Saturday, February 6, 2010

al-Ijabah 46 – Majlis Aids

Jumaat 5 Febuari 2010, jam 3 petang, saya bersama sahabat-sahabat dari Yayasan al-Ijabah mengadakan mesyuarat dengan Majls Aids di pejabatnya di Sentul.

Mesyuarat dipengerusikan oleh Dato’ Zaman Khan.

Saya cukup berterima kasih kepada Majlis Aids yang begitu memberi tunjuk ajar kepada kita di dalam mengendalikan rumah perlindungan HIV ini.

Semoga kerjasama ini akan memberi kebaikan kepada usaha membangunkan rumah HIV.

Setakat ini, fasa pertama pembinaan rumah HIV telah dimulakan di Puchong. Tanah mula diratakan dan ditambak.

Kita mengharapkan agar ia dibantu oleh Allah. Kerana tanpa bantuan Allah, amat susah untuk direalisasikan.

Terlalu banyak peristiwa dan ujian yang dilalui. Membangunkan rumah perlindungan ini, lebih susah dari membina rumah anak Yatim. InsyaAllah, setelah terbina rumah ini dengan sempurna satu hari nanti, saya akan ceritakan pengalamannya.

“Diari Merakam Sejarah Mencatat Kenangan”

Al-Fakir Ila Rabbihi

Muhamad Abdullah

Dalam perjalanan ke Penang

21 Safar/ 6 Febuari 2010 jam 6.25 pagi

IMG_6761

Meyuarat dipengerusikanoleh Dato’ Zaman Khan

IMG_6764 

IMG_6788

Terima kasih di atas tunjuk ajar semua.

Thursday, February 4, 2010

Universiti Kehidupan 136 – Kenapa Iblis dan Jin Mengganggu?

“Ustaz, saya nampak perempuan berambut panjang di dalam bilik ini” kata seorang kakak yang bekerja malam ini.

“Selalu ada terutama kalau waktu bulan mengambang” kakak ini menambah.

Di bahagian yang lain,

“ Di sini ustaz, ada orang melihat sesuatu sedang main baling-baling”

Teringat saya pada cerita P.Ramli, “Aik, engkau main baling-baling mambang..”

Saya diajak lagi melawat sekitar kilang ini,

“Di tempat ini ustaz, ada pekerja Indon mati, dan sering pekerja di sini melihat bayangan seorang pekerja dengan memakai topi putih kontraktor, melambai-lambai mereka”

“Di sini pula, kadang-kala terdengar suara anak-anak menangis”

Saya ditunjukkan di satu ruang yang lain.

Beginilah kisah-kisah seram yang terdapat di Kilang Panasonic di Senai Johor ini.

Hari ini, 3 Febuari 2010, jam 9.30, selepas menyampaikan kuliah di Surau 2 di Panasonic di sini, saya diajak untuk melawat kawasan-kawasan kilang ini kerana akhir-akhir ini berbagai kisah misteri berlaku.

Apa yang boleh kita ulas dari kisah ini.

Mungkin ada di antara kita yang berkata:-

“Ahhh, perasaan aje kot, mana ada benda macam tu zaman moden ini….”

Mungkin ada di antara kita yang kurang percaya dengan cerita seperti di atas.

Apa kata al-Quran…

Di dalam al-Quran, Allah memang memberitahu kita mengenai kewujudan makhluk jin dan iblis ini, Mereka memang ada dan ada di kalangan mereka yang beriman dan ada di kalangan mereka yang kafir

(Rujuk surah al-Jin).

Mereka golongan yang diperintahkan Allah untuk beriman. Yang beriman akan beramal dan taat seperti kita dan yang kafir akan menurut langkah-langkah syaitan.

Mereka yang kafir dan jahat ini akan menjadi tentera syaitan untuk mengganggu manusia.

Persoalannya, kenapa jin kafir dan syaitan ini mengganggu seseorang? Kandang kala kita pelik, yang kena hysteria adalah di sekolah-sekolah agama, yang nampak dan kena rasuk adalah orang-orang Islam.

Kenapa dan Mengapa?

Sebenarnya, jin kafir dan syaitan ini, mereka mempunyai satu matlamat. Mereka merasuk bukannya sebab mereka saja-saja.

Matlamatnya ialah untuk menyesatkan dan mensyirikkan seseorang kita.

Jika berlaku kerasukkan, katakanlah kita memanggil seorang bomoh. Bomoh ini pun membuat upacaranya yang kadang-kala bertentangan dengan syarak. Di hujung upacara, bomoh memberikan tangkal dan azimat untuk diletakkan di sana dan sini.

Kemudian, kita lihat, keadaan menjadi baik, tak ada dah gangguan, tak ada lagi kerasukkan. Kita pun bukan main percaya lagi dengan tangkal yang diberikan.

Kenapa tidak ada lagi gangguan setelah kita meletakkan tangkal ini? Ini kerana, ketika kita mula mempercayai tangkal, maka iman kita telah rosak, kita telah syirik pada Allah.

Apabila iman kita rosak, maka matlamat syaitan untuk menyesatkan seseorang itu telah berjaya. Maka sudah tentu mereka tidak akan mengganggu lagi, mereka akan meninggalkan orang yang telah rosak imannya itu. Kenapa? Kerana, memang matlamat syaitan adalah untuk merosakkan akidah setiap anak Adam. Matlamat mereka telah berjaya.

Sebab itulah, jika berlaku gangguan jin dan iblis ini, cara menanganinya ialah dengan menggunakan al-Quran dan Hadis, lambat sikit tak apa, asalkan, akidah kita selamat dan jin serta iblis itu pasti binasa dengan keagungan Allah melalui kalam sucinya.

Kegerunan jin dan Iblis adalah kerana kita membacakan ayat-ayat mengagungkan Allah. Rasa mengagungkan Allah akan menyebabkan jin dan Iblis itu takut dan lari.

Sebab itu, jika kita lihat, ayat-ayat yang hebat di dalam al-Quran, semuanya adalah ayat-ayat Tauhid, iaitu ayat mengangungkan Allah.

