Ahad 16 September 2012, hari ini cuti hari Malaysia, kembara dakwah bermula di Tanjung Piandang Perak.
Bersempena dengan Karnival Pemakanan Sihat di sini, saya diminta mengisi programnya.
Jam 3.00, ceramah dimulai, yang menariknya, kebanyakkan pendengarnya adalah orang yang telah berumur tetapi mereka begitu aktif bertanya soalan.
Saya rasa macam di dalam rancangan “Tanyalah Ustaz” pula.
Kadang kala, apabila turun ke tangah masyarakat, kita dapat mempelajari tentang kehidupan di dalam masyarakat. Bak kata orang Melayu, lain padang lain belalang..
Sepemandangan saya, orang di sini peramah, dan jamuan makannya memang sedap :)
Habis program, saya menghadiri satu mesyuarat di Simpang Ampat di Penang mengenai kerjasama kolej untuk anak-anak yatim dan tahfiz Yayasan al-Ijabah
Tamat jam 10.30 malam, saya dan rombongan terus bertolak ke arah Selatan.
Lokasi seterusnya adalah Semerah Batu Pahat Johor.
17 September 2012, jam 9.30 pagi, progaram telah bermula. Saya diminta untuk membicarakan mengenai keusahawanan.Ketika berbincang melalui telifon, saya hanya diminta untuk mengulas tentang motivasi usahawan dari sudut Islam.
Antara yang hadir di dalam program.
Alhamdulillah, kita dapat berkongsi pengisian tentang usahawan seperti di bawah.
“Diari Merakam Sejarah Mencatat Kenangan”
al-Faqir Ila Rabbihi
Muhamad bin Abdullah
Putra Heights
17 September 2012 jam 11.00 malam
No comments:
Post a Comment