Monday, November 9, 2009

Sekilas 28 – Apa Yang Boleh Kita Pelajari…

Di dalam hadis yang diriwayatkan oleh at-Tarmizi, hadis no 3253, Rasullullah bersabda:-

“Tidaklah sesat sesuatu kaum itu setelah mereka mendapat hidayah melainkan orang yang suka bertengkar”

Bagi kita yang bercita-cita menghampirkan diri pada Allah ini, apa yang paling kita risaukan di dalam sesuatu pertengkaran bukanlah menang atau kalah, tetapi hilangnya hidayah setelah Allah berikan pada kita

Di dalam sesuatu perbalahan, ini yang selalu terjadi.

Kalau dalam rumah tangga, perbalahan di antara suami dan isteri, jika dibawa ke Mahkamah Syariah, banyak perkara yang disebut oleh isteri adalah perkara yang diperbesarkan, begitu juga suami.

Nanti, bermula dengan membicarakan masalah rumah tangga menjadi saling salah menyalah, saling tuduh menuduh dan saling melontarkan pembohongan.

Jika antara kawan-kawan sepejabat, jika berlaku mana-mana pertengkaran, masing-masing nanti akan mempertahankan diri hingga kadang-kala ada perkataan yang kurang tepat yang dilafazkan.

Ataupun mungkin perkataan yang berhelah, iaitu mengatakan sesuatu yang mudah disalah ertikan oleh orang yang mendengar.

Di dalam AJK surau atau masjid pun sama, apabila berlaku perbalahan, maka nanti ada yang saling kata mengata dan melontarkan fakta yang tidak betul.

Di dalam perselisihan di antara Dr. Asri dan Persatuan Guaman Syariah Malaysia (PGSM), telah wujud unsur seperti ini.

Dr. Mohd. Asri mendakwa PGSM telah memohon maaf kepadanya menerusi satu musyawarah yang dipengerusikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir Baharom baru-baru ini.

PGSM bagaimanapun menafikan membuat permohonan maaf itu kepada Mohd. Asri dan turut menafikan laporan kononnya persatuan itu menarik balik memorandum tersebut

Salah satu pihak mesti ada yang tak betul dan salah satu mesti ada yang berhelah.

Jika kita mendengar satu perselisihan fakta seperti ini, mana satu yang kita mahu percaya?

Di dalam ilmu Qawaid Fiqh, sesuatu itu akan kekal di dalam keadaan asalnya.

Jika seorang isteri mendakwa bahawa dia telah diceraikan oleh suami, si suami itu menafikan, maka perkataan yang akan dipakai adalah dari suami. Ini kerana, pada asalnya perkahwinan adalah wujud.

Jika seorang suami, mengaku telah memberi nafkah kepada isteri, tetapi isteri manafikan nafkah tersebut, maka yang akan dipakai adalah perkataan isteri. Ini kerana, pada asalnya nafkah itu belum diberikan.

Jika di dalam kes Dr. Asri dan PGSM ini, Dr. Asri mengatakan bahawa PGSM telah meminta maaf sedangkan PGSM menafikan, mana satu yang kita nak pakai?

Berbalik pada hadis yang dibacakan di awal artikel ini. Kita risau perbalahan ini sebenarnya tidak membuahkan kebaikan. Malahan semakin memecah belahkan dan semakin banyak fakta-fakta yang keliru dan helah yang diutarakan.

Hasilnya nanti, masing-masing menggunakan hujah agama untuk berhelah.

Cuma, saya yakin satu perkara. Agama ini milik Allah. Lambat laun, kita akan melihat kebenaranya. Yang salah akan di dedahkan sendiri oleh Allah.

Dan perkara yang berlaku ini juga, bukan kebetulan. Telah lama ada yang mendakwa mereka sahaja betul dan orang lain salah. Mungkin, dengan peristiwa ini, akhirnya Allah mahu tunjuk, apa yang betul dan apa yang salah sebenarnya.

Bagi kita, bermohonlah agar Allah tetap memberi petunjuk pada kita dan membimbing kita. Jangan sampai perbalahan ini menyebabkan kita terlepas pandang perkara yang lebih penting.

Di luar sana ada orang yang sedang dikristiankan, ada anak muda yang sedang rosak, ada bapa yang sedang merogol anak, ada orang yang sedang mendera dan menzalimi seseorang.

Apa yang kita buat? Adakah sibuk mempertikaikan mengenai orang memasak bubur pada hari Ayura? Sekali-sekala Allah datangkan orang menegur kita, untuk Allah rasakan juga, bagaimana perasaan kita, jika dipertikaikan oleh orang lain.

Bagi yang menegur pula, jangan jadikan ia sebagai cara membalas dendam di atas individu. Dikhuatiri tidak menimbulkan kebaikan untuk Islam.

Semoga terbaik untuk semua. Semoga perbalahan ini tidak menjadi menghentam individu atau mempertahankan diri atas nama agama.