Cuba lihat makna ayat Kursi, ayat seribu dinar dan sebagainya. Ayat-ayat itu adalah ayat mengagungkan Allah. Jika kita baca dengan perasaan mengagungkan Allah, maka Allah akan letakkan rasa gerun jin dan Iblis itu dan mereka akan lari meninggalkan kita.

Oleh yang demikian, jika terdapat ganguan, maka berubatlah dengan al-Quran. Antara ayat yang boleh kita amalkan ialah ayat kursi, dua ayat akhir surah al-Baqarah, 10 ayat pertama dari surah al-Kahfi.

Mudah-mudahan, Allah memelihara kita jika kita terus menjaga iman kita. Sesungguhnya, tiada segala-galanya di dunia ini melainkan datangnya dari Allah dan akan kembali kepada Allah.

“Universiti Kehidupan, Pengajian Sepanjang Hayat”

Al-fakir Ila Rabbihi

Muhamad Abdullah

Skudai Johor

4 Febuari 2010 jam 8.00 pagi

IMG_6634

melawat sekitar Panasonic Senai Johor

IMG_6667

Sedikit ucapan agar terus mentauhidkan Allah

IMG_6710

Di bahagian yang lain

IMG_6715

tidak ada yang memudharatkan dan memberi manfaat melainkan semuanya dari Allah.

Tuesday, February 2, 2010

al-Ijabah 45 – Permulaan Pembinaan

“Seribu kawan itu sedikit, seorang musuh itu ramai” terngiang-ngiang kata Imam as-Syafie di telinga saya ketika rumah perlindungan HIV kita dikomen oleh sesetengah pihak.

(Diwan al-Imam as-Syafie, Darul Fikr,2005, hal 219).

Kenapa Imam al-Syafie berpesan kepada kita demikian? Kerana seseorang yang tidak senang dengan kita akan sentiasa menyusahkan kita seperti kita dikelilingi oleh seribu orang.

Komen-komen yang diberi memberi semangat kepada saya dan semua sahabat dari al-Ijabah untuk lebih memperkasakan perjalanan rumah ini.

Lebih semangat apabila saya mendapat khabar bahawa gereja ini mula mengisikan tempatnya dengan orang Melayu kita lagi.

“Ye, mungkin kita tidak sebaik gereja yang telah beroperasi bertahun-tahun, tapi doakan” itu sahaja yang mampu saya ucapkan.

Baru enam bulan beroperasi sudah tentu terdapat kelompongan situ dan sini. Tapi InsyaAllah.

Ahad 31 Januari 2010, dengan izin Allah jua, kita telah memulakan fasa awal pembinaan rumah perlindungan HIV ini di Puchong.

Tanah mula ditambak dan juru ukur telah mula mengukur secara tepat tanah seluas 10 000 kaki persegi ini. Pada asalnya, ia diniatkan untuk pembinaan rumah anak Yatim dan Tahfiz al-Ijabah, tetapi, setelah rumah al-Ijabah berjaya membeli tanah seluas dua ekar tidak jauh dari tempat ini, maka pembinaan kompleks al-Ijabah itu dirancang di atas tanah 2 ekar ini.

Saya mula berbincang dengan beberapa kontraktor dan akhirnya, seorang kontraktor bersetuju untuk membantu membinanya dengan kos yang rendah.

“Ustaz, kalau buat ni pun, dalam RM 300 000 juga ni” kata Haji Daud, kontraktor yang membantu untuk membinanya.

“RM 300 000 nak cari dalam 6 bulan, dari mana ye?” kata seorang sahabat.

“Tak apa, semua ini urusan Allah, jika Allah mahu ia terbina, insyaAllah, Allah akan datangkan kemampuan ini” kata saya ringkas.

Melihat tanah ini mula ditambak, saya bersyukur pada Allah. Tak sangka, tanah yang dibeli empat tahun lepas rupanya Allah sediakan untuk usaha ini.

Semoga ia menjadi satu jariah untuk kita dikemudian hari. Syukur padaMu Allah, dan terima kasih kepada semua yang bersama-sama di dalam usaha ini sama ada secara langsung ataupun tidak. Sama ada secara zahir atau secara maya.

Mudah-mudahan Allah terus juga berikan keikhlasan pada yang terlibat, amin…

“Mencari Kepulangan Yang Diredhai”

Al-Faqir Ila Rabbihi

Muhamad Abdullah

Putra Heights

17 Safar 1431/ 2 Febuari 2010

IMG_6373

Juruukur melihat plan tanah

IMG_6380

Bersama Haji Daud, kontraktor yang akan membantu membinanya.

IMG_6388

Alat ini memang canggih, kalau tengok anak bulan di balai cerap, mereka akan gunakan alat seperti ini.

IMG_6411

Semoga ia dibantu Allah, amin…

Diari 162 – “Tuan Presiden….”

Saya membelek kad berwarna kelabu. Tertulis di muka kad ini alamat e-mail.

“jundumay”

“Barangkali bahasa korea ni” bisik hati saya.

Hari ini, sabtu 30 Januari, jam 5.30 petang, saya diajak untuk bertemu dengan Presiden Pelajar Malaysia Korea di Shah Alam.

“Jundu tu artinya tentera ustaz”, kata Mohd Kamil Ab. Halim.

“Ooo, cakap arab, saya ingat tadi cakap Korea. Habis May tu apa” tanya saya.

“May tu nama saya. Nama penuh saya Kamil. Kalau di Kelantan, nama Kamil orang panggil May, sebab itulah email saya “jundumay” terang Mohd Kamil yang berasal dari Kelantan.

Pertemuan pada petang ini ialah untuk membincangkan mengenai perjalanan saya ke Korea pada 20 Febuari ini.

Beberapa program akan diatur selama seminggu di sana.

Saya melihat wajah Preseden pelajar ini. Wajahnya jernih.

“Dulu sebelum ke Korea saya sekolah agama ustaz”

“Ooo, patut pun, kira ustaz jugalah ni” kata saya.

Kami semua ketawa. Bersama saya kala ini ialah Syazwan, pelajar perubatan dari Moscow Rusia. Syazwan balik dalam dua minggu kerana ayahandannya sakit.

