Khamis 1
Ogos 2012…
Saya
dijemput untuk berbuka puasa di rumah seorang sahabat saya, Mahmood di Palestin
ini. Mahmood menjemput saya jam 7.15 petang, sini waktu Maghrib jam 7.40
petang.Mahmood ialah pemandu pelancong dan saya mengenalinya sejak 3 tahun lalu.
Kami
menaiki kereta menuju ke rumah Mahmood di Jabal Zaitun. Dari sini, pemandangan
kota Jerusalem sangat cantik. Terucap kalimah takbir dari mulut saya ketika melihat masjid yang penuh berkat ini.
“Muhamad,
engkau tahu malam ini malam apa?” Tanya Mahmood pada saya.
“Malam
Jumaat” jawab saya ringkas.
Hati saya
berbisik, “Mmm, apa ada jenis malam Jumaat ke orang Arab Palestin ni”, sebab
setahu saya hanya orang Jawa ada kategori malam seperti Malam Jumaat Keliwon,
Jumaat Legi dan lain-lain lagi.
“Malam ini malam
Jumaat Khazinah (Jumaat yang tersuntik rasa sedih)” jelas Mahmood.
“Kenapa?” Tanya
saya ingin tahu.
“Malam ini adalah
malam Jumaat terakhir untuk bulan Ramadhan tahun ini, malam ni akan ramai orang
dekat al-Aqsa” Mahmood menambah.
Azan
Maghrib berkumandang, saya berbuka dengan Mahmood, isterinya orang beragama,
bertudung dan agak sopan, tapi ketika Mahmood bergurau nak kahwin lagi, mmmmm… tak henti-henti dia membebel.
"Ha ha", tergelak juga melihat gelagat mereka.
Gurauan kahwin lagi memang biasa bagi orang lelaki, bukan saja lelaki Melayu, tapi lelaki seluruh dunia..
Selepas berbuka
di rumah Mahmood, saya di hantar pulang ke hotel dan saya terus ke masjid
al-Aqsa. MasyaAllah, malam ini, ramai sangat orang memakmurkan al-Aqsa,
dianggarkan lebih 200 ribu orang. Mereka terus beriktikaf pada malam ini.
Mereka begitu menghargai Ramadhan.
Jumaat 2
Ogos 2013, Saya mendatangi al-Aqsa jam 10.30 pagi. Waktu Jumaat adalah 12.45
tengah hari.
Saya
menyaksikan ramai sangat orang di al-Aqsa, jemaah di sini mengatakan jumaat
hari ini tidak kurang dari 500 ribu orang membanjiri al-Aqsa.
Statistik
rasmi dari berita mengatakan tidak kurang dari 350 ribu orang menghadiri solat
Jumaat terakhir di al-Aqsa.
Suasana
sangat meriah. Mereka tidak menghiraukan lagi kepanasan pada musim panas ini.
Seluruh tanah lapang dipenuhi orang.
Khatib
tidak memendekkan khutbah, malahan tetap sama panjang seperti biasa. Lebih satu
jam. Tetapi para jemaah tetap duduk khusyuk mendengar khutbah yang begitu
semangat.
Antara isi
khutbah adalah mengenai kesatuan dan ukhwah. Khatib juga menyentuh mengenai
krisis yang berlaku di Mesir dan Syria.
Beginilah Jumaat
yang menyuntik rasa sedih (Jumaat Khazinah) iaitu Jumaat terakhir pada bulan
Ramadhan.
Di sini,
semakin hujung semakin ramai orang mendatangi masjid, berbeza dengan kita di
Malaysia, semakin hujung semakin kurang orang mendatangi masjid.
Mudah-mudahan,
penghayatan Ramadhan akan dapat terus ditingkatkan di negara kita, semoga kita
direzkikan untuk bertemu Ramadhan akan datang, amin…
"Universiti Kehidupan Pengajian Sepanjang Hayat"
al-Faqir
Ila Rabbihi
Muhamad bin
Abdullah al-Amin
Jerusalem
5 Ogos 2013
jam 9.00 pagi
Para Muslimah juga turut membanjiri al-Aqsa
Malam ini selepas tarawikh, saya terus duduk beriktikaf dengan jemaah yang lain.
Suasana Subuh yang penuh dengan jemaah. Khutbah Salahuddin al-Ayubi ketika hari memulakan operasi mengalahkan tentera Salib,,, Jika bilangan Solat Subuh seakan-akan solat Jumaat, maka kita pasti akan dapat mengalahkan tentera Salib ini...
7 comments:
Subhanallah...
ALLAHUAKBAR...Seronoknya.Dengar dan tgk gambar yg ustaz post nie pun dh teruja nk pg lg...insyaALLAH.DOA.-Fauzi UK10.
assalam ustaz,
semuga dirahmati Allah.
sentiasa teruja dan menanti tulisan di blog ustaz.
Semuga diperkenankan Allah untuk ke Masjid Al Aqsa, inshaa Allah.
wassalam,
AJ
Masya Allah!
xtsdar keluar juga airmata di awal lagi mbaca bingkisan Ustaz ini.. betapa bertuah Tuan dipilih Allah sebagai tetamuNya di bumi 'Mikraj para Anbiya'!
SubhanAllah, tumpang ria & pilu bersama..
semoga kami jua dijemputNya ke sana... (walau papa)...
aameen..
saya atas nama BPK. SAMSUL dari MADURA ingin mengucapkan banyak kasih kepada MBAH KARYO,kalau bukan karna bantuannya munkin sekaran saya sudah terlantar dan tidak pernaah terpikirkan oleh saya kalau saya sdh bisa sesukses ini dan saya tdk menyanka klau MBAH KARYO bisa sehebat ini menembuskan semua no,,jika anda ingin seperti saya silahkan hubungi MBAH KARYO no ini 082301536999 saya yakin anda tdk akan pernah menyesal klau sudah berhubungan dgn MBAH KARYO dan jgn percaya klau ada yg menggunakan pesan ini klau bukan nama BPK. SAMSUL dan bukan nama MBAH KARYO krna itu cuma palsu.m
Best Slots at Slots777 Casino | Wooricasinos
Slots777 Casino | 슬롯사이트 Best Slots at Slots777 Casino. w88 mobile Enjoy the amazing Slots and 프리 벳 Live Casino games at Slots777, 마틴게일 전략 the home of jackpots and the 플레이 포커 loosest slots
Post a Comment