Wednesday, June 15, 2011

al-Ijabah 97 – “Pulangnya Seorang Lagi Saudaraku..”

14 Jun 2011, seharian hari ini menguruskan mengenai bas anak yatim dan tahfiz al-Ijabah, maklumlah, bas telah kita beli tapi pembayaran belum dapat dibuat sepenuhnya lagi. Tapi saya yakin bahawa rezki tetapi ada, cuma cara usaha kena tingkatkan, itu sahaja.

Saya hanya pulang ke pejabat jam 5.15 petang, menghela nafas panjang agak keletihan. Kesempatan yang ada, membuka beberapa buah kitab sebagai rujukan kuliah maghrib yang akan disampaikan di Seksyen 11 Shah Alam.

Jam 5.28 petang, satu massage masuk ke dalam telifon saya. Saya menjeling dengan malas.

“Ah, dari ustaz Azmi..”

Biasanya kalau massage dari Ustaz Azmi ia berkenanan dengan Darul Ukhwah.

“Salam alik sheikh, seorang penghuni Hatarmizi baru meninggal dunia di wad 53 jam 17.20 tadi”

“Innalillah wa inna ilaihi rojiun” spontan mulut saya menyebut.

Saya terus menghubungi Ustaz Azmi…

“Syeikh, apa perkembangan..?”

“Ana dalam perjalanan ke hospital, dah berhubung dengan keluarga Allahyarham dan dia orang dalam perjalanan juga”

“Alhamdulillah” saya mengucapkan syukur.

Saat yang agak menyedihkan di dalam menjaga dan menyeliakan saudara HIV kita ini ialah saat kematian mereka, lebih menyedihkan jika keluarga langusung tak mahu ambil peduli hingga pernah kita menguruskan jenazah dari saat kematian hingga ke tanah kubur. Jika keluarga datang dan mahu mengambil tahu, ia satu perkara yang agak mengembirakan.

Selepas kuliah dan solat isyak, jam 9.15 saya mula bergerak ke Hospital Sungai Buloh. Sampai sahaja, Allahyarham sudah mahu dimandikan.

Setelah selesai, kami menyembahyangkan Allahyarham, jenazah di bawa pulang ke kampungnya di Pahang.

“Selamat berehat saudaraku, semoga Allah merahmatimu…”

“al-Ijabah, Bersatu Kita Berbakti”

Al-Faqir Ila Rabbihi

Muhamad bin Abdullah

Putra Heights

13 Rejab 1432/ 15 Jun 2011 jam 7.50 pagi.

IMG_1646

Persediaan akhir…

IMG_1655

Semua kita juga akan begini

IMG_1677

Iringan akhir..

Saturday, June 11, 2011

Bicara Ilmu 35 – “Kursus Persaraan Bersinergi Tabung Haji, Guangzhou China..”

