap walaupun slps bgun tdor dan bersin diwktu subuh 2009-11-15 2:49 AM

Itu tanda badan kurang segar, kena banyak bersenam..

Guest sahkah solat jika ketika sujud kaki hanya didirikan tidak sampai keperut kaki 2009-11-15 2:43 AM

Tak sah kerana perut kaki merupakan anggota wajib untuk disentuhkan ke bumi

Ust.Roslan Salam, sila ziarah ke laman blog e-Ustaz, terima kasih.. 2009-11-14 5:16 PM

Ceby Boleh ke kite b'hias & pakai minyak wangi ketika keluar bsama2 suami 2009-11-15 3:04 PM

Niatkan untuk suami dan jangan terlalu menusuk hidung.

Wallahu Alam,

Semoga menepati kehendak soalan. Kalau masih ada kesamaran, bolehlah bertanya kembali.

“Pertanyaan, Kunci Pengetahuan”

Al-Fakir Ila Rabbihi
Muhamad bin Abdullah

Golden Tulip Hotel Amman Jordan

19 November 09 jam 5.30 petang

Diari 128 – Jordan

Perjalanan ke Jeddah singgah selama 18 jam di Amman Jordan. Bagi tempoh ini, pihak pengurusan telah mengaturkan lawatan pendek ke sekitar Jordan.

IMG_1186

Kami diberi tempat tinggal di Golden Tulip

IMG_0898

Selama 18 jam di Amman, pihak pengurusan membawa semua ahli jemaah melawat sekitar Jordan

IMG_0913

Rencah musafir

IMG_0931

Bumi Jordan

IMG_0944

Menuju laut mati

laut mati, tanah di seberang ialah Palestin/ Israel

IMG_0954

Pak Mat, taukeh Laksa di hadapan masjid al-Azhariah Sek 18, rezki berkat membawanya ke Haji

IMG_0965

Gelagat ahli jemaah

IMG_1012

Abang Rosli

IMG_1029

Datuk Bandar Shah Alam

IMG_1154

Di Roman Teater

Di gua Ashabul Kahfi

IMG_1183

Gua Ashabul Kahfi

IMG_1178

Abang Rosli dan Keluarga

 

“Diari Merakam Sejarah Mencatat Kenangan”

Al-Fakir Ila Rabbihi Muhamad bin Abdullah

Golden Tulip Hotel Amman Jordan

19 November 09 jam 3.00 petang

Diari 127 – Catatan Perjalanan Kuala Lumpur - Amman

Hari ini 18 November 09, saya dan semua ahli rombongan yang bersama-sama saya telah berkumpul di lapangan terbang KLIA bermula jam 3.00 petang lagi. InsyaAllah, dengan izinnya, perjalanan ini ialah perjalanan bagi menunaikan ibadah haji.

Jam 3.30, kami telah mula membuat urusan “chek in” semua bagasi.

Rombongan haji kali ini melalui Barakah Travel dan insyaAllah, perjalanan ibadah Haji kali ini dalam dua minggu lebih sahaja.

Kami menaiki penerbangan MAS ke Bangkok. Penerbangan yang sepatutnya dijadualkan bertolak jam 6.00 petang telah tertangguh selama setengah jam.

Saya melihat skrin jadual penerbangan.

MH 780 Bangkok, Gate G8.

Ketika ini, hujan renyai-renyai membasahi KLIA dan sekitarnya. Di dalam pesawat, Saya duduk di kerusi bernombor 27C.

Kapal terbang MAS B-737-800 mula meninggalkan KLIA menuju Bangkok.

Sampai di Bangkok jam 8.35 waktu Malaysia. Tidak ada aktiviti yang menarik di sini. Hanya menunggu penerbangan seterusnya ke Amman Jordan jam 11.30 malam waktu tempatan.

Beberapa jemaah bercerita mengenai kejadian di Airport Bangkok yang menimpa kawan mereka.

“Ustaz, jaga-jaga nak beli barang dekat sini terutama yang penjaga kedai kata ada promosi beli satu free satu” kata salah seorang jemaah.

“Kenapa?” tanya saya.

“Kadang kala, pekerja tu memandai, sebenarnya tak ada pun macam tu. Waktu keluar, kawan saya tu kena tahan sebab dituduh mencuri. Reset pun tak ada, memang kenalah” tambahnya lagi.