“Sekilas Itu Realiti, Realiti Itu Kehidupan”

Al-Fakir Ila Rabbihi

Muhamad bin Abdulllah

Putra Heights

9 November 09 jam 9.00 pagi

Thursday, November 5, 2009

Jawapan Pada Persoalan 79

Alhamdulillah, kesempatan yang ada, dapat kita berkongsi jawapan bagi persoalan yang diajukan

a'in ustaz,apakah hukum menjual@membeli barangan rampasan kastam2009-10-28 4:16 AM

jika memang telah diisytiharkan bahawa pemilikan orang pertama telah gugur kerana pelanggaran undang-undang dan orang pertama memang tahu jika dia membuat itu dan ini, barangnya akan dirampas.

Ketika itu harus

a'in ustaz,adakah wang ganjaran@pampasan dkenakan zakat 2009-10-28 4:00 AM

tidak

Along Assalam. ustaz, kami jual rumah tolak smua dpt RM100 ribu lbih. Kene zakat @ tunggu sethn la ni blum sthn duit dah kureng, so byar zakat yg mana? TQ2009-10-28 3:44 AM

Kira terus.

BARD Ust,jika imam lakukan kesalahan spt terlebih rakaat/tidak duduk tahiyat awal,makmum tegur subhanllah tapi imam tidak respon. apa makmum perlu buat? 2009-10-28 3:08 AM

Jika terlebih rakaat, makmun tak perlu ikut dan niat mufaraqah (berpisah dari imam)

yang boleh diamalkan untuk dapatkan anak lelaki? 2009-10-28 3:04 AM

teruskan berdoa

BARD ust,kenapa solat zohor&asar imam tidak perlu baca kuat bacaan solat?2009-10-28 3:02 AM

Hikmahnya kerana pada ketika itu orang masih segar, jadi cukup dengan baca perlahan. Berbanding malam. Memerlukan bacaan kuat untuk makmum lebih memberikan perhatian. Tetapi hikmah sebenar, Allah sahaja yang tahu.

Guest salam ustaz..sy ingin bertanya jika kain ihram saya terkena air kencing kerana kencing tak tus, apakah yg perlu sy buat..bgmana ibadah haji sy nanti.. 2009-10-27 11:27 PM

Jaga semaksima yang mampu, jika dah memang berpenyakit, di maafkan bagi orang ini sahaja dan bagi keadaan penyakitnya itu sahaja.

ali ustaz.psal bangunan kjaan yg drobohkan itu btul ker kita boleh amik kayunya.sbb itu hak org ramai.yg bg itu pn cma d amnah utk jaga jer tp bkn ia pny 2009-10-27 1:04 PM

kalau roboh itu, memang dilafazkan akan dilupuskan, maka boleh. Tetapi jika ada perancangan lain yang bukan untuk dilupuskan, tak boleh

Guest bolehkah diqaza solat farzu bukan diwaktunya msalnya zohor dlm wktu asar 2009-10-28 12:27 PM

Boleh

Guest Boleh ke kita tarbiyah org lain sedangkan ahli keluarga sendiri tidak mau di tarbiyah.. 2009-10-28 8:05 AM

Boleh

kak cik Assalamualaikum ustaz,saya dan beberapa orang sahabat telah menubuhkan rumah kebajijan untuk ibu tunggal dan anak yatim,namun hanya dpt menjalankan a 2009-10-28 8:00 AM

Kak cik, soalan tak abis, tanya balik

m&n salam ustaz, nak tanya pasal pakaian anak sy yg mgkn terkena kencing dia bercampur basuh dalam washing machine. Suci ke baju lain utk digunakan utk b 2009-10-28 6:43 AM

kena bilas diluar dahulu najis itu, dah suci barulah masuk bersama di dalam mesin, jika campur terus, maka najis seluruh pakaian itu

hanani suami sering m'ugut utk mharamkn sgl apa prnah diberi pd sy apbl kmahuan/kehendaknyer xdipenuhi tanpa brbincang trlebih dahulu,trasa xadil utk sy, adakah btul akn jatuh haram,walupn sgl yg diberi adlh nafkah iisteri&anak,pdhal ia adlh tnggjwbnye&smua itupn sy xhrpkn sgt sbb sy bekerja 2009-10-28 4:40 AM

hak nafkah adalah kewajipan suami yang perlu diberi pada isteri. Jika ia mengatakan tidak menghalalkan, perkara itu tidak mengapa

Yang keduanya, jika sesuatu pemberian telah diberi, dan telah berlaku penerimaan, maka orang itu tidak boleh mengambil balik ataupun mengungkit dia tidak menghalalkan.