“Program Pra-Persaraan” begitulah nama program yang dianjurkan oleh Tabung Haji kepada para pekerjanya yang mahu bersara tidak lama lagi.
Saya rasa ini satu program yang sangat baik.
Bakal-bakal pesara di bawa ke Guangzhou China, mengikuti “Seminar Pesara Bersinergi” dan sekaligus dibawa untuk memahami selok-belok perniagaan di sini. Bermula dari 7 Jun 2011 hingga 12 Jun 2011, mereka juga didedahkan mengenai kaedah penghantaran barang pulang ke Malaysia.
8 Jun 2011, bermula jam 9.00 pagi hingga 5 petang, saya diamanahkan untuk membentangkan mengenai persediaan mental dan fizikal menghadapi persaraan sekaligus membicarakan perniagaan di dalam Islam. Program dibuat di Euro Asia Guangzhou China.
Saya ingin kongsikan beberapa isi penting di dalam salah satu pembentangan ini.
1. Pentingnya menjadi usahawan
Usahawan adalah salah satu individu yang memainkan peranan yang penting di dalam pembangunan umah Islamiyyah. Ini kerana, usaha menguatkan ekonomi umat Islam adalah usaha yang besar kerana umat yang kuat ekonominya adalah umat yang ada kekuatan lahir bagi membuat sesuatu.
2. Galakkan Islam di dalam perniagaan sangat banyak, antaranya ialah:-
1. 9 /10 rezeki dalam perniagaan
2. Rezki terbaik adalah rezeki yang diusahakan oleh tangan sendiri
3. Rasa iri dibolehkan pada 2 perkara , antaranya ialah kamu melihat seorang kaya yang berharta dan menginfaqkan hartanya di jalan Allah, maka kamu ingin menjadi sepertinya (maksud hadis)
4. Golongan memberi terbaik hingga di dalam hadis Nabi SAW menyatakan bahawa tangan di atas lebih baik dari tangan di bawah.
5. Di antara golongan yang diberikan perlindungan arasy di akhirat nanti ialah orang yang bersyukur hingga tangan kanan memberi tangan kiri tidak mengetahui.
3. Kemiskinan perlu dihapuskan
Selain itu kemiskinan amat ditentang di dalam Islam hingga nabi SAW bersabda bahawa kefakiran akan menghampiri kekufuran.
4. Prinsip Memulakan Pernigaan
Selain itu, ada lima prinsip penting bagi memulakan perniagaan iaitu :-
1. Ilmu & Semangat (Tahu apa nak niaga)
2. Modal (tangible/intangible)
3. Pengurusan (menurut Islam & undang – undang)
4. Sumber (Barang niaga)
5. Promosi kepada sasaran yang betul
5. Pasaran
Selain itu, kita perlu juga tahu bagaimana ingin memasarkan dan juga ingin mengembangkan sesuatu perniagaan.
6. Memahami tipudaya.
Antara yang paling penting di dalam perniagaan juga ialah memahami tipu daya manusia dan kita kena kongsikan dengan ramai orang kerana tipu daya pernigaan berbagai-bagai.
Peserta kursus ketika ini begitu bersemangat menceritakan mengenai tipudaya perniagaan yang pernah mereka hadapi. Berbagai jenis tipu daya perniagaan dan dengan memahami perkara ini, kita akan lebih matang di dalam mengendalikan sesebuah perniagaan.
Semoga, kursus ini, paling kurang dapat melahirkan usahawa kecil sederhana selepas persaraan mereka.
“Ilmu Pelita Hidup”
Al-faqir Ila Rabbihi
Muhamad bin Abdullah
Shah Alam
9 Rejab 1432/ 11 Jun 2011 jam 3.00 petang
IMG_0056
IMG_0054
IMG_0063
Antara kumpulan pertama Tabung Haji yang berkursus di sini.

Tuesday, June 7, 2011

Diari 310 - Terbang Ke Guangzhou

Saya agak terkejut kerana dikhabarkan bahawa saya kena terbang ke Guangzhou pagi Isnin 6 Jun 2011 jam 9.00 pagi.

"Kenapa pula kena datang awal ni.." bisik hati saya yang hanya mendapat maklumat tengah hari Ahad.

Sepatutnya, saya hanya perlu ada di Guangzhou ini pada hari Rabu 8 Jun, program bersama Tabung Haji. Beberapa kertas kerja perlu saya bentangkan antaranya mengenai perniagaan di dalam Islam dan pengurusan kewangan.

Tapi bagus jugalah, sebagai persediaan awal untuk program yang julung-julung kalinya dibuat oleh Tabung Haji.

Ya.. di Guangzhou ini adalah tempat ahli perniagaan, banyak barang-barang yang hendak di eksport keluar China berpengkalan di sini. Di sini tempat pembelian secara borong untuk seluruh dunia, siapa yang dapat menguasai laluan ke sini, dia boleh menjadi usahawan berdaya saing kerana sumber barang dapat diambil terus dari kilang, tidak memerlukan orang tengah untuk mengendalikannya.

Saya ada mengenali seorang kakak yang mempunyai perniagan baju renang, dan keluahannya ialah apabila dia tidak dapat bersaing dengan perniaga Cina.

Memanglah tidak dapat bersaing kerana barang jualan pun ambil dari orang tengah yang sudah mempunyai bahagaiannya.

