Tuesday, August 6, 2013

Universiti Kehidupan 253 - Malam 27 Ramadhan di al-Aqsa

Ahad 4 Ogos 2013...

Malam ini adalah malam 27 Ramadhan. Sebahagian ulama di Jerusalem mengatakan bahawa malam 27 Ramadhan adalah malam lailatul qadar, malam yang lebih baik dari 1000 bulan.

Setiap inci dari al-Aqsa dipenuhi manusia. Kiblat pertama seluas 144 ribu meter persegi ini dipenuhi oleh Jemaah yang datang. Ada yang datang dengan permit dari Israel dan ada yang redah tanpa menghiraukan resiko yang bakal mereka hadapi, yang penting malam ini mereka berada di al-Aqsa.

Unit pemberi buka dan sahur membahagikan buka dan sahur kepada jemaah. Malam ini dianggarkan seramai 500 ribu jemaah memenuhi al-Aqsa.

Jemaah saya, ada yang telah duduk sedari zohor lagi.

Malam ini sungguh tenang dan syahdu. Qiamullail berjemaah mula dibuat bermula jam 12.30 tengah malam dan habis pada jam 2.30 pagi.

Saya duduk di tengah-tengah jemaah yang berbagai. Mereka semua gembira dengan kehadiran orang selain Arab bersama mereka.

Pada mereka, kedatangan kita sahaja sudah cukup memberi semangat bahawa mereka tidak keseorangan mempertahankan al-Aqsa.

Ya...

Aqsa milik semua muslim seluruh dunia, satu bid'ah yang paling besar apabil kita mempelopor untuk tidak datang ke al-Aqsa.

Perjalanana ke sini adalah perjalanan yang disyariatkan seperti yang disebut di dalam hadis Nabi SAW.

Ketika Rasullullah datang ke sini dalam peristiwa Isra dan Mikraj, di sini bukan di bawah orang Islam pun, tapi Rasullullah diisrakkan ke sini.

Ketika mula-mula sahabat datang ke sini, Aqsa bawah kerjaan Rom, tapi sahabat datang dan  akhirnya mereka dapat mengambil dan di amanahkan untuk menjaga al-Aqsa.

Aqsa pernah berada di bawah tentera salab hampir 100 tahun, tapi orang Islam tetap datang ke sini walaupun berhadapan dengan resiko dibunuh,  dan akhirnya mereka dapat ambil kembali al-Aqsa.

Apakah ketika sekarang berada di bahwah Yahudi kita mahu tinggalkan al-Aqsa bersendirian?...

Inilah al-Aqsa... ia milik semua umat Islam....
 Setiap jengkal dari tanah al-Aqsa dipenuhi oleh jemaah yang datang memakmurkan al-Aqsa
 Semua berebut-rebut untuk beriktikaf dan berqiamullail di al-Aqsa
 Jemaah perempuan yang mamakurkan al-Aqsa. Ada jemaah saya yang berada di sini sejak dari waktu zohor lagi.
 Semua bermunajat dan merebahkan dahi berqiamullail bersama-sama
Munajat kita agar semua muslim direzkikan untuk datang ke sini....

Sesungguhnya.... Aqsa tetap di hati...

"Universiti Kehidupan Pengajian Sepanjang Hayat"

al-Faqir Ila Rabbihi
Muhamad bin Abdullah
Jerusalem
6 Ogos 2013 jam 9.00 pagi

3 comments:

Anonymous said...

Assalam ustaz,

semuga dalam limpah rahmat Allah.

Amin amin buat doa Ustaz. semuga kami dapat ziarah Al Aqsa, inshaa Allah.

wassalam,
AJ

Anonymous said...

ALLAHUAKBAR...Fauzi UK10.

Anonymous said...

askm,
terharu dgn ayat akhir, mendoakan setiap muslim akan ke aqsa... mudah2an dgn izin Allah.