Friday, October 18, 2013

Jawapan kepada isu ketidakpuasan hati penganut agama Hindu tentang perlaksanaan ibadah korban umat Islam di Malaysia khususnya.

3 hari yang lepas ketika umat Islam di Malaysia bergembira meraikan salah satu dari hari-hari kebesaran bagi umat islam seluruh dunia iaitu Hari Raya AidilAdha, kita telah dikejutkan dengan komen dari penganut agama Hindu di negara kita. Walaupun Hari Raya Aidiladha telah disambut sejak berabad-abad yang lalu di Malaysia tetapi tidak dapat dirasionalkan mengapa baru sekarang ketidakpuasan hati ini hendak ditimbulkan mereka dan ini adalah pandangan peribadi dan respon spontan saya berkenaan isu yang ditimbulkan :

"Orang kafir memang tidak akan pernah redha dan setuju dengan islam. Habis satu isu akan bangkit satu isu lagi. Inikan telah diingatkan oleh Allah dalam Al-Quran.Sekarang ini kita sebagai umat islam kena bersatu sama bahu-membahu untuk mempertahankan islam jangan salahkan musuh sebab memang musuh itu sifatnya memusuhi, salahkan diri yang terlalu lemah sehingga orang lain boleh mempertikaikan amalan kita. Bumi Malaysia adalah tanah orang Melayu Islam sejak sebelum merdeka, amalan korban telah dibuat sejak dahulu lagi, kenapa sekarang mahu mempertikaikannya. Jawapannya mudah kerana sekarang sudah pandai cari pasal dan pandai berkurang ajar. Teruskan untuk mempertikaikan sehingga sampai ke limit terakhir, nanti kita akan tahu betapa di Malaysia tetap wujud orang yang akan mempertahankan Islam di peringkat paling maksimum...Salam Satu Malaysia untuk kamu yang mempertikaikan. Jangan lupa sejarah orang Melayu islam apabila telah sampai limit terakhir.."

Salam dari bumi Al-Aqsa untuk saudara Islamku bersabarlah ....

Dari saudaramu Muhamad Bin Abdullah Al Amin

Monday, October 7, 2013

[ADMIN]
PERUBAHAN LOKASI TAKLIMAT !
(untuk menampung kapasiti peserta yang lebih ramai)

Anda semua dijemput beramai-ramai menghadiri :

Taklimat Pelancaran Kelas Bahasa Arab

Tarikh : 27 Oktober 2013
Masa : 9.30 pagi
Hari : Ahad
Tempat : ALCC MEDIA & CONSULTANCY SDN BHD
NO14M JALAN TENGKU AMPUAN ZABEDAH K9/K
SEKSYEN 9 40100 SHAH ALAM 
SELANGOR DARUL EHSAN

* Tidak perlu ada asas bahasa arab
* Anda boleh memilih waktu kelas semasa sesi taklimat
* Terbuka kepada semua peringkat umur (7 tahun sehingga dewasa)
* Yuran yang sangat berpatutan, sebulan RM120 sahaja (8x kelas)

Sebarang pertanyaan sila hubungi :
Ustaz Esa : 0124380034
Ustaz Aliff : 0126864827

Wednesday, September 4, 2013

[ADMIN] Assalamualaikum w.b.t

Rasai kelainan beribadah di Masjidil Al-Aqsa dan melawat ke tempat-tempat-tempat 
menarik dan bersejarah di Jerusalem,Bathelehem dan Hebron. Rombongan akan 
dipimpin sepenuhnya oleh Ustaz Muhamad Bin Abdullah Al Amin.

Tarikh Perjalanan adalah bagi tahun 2013 dan 2014

Bagi yang berminat dan ingin mendapat maklumat lanjut mengenai kembara kehidupan 
ini boleh hubungi kami segera di talian :
Pejabat : 0355232296
Liana    : 0196603643
Fendi    : 0172422784
Website : www.alcctravel.com

Tuesday, August 6, 2013

Universiti Kehidupan 254 - Aqsa Tetap Di Hatiku...

