Monday, October 19, 2009

al-Ijabah 31 – Mari Menjadi Warga al-Ijabah

Hari ini 29 Oktober 09, saya mengiringi warga Ijabah kecil (sekolah rendah) untuk satu majlis ramah mesra Aidil Fitri yang dianjurkan oleh IPS Sdn Bhd di Restoren Sri Melayu di Kuala Lumpur.

Memang, hari-hari akhir syawal ini penuh dengan majlis rumah terbuka, ofis terbuka hingga masjid terbuka pun ada.

Tidak ada apa yang lebih menarik di dalam majlis ini melainkan anak-anak kecil Ijabah bersama-sama membaca bait-bait Selawat.

Sejuk hati saya melihat anak-anak ini dapat mengalunkan biat-bait selawat dengan lancar. Selawat yang dialunkan diambil dari kitab selawat Dibaie.

Di dalam membentuk syaksiah anak-anak ijabah, bacaan selawat salah satu program wajib bagi warga Ijabah. Paling kurang, setiap petang Ahad mereka akan bersama-sama membaca bait-bait selawat, dan secara peribadi, saya mengakui, dengan keberkatan selawat ini, banyak dapat melembutkan jiwa anak-anak ini sedangkan mereka semua datang dari latar belakang yang berbeza.

Yang baik, Alhamdulillah, baik sungguh. Ada juga yang  “subhanallah” peringkat awal, Allah sahaja yang tahu tahap kenakalan mereka.

Formula ini bukan asli dari saya, ia adalah pesanan Habib Umar bin Hafiz ketika saya menjadi tetamu di rumahnya di Hadramaut Yaman beberapa tahun lepas.

“Ajar anak-anak kamu selalu membaca selawat, insyaAllah, Allah kurniakan keberkatan di dalam setiap diri mereka” pesannya pada saya ketika itu.

Memang, Allah dan para Malaikat juga berselawat pada Nabi, dan Allah mengajak seluruh orang beriman sama-sama berselawat kepada Nabi. Di dalam al-Quran Allah menyatakan:-

Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikat-Nya bershalawat untuk Nabi. Hai orang-orang yang beriman, bershalawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya (surah al-Ahzab ayat 56).

InsyaAllah, untuk awal tahun 2010, kita akan menjemput pembaca sekelian yang mengenali mana-mana anak yatim untuk berada bersama kita.

Setakat ini, kekosongan yang ada ialah untuk 10 orang anak yatim berumur 7 tahun (darjah satu) sahaja dan 10 orang anak yatim berumur 13 tahun (tingkatan satu) sahaja.

Yang mahu bersama-sama, tolong faxkan potostat surat mati ayah, surat beranak anak tersebut, dan IC penjaga sekarang di Nombor 03-5880 1886.

atau poskan kepada

Pengurusan al-Ijabah

No 14, Jalan Tengku Ampuan Zabedah, K9/K Seksyen 9, 40100, Shah Alam Selangor.

Semua permohonan akan dimesyuaratkan oleh pihak pentadbiran Yayasan al-Ijabah dan penerimaan berdasarkan temuduga yang akan dijalankan setelah permohonan berjaya.

Semoga, anak-anak yatim di Malaysia dapat dibela terutamanya dari sudut pembinaan akhlak dan syaksiah serta pelajarannya.

Satu yang kita harapkan,

“Semoga mereka semua berjaya seperti orang yang ada ayah berjaya"

“Mengharap Kepulangan Yang Diredai”

Al-fakir Ila Rabbihi

Muhamad bin Abdullah

Shah Alam

19 Oktober 09 jam 8.20 malam

 

IMG_9344

Majlis anjuran IPS Sdn Bhd

IMG_9330

Sampai

IMG_9436

warga Ijabah mengalunkan bait-bait Selawat

IMG_9437

IMG_9471

IMG_9479

apa yang diharapkan “semoga mereka semua berjaya seperti orang yang ada ayah berjaya” amin..

al-Ijabah 30 - Rencam Rumah HIV Darul Ukhwah

“Patut pun malamnya dia basuh kasut Croc saya” kata Ustaz Fatoni

Hari ini, 17 Oktober 09, saya ke rumah HIV Darul Ukhwah. Hari ini gempar di Darul Ukhwah seorang penghuni yang kurang berdisiplin keluar dari Darul Ukhwah.

Saya katakan penghuni HIV ini kurang berdisiplin kerana, dia keluar masuk sesuka hatinya dan telah mula kembali mengambil dadah, padahal, dia antara yang kita beri perlindungan di rumah kebajikan kita.

“Itulah, masa sakit ingat Allah, masa dah sihat, balik jadi macam dulu” komen Abang Azizi.

Lebih malang lagi, dia keluar dengan mengambil kasut Croc dan telifon Ustaz Fatoni, ustaz yang sama-sama menjaga dia dan pesakit HIV yang lainnya.

Saya hanya beristighfar panjang ketika mendengar berita ini.

“Ustaz, nanti tolong belikan sarung tangan getah ye, sarung tangan yang ada tinggal satu sahaja lagi” kata Ustaz Fatoni.

Ustaz Fatoni yang telah mula serasi dengan keadaan menjaga pesakit rumah kebajikan HIV ini telah membantu pesakit yang tidak berdaya untuk mandi dan menyapukan ubat ke badan pesakit ini.

“Lagi, apa yang dah habis” tanya saya.

“Ustaz, tolong belikan sabun dan Detol ye” kata Mat, salah seorang penghuni di sini.

Malam ini, saya membawa ustaz Fatoni keluar, mencarikan barang-barang keperluan rumah Darul Ukhwah di Farmasi.

“Ustaz, lapang tak malam ni? Tanya saya.

“Tak ada apa program, Ustaz” kata Ustaz Fatoni

“Mari ikut saya ke Sunway Pyramid, kita jalan-jalan sikit” kata saya pada Ustaz Fatoni.

Di dalam kereta, saya berbual dengan ustaz mengenai program-program di rumah ini.

Kereta yang kami naiki mula diletakkan ke tempat parking kereta.

Saya mengajak ustaz Fatoni ke dalam Sunway Pyramid.

“Ustaz, terima kasih ye, kerana sama-sama berkhidmat di dalam Darul Ukhwah ini, Ustaz, barangkali, telifon Ustaz hilang, Allah ingin gantikan dengan yang lebih baik” kata saya.

“Yelah, barangkali”, kata Ustaz Fatoni yang belum perasan hajat saya mengajaknya ke Sunway Pyramid ini.

Saya menarik tangan Ustaz Fatoni ke dalam kedai telifon.

“Ustaz, ustaz pilihlah yang sesuai untuk ustaz” kata saya.

Memang ketika dia memberitahu saya mengenai kehilangan telifonnya, saya terus terdetik agar menggantikan dengan yang baru. Barangkali, Allah nak gantikan telifon beliau dengan yang lebih baik kerana ikhlasnya bersama-sama di dalam Darul Ukhwah.

Ustaz Fatoni sedikit terkejut, beberapa kali mengucapkan terima kasih. Saya faham keperluan telifon bagi seseorang pada zaman sekarang, dan saya mempunyai pendapat mengenai keikhlasan.

“Ikhlas, tidak menafikan hak”

Inilah antara carbaran menjaga rumah pesakit HIV ini, semuanya untuk Allah nilai semangat kita di dalam berbuat amal yang baik.

Semoga, gantian yang Allah berikan memberi sedikit ubat, dan semoga, sesiapa sahaja yang ikhlas di dalam usaha ini, diberikan Allah ganjaran yang jauh lebih besar dari apa yang difikirkan.