Mengambil balik barang yang diberikan hanya dibolehkan dalam keadaan ibu ayah pada anak

Padi salam ustaz..nak tanya cam ner klu mandi wajib or whuduk jika masih terkeluar sikit sisa kencing...sy dah berdehem dll..sah ker? 2009-10-28 4:35 AM

Setelah wudhuk, jika berdehem dan keluar lagi, maka ambil wudhuk balik

raudhah assalamualaikum..saya ada masalh peribadi. mcm mana sy blh msj dgn ustaz.wasalam2009-10-28 4:22 AM

emailkan, tapi dalam email mungkin lambat sikit jawab.

hr ustaz seorang suami tidak boleh kafwin lebih dari 4 orang isteri n if dia hendak kahwin kena ceraikan salah 1? 2009-10-29 3:15 AM

benar, tapi, apa jenis suami lah...

hr bolehkah kita share makanan dengan mengunakan sudu yang sama ketika makan dengan orang yang bukan islam? 2009-10-29 3:14 AM

syubhat

hr ustaz apakah kedudukan aurat seorang islam dengan orang kafir samaada diantara wanita dengan wanita atau sebaliknya? ex: mcm waktu nak potong rambut? 2009-10-29 3:13 AM

Muslimah dan wanita kafir auratnya seperti dengan lelaki. Dalam hal gunting rambut, jika tak ada pilihan maka, dimaafkan

tonet, Salam Ust Abg sy dah b'usia 50th tp x nak kahwin coz dia bimbang akan melupakan t/jwb pd mak. Apa hukumnya ust? 2009-10-29 6:46 AM

Dalam hadith nabi mengatakan yang diriwayatkan oleh Ibnu Majah, bab Nikah hadith ke 1836

“Nikah itu sunnahku, barang siapa yang tidak mengamalkan sunnah ku, maka bukan dari golongan ku”

miss Assalammualaikum. Sahkan solat seseorg wanita jika rantai yg dipakai mempunyai gambar kepala manusia di loketnya?2009-10-29 6:15 AM

sah tapi bertentangan dengan adab

miss Assalammualaikum. Apa pandangan ustaz mengenai seorg bukan muslim ingin belajar memberi salam atau mengucapkan bismillah. 2009-10-29 6:13 AM

boleh dan semoga muqaddimah mempelajari Islam

miss Assalammualaikum..apa pandangan ustaz jika seorg sunnah ingin mengahwini seorg syiah. Allahualam 2009-10-29 6:11 AM

Niatkan untuk dakwah

Yati68 Ibubapa sy telah meninggal.Adakah perlu sy bt korban utk mereka krna sms hidup tak sempat buat. 2009-10-29 6:01 AM

Terdapat khilaf dan perbahasan, ada yang mengatakan boleh dan ada yang mengatakan tidak. Bagi saya, kita buat dan niatkan pahalanya untuk mereka.

Yati68 Adakah perlu mandi wajib jika keluar sedikit cecair spt darah pd waktu pagi ttp tiada pd ptgnya.diikutkan masa tsbt bukan time period.Perlu x sy solat 2009-10-29 5:59 AM

Jika memang darah penyakit, maka tidak perlu

hidayah.sk ...sy nk tgok gmbr ciri2 daun & bunga Gharqad dgn lebih jelas agar dpt dikongsi dgn teman yg lain. t.kasih ustz. 2009-10-29 4:43 AM

Ads4bucks Salam Us, betul ke jika kita pamer ayat 1,000 dinar tu menyalahi hukum Islam? clip_image0012009-10-29 4:34 AM

Jika pamir dan beriktikad, ia sebab rezki, salah. Allah yang memberi rezeki. Ayat itu ayat tauhid. Jika dengan mempamirkan semakin kita menghampiri Allah, meyakini Allah pemberi rezki, maka boleh gantung, sebagai salah satu cara mengingati Allah

hidayah.sk ustz selalu ke luar negara.minta tlg ustz usaha siarkn gambar pohon Gharqad (kaktus) yg ditnm Yahudi utk lindungi mereka.dah search tapi tak jumpa. 2009-10-29 4:33 AM

cari dalam artikel saya dalam april-mei 09

salsa salam ustaz, saya berhajat utk pegi haji thn depan tp belum sampai giliran. Bole ke saya buat rayuan n minta tolong org dlm utk dpt tempat 2009-10-29 4:00 AM

boleh, tapi haji itu hakikatnya jemputan Allah, jika orang dalam tolong pun, tapi Allah tak jemput, maka tak dapat juga.

Jadi, minta Allah, doa mohon kita dijemput tahun hadapan itu.

Guest mcm mn nk TAHUseseorg tu jodoh kite. da bt istikharah byk kali , lintasan ptama slalu tunjuk arah 'seseorg' tp mslhya 'seseorg' tu susah btl nk dpt..2009-10-29 10:29 AM

Teruskan istikharah. Kita hanya minta dari Allah petunjuk, tapi yang terbaik, Allah yang mengetahui

Guest maaf ustaz..sbrnya sy ingin berty apa maksud mimpi hujan lebat dan banjir hampir memasuki rumah 2009-10-29 10:16 AM

Rezki

Guest Ust, apa definisi lagha? Tolong berikan contoh. Apa hukum melakukan perkara lagha sesama bukan mahram atau sesama mahram? 2009-10-29 9:12 AM

Lagha itu sia-sia. Bercakap, bergurau hingga lupa diri dan Allah, itu contoh lagha

tolong berikan lafaz tasbih kifarah.terima kasih ustaz.