Saya berkenalan dengan Syazwan pada tahun lepas ketika saya menjadi pensyarah jemputan di Moscow State Universiti, Rusia awal tahun lepas.

Kami bertukar-tukar pandangan dan pengalaman antara Moscow dan Seoul. Kedua-dua bandar ini adalah antara top 5 bandar termahal di dunia.

“Jangan lupa bawa baju tebal-tebal ustaz” kata mereka.

Kala ini, di Korea masih di dalam musim sejuk.

Satu yang saya ingin ziarah di sana. Iaitu, rumah orang Korea yang beragama Islam. Kita nak tengok budaya dan cara berfikir mereka. Mudah-mudahan dimakbulkan Allah.

Imam as-Syafie di dalam ungkapan hikmahnya menyebutkan:-

“Bermusfirlah, kamu akan mendapat pengganti bagi yang kamu tinggalkannya, dan bersusahlah kerana kelazatan hidup pada kepenatan, sesungguhnya, aku melihat air yang terhenti itu menjadi busuk dan jika ia mengalir ia akan menjadi baik”

(Diwan al-Imam as-Syafie, Dari al-Fikr, 2005 hal 151)

Apapun, semoga program yang diatur di Seoul nanti dibantu dan dipermudahkan Allah. Bersempena dengan musim maulid ini, semoga selawat Nabi dapat digemakan bersama para pelajar kita di sana.

Al-fakir Ila Rabbihi

Muhamad Abdullah

Putra Heights

17 Safar 1431/ 2 Febuari 2010

Jam 12.15 pagi

IMG_6366

IMG_6367

Dari kiri gambar, saya, Syazwan, Kamil dan kawan-kawannya

Friday, January 29, 2010

Jawapan Pada Persoalan 93

Alhamdulillah, kesempatan kali ini, dapat kita bersama-sama berkongsi jawapan pada persoalan yang diajukan.

ftn Salam,ari2 ustz kata, kita boleh buat rebonding utk suami pastu ustaz bg tau xleh jatuh haram.mana yg betul.terima kasih 2010-01-20 1:05 AM

Untuk suami boleh, kalau saja-saja tak boleh lebih-lebih lagi jika mendatangkan riak

faisal jika kita masbuk di rakaat terakhir ttp x dpt rakaat, perlukah iftitah di rakaat pertama bgn slps salam? 2010-01-20 1:03 AM

Tidak perlu

Musafir Saya bgn pukul 4pg buat solat isyak, sunat taubat dan tahajjud sekaligus. Sahkah solat2 saya? Adakh dlm hal ni saya berdosa krn lewtkn solat isyak? 2010-01-19 7:34 PM

Tidak berdosa, boleh

Rin Assalamualaikum Ustaz, apa hukumnya menderma organ? 2010-01-19 7:13 PM

Sudah ada fatwa, harus

kamal ustz..amalan membaca ayat kursi dgn sekali nafas tanpa henti utk dijdkn pendinding bole ke? ada org ajar, bknkah kite perlu berhenti bacaan di mn yg patut berhenti 2010-01-19 11:51 AM

Ayat kursi itu memang satu ayat. Nak baca terus satu ayat kalau mampu tak mengapa

mamawanaassalamualaikum...salam ziarah 2010-01-19 7:34 AM

Waa’alaikumussalam

Budak Kuim salam,ustaz...baru2 ini kt pengajian sy ade program wacana ilmu...ttg isu kalimah Allah...so ape yang sy dpt simpulkan....masing2 ada pendapat masing. ape yang penting...kita kuat kan aqidah kita dan bantu orang lain dalam menguat kan aqidah dia orang.... dari segi positif pn ade dan dari segi negtif pn ade.... kita tak perlu br perang pendapat.....kuat kan aqidah tadi...okey.. 2010-01-20 8:50 AM

Okey..

tonet,Salam Ustaz... Ada x buku tulisan Ust di pasaran. Sy nak beli. 27 Feb dpn nak g BBU dgr Ceramah & minta autograf Ust. 2010-01-20 7:37 AM

:-)

ana salam ustaz.sy ade ikuti kelas mengaji. tp sy slalu patah semangat coz susah nk dpt bacaan tajwid yg sempurna. ape perlu sy buat utk tgkatkan semangat 2010-01-20 3:24 AM

kaedah belajar al-Quran

1. belajar untuk membaca

2. baca untuk lancar

3. lancar untuk perbaiki

Kalau terus lompat pada hukum tajwid dengan istilah yang tinggi, takut nanti baca tak lancar, semangat jadi lemah.

Ingintahu Adakah Darul Ukhwah menerima org Islam(sakit kronik bukan HIV) untuk tinggal di sana? untuk mendalami agama? 2010-01-20 2:44 AM

Setakat ini untuk orang HIV sahaja

Hijau Apa maksudnya bermimpi melihat kematian diri sendiri? 2010-01-20 2:38 AM

Panjang umur

Fisha Salam ustaz...apa hukumnya jika kita bunuh binatang spt tikus, lalat, lipas dan nyamuk yang merupakan perosak dan mengotorkan sekita rumah tangga kita 2010-01-20 2:29 AM

Sunat

238 Ustaz, masa kecik2 hingga remaja dulu sy suka ambil brg2 org spt buah2an dsb. Perlu ke sy ganti sdgkn sy dah x jumpa lg org tsebut Bgmn pula jika brg2 yg kita ambil 2 milik org kafir? Perlukah kita niatkn sedekah sbb dah tputus hubungan 2010-01-21 11:41 PM

Sesali kesilapan dahulu, cuba cari orang tersebut sehabis mampu. Jika tidak jumpa,barulah niat sedekah tapi kalau tiba-tiba tuan empunya muncul, maka wajib ganti

238 Ustaz, kdg2 kita terasa ada gerakan pd mata & lain2 anggota bdn, adakah ia mbawa apa2 makna dr segi Islam? 2010-01-21 11:39 PM

Kena berurut tu, letih sangat otot tu..