Hari ini 6 Ogos 2013 saya akan meninggalkan al-Aqsa buat sementara. InsyaAllah pada hari raya Aid al-Adha saya akan ke sini lagi.

Terasa terharu untuk meninggalkan bumi barakah ini, insyaAllah jumpa lagi, saya akan kongsikan lagi kisah-kisah di sini.

Kenangan bersama rombongan Universiti Kehidupan ke 18 (UK 18 ), semoga kita dijemput lagi untuk ke sini
 Sesungguhnya bumi barakah ini tetap di hati, suasana damai dan tenang sentiasa diingat di dalam kenangan.
Penduduk sini yang ramah dan baik,  (Abu Fakhri seorang petugas mengejutkan orang untuk sahur, )
 Sesungguhnya perjalanan ke sini melalui berbagai liku dan halangan, tetapi setiap kesusahan mendatangkan rahmat kerana ia perjalanan yang disyariatkan.

Jangan tinggalkan al-Aqsa bersendirian kerana itu bukan sunnah Nabi dan Para sahabat serta amalan orang terdahulu dari kita.

Mereka semua tetapi datang ke al-Aqsa walau apa keadaan mereka.

Semoga bertemu lagi al-Aqsa...

Doaku sentiasa bersama mu.....

"Universiti Kehidupan Pengajian Sepanjang Zaman"

al-Faqir Ila Rabbihi
Muhamad bin Abdullah al-Amin
Jerusalem
6 Ogos 2013 jam 10 pagi

Universiti Kehidupan 253 - Malam 27 Ramadhan di al-Aqsa

Ahad 4 Ogos 2013...

Malam ini adalah malam 27 Ramadhan. Sebahagian ulama di Jerusalem mengatakan bahawa malam 27 Ramadhan adalah malam lailatul qadar, malam yang lebih baik dari 1000 bulan.

Setiap inci dari al-Aqsa dipenuhi manusia. Kiblat pertama seluas 144 ribu meter persegi ini dipenuhi oleh Jemaah yang datang. Ada yang datang dengan permit dari Israel dan ada yang redah tanpa menghiraukan resiko yang bakal mereka hadapi, yang penting malam ini mereka berada di al-Aqsa.

Unit pemberi buka dan sahur membahagikan buka dan sahur kepada jemaah. Malam ini dianggarkan seramai 500 ribu jemaah memenuhi al-Aqsa.

Jemaah saya, ada yang telah duduk sedari zohor lagi.

Malam ini sungguh tenang dan syahdu. Qiamullail berjemaah mula dibuat bermula jam 12.30 tengah malam dan habis pada jam 2.30 pagi.

Saya duduk di tengah-tengah jemaah yang berbagai. Mereka semua gembira dengan kehadiran orang selain Arab bersama mereka.

Pada mereka, kedatangan kita sahaja sudah cukup memberi semangat bahawa mereka tidak keseorangan mempertahankan al-Aqsa.

Ya...

Aqsa milik semua muslim seluruh dunia, satu bid'ah yang paling besar apabil kita mempelopor untuk tidak datang ke al-Aqsa.

Perjalanana ke sini adalah perjalanan yang disyariatkan seperti yang disebut di dalam hadis Nabi SAW.

Ketika Rasullullah datang ke sini dalam peristiwa Isra dan Mikraj, di sini bukan di bawah orang Islam pun, tapi Rasullullah diisrakkan ke sini.

Ketika mula-mula sahabat datang ke sini, Aqsa bawah kerjaan Rom, tapi sahabat datang dan  akhirnya mereka dapat mengambil dan di amanahkan untuk menjaga al-Aqsa.

Aqsa pernah berada di bawah tentera salab hampir 100 tahun, tapi orang Islam tetap datang ke sini walaupun berhadapan dengan resiko dibunuh,  dan akhirnya mereka dapat ambil kembali al-Aqsa.

