Monday, August 5, 2013

Universiti Kehidupan 251 - Jumaat Yang Tersuntik Rasa Sedih....



Khamis 1 Ogos 2012…

Saya dijemput untuk berbuka puasa di rumah seorang sahabat saya, Mahmood di Palestin ini. Mahmood menjemput saya jam 7.15 petang, sini waktu Maghrib jam 7.40 petang.Mahmood ialah pemandu pelancong dan saya mengenalinya sejak 3 tahun lalu.

Kami menaiki kereta menuju ke rumah Mahmood di Jabal Zaitun. Dari sini, pemandangan kota Jerusalem sangat cantik. Terucap kalimah takbir dari mulut saya ketika melihat masjid yang penuh berkat ini.

“Muhamad, engkau tahu malam ini malam apa?” Tanya Mahmood pada saya.

“Malam Jumaat” jawab saya ringkas.

Hati saya berbisik, “Mmm, apa ada jenis malam Jumaat ke orang Arab Palestin ni”, sebab setahu saya hanya orang Jawa ada kategori malam seperti Malam Jumaat Keliwon, Jumaat Legi dan lain-lain lagi.

“Malam ini malam Jumaat Khazinah (Jumaat yang tersuntik rasa sedih)” jelas Mahmood.

“Kenapa?” Tanya saya ingin tahu.

“Malam ini adalah malam Jumaat terakhir untuk bulan Ramadhan tahun ini, malam ni akan ramai orang dekat al-Aqsa” Mahmood menambah. 

Azan Maghrib berkumandang, saya berbuka dengan Mahmood, isterinya orang beragama, bertudung dan agak sopan, tapi ketika Mahmood bergurau nak kahwin lagi, mmmmm… tak henti-henti dia membebel.

"Ha ha", tergelak juga melihat gelagat mereka.

Gurauan kahwin lagi memang biasa bagi orang lelaki, bukan saja lelaki Melayu, tapi lelaki seluruh dunia..

Selepas berbuka di rumah Mahmood, saya di hantar pulang ke hotel dan saya terus ke masjid al-Aqsa. MasyaAllah, malam ini, ramai sangat orang memakmurkan al-Aqsa, dianggarkan lebih 200 ribu orang. Mereka terus beriktikaf pada malam ini. Mereka begitu menghargai Ramadhan.

Subuh di sini kala ini jam 4.15 pagi. Jam 3.30 pagi saya berjalan pulang ke hotel untuk sahur, selepas itu kembali semula ke masjid untuk solat Subuh. 



Jumaat 2 Ogos 2013, Saya mendatangi al-Aqsa jam 10.30 pagi. Waktu Jumaat adalah 12.45 tengah hari.
  

Saya menyaksikan ramai sangat orang di al-Aqsa, jemaah di sini mengatakan jumaat hari ini tidak kurang dari 500 ribu orang membanjiri al-Aqsa. 

Statistik rasmi dari berita mengatakan tidak kurang dari 350 ribu orang menghadiri solat Jumaat terakhir di al-Aqsa.

Suasana sangat meriah. Mereka tidak menghiraukan lagi kepanasan pada musim panas ini. Seluruh tanah lapang dipenuhi orang.

Khatib tidak memendekkan khutbah, malahan tetap sama panjang seperti biasa. Lebih satu jam. Tetapi para jemaah tetap duduk khusyuk mendengar khutbah yang begitu semangat.

Antara isi khutbah adalah mengenai kesatuan dan ukhwah. Khatib juga menyentuh mengenai krisis yang berlaku di Mesir dan Syria.

Beginilah Jumaat yang menyuntik rasa sedih (Jumaat Khazinah) iaitu Jumaat terakhir pada bulan Ramadhan.

Di sini, semakin hujung semakin ramai orang mendatangi masjid, berbeza dengan kita di Malaysia, semakin hujung semakin kurang orang mendatangi masjid.

Mudah-mudahan, penghayatan Ramadhan akan dapat terus ditingkatkan di negara kita, semoga kita direzkikan untuk bertemu Ramadhan akan datang, amin…

"Universiti Kehidupan Pengajian Sepanjang Hayat"

al-Faqir Ila Rabbihi
Muhamad bin Abdullah al-Amin
Jerusalem
5 Ogos 2013 jam 9.00 pagi

Para Muslimah juga turut membanjiri al-Aqsa 

 Malam ini selepas tarawikh, saya terus duduk beriktikaf dengan jemaah yang lain.
Suasana Subuh yang penuh dengan jemaah. Khutbah Salahuddin al-Ayubi ketika hari memulakan operasi mengalahkan tentera Salib,,, Jika bilangan Solat Subuh seakan-akan solat Jumaat, maka kita pasti akan dapat mengalahkan tentera Salib ini...

7 comments:

JunAina said...

Subhanallah...

Anonymous said...

ALLAHUAKBAR...Seronoknya.Dengar dan tgk gambar yg ustaz post nie pun dh teruja nk pg lg...insyaALLAH.DOA.-Fauzi UK10.

Anonymous said...

assalam ustaz,

semuga dirahmati Allah.

sentiasa teruja dan menanti tulisan di blog ustaz.

Semuga diperkenankan Allah untuk ke Masjid Al Aqsa, inshaa Allah.

wassalam,
AJ

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

Masya Allah!

xtsdar keluar juga airmata di awal lagi mbaca bingkisan Ustaz ini.. betapa bertuah Tuan dipilih Allah sebagai tetamuNya di bumi 'Mikraj para Anbiya'!

SubhanAllah, tumpang ria & pilu bersama..

semoga kami jua dijemputNya ke sana... (walau papa)...

aameen..

Unknown said...

saya atas nama BPK. SAMSUL dari MADURA ingin mengucapkan banyak kasih kepada MBAH KARYO,kalau bukan karna bantuannya munkin sekaran saya sudah terlantar dan tidak pernaah terpikirkan oleh saya kalau saya sdh bisa sesukses ini dan saya tdk menyanka klau MBAH KARYO bisa sehebat ini menembuskan semua no,,jika anda ingin seperti saya silahkan hubungi MBAH KARYO no ini 082301536999 saya yakin anda tdk akan pernah menyesal klau sudah berhubungan dgn MBAH KARYO dan jgn percaya klau ada yg menggunakan pesan ini klau bukan nama BPK. SAMSUL dan bukan nama MBAH KARYO krna itu cuma palsu.m

pawlquay said...

Best Slots at Slots777 Casino | Wooricasinos
Slots777 Casino | 슬롯사이트 Best Slots at Slots777 Casino. w88 mobile Enjoy the amazing Slots and 프리 벳 Live Casino games at Slots777, 마틴게일 전략 the home of jackpots and the 플레이 포커 loosest slots

 Alhamdulillah syukur di atas pembukaan Kapal Dive Lodge dibawah selian Ustaz Muhamad bin Abdullah atau lebih dikenali sebagai Ustaz Amin ...