Ketika dia didedahkan dan dapat mempelajari bagaimana ingin mengambil terus barang jualan dari sini, dia merasa amat bersyukur, kerana tidak ada lagi kes dipermainkan oleh pengedar. Dan sekarang, dia telah lebih berdiri dengan kukuh, bersaing di arena perniagaan dengan lebih yakin.

Program bersama Tabung Haji ini ialah program "Persaraan Bersinergi", Bakal-bakal pesara akan didedahkan program persediaan persaraaan dan kursus untuk menjadi usahawan secara praktikal di sini, bermula dengan konsep asas seorang usahawan hingga pembelian barang dan diajar untuk membawa barangan pulang melalui kapal.

Program ini sangat baik dan insyaAllah, semoga dapat diteruskan pada jabatan-jabatan lain, amin...

Sesungguhnya, berniaga merupakan sunnah Nabi, ia sangat baik dan semua kita kini, boleh didedahkan untuk menajadi seorang usahawan.

"Diari Merakam Sejarah Mencatat Kenangan"

al-Faqir Ila Rabbihi
Muhamad bin Abdullah
Guangzhou China
3 Rejab 1432 / 7 Jun 2011 jam 11.15 pagi

Diari 309 – Program Young Kahlifah MBSA

30 Mei 2011 hingga 3 Jun 2011, saya mengendalikan program "Young Khalifah" bersama Majlis Bandaran Shah Alam (MBSA) di sekyen 24 kompleks Muhibbah.

Program cuti sekolah ini dibuat bagi mengisi masa lapang anak-anak dan mereka di dedahkan dengan berbagai perkara bermanfaat. Seramai 95 anak-anak bersama di dalam program untuk kali ketiga ini.

Ada 7 Tonggak utama di dalam pengisian progam ini.
Pertama program tafakkur atau melatih minda separa sedar di dalam mengulang pelajaran-pelajaran yang dipelajari serta mengulang-ulang nilai murni yang perlu ada pada diri

Kedua ialah pembentukan nilai murni. Di dalam gambar ialah kumpulan anak-anak kecil, ketika diminta untuk menuliskan kembali apa yang mereka perolehi di dalam program ini, mereka sendiri menulis tanpa di bantu oleh fasilitator nilai yang mereka dapat dari program ini.


Ketiga ialah pembentukan kerja berpasukan di dalam menjayakan apa-apa usaha

Tonggak empat ialah pendedahan sistem pembelajaran Imam as-Syafie. Beliau adalah satu-satunya imam yang menukilkan kaedah beliau belajar hingga menjadi orang yang alim. Anak-anak di dalam program Young Khalifah ini didedahkan dengan motivasi pembelajaran imam as-Syafie ini.

Tonggak kelima program ini ialah pembentukan jatidiri. Peserta diajar mengenai keberanian berada di khalayak dan diajar menguasai seni pengucapan umum


Tonggak enam ialah persembahan Multimedia sirah junjungan Nabi dan siapa sangka, anak-anak kecil ini dapat menitiskan air mata ketika menghayati sirah junjungan ini. Satu pendedahan rasa cinta dan sayang pada Allah dan Rasul sebagai asas pembentukan syahsiah mulia,

Tonggak tujuh ialah kem ibadah iaitu peserta di dedahkan dengan sifat solat Nabi menurut Mazhab Imam as-Syafie.


Semoga kem ini memberi manfaat dan dapat terus diadakan di masa akan datang, amin..


"Diari Merakam Sejarah Mencatat Kenangan"


al-Faqir Ila Rabbihi

Muhamad bin Abdullah

GuangZhou China

3 Rejab 1432/ 7 Jun 2011 jam 10.30 pagi

Sunday, June 5, 2011

Jawapan Pada Persoalan 129

Alhamdulillah, baru ada kesempatan melihat persoalan yang diajukan.

syhanyamanusia salam ustaz..lakau kite wuduk lpas tu kite korek idung @ telinga,batal tak wuduk kiter? 2011-03-17 1:40 PM

tidak

Mizss Niena salam ustaz..adakah rindu juga termasuk dlm zina hati??2011-03-17 1:33 PM