2009-10-29 8:37 AM

cari dalam buku doa, banyak ada

Kak Sue Salam. Saya dah salin doa ustaz tu..ada kat sini link 2009-10-29 8:11 AM

Terima kasih kak sue yang tolong tuliskan doa tu,

nek tua salam Utz kalau kita ada solat yang tertungga kita tidak boleh buat solat sunat yg mengiringi solat wajib ke 2009-10-29 7:33 AM

boleh

tonet, Salam Ust siang saya baca biodata Nabi Muhammad saw. Mlmnya sy bmimpi jumpa sorg pakcik+anknya. Sy ckp,'untung pakcik, nama ank = mcm Nabi'. Pakcik 2 senyum je! Bila sy sedar, baru t'ingat yg nama Ust kan ke 'Muhamad bin Abdullah'... 2009-10-29 7:13 AM

Alhamdulillah,

Guest Ustaz, sy ada masalah. Sy mempunyai seorg rakan.Dia sudah berkahwin.Tp bergaul mesra dengan lelaki lain yg katanya dianggap sebagai kawan baik. Kemudian sy nampak hubungan mereka teramat mesra.Walau sudah ditegur org tp tidak diambil peduli.Bagaimana harus sy hadapi situasi ini Simpati sy pada suaminya. Kerana dibelakang suaminya kawan sy ni terlampau mesra dgn lelaki lain. 2009-10-30 2:19 AM

Teruskan teguran dan terus doakan. Jika memang berduan hingga ke peringkat maksiat, boleh laporkan pada Penguatkuasa Agama

Guest Ustaz, mcmana kalau sy marah pd ibu dan ayah kerana selalu menipu saya dan telah mempergunakan saya utk kepentingan mereka. 2009-10-30 1:47 AM

Tidak dikatakan anak derhaka di dalam tiga keadaan

1. menyatakan keimanan

2. menyatakan hukum hakam

3. menyatakan akhlak Islamiyyah

Cuma di dalam menyatakan di atas, hendaklah berkata dengan baik dan jangan meninggikan suara

Nur salam ustaz.selain menasihati,berdoa apa yg patut dilakukan utk mengatasi anak yg x suka belajar,suka main game.tp dia jaga solat 2009-10-30 1:20 AM

Selagi seseorang itu menjaga solatnya, maka jangan risau. Teruskan doa

Guest batal ke wudhu saya jika bersentuhan dgn mak tiri isteri saya 2009-10-30 12:36 AM

Tidak

Guest semasa imam baca surah al insaan di pg jmt airmata mengalir kerana tiap hujung ayatnya menusuk ht sy walhal sy tk fhm makna agungnya allah susunbahasa 2009-10-29 11:49 PM

Semoga Allah terus merahmatimu

Guest assalamual'alaikum ustaz, bagaimana cara nak buat permohonan untuk anak (yg bukan anak yatim) ke Yayasan al Ijabah.2009-10-29 11:37 PM

Hantar email pada saya detail anak, darjah berapa sekarang, di mana sekarang bersekolah dan keputusan terakhir

uest Ustaz, Sy ada menonton berita tv3 dan terkejut melihat ustzh Dr Masitah bersalam cium tgm PM. Ustzh patut tunjuk contoh baik. apa komen ustaz? 2009-10-29 2:17 PM

Secara peribadi saya tak setuju, tapi untuk selanjutnya, kena tanya dia sendiri apa alasannya

Nur Salam ustaz.Apa pandangan ustaz mengenai doa akashah r.a.adakah boleh diamalkan ? 2009-10-29 12:38 PM

Amalkan selagi meminta itu pada Allah

Guest salam.ustaz dah pergi berape buah negara.saje je nak tahu.jangan marah haaa 2009-10-30 11:09 AM

Lebih 30

tonet, Salam Ust Btl ke kat Masjidil Haram je x de Solat Tahiyyatul Masjid? 2009-10-30 9:35 AM

ye

faisal utk solat Jumaat, ada x solat qabliyah & ba'diyah?2009-10-30 6:45 AM

ada perbahasan yang panjang, ada ulama kata ada, ada kata tak ada

k ust,kita digalak solat 2 rakaat semasa hari jumaat walaupun khatib sedang baca khutbah. solat sunat apa? tahiyatul masjid atau rawatib zohor? 2009-10-30 6:26 AM

afdhalnya tahyatul masjid,

Guest1 Ust, kalau seorg bukan islam nak beri lembu utk korban pd raya haji & beri duit utk besarkan surau, boleh terima/tidak, apa hukumnya? 2009-10-30 5:18 AM

Boleh, apabila dia bagi lembu pada kita, maka ia dah jadi milik kita, kemudian, kita niatkan untuk korban.

kakak salam.nak kembalikan adik yg suka melakukan pkra mungkar cnth,tikam no.tgk video lucah.tapi dia solat.umr dia belasan thn 2009-10-30 4:03 AM

terus doakan

Ziema Ass,kum.Ustz skdr nak tahu apa pandangan ustz ttg pendermaan organ kita bagi organ islam bila kita mnggal dunia.Apa hukumnya?? 2009-10-30 2:26 AM

Harus

Guest Hubungan kawan sy dgn teman baiknya ni hampir serupa dengan hubungan suami isteri tolong ustaz, macamana harus sy lakukan.Sekarang ni pun mereka berdua buat saya mcm sampah kerana tegur perbuatan mereka ini. 2009-10-30 2:21 AM

Tersukan tegur, kita tegur orang bukan sebab nak ubah dia, kita tak mampu nak ubah manusia, kita tegur orang sebab Allah suruh kita tegur orang salah

Wallahu Alam,

Semoga menepati kehendak soalan. Kalau masih ada kesamaran, bolehlah bertanya kembali.