Setakat ini, memang, menjaga 10 anak yatim lebih mudah dari menjaga seorang pesakit HIV. Berbagai karenah yang perlu dihadapi. Apa pun, ini fasa permulaan. Semoga usaha ini terus dimudahkan, amin…

“Mencari Kepulangan Yang Diredhai”

Al-fakir Ila Rabbihi

Muhamad bin Abdullah

Shah Alam

19 Oktober 09 jam 7.40 malam

Sunday, October 18, 2009

Universiti Kehidupan 119 – Bicara Mengenai Buku

Mari berkenalan dengan kedai buku di Medan ini. Ada banyak kedai buku sama ada yang kecil atau yang besar yang mempunyai rangkaian sekitar Indonesia.

14 Oktober 09, jam 11.00 pagi, saya dibawa ke kedai buku "Toko Sembilan Wali". Sebuah kedai buku agama yang agak terkenal di Medan ini.

Dengan pakaian seragam merah jambu, para pekerja di sini menyambut mesra kedatangan kami.

Apa yang menarik di Indonesia ini ialah budaya menterjemah buku-buku sama ada dari Arab mahupun Inggeris. Banyak buku-buku terkini dalam bahasa Arab atau Inggeris telah diterjemah. Memang, negara yang agak sederhana ekonominya, kebiasaanya mempunyai budaya penerbitan buku yang hebat.

Jika di negara Arab, Mesir antara negara yang agak sederhana tahap ekonominya dan budaya ilmu dan buku antara yang terbanyak di antara negara Arab.

Saya membelek buku-buku di sini. Satu kelebihan lagi, tajuk-tajuk buku yang diterbitkan sangat menarik walau pun isi kandungnya kadang-kala biasa sahaja. Penerbit di sini pandai memilih tajuk yang menarik para pembaca ketika kali pertama menatapnya.

"Ustaz, kami tak kisah berapa lama kat sini" kata Alif yang memang telah tahu perangi saya dengan kedai buku.

Sekali sekala mereka menunjukkan beberapa buku pada saya:-

"Ustaz, apa pandangan ustaz dengan buku ini", kata mereka.

Barangkali, pada pandangan mereka, jika nama ustaz, telah baca semua buku yang ada dipasaran.

Saya hanya tersenyum, memerhatikan gelagat bakal-bakal ustaz ini.

Tetapi sebenarnya, jika mahu menjadi pemegang amanah ilmu, memang kena usaha membaca sebanyak yang mungkin.

Saya teringat, ketika saya masih pelajar seperti mereka, saya menziarahi seorang mufti di negara ini di pejabatnya.

Di pejabat mufti ini, kebanyakkan majalah ada termasuk majalah anak-anak muda ketika itu seperti "Pedang Setiawan", "Raja Rimba" dan sebagainya.

Saya bertanya, adakah Dato' Mufti juga membaca semua majalah-majalah ini.

Sohibus Samahah Dato' Mufti mengiyakan dan menyatakan bahawa, beliau memang perlu membaca semua bahan bacaan di tengah masyarakat ini untuk memberi fatwa jika ditanya.

Itu antara amanah ilmu yang perlu dipikul oleh Para Mufti kita.

Mata saya tertumpu pada sebuah buku:-

Rangkaian buku atlas al-Quran, altas Hadith, atlas umat Islam yang telah diterjemahkan dari bahasa Arab ke bahasa Melayu.

"Ya Allah, cepat betul budaya terjemah di sini" bisik hati saya.

Buku Atlas al-Quran dan Hadith ini merupakan buku yang baik. Ia menceritakan kisah-kisah al-Quran dan Hadith dengan melalui lakaran peta-peta. Saya telah membeli buku ini di dalam bahasa Arab, ketika kunjungan saya ke beberapa negara Arab beberapa tahun lalu. Tak sangka, telah ada terjemahan di dalam bahasa Melayu.

Ketika kemuncak keemasan zaman Baghdad, khalifah Abasiyyah memang menaja para penterjemah untuk membuat terjemahan buku-buku dari bahasa asing ke dalam bahasa Arab. Hasilnya, lahirlah perpustakaan Baitul Hikmah. Banyak aktiviti terjemahan dilakukan dalam bidang astrologi, matematik, pertanian, perubatan dan falsafah.

Baitul Hikmah dihanguskan ketika Monggol melanggar Baghdad pada tahun 1258 masihi.. Banyak kajian ulama dan terjemahan kitab-kitab dibakar dan dibuang di sungai Tigris hingga sungai itu menjadi hitam lantaran dakwat kitab ulama ini.

Ketika saya menziarahi Prof. Dr. Ahmad Hidayat Buang, Pengarah Akademi Pengajian Islam Univerisiti Malaya, minggu lepas, untuk membincangkan mengenai kajian Phd saya, beliau sering menekankan agar perlunya seseorang itu untuk rajin membaca.

"Bukankan ayat pertama yang diturunkan ialah Iqra", kata beliau.

Tetapi hakikatnya, di Malaysia sendiri, budaya membaca di kalangan masyarakat agak membimbangkan. Hasilnya, ramai yang lebih suka mendengar khabar-khabar melalui telinga dari membaca dan ada yang berpendapat bahawa business buku di Malaysia ialah dying business.

Kebenarannya, kita sahaja yang tahu...

"Universiti Kehidupan, Pengajian Sepanjang Hayat"

al-fakir Ila Rabbihi

Muhamad bin Abdullah

Putra Heights

18 Oktober 09 jam 9.30 pagi

IMG_8183

di hadapan “Toko Sembilan Wali”

IMG_8197

Kami disambut dengan pekerja yang berseragam merah jambu

IMG_8206

“Bagus tak buku ni?”

IMG_8211

Bakal-bakal ustaz 2010

IMG_8213

lambakan buku yang banyak

IMG_8218

IMG_8232

kedai buku “Sembilan Wali”

Diari 121 - Institut Agama Islam Negeri Sumatra Utara (IAIN SU) Medan

13 Oktober 09, jam 9.40 malam, saya bertolak ke Medan Indonesia, menguruskan beberapa perkara sambil menziarahi anak-anak murid saya yang kini belajar di IAIN SU (Institut Agama Islam Negeri Sumatra Utara). Pejam celik, mereka yang diuruskan memasuki IAIN, sekarang hanya tinggal menulis tesis dan menamatkan pengajian mereka di peringkat Sarjana Muda Syariah.

Sejuk mata melihat bakal-bakal ustaz ini. Semoga Allah terus membimbing generasi agama ini.

Pagi 14 Oktober 09, saya diajak menziarahi kampus mereka. Kami menaiki kenderaan yang disewa. Pagi ini, kota Medan dibasahi dengan hujan renyai-renyai. Di hadapan gerbang kampus terdapat banyak angkut (kenderaan awam) berwarna kuning dan merah yang berbaris menunggu penumpang.

Kami mula memasuki gerbang kampus IAIN. Terdapat dua orang jaga yang ditugaskan menajaga pintu masuk kampus ini, pengawal tanpa pondok pengawal dan hanya duduk di kerusi yang disediakan.

IAIN Medan tidaklah berapa besar, barangkali seperti cawangan UiTM di sesetengah tempat. Tetapi jasanya di dalam melahirkan cendikiawan agama tidak dinafikan, dan sebab itulah juga, kerajaan Malaysia mengiktiraf graduan keluaran IAIN ini.

Saya diajak untuk melawat setiap penjuru Kuliah Syariah. Memang agak beza dari kelengkapan pengajian jika ingin dibandingkan dengan di Malaysia.