Rindu fitrah, tapi rindu yang merangsang syahwat, itu antara dosa hati

Guest ustaz kenapa ustat husni di tanyalh ustat 16032011 kata perjalanan musafir 2 marhalah hanya pada satu hala sahaja, bukan pergi dan balik.TQ 2011-03-16 3:56 AM

Perjalanan yang mengharuskan jamak adalah jika perjalanan ke tempat tujuan telah melebihi 2 marhalah

Guest akum ustaz saya nak tanya apa pendapat ustaz kalau suami isteri duduk serumah dengan ibu mertua(parents suami) atau duduk hampir dengan mertua. 2011-03-16 3:36 AM

bagus

ummuzaid salam, ustaz,apakah hukum perempuan istihadhah menjadi imam solat?2011-03-14 2:29 AM

Tidak afdhal jika ada yang tidak berpenyakit

Guest Salam ustaz, apakah hukum nya seorg suami suka menceritakan keburukkan isteri pada org lain 2011-03-13 3:59 PM

Dosa

fana10 slm ustaz, apakah ciri2 guru mursyid? 2011-03-12 9:08 AM

yang membimbing akal dan rohani

khar ustaz,saya selalu mendoakan hati yg dekat dgn sikap mahmudah dan menjauhi sikap mazmumah tetapi masih tidak byk berubah..apa yang patut saya lakukan?2011-03-28 9:43 AM

Teruskan doa dan dapatkan bimbingan dari guru

CT Assalamualaikum ustaz, bolehkah sutera dipakai ketika solat bagi perempuan?2011-03-28 9:01 AM

Boleh

Darwis salam ustaz,ustaz ad x ape2 ayat al quran yg b0le menghlang gangguan jin&syaitan?? kt skolh sye rmai yg kne hsteria..da sbln lbeh k0t.. tiap2 ary ad je pljr yg kne hstria..tiap2 pgi kmi brkumpul rmai2 utk bce MANZIL..tpi lps abs je bca msty ad yg lari, mnjerit, dan mcm2 lgi larh ..2011-03-28 7:01 AM

Teruskan baca

Guest Salam Ustaz. Nak mohon ustaz postkan hak2 soerg isteri spt dlm rancangan ikim 28 mac 2011. tak sempat nak catit..tk. 2011-03-28 3:10 AM

insyaAllah

jahil Salam..ustaz,setahu saya rukun mandi wajib adalah niat dan ratakan ke seluruh bdn..bgmana mnyentuh kmaluan utk tjuan meratakan air? 2011-03-27 4:12 PM

jika perlu, maka ia termasuk wajib kerana meratakan air di situ

linda salam utz, bagaimane hak penjagaan ank angkat kalau bercerai, ble ke isteri tuntut?2011-03-27 1:41 PM

Boleh, status anak angkat macam anak sendiri

linda salam ustaz, ble ke org islam mkn belengkas? 2011-03-27 1:40 PM

mazhab Syafie tak boleh sebab ia dikira dua alam

Guest Salam ustaz, jika ibu dipihak lelaki tidak berkenan adakah ada jalan penyelesaian untuk diijabkabulkan? 2011-03-24 12:18 PM

Syarat sah ijab Kabul adalah wali dari sebelah perempuan, jadi tidak ada masalah dari segi sah atau tidak jika keluarga perempuan telah setuju.

Guest Assalamualaikum ustaz...adakah ustaz mengatakan di I.k.i.m.fm pada minggu lepas ahli kitab merupakan org yang mempercayai kepada satu Tuhan namun tidak mmpercayai nabi-nabiNYA?mohon penjelasan2011-03-24 10:58 AM

Mereka percaya pada Allah tetapi tidak yakin bahawa Nabi Muhamad seorang Nabi

ana salam ustaz.bolehkah org yg sakit terlantar di hospital m'jamakkan solat?mohon penjelasan drp ustaz..syukran 2011-03-24 1:46 AM

boleh, kerana sakit

Guest salam ustaz, apakah hukum mggantung gmbr bernyawa sekalipun gmbr ijazah/perkahwinan/keluarga? 2011-03-24 12:11 AM