“Pertanyaan, Kunci Pengetahuan”

Al-Fakir Ila Rabbihi
Muhamad bin Abdullah

Putra Height

5 November 09, 9.20 pagi

Tuesday, November 3, 2009

Sekilas 27 - “Doktor Asri tu tipu ke?”

“Doktor Asri tu tipu ke?” tanya anak murid saya ketika membaca artikel di Utusan Malaysia hari ini, 3 November 09

Saya tak tahu nak jawab macam mana. Jika menurut Penolong Pengarah Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Zamihan Mat Zain AlGhari Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin didakwa memalsukan kelayakannya dalam bidang syariah di peringkat ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Bahasa Arab/Syariah dari Universiti Jordan.

Berbagai skop orang membahaskan penangkapan Dr. Mohd Asri.

Saya tak mahu masuk di dalam kancah perbalahan ini. Saya cuma ingin membahaskan bidang pengajian agama yang terdapat di dunia mutakhir ini.

Ia sebagai jawapan bagi sesiapa yang bertanya seperti anak murid saya di atas tadi.

Di dalam bidang agama di Universiti sekarang, ada tiga bidang besar.

1. Syariah (hukum hakam)

2. Usuluddin (berkaitan dengan hadith, tafsir)

3. Bahasa Arab

Kadangkala, ada sesetengah Universiti yang mencampurkan bidang ini seperti Major Bahasa Arab dan Minor Syariah. Ia tetap dari Fakulti Sastera bukannya Syariah.

Dalam bidang Syariah sendiri pun, ia banyak pecahan. Kalau orang yang berlatar belakang Syariah dan Pengurusan, maka dia tidak akan mahir di dalam bab Undang-Undang Syariah, ini kerana, undang-undang Syariah di dalam jabatan Syariah dan Undang-Undang.

Maha suci Allah, sangat luas, lautan ilmuMU ya Allah.

Inilah tiga bidang yang besar di dalam Universiti. Ketiga-tiga bidang ini, jika keluar orang akan panggil dia sebagai ustaz. Dan orang akan sangka, dia akan tahu semua benda.

Jika kita hendak berbicara mengenai hukum hakam, bidang yang paling baik ialah bidang Major Syariah. Ini kerana, seorang agamawan di dalam bidang syariah akan mempelajari kaedah mengeluarkan hukum di dalam sesuatu perkara.

Bidang lain, mungkin ada, tetapi hanya elektif sahaja dan sudah tentu penumpuan dan penekanannya tidaklah sedalam orang yang memang di dalam bidang syariah.

Saya pernah mengajar kuliah Zohor di Maybank di Petaling Jaya. Satu ketika, heboh warga Maybank ini apabila seorang Doktor dari sebuah Universiti mengajar bahawa sembahyang tidak perlu membaca surah al-fatihah.

Ketika saya mengajar hari itu, warga Maybank ini bertanya kepada saya mengenainya. Saya memberikan jawapan saya.

“Tapi dia seorang Doktor, ustaz. Mana satu saya nak percaya ni” kata salah seorang warga Maybank ini.

Saya diam sejenak. Kemudian, saya memandang wajah-wajah sahabat-sahabat yang keliru ini.

“Tuan-tuan, nanti, kalau Doktor tu datang mengajar lagi, cuba tanya Phd nya dalam bidang apa, saya boleh jamin, dia bukan dari bidang syariah” kata saya.

Bulan hadapannya, saya datang mengajar di Maybank ini lagi. Kali ini, warga Maybank ini memberitahu saya:-

“Ustaz, betul cakap ustaz, Doktor tu, bidangnya, Usuluddin pengkhususan Sejarah dan Tamaddun”

Cuba bayangkan, seorang yang bukan bidangnya, hanya menukilkan pandangan-pandangan dari kitab itu dan ini, memilihnya yang sesuai dan senang, tetapi penghayatan dan kaedah mengistinbatkan sesuatu hukum, tidak dikhadamkan dengan sebaiknya.

Semua orang boleh bercakap mengenai kesihatan, tetapi, untuk membahaskan mengenai kesihatan, maka, ia mestilah seorang yang di dalam bidang perubatan.

Orang boleh bercakap mengenai sesuatu hukum, tetapi di dalam memberi fatwa hukum, biarlah orang yang di dalam bidangnya.

Balik pada persoalan yang pertama. Kalau betul Doktor Asri telah memalsukan kelayakannya dalam bidang syariah di peringkat ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Bahasa Arab/Syariah dari Universiti Jordan. Semoga Allah ampunkan dia dan kita semua.

Saya tak boleh jawab bagi pihak beliau. Sama-sama kita lihat blog beliau www.drmaza.com. Sama-samalah kita tunggu dan lihat jawapan pada siasatan yang dijalankan.