Apakah ketika sekarang berada di bahwah Yahudi kita mahu tinggalkan al-Aqsa bersendirian?...

Inilah al-Aqsa... ia milik semua umat Islam....
 Setiap jengkal dari tanah al-Aqsa dipenuhi oleh jemaah yang datang memakmurkan al-Aqsa
 Semua berebut-rebut untuk beriktikaf dan berqiamullail di al-Aqsa
 Jemaah perempuan yang mamakurkan al-Aqsa. Ada jemaah saya yang berada di sini sejak dari waktu zohor lagi.
 Semua bermunajat dan merebahkan dahi berqiamullail bersama-sama
Munajat kita agar semua muslim direzkikan untuk datang ke sini....

Sesungguhnya.... Aqsa tetap di hati...

"Universiti Kehidupan Pengajian Sepanjang Hayat"

al-Faqir Ila Rabbihi
Muhamad bin Abdullah
Jerusalem
6 Ogos 2013 jam 9.00 pagi

Universiti Kehidupan 252 - Bagaimana Mereka ke al-Aqsa?



Rasullullah SAW bersabda yang maksudnya :-

Tidak perlulah bersusah payah untuk sampai ke sesuatu tempat melainkan pada tiga tempat, Masjid Haram, Masjid Nabawi dan Masjid al-Aqsa.


Perjalanan ke masjid al-Aqsa adalah satu perjalanan yang disyariatkan, bermaksud setiap susah payah untuk datang ke sini mendapat ganjaran dan keredhaan dari Allah.

Saya tidak perlu ceritakan bagaimana saya dan rombongan datang ke al-Aqsa sebab kita orang luar, kita dianggap sebagai pelancong oleh Israel, asalkan memenuhi dan melalui prosedur yang ditetapkan, maka kita akan dapat sampai ke sini.

Saya nak kongsikan bagaimana orang Palesitin ingin datang ke al-Aqsa. Rakyat Palestin terbahagi pada tiga bahagian.

Pertama:-

Bagi orang Jerusalem, mereka tidak ada banyak masalah, kerana penduduk Islam Palestin yang berbilangan 300 ribu punyai kad pengenalan mereka tersendiri. Itu pun kadang kala, bagi anak-anak muda yang berumur bawah 40 tahun, tidak dibenarkan mereka masuk keal-Aqsa.

Kedua:-

Golongan yang dipanggil sebagai “Arab Dakhili” atau “Arab Israel”.  Penduduk ini seperti di Tulkarem, Nablus dan Nazareth. Mereka adalah penduduk Arab yang dimasukkan sekali oleh Isreal  sebagai rakyat mereka ketika Israel mengiystiharkan negara mereka pada tahun 1948. 

Bilangan mereka ialah 1.7 juta orang. Mereka termasuk di dalam statistik rakyat Israel yang berjumlah 7 juta orang.  Mereka boleh mengundi di dalam pilihanraya Israel. Antara tokoh “Arab Dakhili” atau “Arab Israel”  ini ialah Syeikh Raid Solah yang pernah bersama-sama di dalam kapal “KD Marmara”, ketika kapal ini ditahan di dalam operasi menghantar bantuan ke Gaza.

Oleh kerana Arab Dakhili atau Arab Israel ini dikira sebagai rakyat mereka, maka tidak ada masalah untuk mereka datang memakmurkan al-Aqsa. Cuma kadang-kala, yang di bawah 40 tahun tidak dibenarkan untuk masuk.

Ketiga :-

Iaitu orang Palestin yang dianggap sebagai penduduk Palestin, mereka seperti penduduk di Bethlahem, Ramallah, Gaza, Jericho dan lain-lain lagi. Mereka hanya memiliki 12 peratus sahaja kawasan dari seluruh bumi di sini.  Orang dari tempat ini perlu memohon permit untuk berada di al-Aqsa, kadang kala diberi dan kadang kala tidak diberi. Kadang kala diberi untuk hari Jumaat sahaja dan kadang kala diberi untuk hari tertentu sahaja.