Dari satu kelas ke satu kelas. Saya memerhatikan setiap pelajar. Di sini, tidak seperti di Malaysia. Kebanyakkan pelajar agama di Malaysia mempunyai doktrin Bi’ah Solehah ( mewujudkan suasana persekitaran yang baik menurut syariat). Kalau di fakulti agama, pergaulan agak terjaga dan masing-masing akan menjaga perlakuan.

Di sini, pergaulan antara lelaki dan perempuan bukanlah sesuatu yang agak besar. Pelajar lelaki dan perempuan bergaul dengan agak bebas. Mereka bergurau senda sambil ketawa keriangan.

Sesekali kelihatan mahasiswa yang menggendong mahasiswi dengan motorsikal.

Di sekitar kampus ini juga kelihatan para pelajar bebas menghisap rokok, padahal mereka di bidang agama. Bagi masyarakat Indonesia, rokok adalah perkara yang menjadi amalan biasa.

Sebab itu ada gurauan yang berbunyi:-

“Jika kita ke Mesir, jangan Tanya kenapa para ulamanya tak ada janggut, jika kita ke Yaman, jangan Tanya kenapa ada para ulamanya yang mengunyah gad (sejenis daun yang disentil dimulut seperti orang dahulu menyentil tembakau), dan jika di Indonesia, jangan Tanya kenapa ada ulamanya ada yang menghisap rokok”

Ini kerana, janggut di Mesir adalah sesuatu yang melambangkan ala-ala pengganas, jadi, para ustaz jarang berjanggut.

Gad pula merupakan sentil harian di sesetengah tempat seperti kopi bagi orang-orang tua di Utara tanah air.

Manakala rokok pula menjadi kebiasaan masyarakat Indonesia seperti kebiasaan meminum Coca Cola bagi orang Arab.

Ketika saya bersarapan di kantin Fakulti, duduk di satu sudut pelajar-pelajar Master dengan seorang penyelia mereka. Masing-masing membuka kitab dan membahaskan antara satu sama lain sambil sesekali Doktor Penyelia tersebut mencelah dengan rokok yang sedang dihisap di tangan.

Di Malaysia, amat jarang menemui Doktor dalam bidang agama menghisap rokok dan jika ada sekalipun, jarang di khalayak ramai.

Apa yang menarik yang saya lihat di sini ialah, di satu sudut, terdapat penjualan makanan ringan, tidak ada orang yang menjaga. Masing-masing meletakkan duit dan mengambil makanan ringan yang terdapat disitu.

Ini beza, fakulti agama. Di dalam bab ini, kita tidak rungsing akan kehilangan.

Di sini ramai juga pelajar dari Malaysia. Kebanyakkan mereka mengambil jurusan Syariah. Untuk mengenal pelajar Malaysia amat senang. Kalau siswinya dapat dikenal dengan tudung labuhnya manakala lelakinya dari segi pakaiannya.

Perpustakaan di sini tidaklah berapa besar. Hanya kitab-kitab utama sahaja.

Sejam lebih di sini, saya mula beredar meninggalkan IAIN. Ini pertama kali saya ke IAIN Medan. Sebelum ini, saya hanya pernah melawat IAIN Jambi ketika menghantar beberapa murid saya beberapa tahun lalu.

Kita mengharapkan agar pelapis agamawan yang bakal dilahirkan di sini bersedia untuk tugasan besar di negara kita. Semakin ramai para agamawan, diharapkan semakin dapat mereka mendidik masyarakat satu hari nanti.

"Diari Merakam Sejarah Mencatat Kenangan"

al-Fakir Ila Rabbihi

Muhamad bin Abdullah

Putra Heights

18 Oktober 09 jam 8.15 pagi

IMG_8061

terdapat angkut berwarna kuning dan merah

IMG_8063

gerbang masuk Institut Agama Islam Negeri Sumatra Utara (IAIN SU) Medan

IMG_8064

Ketika saya datang, ada majlis Halal Bihalal, satu program bermaafan sempena hari raya

IMG_8065

Dewan besar di IAIN

IMG_8157

IMG_8076

Perpustakaan yang agak sederhana

IMG_8079

Suasana dalam kelas

IMG_8080

Suasana mahasiwa/i di ruang legar

IMG_8083

Ini kelebihan fakulti agama, insyaAllah, tidak hilang walaupun jualan tanpa yang menjaga

IMG_8086

suasana dalam kelas

IMG_8100

Bilik Munaqasah bagi pelajar tahun akhir. Di sini mereka akan diuji oleh beberapa panel dengan soal jawab

IMG_8128

Pelajar Malaysia

IMG_8130

Merokok dapat dilihat di sana dan sini

IMG_8133

Pandangan biasa menunggang motorsikal bersama

IMG_8156

Mahasiswi Syariah IAIN

IMG_8162

Di kantin

IMG_8158

Bersama anak murid saya di IAIN, semoga bakal menjadi ustaz yang tawadhuk dengan ilmu

IMG_8167

Pengajian santai di Kantin

IMG_8173

Jaga di gerbang utama

Thursday, October 15, 2009

Jawapan Pada Persoalan 75

Alhamdulillah, kesempatan yang ada ini, dapat kita berkongsi jawapan pada permasalahan yang diutarakan

Guest bagaimana cara sya nak bertaubat 2009-10-12 2:08 AM

Bermula dengan penyesalan kepada ucapan istighfar dan ubah diri

Guest sim ustaz semsa sya melahirkan ank bongsu melalui pembedahan doktor menyarankan mengikat peranakan krna wktu itu usia sya dah 40 lbh adakah berdosa 2009-10-12 2:07 AM

Tidak atas sebab perubatan

Q Ustz saya mempunyai sakit kancer, apakah hukum sama berkahwin, Sedangkan wanita itu hendak berkahwin dengan saya...tlg ustaz sy dlm keadaan serba sala 2009-10-12 12:23 AM

Boleh

PemeliharaAgama Assalamualaikum ustaz.benarkah lamanya masa sujud akhir sunat hajat bergantung kepada lamanya kita baca surah semasa berdiri rakaat pertama? 2009-10-11 3:57 PM

Seafdhalnya

SYM Bersyukur kepada Allah, dimana blog ustaz ini banyak membimbing saya. Terima kasih ustaz. 2009-10-11 3:42 PM

Saya hanya menyampaikan dan menjalankan tugas..

jiden d kemaluan sya ada lubang2 kcil bekas jahitan semasa khatan.agk sukar apabila mndi junub.kna picit2 dlu kaws.tu..bru kna air.mcmana tu ustaz. 2009-10-11 11:39 AM

Syarat mandi wajib ialah mengalir air pada seluruh anggota badan, jadi memang kena usaha lebih bagi menyampaikan air pada semua anggota

ina nurse hukum suka ckp unsur2 lucah dgn member sekerja lelaki pompuan.tp x de pun niat nk buat benda x elok.cma gurau jer.camner tu ustaz 2009-10-11 11:35 AM

paling rendah makruh, boleh jatuh sampai haram. Kita mungkin tak ada apa-apa, kalau orang ada apa-apa, kita kena tanggung nanti

abu ustaz.betul ke ada org yg lambat kawen d sebab kan oleh ilmu pelalau.boleh atau tidak jumpa bomoh. 2009-10-11 11:32 AM

sembahyang hajat dan jangan jumpa bomoh

pak wahab laman e ustaz tu baguih tp kurang menarik .x de pun soaljawap agama. 2009-10-11 11:30 AM

kena cadangkan pada Ustaz Roslan, empunya blog tu..

tou adakah sah mandi wajib kita kalau tidak membaca doa 2009-10-11 11:26 AM

sah, doa bukan rukun, jangan tak niat..