Guest melaka salam,ustaz.sya nak tnye soaln ..mak saya,mngambil upah jahit bju di rumah,soalan saya..boleh x kalo ,lbh bju @ kain perca itu mak sya amik. 2010-01-21 1:56 PM

Akad awal jelaskan seperti “nanti kalau ada kain-kain lebih, saya ambil sahaja ye”

bard ust,boleh tak masa hendak tidur membaca ayat ayat quran dan doa tidur dlm keadaan pakai seluar pendek paras peha? 2010-01-21 3:22 AM

Boleh kalau memang tidak ada orang lain yang bukan mahram

bard ust,dalam solat apabila bangun dari rukuk dan bangun dari sujud masuk kerakaat baru perlu angkat takbir (angkat tgn) atau tak?mana yang afdhal?dalil? 2010-01-21 1:26 AM

Angkat tangan pada 4 tempat

1. takbirarul Ihram

2. nak rukuk

3. bangun dari rukuk

4. bangun dari rakaat yang ada duduk (rakaat kedua)

bard ust,apbila dlm keadaan hadas besar kita tak boleh masuk masjid langsung?atau ada keringanan boleh masuk? dlm keadaan tersebut kalau masuk ke perkarangan masjid,tandas masjid boleh? masuk kedalam surau pula basaimana? 2010-01-21 1:23 AM

Perkarangan boleh, tandas masjid pun boleh, lalu pun boleh, yang tak boleh duduk istirahat di dalam kawasan solat

Guest Slm, adakah kedudukan WC harus diubah jika ia sama dgn arah kiblat? 2010-01-20 2:19 PM

Sebaiknya. Yang dikatakan makruh menghadap kiblat ialah di dalam kawasan terbuka. Jika ada dinding dan halangan, tak mengapa.

Walau bagaimana pun, dari sudut tasauf, walaupun ada hadang, sebaiknya palingkan sedikit badan

Ingintahu Bolehkah isteri membantu mengambil wudhu untuk suami yg lumpuh? Perlukah memakai sarung tangan? 2010-01-22 1:33 AM

Boleh, ia sudah di dalam keadaan darurat

Jiash Ustaz, apakah psediaan yg perlu sy lakukan di msia sblm berangkat ziarah Baitulmaqdis? 2010-01-21 11:58 PM

Hati dan mental kena kuat

NQN Sy x buat solat mhormati waktu tika dlm flight tp terus buat jamak & qasar sambil duduk, boleh ke ustaz? 2010-01-21 11:58 PM

Boleh

NQN Ustaz, bolehkah sy solat jamak & qasar dlm bas yg sdg bgerak sbb rombongan 2 bsama bukan Islam & xde jumpa tmpt nak solat. Kiblatnya cam ne? 2010-01-21 11:56 PM

Boleh, kiblat ketika mula-mula takbir usahakan dada ke arah kiblat kemudian tidak mengapa

238 Semasa sy ziarah makam Nabi, sy ada minta ampun kdp baginda krn pernah bsangka buruk sbb dihasut si iblis? Salahkah ustaz? 2010-01-21 11:53 PM

Minta ampun pada Allah, dan selawat pada Nabi

Jiash Ustaz, sy akan mziarahi Masjid Al Aqsa pd feb nnt, apakah amalan2 yg perlu sy lakukan? Apakah amalan sy bila melawat makam2 nabi & solihin di Jordan & Syria 2010-01-21 11:52 PM

Amalan biasa sahaja, cuma peluang di dalam al-Aqsa, banyakkan ibadah. Ziarah makam para Nabi, ambil iktibar dan berdoa pada Allah.

238 Ustaz, dlm doa iftitah kita telah nyakan bhw solatku & ibadahku hya krn Allah SWT? Adakah ini bmaksd segala amalan sesudah solat tsbt dikira kita niat krn Allah & adkah dah dikira ikhlas serta x perlu niatkan lg 2010-01-21 11:49 PM

Perbuatan yang harus seperti makan, menyapu rumah, membasuh baju adalah diberi pahala kerana ia amalan baik melainkan jika berniat sebaliknya seperti menyapu kerana nak tunjuk kat orang kita rajin.

Tak perlu niat bagi amalan-amalan harus, dengan sendiri Allah akan kira ia sebagai amaln baik

238 Ustaz, bolehkan kita mqadhakn solat fardhu secara jamak & qasar semasa musafir? 2010-01-21 11:46 PM

tidak

Anas KALIMAH ALLAH : BUKAN BERMAKNA ‘GOD’ SEMATA-MATA :link 2010-01-24 4:43 AM

Anas Kajian (nama Allah) bawa paderi kepada Islam ! : link 2010-01-24 4:43 AM

Guest salam.B dlm sesak,meminjam rm10k dan janji dapat duit training akn bayar balik. bila dpt duit B senyap je tk nak bayar htg sy.sy sedih ust kena tipu. dah 2 tahun berlalu ust,sy tengok B beli rumah baru kat shah alam.apa hukumnya ust.sy pun bkn orang senang.buat lon bank ari tu..sedih ustaz.. 2010-01-23 11:09 PM

Semoga Allah menggantikan yang lebih baik buatmu

Nor khizana (Isteri Tom)Ustaz....kalau suami oku tak leh sembahyang berdiri so isteri leh tak ikut suami tapi isteri sembahyang spt biasa.Saya terkeliru sbb ada orang mengata 2010-01-23 8:36 AM

boleh

Guest Di tmpt keja sy ada majlis sambutan pryaan x-mas, siap dgn acara santa claus tukar2 hadiah dah jd kebiasaan boleh ke? ketua jbtn Islam pn ikut sma. 2010-01-22 7:33 AM

elakkan

Fisha ku mencari-cari jwp yg ditunggu di mana ustaz..ikut urutan tarikh ke?2010-01-22 3:18 AM

Ye, Fisha.. aku juga menunggu kelapangan masa untuk menjawab segala persoalan. Maaf jika terpaksa menunggu

bard apa hukum mandi dlm keadaan tidak memakai seurat benang pun?ada dalil berakaitan tak?