Ada khilaf, bagi saya harus jika gambar tersebut tidak membawa kepada pemujaan

Zailani salam Ustaz, bermusafir ke satu tempat lebih dari 3 hari, boleh jamak tak 3 hari pertama dan yang lain sembahyang biasa 2011-03-21 2:55 AM

Tiga hari tidak termasuk hari perjalanan

acik bagaimanakah cara untuk menderma kepada pusat ijabah2011-03-20 8:20 AM

Melalui akaun tepi blog saya

Gegirl salam ustaz, mcmana cara nya saya nk bimbing sahabat saya yg baru memeluk agama islam.. apa yg patut saya buat dan dimana patut saya mula dulu.. 2011-03-19 11:09 AM

Bimbing dengan ilmu asas iaitu fardhu ain

gadisbiase salam ustaz..kalau perempuan itu pakai tudung tutup dada tp masih nmpak bentuknya kerana saiznya yg besar..ape hukumnya?? 2011-03-17 2:10 PM

tutup semampu yang dapat, labuhkan tudung dan jika telah tertutup dengan tudung yang tidak rapat dengan tubuh, sudah dikira mengusahakan semampunya

IMAN: Oleh sbb sy hanya tinggal bersama dgn suami, maka sy suka berbaju yg tdk menutupi aurat sy.Pd masa yg sama, sy suka berzikir,beristighfar dan berselawat kalau tdk melakukan kerja rmh. Apa pandangan ustaz ttg hal ini? 2011-04-09 12:58 PM

Ok sbb antara suami dan puan tiada batas aurat

waris 2 tanah 1.5 ekar dikongsi sama byk suami isteri. Bila suami meninggal, brape isteri leh dpt pusaka sdgkn suami ade isteri lain & 8 anak. Isteri ini ade ade 3 anak. Benarkah harta sepencarian tidak ada disebut dlm Al-Quran 2011-04-08 11:26 AM

bahagia harta sepencarian dahulu baru bagi faraidh

Guest semasa tawaf umrah, isteri macam terasa sedikit teransang tanpa sengaja ketika dipegang suami tapi tak lah sampai keluar mani & cuba jauhkan dri suami adakah tawaf tu tak sah sedangkan kami telah pun lama balik ke msia adakah isteri perlu kembali ke mekah utk lakukan tawaf, saei & btahalul. Suami tak rasa apa2, cuma yg isteri bperassan begitu sdgkn di luar masjidilharam tak pulak rasa begitu 2011-04-08 11:17 AM

boleh detialkan lagi bagaimana cara pegang, adakah dalam berlapik atau tidak?

cikgu sukarno ana bertemu ustaz di raudhah ketika umrah bulan mac yang lalu. moga ustaz diberkati usaha ustaz2011-04-08 8:53 AM

Amin, semoga tuan juga begitu

Guest kalau tersendawa masih sbgyg, batal x 2011-04-07 3:06 AM

Tidak

ctzahra emas perhiasan yang jarang dipakai nilainya lebih dari 5ribu perlu zakat tak ustaz..pakai time raya ngan kenduri ja! 2011-04-06 2:46 PM

kalau dipakai walaupun sekejap tidak dikenakan zakat, nilaian ikut uruf setempat, kebanyakkan negeri di Malaysia adalah, melebihi 85 gram baru kena zakat

najla ustaz, kalau di mekah tgk kaabah dapat pahala, kalau di tanahair tgk gambar kaabah atau sejadah ada gambar kaabah sama dpt pahala ke? 2011-04-06 2:54 AM

Semoga Allah memberikan juga kerana Allah itu maha pemurah

najla ustaz, betul ke hanya selawat yg diijazahkan sahaja boleh diamal?2011-04-06 2:53 AM

Tidak semesti

Guest clip_image001tanya,jika saya jumpa doktor yg berlainan jantina,untuk pemeriksaan kesihatan yg melibatkan bahagian yg sulitadakah tidak boleh?waktu waras 2011-04-01 9:34 AM

Boleh jika tidak ada pilihan

Guest perlukan seorang isteri memberitahu suami untuk menunaikan solat tahajut dirumah .2011-03-29 11:07 AM