intan salam. Ustaz..nak tanya pasal muhrim. hubungan anak perempuan saya dan saya dgn sepupu suami. 2009-10-12 6:17 AM

bukan mahram

SALSA Apa yg perlu saya lakukan sekiranya saya dihadiahkan dgn makanan yg shubhat sama ada beri pada orang kafir @ buang saja 2009-10-12 5:50 AM

Bagi pada orang kafir lain

Guest tolong email handphone ust ke email ana mail - kawan lama yusri mohamad 2009-10-12 4:34 AM

Hubungi PA al-Ijabah Ustaz Muhamad Zamhari 012-3018369

SALSA Berapakah umur paling awal seorang kanak2 lelaki itu boleh menjadi imam solat kepada orang2 dewasa 2009-10-12 4:17 AM

Mumayyiz dan ada kematangan, sekitar 10 dah boleh dah

Guest adakah doa ibu dan anak akan smpai kpd org meningal dgn bunuh diri 2009-10-12 2:11 AM

Sampai

SYM Apakah yang dimaksudkan dengan shariah? 2009-10-12 3:00 PM

Peraturan yang diturunkan Allah

SYM Apakah hukum meelabur dalam Unit trust berlandaskan shariah?. 2009-10-12 2:59 PM

Harus

Guest Org cina dh peluk islam, ziarah ibunya yg belum peluk islam. Apakah hukum mkn guna perkakas dirumah itu? 2009-10-12 8:18 AM

Jika yakin, ia digunakan untuk masak bernajis mugallazah, maka tak boleh guna, kalau tak yakin, maka syubhat, elok, beli lain dan sediakan khas di rumah ibu

tonet, Salam Ust Lps solat, sy selalu mdoakan agar anak sy jadik ank yg soleh, suka tlg org n baik mcm ust.... Amin 2009-10-12 7:54 AM

biar baik macam Nabi..

tonet, Salam Ust Ust sek Agama kat mn ek d JB? Sy nak htr ank kat c2 le.. Mudah2an x jadik mcm ust, tp baik mcm ust dah memadai.... 2009-10-12 7:51 AM

di Sunway, mana-mana pun boleh kak, janji sekolah agama.

Kak Nor Benarkah kerja sbg model fesyen yg x menutup aurat (llk @ p'puan) di depan khalayak antara pk'jaan yg dilaknat Allah? 2009-10-13 4:05 AM

Semua yang berdosa memang terlaknat

Guest salam ustz,sy mgndg akhr2 ini sy slalu mmpi jmpa nabi muhammad saw tp dpt lht bgnda dr blkg shj, xpun sy mmpi brada d mekah, apa tndanya ustz? oleh krn mmpi trlalu krp sy hairan n rs x lyk nk mmpi baik mcm tu,gguan syaitan ke ustz?sy dh smpai bln. 2009-10-13 1:27 AM

Barang kali anak itu ada kelebihannya, barang siapa bermimpi Nabi bermakna dia bertemu sungguh kerana syaitan tidak akan dapat menyerupai Nabi

Guest salam ustz,jk azan dlaumgkn tp ank kcil mahu myusu mana yg prlu di dahulukn? 2009-10-13 1:25 AM

Jika waktu masih panjang, dulukan susu anak

Guest salam ust,klu ank brzina adakah mak bapak trt bdosa sama sbb x didik agm btl2?ahli kluarga lain? 2009-10-13 1:24 AM

Dosa kalau biarkan, kalau tahu dah tegur, maka terlepas

darling05 Salam Ustaz, Sudah terlalu lama rasanya ustaz tidak hadir di sini, saya doakan ustaz dan keluarga semuanya sihat dan sejahtera, 2009-10-13 1:01 AM

Ye, agak sibuk akhir ini

Guest Suami adik mengaku dia syiah. Minta fasakh kes ditolak apa patut kami buat. Masalahnya suami adik adalah pengajar ajaran syiah. 2009-10-12 10:34 PM

Doakanlah..

Guest Saya ada terjemahan ayat tapi tak tahu surah apa. Ya Allah tetapkanlah dia (anakku) dan jadikanlah dia penunjuk jalan dan mendapat petunjuk 2009-10-12 10:30 PM

Saya tak perasan pula..

Guest Assalamualaikum w.b.t .Bagaimana kita mahu membezakan antara ahli sunnah waljamaah dengan mereka yang memegang mazhab syiah , khawarij ? Apa status mereka , kerana mereka mengamalkan ajaran sesat ? Bagi syiah dan lain-lain ...2009-10-12 6:28 PM

Bagi kita sebagai individu, hindarkan. Status mereka, biar Allah tentukan. JIka kita sebagai pemerintah, maka kena bendung.


shah paladin ora peduli siah,sunni,LDII,DDII,darul islam,NII,MD,NU,jamaah tablig,DLL,yang penting perang..perang N perang.Tapi perang2an dalam AOE2 the Conqueros 2009-10-13 2:17 PM

albar syiah dahulu kan ahlul bait..salah kah? 2009-10-13 6:53 AM

Guest senang kan nak buat orang mcm2 2009-10-13 2:49 PM

Guest Slm, Ustz bukalah akaun MBB utk Yayasan Al Ijabah, spy senang transfer guna Mayban2U 2009-10-13 1:52 PM

SJ ye betul. Akaun Maybank ni penting la. 2009-10-13 2:03 PM

insyaAllah, sedang diusahakan

Ust.Roslan Salam, sila ziarahi blog e-Ustaz..terima kasih.. 2009-10-13 9:15 AM

Salam ziarah

zul pasai aper syiah solat pkai batu kcil ustaz?sunnah jgak ke?tpt khalifah harun tu ada org ziarah jga ke ustaz 2009-10-13 6:51 AM

Wallahualam

salem apakah imam2 syiah itu ajar spaya suruh benci sahabat..khlifah harun arrasyid tu syiah jgak ker ustaz 2009-10-13 6:48 AM

Wallahu alam, setahu saya tidak, Khalifah Harun tidak syiah, dia baik dengan Imam Reza.

ubai apakah kategori bg jammah tabligh..ada org kta sesat..pembawa bidaah..dan mcm2.betul ker ustaz 2009-10-13 6:46 AM

jangan ikut pandangan orang yang suka salahkan orang lain, selagi akidah betul, ajak bersatu

Anggerikdesa Salam Ustaz..Sy ada download bacaan ayat suci ke dlm tel.bimbit.nak tahu adakah berdosa sekiranya kita bawa masuk tel. tu ke dalam tandas. 2009-10-13 4:43 AM

Tidak sebab ia tidak ada syiar sebuah al-Quran

lbfctpah salam..ketika solat pergelangan tangan (jari2 hingga ke pergelangan) dikira aurat 2009-10-13 7:07 PM

ye

selipar jopun salam ustaz, bes baca catatan n pnglman ustaz 2009-10-13 6:09 PM

terima kasih

PemeliharaAdDeen Assalamualaikum.ustaz,dalam solat,adakah sunat hukumnya membaca surah yg lagi panjang pada rakaat pertama berbanding rakaat kedua? atau sebaliknya? 2009-10-13 5:34 PM