Golongan ini sangat bersyukur jika mereka diberikan kebenaran dan mereka akan duduk di al-Aqsa dan tidak akan keluar kerana setiap saat di al-Aqsa amat berharga untuk mereka. Mereka akan berkongsikan kisah kesusahan mereka untuk sampai di al-Aqsa jika mereka bertemu dengan kita.

Selain itu ada satu lagi golongan..
Golongan keempat :-

Yang memasuki Aqsa secara tidak berpermit. Mereka adalah golongan yang akan memanjat tembok setinggi 8 meter untuk datang ke al-Aqsa, jika mereka tertangkap, pasti nasib mereka akan ke penjara.

Saya ada bertemu dengan golongan seperti ini ke al-Aqsa, mereka menunjukkan pada saya gambar-gambar mereka memanjat tembok, ada yang menggali dari bawah tembok untuk menyelinap masuk, ada yang patah kaki ketika terjun dari tembok 8 meter dan ada yang berjahit kepada tersangkut pagar duri ketika berlari kerana dikejar.

Saya bertemu dengan golongan keempat ini ketika saya beriktikaf pada malam 27 Ramadhan di al-Aqsa. Merenung mereka, terasa hiba, tapi berat mata memandang, berat lagi bahu memikul.

Hari ini, saya merasakan kebenaran hadis bahawa : 

Tidak perlulah bersusah payah untuk sampai ke sesuatu tempat melainkan pada tiga tempat, Masjid Haram, Masjid Nabawi dan Masjid al-Aqsa.

Dulu ketika membaca hadis ini, kita rasakan macam hadis itu untuk kita yang datang dari jauh, memang susah pun…

Tetapi rupanya, orang Palestin sendiri merasakan kesusahan itu, dan dari sudut psikologi  mungkin lebih lagi kerana mereka dapat melihat al-Aqsa dengan mata, tetapi tidak dapat merasa dengan kaki mereka.

“Universiti Kehidupan Pengajian Sepanjang Hayat”

Al-faqir Ila Rabbihi
Muhamad bin Abdullah al-Amin
Jerusalem
6 Ogos 2013 jam 7.45 pagi

 Permit yang perlu dipohon oleh orang Palestin untuk ke al-Aqsa
 al-Aqsa adalah semua kompleks ini, ia terdiri dari 5 buah masjid, 2 atas tanah dan tiga bawah tanah. Dua atas tanah ialah 1. masjid kubah emas ini, 2. Masjid utama. tiga bawah tanah ialah 1.masjid utama lama, 2. masjid buraq dan 3. masjid Marwani
 Malam-malam Ramadhan semua sudut dipenuhi orang, bukan sahaja dalam masjid tetapi pada setiap ruang dalam kompleks al-Aqsa ini, ia akan memuatkan lebih 500 ribu orang
Ustazah Asni bergambar dengan keluarga Palestin yang kami ziarah.

Monday, August 5, 2013

Universiti Kehidupan 251 - Jumaat Yang Tersuntik Rasa Sedih....



Khamis 1 Ogos 2012…

Saya dijemput untuk berbuka puasa di rumah seorang sahabat saya, Mahmood di Palestin ini. Mahmood menjemput saya jam 7.15 petang, sini waktu Maghrib jam 7.40 petang.Mahmood ialah pemandu pelancong dan saya mengenalinya sejak 3 tahun lalu.

Kami menaiki kereta menuju ke rumah Mahmood di Jabal Zaitun. Dari sini, pemandangan kota Jerusalem sangat cantik. Terucap kalimah takbir dari mulut saya ketika melihat masjid yang penuh berkat ini.

“Muhamad, engkau tahu malam ini malam apa?” Tanya Mahmood pada saya.

“Malam Jumaat” jawab saya ringkas.