2010-01-22 2:52 AM

Makruh

a'in salam ustaz memberi duit kpd ibu sdh tunai haji@upah haji utk arwah atok$&nenek blm tunai haji mana afdhal 2010-01-25 2:26 AM

Jika beri duit pada ibu bapa itu sebagai nafkah mereka, maka dulukan yang hidup. Jika sebagai tambahan sahaja, boleh dulukan atuk dan nenek

Aida salam. saya nak qada' zakat pdapatan utk thn2 lepas secara ansur, boleh saya bnk in ke akau pondok lubuh tapah? niatnya ape dan.......... kena call sapa2 ke utk maklumkan duit tu utk zakat saya 2010-01-25 2:11 AM

Boleh call Dr. Luqman 019-3541203

Guest ustaz,duit derma utk pembedahan pesakit yg disahkan telah sembuh dan tak perlu pembedahan perlukah dipulangkan semula pada penderma? 2010-01-25 1:27 AM

Boleh berikan untuk mana-mana tujuan yang sama

anti bolehkah menyimpan surah yasin di bawah bantal semsa tidur dan berada di katil 'double decker' di tingkat yg bawah? 2010-01-25 12:31 AM

Boleh tanpa ada niat menghina. Tapi dari segi adab, letakkan ayat Allah itu ditempatnya

anti semasa sujud telapak tgn hendaklah menyentuh sejadah tanpa berlapik.bagaimana jika sebaliknya dan belakang telapak tgn terdedah ketika solat? 2010-01-25 12:27 AM

Kena terus usaha untuk menutup kembali. Kalau terdedah terlalu lama boleh menyebabkan batal kerana aurat bagi perempuan di dalam solat seluruh badan kecuali muka dan tapak tangan

yun link sy nk ustaz tgk laman web ni, btlkn pandangan ustaz itu mengenai tajuk "salah faham mengenai jodoh' 2010-01-24 2:31 PM

Insyallah

Hani Salam ustaz. Saya setuju dengan pandangan Dr Rosdi. insyaallah saya bantu mana termampu. 2010-01-24 9:29 AM

Alhamdulillah

nurhayat salam ustaz amin..salam ziarah (: 1st time jengok blog yang bernama ustaz (: 2010-01-24 8:40 AM

Selamat datang ke alam maya

Wak Kusau Salam, ustaz boleh ke bagi alamat rumah pasang siap Yayasan Restu di Kuang 2010-01-24 6:38 AM

Lot 2154, Lorong Setia 3, Bt.19 Jalan Kuang 48050 Kuang Selangor

bard ust apa hukum kita menerap?saya ada dengar jika menerap seolah berzina dengan syaitan.

2010-01-26 2:59 AM

Meniarap ke? Meniarap makruh, berzina dengan syaitan itu kenyataan guru tasauf sebagai ingatan agar benar-benar menjauhi amalan tersebut

NURUL apakah kedudukan aurat saya dengan sepupu nenek saya(ayah ibu saya), dan sepupu saya(anak kakak ibu saya? dan bapa saudara saya(suami kakak ibu saya) 2010-01-26 1:44 AM

Ketiga-tiga kena jaga kerana ketiga-tiga bukan mahram. Ayah ibu tu datuk ke? kalau datuk tak mengapa

azizah nur ustz bolehkah kita solat dlm opis yg mempnyai patung2 utk agama lain. ttp kita solat di bilik yg khas dan tiada patung. sbb majikan sy bukan islam.. 2010-01-26 1:34 AM

Boleh

NURUL JIKA WANITA ITU MENGANDUNG ANAK LUAR NIKAH ADAKAH IA PERLU NIKAH TERUS ATAU KENA TUNGGU ANAK ITU LAHIR? ADAKAH SAH JIKA DITERUSKAN? 2010-01-26 1:32 AM

Sah jika dia adalah anak dara, tapi jika dia adalah isteri orang lain, kena tunggu anak lahir

NURUL USTAZ, BOLEHKAH SESOARANG ITU MENIKAHKAN KALAU DIA BELUM PERNAH NIKAH? ATAU SEHARUSNYA DIA MENIKAH SUDAH BARU BOLEH MENIKAHKAN ORANG? 2010-01-26 1:25 AM

Belum bernikah boleh menikahkan orang lain jika dia wali bagi pengantin atau wali pengantin mewakilkan padanya

a'in ustaz,bolihkah harta pusaka diberi kpd waris yg disukai shj,sdgkan ada pihak yg diabaikan(x faraid)& x musyuwarah ttg agihan,jk d tegur adakah derhaka 2010-01-26 12:38 AM

Pusaka tak boleh, kalau hibah boleh

tonet,Salam Ustaz... Berapa jumlah gaji sebulan yg d WAJIB kan zakat pendapatan? 2010-01-26 12:33 AM

RM 1500

Fatimah Salam, A'bila meninggal dunia, 3 pkara yg dbawa bsama iaitu ilmu yg diamal, sedekah jariah & doa anak soleh. Adakah upah haji tmasuk 3 p'kara ini? 2010-01-25 5:38 AM

Terputus amalan adalah amalan si mati, jika orang lain buatkan dan sedekahkan padanya, maka diterima

ida T.kaseh jawapan tu tapi jika ketua kita tu bangsa lain macammana hukumnya makanan tu dan jika selalu pula masak guna air dan eletrik pejabat. 2010-01-25 4:24 AM

Tetap maklumkan kepada pihak majikan

man assalamualaikum , bolehkah kita menderma pakai duit pinjaman 2010-01-25 4:08 AM

Boleh

Mohd Salam ustaz...lepas solat,saya baru perasan yg zip seluar saya tak tutup,sah ke solat saya? atau kene solat blk?saya pakai baju yg agak labuh masa tu. 2010-01-26 11:18 PM

Kalau yakin aurat tidak ternampak sewaktu solat maka sah

Guest, Assalam ustaz. apa hukum memancing sebagai hobi, apatahlagi kalau tak dapat sekor pun, apa hukumnya seorg suami yg mengutamakan hobi berbanding keprluan anak2. Tq 2010-01-26 2:01 PM

Hobi memancing tidak salah walaupun tidak pernah dapat ikan tetapi boleh menjadi berdosa jika tanggungjawab terhadap anak-anak terabai

faizal Salam. Ustaz bagaimana cara untuk samak rumah, adakah perlu d samak keseluruhan atau bhgn dapur shj? 2010-01-26 9:24 AM