Rakaat kedua akan lebih ringkas dari rakaat pertama

rramlee Assalamualaikum Ustaz, Assalamualaikum Ustaz, Saya telah mendengar beberapa ulusan didalam siaran "Tanyalah Ustaz" di TV9 perihal haramnya perniagaan Forex ini. Izinkan saya bertanya perihal pengharamannya dengan persoalan saya yang agak panjang ini. Saya telah menceburi bidang ini sudah beberapa tahun sebagai status pedagang atau 'Trader' dan telah mendalaminya secara ilmiah sehingga mempunyai Ijazah serta sedang mempertimbankan melanjutkan pelajaran ilmu tersebut ke tahap kedoktoran (Phd). Didalam pengalaman saya, urus niaga pertukaran matawang tersebut memerlukan kemahiran teknikal perihal perniagaan pertukaran matawang yang melibatkan analisis carta-carta, pengetahuan ekonomi global dan penyelidikan. Ianya satu bidang ilmu yang mana sekiranya saya, sebagai rakyat Malaysia secara khususnya dan sebagai seorang Islam secara amnya, tidak mendalaminya maka perniagaan pertukaran matawang ini akan dikuasai oleh orang-orang barat sahaja dan bagaimanakah percaturan matawang Malaysia dan juga matawang negara-negara Arab yang hanya akan terdedah kepada spekulasi walhal kita boleh membendungnya. Inilah yang berlaku bila George Soros menhancurkan ekonomi Malaysia pada tahun 1998-1999 yang lalu. Kerajaan Malaysia terpaksa bertindak dengan 'pegging' satu teknik untuk melawan 'hedging' yang hanya diketahui oleh pakar kewangan. Saya ulang perkataan PAKAR, yang memerlukan ilmu Malah kita telah berjaya melahirkan sistem kewangan Islam hasil daripada pengetahuan sistem perbankan kotemperari. Forex juga didalam pembelajaran ilmiah saya boleh dilakukan secara Islamiah dengan meletakkan Rial bebas dari spekulasi dan menjadi matawang Umat Islam yang sejagat sekiranya umat Islam yang sejagat sekiranya umat Islam itu sendiri mahir didalam selok belok perniagaan pertukuran matawang tersebut. Inilah yang berlaku kepada negeri-negeri Eropah yang bersatu lalu ditubuhkan matawang Euro, satu denominasi (denomination) umum. Insuran Takaful sendiri bukankah bermulanya dari sistem insuran kotemporari dan diubah dengan mengeluarkan komponen-komponen riba, shubahah/hayat dsb bersesuai dengan kehendak fikah dan hukum hakam Islam? Saya tidak nampak unsur pertaruhan atau perjudian dengan adanya analisis teknikal yang menterjemahkan keadaan pasaran yang sebenar ditambah dengan adanya analisis teknikal yang menterjemahkan keadaan pasaran yang sebenar ditambah dengan internet yang memberikan aliran matawang tersebut secara 'on line' Bagaimana pula sekiranya kita ambil kira pemegangan sesuatu yang fizikal contohnya kita beli matawang misalnya 1 Dollar Amerika pada kadar RM3.50 dari Pengurup Matawang dan simpan dirumah. Lalu menjualnya kembali kepada Pengurup Matawang tersebut bila harga matawang tersebut menjadi RM3.80. Adakah Adakah itu haram? Bukankah Forex juga begitu iaitu kita membeli lot-lot kontrak matawang tersebut untuk diperniagakan cuma melalui sistem internet komunikasinya dipermudahkan? Bukankah urusan perniagaan pertukaran matawang tersebut bukan sahaja diperniagakan oleh Bank-bank di Malaysia malah secara on line menerusi Internet. Adakah perniagaan pasaran saham kita juga haram dengan adanya kaunter-kaunter saham yang berlandaskan perniagaan Islam. Malah Forex ini adalah perniagaan yang baru diliberalsasikan pada tahun 1990an dan tak lama lagi akan menjadi seperti pasaran saham yang mana pedagang-pedagang atau traders yang terdiri daripada orang-orang awam yang akan bertambah bilangannya dengan banyak sekali? Di Indonesia umpanya, saya agak terkejut bukan sahaja orang-orang awam yang menjadi pedagang-pedagang matawang malah banyak yayasan-yayasan atau disamping ada juga orang-orang alim seperti Tuk Imam dan pendakwah turut melabur didalam Forex malah melalui broker-broker. Bila saya tanyakan mereka, mereka menjawab yang alim ulamak Malaysia telah salah takrifkan urusan perniagaan tersebut semata-mata tiada 'akad'. Mereka juga mempersoalkan yang berlaku didalam Majilis Fatwa kita perihal perkara-perkara yang sepatutnya haram yang tidak 'diitijimakkan' dengan sewajarnya seperti contoh palet-palet makanan haiwan yang mempunyai darah babi dsb Banyak lagi persoalan-persoalan yang ingin saya kemukakan tapi untuk kesempatan waktu hanya ini buat permulaan dan saya masih mencari lunas-lunas hadith dsb bukan untuk menegakkan benang yang basah tetapi untuk kepastian yang nyata. Diharap dapatlah Ustaz memberikan pandangan. Sekian, wassalam

Ustaz mana yang kata haram secara mutlak di program tu? Nanti saya tanya balik dia orang.

Mengenai forex, ia telah banyak dibahaskan. Saya tak mahu mengulangi perbahasan yang panjang ini. Boleh rujuk blog sahabat saya, Ustaz Zaharuddin. Beliau ternyata banyak berminat membahaskan isu-isu seperti ini.

zul utz, macam mana nak buat sujud syukur? 2009-10-14 4:45 AM

niat sujud syukur, menghadap kiblat, sebaiknya ada wuduk, di dalam sujud ada bacaannya, jika tak tahu ucapkan alhamdulillah banyak-banyak

tonet, Salam Ust Sy d jangka akan b'angkat ke Tanah Suci Meca pd ±blh April 2010. Ada x doa khusus supaya ank sy yg b'usia 3th x mhadapi prblm sewaktu sy tinggalkannya 2009-10-14 3:49 AM

banyakkan hadiah fatihah padanya

zai_isma Assalammualikum...ustaz, boleh/tidak kalu kita hendak menjadi bahagian tepi kain ihram... sebabnya kebanyakkan kain ihram yang di jual ada lebihan benang di bahagian tepi.. 2009-10-14 3:35 AM

saya rasa menjadi tu, menjahit kot, kalau nak jahit, biarkan dia begitu kerana kita tidak dibenarkan memakai pakaian berjahit. Walaupun takrifan berjahit itu bermakna bersambung, tapi elok tak payah buat..

Anggerikdesa Ustaz betul ke kalau wanita yg putus haid dh bercerai(hidup) dgn suaminya , dia tak boleh kawin lg..camna 2 ustaz.Ada ustaz yg bg ceramah cakap begitu 2009-10-14 2:04 AM

Tak betul

Anggerikdesa Salam ustaz..apakah hukum bersalaman dgn sepupu lelaki sebelah bapa,ada yg kata boleh.dan adakah beliau boleh menjadi wali sy kalau tiada wali lain sy keliru sikit dgn bab2 salam ni..tima kasih ustaz2009-10-14 1:59 AM

Kalau seputar keluarga dan tidak timbul nafsu, ada pendangan yang membolehkan terutama jika mereka dari golongan yang tua, tapi wudhuk tetap batal. Bagi saya, elok hindarkan.