“Isk, kalau betul cerita tu, memang kesian betullah, orang nak menipu ni, macam-macam cara ada” komen saya mengenai kisah ini.

Saya kemudian membuka computer, melihat talian internet jika ada. Komputer saya mengesan talian internet tetapi ia memerlukan kata laluan.

Saya pergi ke tempat pertanyaan dan bertanyakan dari mana saya boleh mendapatkan kata laluan.

Pegawai bertugas meminta passport saya dan menulis sesuatu. Kemudian dia memberikan saya sekeping kertas seperti sampul surat kecil. Saya mengoyakkan sampul itu dan di dalamnya ada kata laluan untuk menggunakan internet.

“Hanya 15 minit sahaja” kata pegawai bertugas.

“Kalau habis boleh saya minta lagi” tanya saya.

“Tak boleh, satu penumpang satu kata laluan sahaja” jawabnya ringkas.

“Kenapa sekejap sangat?” tanya saya ingin tahu.

“Kami nak jaga, takut ada orang hantar apa-apa maklumat secara salah di sisi undang-undang” jawabnya.

Saya hanya menganggukkan kepala tanda setuju atas alasan itu.

Jam 11.30 malam 18 November 09, semua penumpang telah berada di dalam kapal Royal Jordanian A310-300. Perjalanan dari Bangkok ke Amman Jordan akan mengambil masa 9 jam.

Kapal telah mula meninggalkan lapangan terbang Bangkok. Ini kali pertama dalam hidup saya menaiki Royal Jordanian.

Pakaian anak kapal seakan-akan pakaian pramugara/i pada penerbangan Air Asia. Semuanya berwarna merah.

Semua penumpang hanya berehat sahaja. Ini kerana perjalanan waktu ini memang waktu tidur di Malaysia.

Penumpang dikejutkan sejam setengah sebelum kapal mendarat di Queen Alia International Airport. Kami dihidangkan dengan sarapan. Di luar masih gelap walaupun jam di Malaysia sudah menunjukkan hampir 7 pagi.

Selepas sarapan, kapal kami digemparkan dengan seorang penumpang yang ditangkap kerana merokok di dalam tandas. Agaknya, ini kali pertama dia menaiki kapal dan tidak tahu undang-undang bahawa penerbangan awam adalah sebuah perbangan yang bebas rokok.

Mukanya merah-merah di marah oleh ketua pramugara. Semua mata tertumpu padanya. Malu sungguh gayanya.

Kapal mula mendarat jam 3.45 pagi waktu tempatan. Beza masa antara Malaysia dan Jordan ketika ini ialah 5 jam. Ketika ini di Jordan, waktu subuh masuk pada pukul 5 pagi.

Lapangan terbang Amman ketika ini tidak sibuk. Hanya penerbangan kami sahaja yang sampai.Jadi, taklah bersesak-sesak. Kami akan berada di Jordan ini selama 18 jam sebelum bertolak ke Jeddah.

Selama 18 jam di Amman, pihak penerbangan menyediakan kami tempat tinggal. Kami tinggal di Golden Tulip Hotel. Hotel bertaraf tiga bintang ini tidak menyediakan perkhidmatan internet secara percuma.

Yuran mengakses internet di sini ialah 5 USD bagi satu jam.

Bagi mengisi masa lapang selama 18 jam di Amman ini, pihak pengurusan Barakah Travel telah menyusunkan agar kami melawat sekitar Jordan.

Di hotel ini, sarapan bermula jam 6.30 pagi dan kami semua diminta untuk berkumpul di lobi hotel jam 7.30 pagi. Semoga semuanya dipermudahkan Allah.

“Diari Merakam Sejarah Mencatat Kenangan”

Al-Fakir Ila Rabbihi

Muhamad bin Abdullah

Golden Tulip Hotel Amman Jordan

19 November 09 jam 3.00 petang

Sampai di Queen Alia International Airport Amman, Jordan

Semua kami beratur mengambil visa. Oleh kerana pihak pengurusan akan membawa kami melawat sekitar Jordan, jadi kami dikenakan visa. Seorang 10 dinar bersamaan lebih kurang 15 USD.

 Alhamdulillah syukur di atas pembukaan Kapal Dive Lodge dibawah selian Ustaz Muhamad bin Abdullah atau lebih dikenali sebagai Ustaz Amin ...