Ibadah sunat perlu jika solat itu menjadikan tanggungjawab pada suami tidak tertunai

Kak Ida Assalamualaikum Ustaz.....skg ramai wanita suka ke SPA, di urut oleh wanita bukan Islam. Mohon Ustaz jelaskan hukumnya? 2011-03-29 6:53 AM

Aurat bukan Islam seperti aurat bukan mahram

ain assalamualiakum..sya ingin btanya..bagaimanakah tanggungjawab seorang ank lelaki n ank perempuan terhadap ibu bapa setelah mendirikan rumah tangga? clip_image002 pasanganku sakit mental.... semalam dengar ustaz kat radio ikim...tolong sayaaaa 2011-04-19 8:11 AM

Nafkah perlu diusahakan untuk ibu dan ayah jika mereka tidak mampu

nurul assalamualaikum...ustaz, saya nak cadangkan supaya ustaz letak button share2011-04-19 6:46 AM

Macam mana nak buat?

wan mohd noor salam. ingatan buat ustaz. rakan lama ketika di maahad muhammadi lelaki suatu masa dahulu 2011-04-18 2:21 AM

ahlan ya habibi

Ida Assalam ustaz, apakah bacaan yang perlu dibaca ketika sujud sahwi?2011-04-18 1:56 AM

Rujuk kita fiqah

sm Assalamualaikum ustaz..selalu bc tulisan ustaz,,,sy lebih suka font tulisan yang lama,lebih simple dan senang baca.. 2011-04-17 11:13 PM

terima kasih

hamba ALLAH huraikan hukum seorang lelaki yang mahu berkahwin2011-04-17 4:58 AM

Harus jika ada kemampuan dan perkahwinan lebih dapat menjaga diri dan maruah

Guest salam ustaz, bagaimana cara nak qada' solat yg kita tinggal sejak akil baligh, wasaallam2011-04-16 2:30 PM

Gantikan di waktu yang lapang

Guest Mana lebih afdal, sedekah pd anak yatim atau pd saudara sendiri yg susah tapi fasik?2011-04-16 9:35 AM

Mana yang lebih memerlukan

Guest Salam, dlm bbpe hari lepas pembedahan, saya sentiasa tidur kerna ubat tidur utk tahan sakit. Perlukh kadha' sbhyg ttinggal? 2011-04-16 9:34 AM

Perlu

syamsul salam,baik ke kje sy klu kje ngn org jepun,bos sy ni kadg2 mabuk smp ke mlm ngn client,dan sy pemandunye... mcm mne rezki sy 22011-04-16 7:00 AM

Sebaiknya, gaji asingkan sikit sebagai urusan harta syubhat

Guest Assalam Ustaz,perlukah rujuk dilafazkan 2011-04-15 3:37 PM

perlu

nurjannah boelh minta contact no. yayasan alijabah 2011-04-14 5:46 AM

03 58804586

Khadijah assalamualaikum ustaz..apa hukum jika kita mnyebarkan mesej berantai?2011-04-11 7:37 AM

Jika massage tersebut ada unsur syirik , haram

Guest salam ustaz.dalam tanyalah ustaz dulu ada ustaz beritahu jika ingin suami berubah menjadi lebih baik,ajaklah suami tunaikan solat.bagaimana jika suami tidak tiggal bersama.apa doa atau amalan yg perlu dilakukan agar suami kita lembut hati kerana suami sy sangat2 keras hatinya 2011-04-23 3:18 PM

Bacakan selawat

Semoga menepati kehendak soalan, boleh tanya kembali mana yang tidak jelas

“Pertanyaan Kunci Pengetahuan”

Al-Faqir Ila Rabbihi

Muhamad bin Abdullah

Putra Heights

3 Rejab 1432/5 Jun 2011 jam 12.50 tengah malam

Saturday, May 28, 2011

al-Ijabah 96 – “Bas al-Ijabah, Semoga Kali Ini Lebih Baik…”

Kalau nak bicara mengenai rasa letih, tak tercakap lagi dengan karenah bas al-Ijabah yang asyik rosak dan rosak.