Dia tidak boleh jadi wali kita..

siti alloyah Solat subuh wajib baca doa qunut tak? 2009-10-14 1:53 AM

sunat

darling05 Alhamdullilah, Akhirnya ustaz dapat meluangkan masa untk kami disini mengetahui perkembangan ustaz. Apa2 pun Ustaz, kami sentiasa mendoakan segala usha yg ustaz dn rakan2 usahakan mendapat keberkatan dari Nya 2009-10-14 1:37 AM

Amin…

Guest Assalammualaikum ustaz,harap ustaz boleh beri doa yg ustaz baca pada akhir rancangan tanyalah ustaz.. 2009-10-14 5:58 PM

insyaAllah

Ahmad Assalammualaikum ustaz,minta ustaz beri doa yg ustaz baca pd akhir rancangan tnyalh ustaz,ingin dijadikan amalan waktu mengerjakan Haji insyaAllah 2009-10-14 5:56 PM

insyaAllah

matrempitbaik ust, sye bw motor.mse tgh nyelit celah2 kreta (jam), sy tlnggar side miror 1 kete ni. xsngaje.tp sbb tkut, sy trus pcut. tp pastu rse bsalah sgt. nak nak mintak maaf cm mustahil jmpe pmilik kete tu. adkh sye dikire mnzalimi org tu? adkh akn trampun dosa sye dgn org tu? huhu..2009-10-14 2:58 PM

taubat dan janji jangan buat lagi, semoga Allah mengampunimu. Jika sedekah niatkan untuk orang yang kita terambil hak.

al-mizan boleh ustaz tuliskan doa dalam bhs melayu ketika ending rancangan tanyalah ustaz? 2009-10-14 2:56 PM

doa tu, doa biasa aje, dalam bahasa Arab yang saya terjemahkan. Tapi insyaAllah, nanti saya tuliskan

Guest Slm, bagaimana nak pujuk hati spy redha & ikhlas. 2009-10-14 2:40 PM

Tanamkan “Semua perkara ada hikmahnya”

len apa makna mimpi berzina sdgn telah berkahwin? 2009-10-14 2:16 PM

hati ada harap membuat sesuatu yang kita tak pasti betul atau tidak

zul utz, apa hukumnya klu suami menghisap susu isteri sampai kenyang? 2009-10-14 12:21 PM

tak ada apa-apa cuma, tanya dia, dulu kurang minum susu mak dia ke? kesian kat anak tu, belikan dia susu lainlah...

Anggerikdesa Sy tlh memberi wang zakat kpd saudara yg masih blajar sdagkn dia masih ada bapa.sah tak zakat tsbt 2009-10-14 6:08 AM

Boleh sebab dia asnaf fisabilillah

Hanim Shaha Salam Utz Bapa sy meninggal 7 ramadhan. 1 hgg 6 ramdhan bapa sakit kuat. Tak puasa. Perlu digantikan? 2009-10-14 5:54 AM

Tak perlu, hanya fidyah.

mas salam ustaz, membaca terjemahan al quran sama ke pahalnya dengan membaca al quran 2009-10-15 5:51 AM

lebih besar baca al-Quran

Kak Nor Ust, biasanya amalan rasuah dikaitkan dgn glgn yg b'gaji kecil. Tapi skrg yg b'pgkat & jw'tan tinggi pun trlibt. Adakah sbb iman x kuat @ nafsu, Ust.? 2009-10-15 4:41 AM

Kedua-duanya

no name salam ustaz...sye ade dpt msg plex kt dlm myspace sye...die ckp klu sye x anta msg ni kt 15 org nanti sye kne bunuh...bleh pecaye ke msg ni??? 2009-10-15 2:27 AM

Tak boleh

kaksu slm.ustz klu secara tidak sengaja kita zikir didlm hati ketika ditandas..apakah hukumnya. 2009-10-15 1:44 AM

Tak sengaja tak apa

Guest68 Ustaz, minta halalkan saya copy cerita ustaz pasal penyembah api untuk sebaran kepada kawan-kawan, 2009-10-15 1:05 AM

Ok

BARD Ust,apa hukum wanita melawat kubur? 2009-10-15 12:28 AM

Harus jika jaga jangan sampai bercampur lelaki dan perempuan bukan mahram

BARD UST,bolehkah pegang quran&baca@pegang shj tanpa wuduk?ada dalil yang berkaitan? 2009-10-15 12:24 AM

Kena bersuci, disebut di dalam surah al-Waqiah

BARD UST,adakah semasa raya qurban ada bahagian untuk akikah dimasjid yg boleh saya sertai?apa beza korban dan akikah? 2009-10-15 12:19 AM

Afdalnya jangan dicampur

BARD UST,adakah akikah mesti dimasak dan dijamu@boleh diagih daging mentah shj?akikah untuk orang fakir mskin@sesiapa shj? 2009-10-15 12:13 AM

Diagih mentah pun boleh, dimasak itu afdalnya

Guest nak tahu tentang syiah.adkah golongan ini sesat@kafir@murtad atau macamane?

Mengikut guru kami, tersasar dari landasan sebenar, menghukum sebagai kafir, murtad dan sebagainya adalah kerja majlis fatwa dan mahkamah syariah.

Guest Ustaz, apa hukumnya jika kita beli dan makan beras yang sememangnya kita ketahui ianya beras diseludup(elak cukai) 2009-10-15 11:02 AM

Syubhat

nurliyana: assalamualaikum ustaz..adakah hukumnya mengumpat jika ade seseorg meluahkan perasaan kpda sy dan menceritakan keburukan org laen kpd sy..??terima ksih 2009-10-15 10:42 AM

berikan jalan keluar dan nasihat, tidak dikatakan mengumpat untuk mencari jalan penyelesaian

a'in salam ustaz,adakah dosa terbesar antara dosa besar dan dakah terampun dosa tersebut 2009-10-15 8:30 AM

syirik dan selagi mana belum tutup mata, selagi itu pintu ampunan masih terbuka

a'in salam ustaz,seseorg itu ada keaiban pd dirinya yg ketara adakah dikira uzur sharie2009-10-15 8:28 AM

saya tidak memahami soalan A’in ni, Tanya balik dan detailkan

liza salam ustaz,kalau keje saya dah settle utk hari ni,boleh x saya masuk internet cthnya baca blog2 seperti ustaz ni? maksud saya,saya masih dlm waktu keje tp keje dh settle,boleh ke buat bendayg selain keje?2009-10-15 7:53 AM

kalau kita dibayar gaji untuk tugasan itu semata-mata, dah tamat, dah kira bebas. Seeloknya, terus terang dan lafazkan pada majikan. Islam itu mempunyai lafaz-lafaz yang jelas

nur_izaiti salam ustaz, betul ke menconteng tgn dgn inai perbuatan 2 menyerupai tatu dan dilaknat oleh Allah?? pakai inai xpe ke? tp x menconteng belakang tgn.. 2009-10-15 7:35 AM

sebenarnya, ia adalah amalan orang Arab. Ketika ada sesetengah fatwa bahawa belakang tangan itu adalah aurat, Maka mereka menconteng di belakang tangan untuk menutup warna kulit sebenar.

doraemon ustz,ada doa utk diamalkn supaya beristiqamah dlm sesuatu perkara? 2009-10-15 7:16 AM

banyakkan selawat

mas salam ustaz, selain surah al-alaa boleh kita membca surah lain pada solat sunat witir 2009-10-15 6:39 AM

boleh

Wallahualam

Semoga menepati kehendak soalan. Jika masih kesamaran, bolehlah bertanya lagi.