Atau mungkin apa yang dimaksudkan oleh Ustaz Zamihan dari JAKIM ini ialah, memalsukan bidang sebenar, iaitu bidang Bahasa Arab tetapi diutarakan bahawa bidangnya adalah bidang Syariah.

Sudah tentu pandangan hukum dari Bidang Sastera Bahasa Arab tidak sekuat orang yang betul-betul dari bidang Syariah.

Wallahualam,

Cuma, saya tidak nafikan, ada sesetengah pandanganya sangat bagus dan ada juga sesetengah pandangannya mengenai hukum, memerlukan perbahasan. Secara peribadi, usaha Dr. Asri di dalam pemikiran Islam ditanah air, boleh dipuji. Cuma, dalam setandan pisang, tidak semuanya molek.

Yang baik tetap baik, dan yang salah tetap salah. Yang penting,biarlah umat Islam semakin faham pada Islam dan semakin memperbaiki diri untuk terus menghampiri Allah.

“Sekilas Itu Realiti, Realiti Itu Kehidupan”

Al-fakir Ila Rabbihi

Muhamad bin Abdullah

Putra Heights

3 November 09 jam 11.30 malam

Sunday, November 1, 2009

al-Ijabah 37 – “Kalau Jiwa Ustaz tu, Ustaz Jugalah”

31 Oktober 09 jam 6.30 petang, setelah tamat dari Low Yat Plaza, saya dan rombongan yang ada ke Pandan Kuala Lumpur, untuk mengambil Ustaz Ismail.

Hari ini insyaAllah, Darul Ukhwah akan menerima satu tukang masak khas, seorang ustaz lulusan al-Azhar yang pernah mengusahakan restoran di Kuantan.

Kalau dah jiwa ustaz tu, ustaz jugalah gayanya.

Walaupun Ustaz Ismail ini terlibat di dalam bidang perniagaan makanan lebih 10 tahun dan pernah mengusahakan restorannya sendiri, tapi hatinya terbuka untuk bersama-sama kita di dalam program amal, rumah HIV Darul Ukhwah ini.

Beliau terbuka hati untuk membantu urusan masakan di dalam rumah perlindungan ini ketika diberitahu mengenai sejarah awal penubuhan Darul Ukhwah, kisah membawa keluar pesakit HIV dari gereja dan sebagainya.

Kalau sebelum ini, masakan penghuni rumah dimasak oleh pembantu Kak Liza dan dibawa ke Darul Ukhwah, tapi kita semoga urusan masak lebih ringan kerana telah ada yang sama-sama akan membantu.

Saya membawanya ke Darul Ukhwah, memperkenalkan dengan penghuni di sini, mengajak melihat dapur dan merancang urusan masakan di sini.

InsyaAllah, dia akan bersama dengan pasukan yang kebanyakkannya terdiri dari para ustaz sekarang ini, membantu saya dan Kak Liza serta AJK lain.

Semoga, semakin besar pasukan ini, semakin dipermudahkan Allah.

Terima kasih padaMu ya Allah,

“Mengharap Kepulangan Yang Diredahi”

Al-Fakir Ila Rabbihi

Muhamad bin Abdullah

Putra Heights

1 November 09 jam 9.40 pagi

IMG_0090

Ustaz Ismail, kanan gambar berkopiah

IMG_0096

Walaupun sekecil kain pengelap, ia tetap penting di dalam urusan sesebuah dapur.  Semua ada peranan di dalam Islam ini, yang penting, ke mana salurannya. Terima kasih pada semua yang membantu selama ini…

Diari 124 – Dua Juta Amy Search?

31 Oktober 09, Jam 4.00 petang, setelah menguruskan jenazah Allahyarham Nasharuddin, pesakit HIV kita di Hospital Sungai Buloh, saya terus ke Low Yat Plaza untuk membelikan computer bagi kegunaan rumah HIV Darul Ukhwah.

Dalam urusan computer ini, biasanya saya akan mengajak Abang Wan, kerana memang bidangnya.

“Lama tak jumpa Ustaz, sejak balik dari Iran hari tu” kata Abang Wan.

“Mmm, memang sibuk sikitlah Abang Wan” kata saya.

Kami melangkah dari satu kedai ke satu kedai untuk memilih computer yang agak sesuai.

“Ok, lagi sejam siap” kata pekerja kedai computer di tingkat dua Low Yat Plaza.

Saya mengajak yang bersama saya petang ini makan kerana saya belum makan tengah hari lagi.

Ketika makan, Abang Wan bertanya saya:-

“Ustaz betul ke Ijabah dapat dua juta” Tanya Abang Wan pada saya.

“Haaa, sapa cakap ni? setakat ni dah berapa orang dah tanya saya pasal ni” saya menerangkan

“Minggu lepas beberapa kakak-kakak dari Shah Alam bertanya perkara yang sama, dia orang kata Amy Search bagi” saya menambah.

“A ah, saya pun dengar macam tu, ada orang tanya betul ke? saya tak tahu nak jawab macam mana” kata Abang Wan.