Hati saya berbisik, “Mmm, apa ada jenis malam Jumaat ke orang Arab Palestin ni”, sebab setahu saya hanya orang Jawa ada kategori malam seperti Malam Jumaat Keliwon, Jumaat Legi dan lain-lain lagi.

“Malam ini malam Jumaat Khazinah (Jumaat yang tersuntik rasa sedih)” jelas Mahmood.

“Kenapa?” Tanya saya ingin tahu.

“Malam ini adalah malam Jumaat terakhir untuk bulan Ramadhan tahun ini, malam ni akan ramai orang dekat al-Aqsa” Mahmood menambah. 

Azan Maghrib berkumandang, saya berbuka dengan Mahmood, isterinya orang beragama, bertudung dan agak sopan, tapi ketika Mahmood bergurau nak kahwin lagi, mmmmm… tak henti-henti dia membebel.

"Ha ha", tergelak juga melihat gelagat mereka.

Gurauan kahwin lagi memang biasa bagi orang lelaki, bukan saja lelaki Melayu, tapi lelaki seluruh dunia..

Selepas berbuka di rumah Mahmood, saya di hantar pulang ke hotel dan saya terus ke masjid al-Aqsa. MasyaAllah, malam ini, ramai sangat orang memakmurkan al-Aqsa, dianggarkan lebih 200 ribu orang. Mereka terus beriktikaf pada malam ini. Mereka begitu menghargai Ramadhan.

Subuh di sini kala ini jam 4.15 pagi. Jam 3.30 pagi saya berjalan pulang ke hotel untuk sahur, selepas itu kembali semula ke masjid untuk solat Subuh. 



Jumaat 2 Ogos 2013, Saya mendatangi al-Aqsa jam 10.30 pagi. Waktu Jumaat adalah 12.45 tengah hari.
  

Saya menyaksikan ramai sangat orang di al-Aqsa, jemaah di sini mengatakan jumaat hari ini tidak kurang dari 500 ribu orang membanjiri al-Aqsa. 

Statistik rasmi dari berita mengatakan tidak kurang dari 350 ribu orang menghadiri solat Jumaat terakhir di al-Aqsa.

Suasana sangat meriah. Mereka tidak menghiraukan lagi kepanasan pada musim panas ini. Seluruh tanah lapang dipenuhi orang.

Khatib tidak memendekkan khutbah, malahan tetap sama panjang seperti biasa. Lebih satu jam. Tetapi para jemaah tetap duduk khusyuk mendengar khutbah yang begitu semangat.

Antara isi khutbah adalah mengenai kesatuan dan ukhwah. Khatib juga menyentuh mengenai krisis yang berlaku di Mesir dan Syria.

Beginilah Jumaat yang menyuntik rasa sedih (Jumaat Khazinah) iaitu Jumaat terakhir pada bulan Ramadhan.

Di sini, semakin hujung semakin ramai orang mendatangi masjid, berbeza dengan kita di Malaysia, semakin hujung semakin kurang orang mendatangi masjid.

Mudah-mudahan, penghayatan Ramadhan akan dapat terus ditingkatkan di negara kita, semoga kita direzkikan untuk bertemu Ramadhan akan datang, amin…

"Universiti Kehidupan Pengajian Sepanjang Hayat"

al-Faqir Ila Rabbihi
Muhamad bin Abdullah al-Amin
Jerusalem
5 Ogos 2013 jam 9.00 pagi

Para Muslimah juga turut membanjiri al-Aqsa 

 Malam ini selepas tarawikh, saya terus duduk beriktikaf dengan jemaah yang lain.
Suasana Subuh yang penuh dengan jemaah. Khutbah Salahuddin al-Ayubi ketika hari memulakan operasi mengalahkan tentera Salib,,, Jika bilangan Solat Subuh seakan-akan solat Jumaat, maka kita pasti akan dapat mengalahkan tentera Salib ini...

 Alhamdulillah syukur di atas pembukaan Kapal Dive Lodge dibawah selian Ustaz Muhamad bin Abdullah atau lebih dikenali sebagai Ustaz Amin ...