“Entahlah, saya pun tak tahulah.. agaknya ada hantu makan bas ni” kata saya pada pomen yang asyik dijemput datang untuk membetulkan bas anak-anak al-Ijabah. Tapi hakikatnya, memang keadaan bas kita yang sudah terlalu uzur.

Saya dicadangkan ke Taiping, khabarnya, bas di sana lebih murah dan lebih baik dari di Lembah Klang ini.

Khamis 16 Mei 2011, jam 7.15 pagi saya sudah bergerak dari rumah menujuk ke Taiping. Dalam jam 11.00 pagi sudah berada di sana bertemu dan berbincang mengenai bas.

“Ok ustaz, tak apa, nanti bas ini kita bawakan pada ustaz di Puchong” kata Rahim penjual bas ni.

“Kita kalau nak beli bas ustaz, jangan bas yang berhenti, sebab walaupun badanya nampak cantik tapi mungkin enjinnya bermasalah” katanya lagi memberikan tips pada saya untuk membeli bas.

“kalau beli bas yang memang berjalan, bermakna terbukti memang bas tu boleh berjalan” dia menambah.

Saya hanya merenung kata-katanya sambil sekali sekala menganguk-angguk membayangkan bas al-Ijabah yang asyik rosak dan rosak.

Dalam perjalanan pulang, anak buah saya Shafawi menyapa saya…

“Ustaz ni confident aje nak beli, kewangannya ada ke?”..

Saya hanya tersenyum dan sambil spontan menjawab…

“InsyaAllah…….”

Ada beberapa pembaca blog yang telah memasukkan sumbangannya untuk membeli bas, walauberapa pun amaunnya, saya ucapkan jutaan terima kasih, yang penting bukan banyak atau sedikit, yang penting kita dapat menyediakan kenderaan untuk anak-anak yatim dan tahfiz al-Ijabah ke sekolah mereka.

(Siapa yang nak bersama-sama untuk membuat wakaf bas ini, dialu-alukan untuk menyumbang ke dalam akaun Yayasan al-Ijabah)

Sabtu 28 Mei 2011, jam 11.00 pagi, bas yang dibeli telah dihantar ke asrama al-Ijabah.

“Mari biar saya sendiri yang “test” bas ni, saya tak mahu jadi kali kedua, beli bas tapi asyik rosak, rosak dan rosak” kata saya.

Saya mula menghidupkan enjin bas jenis Scania ini. Enjinnya kedengaran lembut dan nampak bagus.

Saya membawa bersama anak buah saya dan pemandu baru al-Ijabah. Waktu ini, saya memakai jubah dan kopiah putih kerana baru balik dari ceramah di Bangi.

Saya memandu masuk ke dalam lebuh raya elit dari Putra Heights. Ketika mengambil tiket, penjaga pondok tol asyik senyum pada saya. Saya pun tak tahu kenapa…

Waktu ini, kawasan di sini hujan dan agak lebat, semua alatan di dalam bas berfungsi. Saya membawa bas turun ke susur USJ dan terus menuju ke pondok tol. Ketika sampai ke pondok tol, saya memberikan tiket tol kepada penjaga pondok itu, seorang perempuan lingkungan tengah dua puluhan. Dia juga tersenyum pada saya..

“apa kena ni..” bisik hati saya sambil mencari duit di poket kanan dan kiri untuk membayar harga tol.

Perempuan ini tersenyum dan kali ini dia menyapa..

“Hai ustaz, kali ni bawa bas pulak ke?....

“Haa..” kata saya kerana tidak perasan apa yang dia kata..

“Tak ada.. hari ni bawa bas pulak ke? hari tu naik motor..” katanya lagi sambil tergelak.

Yang ada bersama saya semuanya ketawa…

Rupanya baru saya perasan, ada anak-anak muda yang mengikuti program Usrah di TV9 dan melihat perbahasan ketika saya menaiki motor bersama mat rempit. Ketika itu saya membahaskan tajuk “Pengurusan Akhirat”. Kita membawa mat rempit bersihkan kubur…

“Ye laaaa… kata saya sambil tergelak kecil.

Saya sampai kembali ke asrama al-Ijabah.