“pertanyaan, kunci pengetahuan”

Al-Fakir Ila Rabbihi
Muhamad bin Abdullah
Danau Toba, Indonesia
15 Oktober 09 jam 8.40 malam

Jawapan Bagi Persoalan 74

Alhamdulillah, kesempatan yang ada ini, dapat kita berkongsi jawapan pada permasalahan yang diutarakan

ali boleh kah d berikan zakat pd org miskin yg kurang rajin solat.shukran ustaz 2009-10-09 7:56 PM


boleh, seafdalnya yang menjaga agama. Yang tak boleh ahli maksiat yang terlalu jelas nampak kemaksiatannya


ali anak2 yatim tu termasuk dlm asnaf zakat juga ke walau anak org berada 2009-10-09 7:55 PM


anak yatim tidak termasuk asnaf zakat. Cuma dia boleh masuk asnaf miskin atau fisabilillah


azam ustaz..klau x berparti x boleh ke?sedih tgok org parti dok ngutuk same sdiri 2009-10-09 7:54 PM


pendapat para ulama di Malaysia kebanyakkannya menggalakkan berparti, Cuma kena lebih menjaga adab dan tatasusila ketika mengamalkannya. Tatapi jika dapat memlihara Islam dengan cara tidak berparti, silakan…


ujang. ustaz.apa beza amalan sunni dgn syiah kat iran ustaz.betul ke mereka tu anti kita 2009-10-09 7:51 PM


Sesetengah mereka yang ekstrim agak anti kita. Nak tahu senang sangat, cara sembahyang pun beza


adek abg ustaz.wang yg simpan kat tabung haji kena kluar zakat juga ker. 1 lg..ummi tanya.wang simpan yg nak kena keluar zakat berapa jumlah dia yg ptut d keluarkan zakat.t.kasih abg ustaz. 2009-10-09 7:44 PM


ye adik bertanya.. kat tabung haji tak kena sebab dah di bayarkan. Di simpanan lain, setelah cukup setahun, maka 2.5% dikenakan zakat


abu. ustaz.bolehkah kita hentikan solat n ulang semula krn ganguan fikiran atau was2.2009-10-09 7:37 PM


Kalau was-was mengenai rukun, boleh, seperti “solat sekarang niat zohor ke asar tadi ye”, tapi kalau yang remeh temeh tak perlu


cik tie slm. bgaimana suami yg berpoligami ttp terlalu sibuk sehigga tiada masa utk sma medidik ank2 kdgkala ank2 dan istri terasa kurg pehatian n kasih syg 2009-10-10 10:53 AM


suami kena perbaiki diri.


acik tie slm ustz..apa pndgn ustz suami yg berpoligami ats tujuan perniagaan..suami byk sykt dlm dan luar negara..katnya senang ada org utk urus bisnes 2009-10-10 10:45 AM


kalau dia mampu dan boleh jalankan tanggung jawab, tak mengapa


Z...H....A... rakan saya telah berkapel..jd saya melarangnya.tp dia ckp,saya x prnh buat maksiat dgn perempuan i2.jd saya perlukan bantuan ustaz.. 2009-10-10 9:54 AM


Teruskan teguran, kita menegur bukan untuk ubah dia, kita menegur kerana Allah suruh kita menegur orang lain.


Z...H....A... dlm islam smmgnya tiada paksaan,tp bila kt menyeru org 2k bersolat lalu mereka menggunakan alasan ini. bagaiman itu ustaz.... 2009-10-10 9:51 AM


Tak ada paksaan untuk masuk Islam, tetapi jika telah Islam, sesuatu perlu dikuatkuasakan hingga melalui undang-undang.


Z...H....A... Kapel tp x mengundang maksiat.bolehka hubungan ini d teruskan 2009-10-10 9:48 AM


Elakkan ditakuti syaitan sedang menipu atas alasan maksiat tidak berlaku


MSafuan Batalke solat jika trlintas niat lain,cth klu aku trkntut aku kuar saf @ brniat utk stop solat jika ada sstu blaku,ttp x brlaku dn kita truskn solat? 2009-10-10 8:38 AM


Ia dipanggil taklik dalam solat, jika kita berniat untuk membatalkan solat jika berlaku sesuatu, ketika itu juga solat telah terungkai.


Guest ape maksud 7 anggota perlu dibumi?(syrarat sah sujud prmpuan) 2009-10-10 7:59 AM


Dahi, dua tangan, dua lutut dan dua perut kaki


amin slm ustz..sykt travel umrah yg ustz pimpin ada x caw. d kelantan.? 2009-10-09 8:21 PM


belum ada, insyaALlah akan diusahakan


mat saya ada anak dgn isteri dulu.tp x de hubungan dgnnya sbb saya x bela.dan dia pun x pnah dtg jumpa saya.klau saya x nak bg hrta sya pdanya x pe ke ust 2009-10-09 8:03 PM


pada isteri tak apa sebab dah tak jadi isteri, tapi dengan anak tetap ada bahagian pusaka


syed boleh kita pinjam wang yg ada riba mcm bank rakyat utk buat belanja kawen atau pergi umrah.t.kasih ustaz. 2009-10-09 7:58 PM


bank rakyat dan Islamic product. Kalau bank lain, tak boleh sebab ada syubhat


hr apa hukum mencabut uban bagi kanak2 dan orang tua? 2009-10-11 6:23 AM


makruh


neesa salam,apa pandangan ustaz t'hdp mazhab salafi, sbb ada kwn sy kata, imam syafie sendiri ikut mazhab salafi. adakh kedua-duanya berbeza? 2009-10-11 4:31 AM


semua mazhab empat di dalam lingkungan mazhab salafi. Ia yang muktabar. Kalau ada orang buat mazhab baru dan dakwa itu salafi, itu dah kahlafi (yang kemudian)


Lin Salam,selepas tasyahud akhir terlintas dlm hati nk beri salam tapi menangguhknnya pula krna nk berdoa dulu. Batalkah sbhyg? 2009-10-11 3:29 AM


Tidak


a'in salam Adakah Nabi2 spt Nabi Adam,Yunus,Ayob dll ditimpa musibah atas kesalahan mereka lakukan bolihkah ustz perbetulkan 2009-10-11 1:33 AM


tidak semua bencana itu disebabkan dengan kifarah dosa atau azab, ada disebabkan ujian untuk meningkatkan darjat


a'in salam ,bolihkah ustaz jelaskan amalan solat sunat auwabin serta fadhilatnya.adakah hadith sohih ttg ganjaran sehingga 12thn pghps dosa 2009-10-11 1:31 AM


kita buat sebab Nabi buat, kelebihannya adalah siapa yang mengikut apa yang Nabi buat maka mendapat keredhaan Allah dan akan dimasukkan syurga


bding ustz, ... surau uzur (tak selamat) nak diroboh. apa kesan pada amal jariah tok nenek pd surau tu? kariah veteran nak ubah suai je surau tu. kariah muda nak roboh je, sbb x selamat & x selesa. jd mana yg elok?2009-10-11 12:27 AM


Walaupun roboh, jariah tetap berterusan kerana baik pulih berlaku dari yang lama. Jika tanpa yang lama, tak akan ada yang baru. Pada saya nak roboh dan buat baru, boleh, dan jariah itu tidak akan putus.


Zara Blh guna dividen ASB, utk sponsor org menunaikan umrah, selepas byr zakat 2.5%? 2009-10-11 12:19 AM


Walaupun dalam e-fatwa dah mengharuskan ASB, secara peribadi, setelah dapat untung, sedekahkan sebahagian hingga hati kita tenang, mungkin 10%, 20%, 30%. Selepas sedekahkan sebahagian, barulah ambil untuk beramal.