Untuk meyakinkan lebih baik samak seluruh rumah

hajah salam ust x bwa jemaaah umrah ke thn ni 2010-01-26 4:27 AM

Insyallah

Fisha Apa hukumnya jika seseorang itu tidak amanah dan mungkir janji untuk memberi komisyen atas jualan yg menyebabkan pergaduhan sehingga sipenerima mengharamkan wang tersebut terhadap sipemberi...didunia dan akhirat...sebelum bukan manis janji..bila dah dapat..terus hilang...tak mau bayar.. kalau mati macam mana ustaz..kira hutang ke sbb nilainya mencecah suku juta... 2010-01-26 3:07 AM

Hutang perlu dibayar walaupun tidak dituntut

bard ust,bolehkah kita bertalfiq?boleh tak jika sorg ambil pendapat 4 mazhab ikut mana mana yg disukai &amalkannya? 2010-01-26 3:01 AM

Bertalfiq itu boleh jika seseorang itu memang mahir di dalam 4 mazhab tersebut.

ku saya sangat lapar boleh tak saya makan babi kerana terpaksa 2010-01-28 12:39 AM

Kalau sudah terlalu dharurat maka boleh tetapi tidak sampai mengenyangkan. Niatkan untuk meneruskan hidup

LINA Kwn sy seorang gay. Saya mungkin memberi impression yg sy x kisah dgn perkara itu. Sedangkan dlm hati saya menolak. Adakah saya dikira bersubahat? 2010-01-27 1:50 PM

Paling kurang doakan untuk tidak termasuk di kalangan orang yang bersyubhat

LINA Sekira sudah b'tekad utk sesuatu. Yg mana satu lebih wajar.. solat Hajat utk m'bulat'n tekad atau Istikharah ? 2010-01-27 1:47 PM

istikharah

fys Salam, jika masih ada haid, bolehkah mandi sunat cth. hari raya. Kalau mandi sunat kena basahkan rambut & keseluruhan anggota bdn ke? T.k. 2010-01-27 9:13 AM

boleh, yang tak boleh bagi haid ialah seperti solat, tawaf..

suri KL saya solat berjemaah..bolehkah dlm semasa solat itu kita membuat niat/azam jika imam ini baca al-fatihah salah tajwidnya aku akan mufarakah dr imam... 2010-01-27 8:00 AM

Boleh

suri KL slm ustz. jika kita solat berjemaah..tiba2 kita dapati imam baca al-fatihah salah tajwidnya..perlukah kita mufarakah ketika itu. 2010-01-27 7:55 AM

Kalau bacaan fatihahnya sampai mengubah makna, maka perlulah mufarakah

bard ust,bagaimana jika kita solat kemudian ada org tegur kata tidak cukup rakaat sedangkan kita yakin cukup rakaat? 2010-01-27 2:40 AM

kita yakin, tak perlu ikut pendapat orang

bard ust,bagaimana jika selepas solat didapati pakaian ada najis spt tahi kucing,ayam,dsb. perlu solat semula ya ustaz? 2010-01-27 2:36 AM

kena

bard ust,jika anggota badan berdarah(luka) tak berhenti mengalir darah,boleh solat tak?bagaimana cara? 2010-01-27 2:28 AM

Ya, tetap perlu solat. Cuba ikat tempat yang mengalirkan darah tersebut dan lakukan solat. Jaga semaksima yang kita mampu, yang tak mampu, Allah akan ampunkan

bard ust,jika pakaian terdapat tompokan darah walaupun dibasuh tapi tak hilang sepenuhnya sah tak bawa solat? 2010-01-27 2:27 AM

Sah

ira ustaz ape hukum memakai inai di kepala 2010-01-28 5:21 PM

harus

yun salam 2010-01-28 4:52 PM

Salam

Sym A'kum, adakah zakat harta wajib bg mereka yg tiada harta dan simpanan? 2010-01-28 7:36 AM

Tidak wajib

Sym Puasa sunat isnin dan khamis, bolehkah dibuat bersama puasa qadak? 2010-01-28 7:33 AM

Boleh

Guest Salam, ustaz, mohon jadikan buku ustaz Sifat Solat Nabi untuk jadi rujukan untuk program khemah ibadah sekolah, mohon keizinan ustaz 2010-01-28 4:24 AM

ida jawapan ustaz dah saya sampaikan pada org lain tetapi saya rasa seperti dipulaukancontoh dengan lantang mengajak orang2lain makankecuali saya sedehnya 2010-01-28 3:54 AM

Sabar, dugaan dalam hidup. Allah bersama dengan orang yang sabar

bard ust,jika kita solat berjemaah dan ada jemaah depan kita jatuh pengsan apa perlu sebaiknya dibuat?bagaimana pula dgn solat? 2010-01-28 12:55 AM

Dalam kaedaan darurat seperti itu, kita boleh hentikan, niatkan untuk membantu yang pengsan tersebut

Guest salam.saya ingin bertanya.apakah hukum nya jika kita menindik lebey dr satu subang dkt telinga.mksdnya satu telinga ada dua atau 3 subang 2010-01-28 12:52 AM

Kalau perempuan tak mengapa,

melayu saya telah makan hidangan sayuran dan daging babi yg amt menyelerakan,,tetapi selepas makan berkali2 tak adapun allah menyeru saya berhenti makan babi 2010-01-28 12:44 AM

Adapun halal itu jelas dan haram itu jelas. Seruan Allah telah termaktub di dalam al-Quran dengan jelas

Wallahualam

Semoga menepati kehendak soalan. Jika ada lagi yang kurang jelas, boleh bertanya kembali

“Pertanyaan, Kunci Pengetahuan”

Al-faqir Ila Rabbihi

Muhamad Abdullah

Putra Heights

29 Januari 2010 jam 11.20 malam

Thursday, January 28, 2010

Sekilas 33 – Isu Kepala Babi di Masjid, memahami cara berfikir

Rabu 27 Januari 2010, jam 6.30 pagi, kepala babi hutan yang dibungkus dalam empat beg plastik beras ditemui di perkarangan Masjid Jumhuriyah, Taman Datuk Haron dan di hadapan pintu masuk ke perkarangan Masjid Al Imam Al Tirmizi, Taman Sri Sentosa.

