Friday, August 2, 2013

Universiti Kehidupan 250 - Kaedah Pengutip Derma Di Masjid al-Aqsa

Mengutip derma untuk kebajikan bukan perkara yang keji malahan Rasullullah pernah bersabda bahawa "beruntunglah orang yang menjadikan dirinuya sebagai pencetus perkara baik"

Bulan Ramadhan di Palestin ini, ramai pihak-pihak yang menganjurkan derma. Ada yang untuk masjid, ada yang untuk rumah anak yatim ada yang untuk sekolah dan madrasah dan lain-lain lagi.

Berbeza dengan Malaysia yang hanya meletakkan tabung, pengutip derma di sini mempunyai banner yang besar dan orang yang di amanahkan untuk mengutip derma akan berkhutbah tanpa rasa penat, membacakan hadis-hadis menggalakkan bersedekah.
 (gambar : penganjur derma di perkarangan al-Aqsa)

 Penganjur derma juga menyediakan ruang untuk membayar zakat harta dan zakat fitrah.
Pengurusan zakat fitrah di sini agak mudah, ada yang disediakan tabung dan tabung ini terdapat bahagian khas zakat fitrah.

Tahun 2013 ini, zakat fitrah di Palestin adalah 9 Syekel bersamaan dengan RM 9

 Ada juga yang menyediakan resit untuk pembayaran zakat fitrah, bezanya resti terdapat gambar masjid al-Aqsa.
Beberapa ahli rombongan saya yang mengambil kesempatan membayar zakat fitrah di Palestin ini.

'Universiti Kehidupan Pengajian Sepanjang Hayat"

al-Faqir Ila Rabbbihi
Muhamad bin Abdullah al-Amin
Jerusalem
Jumaat 2 Ogos 2013 jam 8.45 pagi

2 comments:

Anonymous said...

Dpt jgk merasa byr zakat guna Syekel...Fauzi UK10.

Unknown said...

saya atas nama BPK. SAMSUL dari MADURA ingin mengucapkan banyak kasih kepada MBAH KARYO,kalau bukan karna bantuannya munkin sekaran saya sudah terlantar dan tidak pernaah terpikirkan oleh saya kalau saya sdh bisa sesukses ini dan saya tdk menyanka klau MBAH KARYO bisa sehebat ini menembuskan semua no,,jika anda ingin seperti saya silahkan hubungi MBAH KARYO no ini 082301536999 saya yakin anda tdk akan pernah menyesal klau sudah berhubungan dgn MBAH KARYO dan jgn percaya klau ada yg menggunakan pesan ini klau bukan nama BPK. SAMSUL dan bukan nama MBAH KARYO krna itu cuma palsu.m

 Alhamdulillah syukur di atas pembukaan Kapal Dive Lodge dibawah selian Ustaz Muhamad bin Abdullah atau lebih dikenali sebagai Ustaz Amin ...