“Kalau dah ramai orang tanya, saya kena tulis juga di blog ni” kata saya.

“A ah, ustaz, kena tulis tu, sebab ramai yang tanya" kata Abang Wan lagi.

Saya tak tahu dari mana asal cerita ini, tapi saya ingin mengesahkan bahawa Abang Amy Search tak ada pun berjumpa dengan saya dan mana-mana pemegang amanah yang lain berbicara mengenai Ijabah.

Barangkali dia ada bagi pada orang lain, tapi mungkin dia tak beritahu pertubuhan mana satu, menyebabkan ada desas desus, mengatakan bahawa dia memberinya pada Ijabah.

Dan memang pendekatan yang kita buat selama ini, kita tidak akan bercerita mudah-mudah mengenai al-Ijabah melainkan jika orang yang kita temui, terlebih dahulu yang bertanya.

Saya tak mahu membawa stigma “asal ustaz aje derma, asal derma aje ustaz”

Kita tak membawa pendekatan “rayuan derma” tapi kita membawa pendekatan “mari bersama-sama”.

Mari bersama memberi maksud, kita telah mulakan semampu yang dapat, jika, mari sambung sama-sama, percaya, mari sama-sama, kalau ragu, berikan pada tempat lain, yang penting, amalan itu dibuat.

Semoga, Allah memberi saya dan pembaca sekelian kemampuan membuat amal jariah, dan jika Allah rezkikan demikian, kita pohon agar Allah juga merezkikan kita keikhlasan di dalam amalan kita. Semoga, sedikit usaha yang dibuat mendatangkan keredhaan Allah, amin….

“Diari Merakam Sejarah Mencatat Kenangan”

Al-fakir Ila Rabbihi

Muhamad bin Abdullah

Putra Heights

1 November 09 jam 9.20 pagi

Diari 123 – Pulangnya Dengan Kesyukuran

31 Oktober 09 jam 9.30 pagi, saya baru sahaja memulakan pembentangan kursus “Sifat Solat Nabi, Menurut Mazhab Imam as-Shafie” di SIRIM apabila sebuah massage masuk ke telifon saya.

“ Dari Kak Liza, ini mesti pasal Rumah HIV Darul Ukhwah ni” bisik hati saya.

Sambil memberikan penerangan, saya menjeling ke telifon saya.

“Salam, penghuni kita Nasaruddin telah kembali ke Rahmatullah subuh tadi”

“Innalillah wa innailaihirajiun”, bisik hati saya.

Allahyarham meninggal di Hospital Sungai Buloh dan jenazahnya akan dimandikan oleh pihak hospital sendiri. Ini kerana, bagi jenazah HIV, ada cara pengurusan khas.

Pembentangan dapat disempurnakan dengan baik walaupan hati saya menerawang ke sana dan ke sini memikirkan mengenainya.

Berehat jam 10.30 pagi memberi kesempatan untuk saya menghubungi sahabat saya, Ustaz Azmi dan Ustaz Yazid untuk melihatkan dahulu keadaan.

Jam 11.04 pagi, ustaz Azmi memberi satu massage kepada saya

“Sheikh, anak akan pergi dengan kak Liza lepas Zohor”

Alhamdullillah, lega sikit hati saya.

Jam 1.30 tengah hari, kursus telah tamat. Saya bergegas keluar dan singgah sembahyang Zohor di pejabat saya di Seksyen 9 Shah Alam.

Agak laju juga saya bawa hari ketika ini, memasuki lebuh raya Utara – Selatan,

“Ustaz, kami semua tunggu ustaz untuk solat jenazah ye” kata Kak Liza.

Saya turun melalui susur Hospital Sungai Buloh dan terus ke unit Forensik.

Sesampai di unit Forensik, terdapat polis dan beberapa orang awam yang lain. Memang, di pacuan empat roda Polis ini terbaring sekujur mayat kerana kemalangan.

Saya menuju ke tempat jenzah saudara kita ini.

Di sana, keluarga Allahyarham sedang menunggu.

Bersalaman dengan saya dan kami terus ke surau di dalam bilik mayat.

Masuk ke surau kecil di sini, kelihatan, sekujur tubuh terbaring di atas papahan beroda hospital telah siap dimandiakn dan dikafankan oleh pihak JAKIM yang bertugas di Hospital ini.

Saya mengambil wudhuk, menusuk ke hidung bau Klorok. Memang salah satu, air yang digunakan untuk memandikan jenazah HIV ialah dengan menggunakan bahan ini.

Apa yang untung pada jenazah ini ialah, ahli keluarganya masih lagi mahu menerimanya. Ada sesetengah pesakit kadang kala, keluarga telah buang dan tidak menghiraukan.

Keluarga Allahyarham akan membawa jenazah pulang ke kampung untuk disemadikan di sana.

Kami bersama-sama menunaikan sembahyang jenazah untuk saudara kita ini. Kemudian, sama-sama membacakan tahlil ringkas dan mendoakan agar Allah memberikan kebaikan kepada saudara kita ini. Semoga ketika kita dijemput nanti, ada juga orang yang sudi mendoakan kita.