Seingat saya, ini kali kedua perkara seperti ini berlaku. Pertama kali ialah di surau Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya pada 16 Januari 2009 menjelang pilihanraya kampus.

Saya tidak mahu mengupas siapakah yang melakukan perkara ini, tapi saya ingin mengupas dari sudut memahami cara berfikir orang yang terlibat melakukan perkara ini.

Orang yang melakukan perkara ini sudah tentu mempunyai doktrin yang kuat untuk dia melakukan perkara ini.

Ada dua kemungkinan kejadian meletakkan kepala babi hutan di masjid ini.

1. Dilakukan oleh orang kafir

2. Dilakukan oleh orang Islam sendiri.

Perbahasan pertama ialah jika ia dilakukan oleh orang kafir.

Jika peristiwa meletakkan kepada babi ini dilakukan oleh orang kafir, maka kita tidak hairan kerana memang orang kafir sikapnya tidak akan senang dengan Islam. Allah swt menyebutkan di dalam al-Quran:-

Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepada kamu hingga kamu mengikuti agama mereka (surah al-Baqarah ayat 120)

Allah sendiri mengingatkan kepada kita bahawa orang kafir tidak akan redha dengan kita hinggalah kita mengalah dan mengikut mereka.

Oleh kerana Allah telah ingatkan, maka, jika kes kepala babi ini dilakukan oleh orang kafir, kita tidak begitu terkejut, memang sikap mereka selalu menunjukkan permusuhan.

Jadi, untuk apa marahkan mereka, marahkanlah diri yang tidak bersatu hingga boleh diperlakukan demikian, marahkan diri hingga orang kafir boleh memperkotak katikkan kita demikian.

Dari segi, siyasah syariyyah, jika mereka tertangkap dan terbukti melalui qarinah (sabitan bukti), maka menurut siyasah syariyyah (ilmu politik Islam) orang itu perlulah dihukum. Ia jatuh kepada pemerintah untuk menghukum menurut kebijaksanaannya. Ia perlu dihukum untuk menjaga keharmonian sesebuah masyarakat.

Dan bagi diri kita pula, tingkatkan kesatuan agar Allah letakkan rasa hormat orang kafir pada umat Islam.

Perbahasan kedua ialah jika ia dilakukan oleh orang Islam sendiri.

Kita mungkin terfikir, adakah orang Islam yang tergamak melakukan seperti ini? Sebenarnya ada, jika mereka melihat perbuatan itu melalui cara Siyasah Syariyyah.

Ada dua golongan orang yang cuba berfatwa menurut siyasah syariyyah (ilmu politik Islam).

1. Golongan pertama ialah golongan yang berfatwa secara keras, boleh buat apa sahaja asalkan umat Islam sedar, boleh buat apa sahaja asalkan kebaikan menyebelah kepada Islam.

Orang yang berfatwa seperti ini boleh melakukan apa sahaja asalkan ia boleh memberi kebaikan untuk umat Islam atau kebaikan itu untuk sesetengah golongan.

Mereka boleh buat apa sahaja hingga yang lebih teruk dari meletakkan kepala babi di masjid dan surau. Mereka boleh berfatwa hingga membunuh di atas nama agama jika perlu.

2. Golongan kedua ialah golongan yang berfatwa secara sederhana, iaitu seseorang itu boleh melakukan apa sahaja asalkan tidak melanggar syarak kerana matlamat tidak menghalalkan cara.

Golongan kedua ini menolak fatwa golongan pertama. Mereka akan berpegang bahawa walaupun untuk kebaikan Islam, tetapi ia mestilah selaras dengan syarak dengan melihat kepada budaya setempat. Mereka akan mengutamakan menolak keburukan. Mereka akan lebih mengutamakan memelihara kebaikan dari menimbulkan kemudaratan.

Dalam kes meletakkan kepala babi ini di masjid, jika ia dilakukan oleh orang Islam, sudah tentu mereka adalah dari golongan yang pertama. Fatwa mereka lebih keras dan kurang memerhatikan keadaan sekeliling. Mereka akan bertentangan dengan golongan kedua.

Secara peribadi, saya memilih pendekatan kedua iaitu matlamat tidak menghalalkan cara. Jika ingin membuat sesuatu untuk kepentingan Islam dan Umatnya, ia mestilah tetap di dalam lingkungan syarak.

Kita tidak boleh mencemarkan rumah Allah walau apa pun alasannya.

Saya yakin, ramai ustaz di Malaysia juga mengambil pendekatan kedua di dalam pandangan mereka melalui fatwa Siyasah Syariyyah.

Jika kes kepala babi ini dilakukan oleh orang kafir, maka mereka perlu dihukum dengan beratnya kerana telah mula berani mencabar umat Islam hingga ke tahap ini,

Tetapi, jika ia dilakukan oleh orang Islam, ini bermakna, telah ada para ustaz di Malaysia yang mula berfatwa dengan membawa pendekatan pertama.

Ini memberi petanda, akan banyak lagi fatwa yang keras yang akan dikeluarkan dan akan ada yang mentaatinya.

Bagi kita orang awam, berhati-hati di dalam berguru, kerana di belakang orang yang hebat, ada guru yang hebat dan di belakang orang yang jahat juga ada guru yang jahat. Ibarat kata pepatah Melayu,

Berburu ke padang datar dapat rusa belang kaki, berguru kepala ajar ibarat bunga kembang tak jadi.

“Sekilas Itu Realiti, Realiti Itu Kehidupan”

Al-Faqir Ila Rabbihi

Muhamad bin Abdullah

Putra Heights

28 Januari 2010 jam 1.50 pagi

Tuesday, January 26, 2010

Diari 161 – Behind The Scenes (Program Halaqah TV9)

“Amin, ko ada baju warna hitam tak? Tanya Ustaz Jazlan pada saya. Beliau merupakan abang sulung saya dan mempunyai perbezaan umur 8 tahun dengan saya.