“Oklah.. jadi kita beli bas ni”, kata saya yang nampak begitu yakin sedangkan dana untuk bas ni belum cukup.

Tapi saya yakin satu perkara, kalau kita membantu agama Allah, pasti Allah akan membantu kita. Dan itulah satu kata-kata perangsang selama ini.

Semoga kali ini, tak ada pening kepala lagi memikirkan mengenai kenderaan anak-anak Ijabah dan semoga dengan kemudahan yang diberikan Allah, anak-anak ini akan terus belajar sehingga berjaya di dalam pelajaran mereka, amin..

“al-Ijabah Bersatu Kita Berbakti”

Al-Faqir Ila Rabbihi

Muhamad bin Abdullah

Shah Alam

24 Jamadil Akhir 1432/ 28 Mei 2011 jam 6.30 petang

IMG_0348

Mencari bas sampai ke Taiping

IMG_0363

kami bertemu di bengkel, suka saya melihat besi-besi enjin ini

IMG_0393

semoga kali ini lebih baik

IMG_0436

“Kali ini biar saya sendiri yang bawa” kata saya mencuba bas yang baru ini.

Diari 308 – Kem Kepimpinan Maahad Sains al-Quran al-Amin

Selesa 24 Mei 2011 jam 9.00 pagi, seronok rasanya melihat anak-anak didik dari Maahad Sains al-Quran al-Amin bersiap-siap untuk ke Sungai Congkak. Mereka semua akan menyertai Kem Kepimpinan kali ke 3 yang dianjurkan oleh Maahad.

Saya hanya bersama mereka di Maahad, kemudian mereka dan para guru akan menaiki bas ke Sungai Congkak. Saya akan bersama mereka lagi dalam perasmian pembukaan program jam 2.00 petang.

Rasanya tidak perlu menjadi terlalu stress di dalam pembelajaran kerana proses pembelajaran bukan semata-mata melibatkan IQ, tapi faktor lain yang perlu dibangunkan juga adalah aspek emosi, spiritual dan sosial. Jika semata-mata IQ dibangunkan, nanti lahir orang yang hebat akalnya tetapi kurang dari segi syakhsiahnya.

Sistem pendidikan di Maahad Sains al-Quran al-Amin menekankan tujuh penekanan:-

1. Pembentukan AKADEMIK

2. Pembentukan SOSIAL

3. Pembentukan SYAKSIAH

4. Pembentukan AKHLAK

5. Pembentukan FIZIKAL

6. Pembentukan JATIDIRI

7. Pembentukan EMOSI

Ia mengidamkan lahirnya kepimpinan umat Islam yang berketrampilan dan dapat mendepani cabaran semasa di dalam membangunkan agama Islam, bangsa umat Islam dan tanah air Islam. Peningkatan sebahagian kualiti umat Islam sekarang sebenarnya telah semakin meningkat secara menyeluruh tanpa menafikan kerosakan sebahagian yang lain juga semakin membimbangkan.

Semoga, kem yang berjalan selama tiga hari ini menjadi salah satu program yang menyuntik anjakan paradigma para di Maahad ini dan semoga Allah terus memelihara generasi ini untuk menjadi generasi Rabbani, pemangkin kepada ummah akan datang, amin…

“Diari Merakam Sejarah Mencatat Kenangan”

Al-Faqir Ila Rabbihi

Muhamad bin Abdullah

Shah Alam

24 Jamadil Akhir 1432/ 28 Mei 2011 jam 6.00 petang

IMG_0275

Bersiap untuk berangkat ke Sungai Congkak

IMG_0294

IMG_0295

Sebahagian pelajar MASAA

IMG_0298

di mulakan dengan Doa

IMG_0306

Ucapan pembukaan, saya suka menyuntikan semangat dan kesedaran di dalam mengharungi hidup masa hadapan

IMG_0303

Dengan lafaz “Bismillahir rahmannir Rahim” saya merasmikan program ini…

IMG_0331

pembentangan kumpulan..

 Alhamdulillah syukur di atas pembukaan Kapal Dive Lodge dibawah selian Ustaz Muhamad bin Abdullah atau lebih dikenali sebagai Ustaz Amin ...