Semoga Allah mencucuri rahmat dan kebaikan kepada saudara kita ini. Apa yang penting ialah, di Selangor sekarang, telah ada penempatan pesakit HIV lelaki Muslim. Jika dahulu, gereja yang menguruskan.

“Alhamdulillah ya Allah”, saya sangat bersyukur. Inilah khidmat agama yang paling memberi kesan di hati saya.

Terima kasih pada seluruh sahabat yang sama-sama mengusahakan demi Islam dan umatnya, semoga pengorbanan kalian semua, Allah sahaja yang membalasnya.

Terima kasih padaMu Allah, kerana memberi kekuatan hingga tertubuhnya Darul Ukhwah. Semoga Kau berikan juga keikhlasan kepada semua yang terlibat.

Bagi Allahyarham, biar apapun latar belakangmu, semoga Allah menempatkan rohmu ke dalam golongan orang yang soleh.

Saya meninggalkan Hospital Sungai Buloh dengan perasaan antara terharu, sedih dan syukur.

“Diari, Merakam Sejarah Mencatat Kenangan”

Al-fakir Ila Rabbihi

Muhamad bin Abdullah

Putra Heights

1 November 09 jam 9.00 pagi

IMG_0054

Polis yang sedang berkumpul menguruskan jenazah kemalangan

IMG_0057

lalaun ke unit Forensik

IMG_0058

Tempat mayat reput

IMG_0066

masuk ke bilik ini, saya melihat saudara kita baru dijemput Allah

IMG_0073

IMG_0074

Kami sama-sama menunaikan solat Jenazah

IMG_0077

Semoga Allah merahmatimu saudara, biar apapun latar belakangmu, semoga di hujung usiamu, keampunan dan kasih sayang Allah bersamamu, amin..

IMG_0075 

IMG_0081

IMG_0083

Jenazah dibawa oleh keluarganya pulang ke kampung asal

Diari 122 – Kursus Sifat Solat Nabi Menurut Mazhab Imam as-Syafie

Sudah hampir setahun saya tidak menganjurkan mana-mana kursus di bawah ALC Arabic Language & Consultancy. Ini kerana, pada tahun ini, sejak Januari lagi, saya banyak terlibat dengan program ke luar Negara.

Hari ini, 31 Oktober 09 jam 9.30 pagi, saya memenuhi undangan kursus “Sifat Solat Nabi, Menurut Mazhab Imam as-Syafie” di SIRIM Shah Alam.

Kursus ini lahir sejak tahun 2004. Ketika itu, ramai ustaz-ustaz kita yang membuat kursus “Sifat Solat Nabi”. Apabila kursus sebegini dijalankan, rupanya, banyak perkara yang lagi mengelirukan kerana perbahasan yang dihadapi oleh orang awam merupakan perbahasan yang kecil sedangkan yang dibawa oleh penceramah adalah perbezaan pendapat dari perbagai Mazhab.

Maka, pada ketika itu, ramai yang meminta saya menyusun kursus ini. Maka lahirlah kursus “Sifat Solat Nabi menurut Mazhab Imam as-Syafie” ini.

Kursus Sifat Solat Nabi menurut Mazhab Imam as-Syafie ini telah mendapat laluan dan sokongan oleh Mufti Johor untuk dianjurkan di seluruh negeri Johor. Di Selangor, dan Kuala Lumpur, kita telah banyak menganjurkannya hingga menjadi salah satu program tahunan bagi Pusat Asasi Universiti Malaya.

“Hari ini, umur kita telah meningkat, tapi kadang-kala, ilmu sembahyang kita adalah ilmu zaman kita sekolah rendah dulu” Pengerusi Majlis memulakan program.

Di SIRIM hari, ini ramai juga yang hadir sama ada dari warga SIRIM mahupun orang luar.

Saya tidak keseorangan hari ini di dalam pembentangan. Oleh kerana di SIRIM ini ramai wanita, maka program ini disempurakan dengan pembentangan permasalahan Solat bagi Wanita menurut Mazhab Imam as-Syafie bermula dengan haid, kepada persoalan dalaman yang memang sepatutnya seorang ustazah yang membentangkan.

Alhamdulillah, sebelum zohor, semua persoalan dapat jawab.

Semoga kursus ini memberi kebaikan untuk diri saya dan sesiapa sahaja yang ingin memperbaiki solatnya, amin..

“Diari, Merakam Sejarah Mencatat Kenangan”

Al-Fakir Ila Rabbihi

Muhamad bin Abdullah

Putra Heights

1 November 09 jam 8.00 pagi

IMG_0019

Pengerusi Majlis membuka Majlis

IMG_9960

IMG_9973

Kurus ini membincangkan secara praktikal solat

IMG_9974

IMG_9975

Antara yang menghadiri

IMG_9999

Ia disempurakan oleh Ustaz Asmak Husin yang membicarakan persoalan solat wanita menurut Mazhab Imam as-Syafie

 Alhamdulillah syukur di atas pembukaan Kapal Dive Lodge dibawah selian Ustaz Muhamad bin Abdullah atau lebih dikenali sebagai Ustaz Amin ...