Hafiz Boleh tak saya mengerjakan umrah pada bulan 1? kebiasaan pada bulan berapa? kenapa? 2009-10-10 10:38 PM


Boleh, asalkan Embassy Saudi dah buka visa


Hafiz Assalamualaikum ustaz.Adakah berusrah itu amalan sunat? 2009-10-10 10:37 PM


Usrah adalah satu istilah bagi halaqah ilmu. Membuat halaqah ilmu sebahagian dari sunnah’


su apakah persediaan ilmu yg utama utk pg buat umrah 2009-10-11 9:05 AM


belajar rukun dan sah batalnya


repek boy ustz.bolehkah zakat emas dan pendapatan sya di salurkan pd tabung al ijabah n klau boleh mcmana caranya?din klatan. 2009-10-11 9:01 AM


boleh, tapi kemudian maklumkan pada saya sebab, zakat ada asnaf tersendiri


Guast salam. Isteri menolak ajakkan suami untuk bersama adalah berdosa. bagaiman suami yang menolak ajakan isteri? dosa juga ka?? 2009-10-11 9:01 AM


Dosa sebab tak tunai nafkah batin


faisal slm ustaz..ustz d pondok abe aji lah lubok tapah pd thun brapa? 2009-10-11 8:58 AM


yang akfifnya tahun 1998-2000. tapi jarang tidur pondok sebab berulang dari Nilam Puri


aiman ustaz.bolehkah mwrna rambut dgn colour hitam bg menutupi uban krn sya segan sbb umur msih muda tp rambut sdah berubah. 2009-10-11 8:57 AM


boleh dan pastikan ia dari jenis inai


PemeliharaAgama apa hukum bagi seorang wanita mbuang tahi lalat kerana semakin membesar? boleh ke terima sebab ini? 2009-10-11 8:38 AM


Jika memudharatkan, boleh


PemeliharaAgama Assalamualaikum ustaz.apakah hukum bagi lelaki yg mencabut bulu kening ditengah2 kerana keningnya bercantum? 2009-10-11 8:37 AM


Tak boleh


HAZRAMANAF semoga ALLAH memberkati usaha ustaz.bagaimanakah utk meyalurkan derma ke tabung al ijabah.shukran.2009-10-11 6:53 AM


Akaun ditepi blog ini


hafifi ape hukum malu dngn orng ramai 2009-10-11 6:43 AM


malu berbuat maksiat sebahagian dari Iman


hr apa hukum mencukur kirai?


Saya tak faham apa itu kirai, harap terangkan balik…


nuwul ustaz,adakah sah wuduk kita kalau tak membaca doa 2009-10-11 11:23 AM


sah, baca doa tu sunat hukumnya


Ust.Roslan Salam, sila ziarahi blog e-Ustaz..terima kasih.. 2009-10-11 9:37 AM


Terima kasih


manap apakah hukumnya seorang bapa menabaikan anak sdiri yg d bela oleh bekas mertua jkrn pemusuhan dgn bekas mertua tu. anaknya pun x pergi krumah bapanya itu krn d abaikan.adakah anak itu d kira derhaka.?2009-10-11 9:18 AM


sebaik-baik kamu adalah yang memulakan silaturrahim – maksud hadith


Guest Ketika solat anak saya(umur 1 thn) sering mengganggu saya dengan naik ketas badan dan kepala saya ketika sujud.kadang2 saya terpaksa menolaknya ketepi sahkah solat saya yadi ustaz? 2009-10-11 9:16 AM


Jika anak itu lelaki dan belum sunat, cepat-cepat elak, sebab kemaluan yang belum sunat terdapat najis padanya. Jika dia lama dengan kita hingga ditakrifkan kita membawa najis, maka tidak sah solat kita


mie pasemas ustaz.adakah amalan utk d murahkan rezeki dan lepas drp hutang 2009-10-11 9:14 AM


ayat seribu dinar, baca selawat fateh


awang ustat..ada ko doa utk buang tabiat buruk spt tengok pilem lucah dan onani.nok nikah x dok jodoh lg..x mmpu nak tahan. 2009-10-11 9:12 AM


banyakkan baca lahaula wala quwatailla billah


MK Saya seorang guru, bolehkah saya niatkan duit raya yg diberikan pd anak murid yg belum akil baligh sbg zakat? 2009-10-11 9:10 AM


Boleh dan naitkan untuk asnaf fisabililillah


lan berapa kos utk buat umrah dgn travel pimpinan ustaz skg. 2009-10-11 9:07 AM


bergantung masa, hubungi sahabat saya Hj. Mokhdzar 012-3230239


Wallahualam


Semoga menepati kehendak soalan. Jika masih kesamaran, bolehlah bertanya lagi.


“pertanyaan, kunci pengetahuan”


Al-Fakir Ila Rabbihi

Muhamad bin Abdullah

Danau Toba, Indonesia

15 Oktober 09 jam 7.00 malam

Tuesday, October 13, 2009

al-Ijabah 29 - Haaaaaaaaah.....

Sejak sampai dari Iran pada Selasa 6 Oktober 09 minggu lepas, saya dihujani dengan tugasan yang teramat banyak, hingga, tidak banyak artikel yang dapat dikongsikan bersama.

Ketika ini, Selasa 13 Oktober 09, saya dalam perjalanan ke Medan Indonesia pula untuk beberapa urusan. InsyaAllah, akan pulang pada Jumaat 16 Oktober 09 nanti.

Hari ini, Alhamdulillah, sahabat dari Darul Ukhwan dan saya menghadiri mesyuarat di Majlis Aids Council untuk membincangkan mengenai perjalanan Rumah Aids Darul Ukhwah. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan baik dan sokongan dari Majlis Aids diucapkan jutaan terima kasih.

Sebelum bertolak petang tadi, saya sempat singgah di Rumah al-Ijabah untuk memastikan perjalanannya semua ok sebelum bertolak.

Alhamdulillah, semuanya berjalan seperti yang diamanahkan.

Saya rasa, saya dapat bertolak dengan lebih tenang malam ini.

Hampir-hampir sahaja jantung saya terkeluar kerana terkejut apabila saya dihubungi oleh Abang Azizi.

“Ustaz, kita ada tugas besar ni. Ada satu rumah anak Yatim di Sungai Buluh. Mereka kena notis keluar dalam sebulan, semua ada 40 orang. Ustaz.., boleh tak kita ambil budak-budak ini ?

“Haaaaaah……”

Spontan ucapan itu keluar dari mulut saya.

Rasa-rasa pembaca pun boleh merasai secara impati perasaan saya ketika ini. Kalau setakat jaga makan mimum seperti orang lain tak apa. Kita jaga anak-anak kita semua segi hingga pelajarannya. Dah pernah pun diurus hingga ke Turki dan Mesir untuk belajar. Apabila membicarakan mengenai penjagaan akademi, maka kosnya, agak tinggi. Sekarang pun, sudah melebihi RM 30 000 sebulan untuk dicari bagi keperluan mereka sekarang ini.

“Mmmmmm….”

Saya berfikir, tidak tahu ingin member jawapan secara spontan perkara seperti ini.

"Aaaaa......"


"Tak apa ustaz, insyaAllah, rezki ada" kata Abang Azizi yang dah macam ustaz sekarang.


“Oklah bang, insyaAllah rezeki ada”

Jawab saya Nampak macam yakin, tetapi sebenarnya, Allah saja yang tahu.

“Ok, kalau macam tu, saya uruskan nanti” jawab Abang Azizi.

Entahlah, jawapan yang saya berikan, adakah ia pasti atau tidak. Ia hanya berbekalkan keyakinan bahawa, anak yatim, Allah yang membela mereka, kita hanyalah insan-insan yang dilalukan rezeki mereka.


Semoga tugasan yang bakal menunggu sekembalinya dari Medan ini dibantu Allah, dan semoga Allah terus mempermudahkan apa yang diuruskan. Agar, menjadi bekalan di hari sana.

“Mencari Kepulangan Yang diredai”

Al-fakir Ila Rabbihi

Muhamad bin Abdullah

LCCT

13 Oktober 09 jam 9.20 malam

 Alhamdulillah syukur di atas pembukaan Kapal Dive Lodge dibawah selian Ustaz Muhamad bin Abdullah atau lebih dikenali sebagai Ustaz Amin ...