Selasa 11 September 2012..
Saya di jemput untuk memenuhi program Semarak Merdeka di Universiti Sains Islam Malaysia.
Apa yang menarik di USIM ini, program dianjurkan di ruang legar perpustakaan.
Ia salah satu cara untuk memesrakan para mahasiswa/i dengan perpusatakaan.
Di Malaysia, negara mensasarkan agar rakyat Malaysia membaca 12 buku setahun, ia jauh lebih kecil berbanding dengan orang Eropah yang membaca 60 buku setahun.
Saya membawa tajuk Sejarah Islam Nusantara sebagai menyuntik semangat jatidiri anak Melayu Islam kita.
Semoga memberi manfaat pada semua yang hadir.
“Diari Merakam Sejarah Mencatat Kenangan”
al-Faqir Ila Rabbihi
Muhamad bin Abdulllah
Putra Heights
12 September 2012 jam 8.10 pagi
Apa yang menarik ialah ia dibuat di ruang legar perpustakaan sebagai memesrakan mahasiswa/i dengan perpustakaan
Saya membawakan tajuk Sejarah Islam Nusantara..
Ceramah yang dibawa berkonsepkan multimedia, jadi hampir 2 jam taklah mengantuk
Jatidiri orang Melayu tidak dapat dipisahkan dengan Islam sebagai tunjuangnya
Seperti biasa, selepas ceramah, saya akan mengajak semua yang hadir bangun dan berselawat pada Nabi SAW
Syabas dan tahniah kepada ahli jawatankuasa penggerak progaram ini
2 comments:
Event yg hebat dan ceramah yg bnyak memberi kesedaran dan menaikkn semangat..tahniah ustaz..
ustaz,
nak tanya, pernah attend upacara kenduri kawin yg buat kat dewan, masa pengantin nak melangkah kaki masuk dewan tetamu diminta berdiri & berselawat ramai2.
Yg x seronoknya tu, pengantin perempuan pakai baju dedah aurat, sexy + ketat, lepas tu ada show kebudayaan di pentas lelaki perempuan.
Sebelum tu ade ustaz baca doa.
Tolong ulas ye ustaz. Kami ni kadang2 konfius.
Post a Comment