“Kalau tak ada Long belikan, sekarang Long kat PKNS ni” beliau menawarkan.

“saiz ko XL kan?” tanya beliau lagi.

“Macam tulah” jawab saya ringkas.

Hari ini, 24 Januari 2009, saya dan Ustaz Jazlan memenuhi undangan sebagai ahli Panel program Halaqah TV9 yang dibuat secara langsung dari Studio C, Sri Pentas.

Kebetulan kala ini, Allahyarham Sultan Johor, Sultan Iskandar telah kembali kerahmatullah. Jadi, kami diminta oleh penerbit untuk memakai sut hitam.

Jam 3.00 petang, ustaz Jazlan datang ke rumah saya dengan baju Melayu hitam yang telah beliau belikan untuk saya. Beliau juga membeli reben putih untuk diletakkan di songkok sebagai tanda berkabung.

Kami sama-sama mencuba baju dan songkok yang baru diletakkan dengan jalur reben berwarna putih.

Jam 6.00 petang, seperti biasa, saya bersama anak Yatim dan Tahfiz al-Ijabah membaca selawat-selawat Nabi dari kitab Dibaie di USJ 4 Subang Jaya.

Selesai solat Maghrib, saya dan Ustaz Jazlan bersiap-siap untuk ke Sri Pentas. Kebetulan kala ini, hujan turun agak lebat di sekitar Subang Jaya.

Jam 8.00 malam, kami bertolak dari USJ ke Sri Pentas, dan jam 8.20 malam, kami telah sampai di kawasan letak kereta.

Saya melihat En. Azli Paat sedang sibuk membetulkan pakaiannya di kawasan letak kereta. Beliau dijemput untuk menerangkan teknologi CCTV bersempena dengan tajuk Halaqah malam ini.

Kami duduk di tempat menunggu sementara jurusolek sedang bersiap untuk membedakkan kami. Bagi program agama, jurusoleknya adalah lelaki.

Pembantu penerbit sibuk membuatkan lebal putih untuk songkok En. Azli dan Ustaz Syukri.

9.10 malam, kami semua dijemput untuk bersiap sedia di dalam studio.

Malam ini, tajuk perbincangan Halaqah adalah CCTV, ia sebagai simbol kepada Malaikat Raqib dan Atid yang sentiasa mencatatkan amalan kita.

Ayat rujukan di dalam program Halaqah hari ini ialah dari surah al-Infitar ayat 10-12.

Program dimulakan dengan En. Azli menceritakan mengenai teknologi CCTV.

Selepas itu, soalan diajukan kepada ahli panel. Di sini saya ingin berkongsi soalan yang diajukan dan jawapannya secara ringkas.

Soalan pertama, diajukan pada saya.

Sebagai rujukan pemahaman kita, boleh ustaz terangkan kenapa dan bagaimana Allah menjadikan malaikat dari sudut unsur penciptaannya, sifat-sifat, tugasan dan cara pengabdiannya kepada Allah?

- Malaikat diciptakan dari cahaya

- cirri-ciri malaikat antaranya ialah, boleh menyerupai manusia (Surah Maryam ayat 17) tidak angkuh dan tidak letih (Surah al-Anbiya ayat 19)

- menurut Waliyullah Dahlawi, malaikat diciptakan dari unsur yang sangat baik dan sangat menolak sifat kebinatangan (al-Hujjah al-Balighah).

- Malaikat mempunyai tugasan yang diberi oleh Allah, ada yang disebut di dalam al-Quran secara jelas dan ada yang disebut secara umum seperti mereka bertasbih.

Soalan kedua diajukan pada Ustaz Jazlan.

Boleh ustaz terangkan perihal malaikat Raqib dan Atid?

- Raqib dab Atid adalah nama tugasan iaitu yang sentiasa mengawasi, ia wajib kita imani.

Soalan ketiga diajukan kepada saya

Bagaimana kita ingin menyedarkan diri kita bahawa kita sedang diperhatikan oleh kedua makhluk Allah itu?

- tingkatkan ilmu, kerana yang takutkan Allah hanyalah orang yang berilmu (surah al-fatir ayat 28)

Soalan keempat diajukan kepada Ustaz Jazlan

Manusia mudah lalai dan lupa, iman pula kadang-kala sukar untuk dipertahankan, pahala dan dosa dilakukan silih berganti. Kenapa hal ini berlaku dan bagaimana caranya untuk kita istiqamah ke jalan kebaikan?

- tingkatkan iman

- tingkat ilmu

Soalan kelima diajukan kepada saya

Bagaimana menanamkan rasa sedar kepada anak-anak?

-Ulang-ulangkan selalu

Soalan keenam, kepada Ustaz Jazlan

Ceritakan keadaan saat amalan manusia dibentangkan sedangkan mulut terkunci?

- Ustaz Jazlan mengupas surah al-Insyiqaq ayat 7 hingga 12.

10.30 malam, program tamat dan kami diajak untuk menjamu Mee Bandung yang ditaja.

Secara keseluruhan, program ini sangat baik untuk semua. Sama-sama kita boleh berkongsi ilmu dan pengalaman.

Tahniah dan syabas kepada Penerbit dan seluruh Krew yang menjayakan program ini, semoga terus dirahmati Allah, amin…

“Diari, Merakam Sejarah Mencatat Kenangan”

Al-Faqir Ila Rabbihi

Muhamad bin Abdullah

Putra Heights

26 Januari 2010 jam 2.30 pagi

Selepas mesyuarat pentadbiran Asrama Anak Yatim dan Tahfiz al-Ijabah.

IMG_5848

Dari tempat letak kereta

IMG_5851

Bilik menunggu

IMG_5878

IMG_5881

IMG_5887

Persediaan akhir

IMG_5910 

IMG_5912

IMG_5928

Rehat iklan pertama

IMG_5940

IMG_5947

IMG_5954

IMG_5961

IMG_5974

Santai selepas tamat program

 Alhamdulillah syukur di atas pembukaan Kapal Dive Lodge dibawah selian Ustaz Muhamad bin Abdullah atau lebih dikenali sebagai Ustaz Amin ...