Wednesday, November 16, 2011

Diari 338 – Program Kuliah Asar Di al-Hijrah

Masa yang agak terhad dengan perjalanan ke Indonesia dan langusng ke China pada bulan Oktober dan November 2011 menjadikan saya tercari-cari ruang untuk berkongsi pengalaman di blog ini.

Alhamdulillah, ada kesempatan petang ini.

Kita mulakan dahulu dengan diari harian

IMG_7523

Selasa 15 November 2011 jam 11.00 pagi, saya berada di TV al-Hijrah untuk jemputan rakaman program Kuliah Asar yang akan ditayangkan sebelum solat Asar.

IMG_7471

Ini adalah kali kedua saya di al-Hijrah, kuliah 7 minit ini membincangkan mengenai solat dan persoalannya. 

IMG_7479

sebenarnya saya datang dengan memakai baju batik berwarna hijau. Oleh kerana skrin belakang berwarna hijau maka baju yang saya pakai kurang sesuai hari ini.

IMG_7500

Penerbit memakaikan saya dengan jubah yang memang sedia ada di sini.

IMG_7536

Jam 3.00 petang, saya meneruskan di al-Hijrah dengan mesyuarat program remaja yang akan dianjurkan. Program ini kerjasama antara Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dengan al-Hijrah.

IMG_7540

Dari mesyuarat ini, saya difahamkan bahawa sasaran TV al-Hijrah adalah remaja hingga 40 tahun. Ini kerana biasanya orang yang berumur 40 tahun ke atas sudah mencari agama. Tapi bawah 40 tahun ini agak kritikal

IMG_7544

Semoga program untuk remaja banyak dapat dianjurkan bagi kebaikan generasi akan datang ini.

“Diari Merakam Sejarah Mencatat Kenangan”

al-Faqir Ila Rabbihi

Muhamad bin Abdullah

Shah Alam

20 Zulhijah 1432/16 November 2011 jam 5.45 petang

No comments:

 Alhamdulillah syukur di atas pembukaan Kapal Dive Lodge dibawah selian Ustaz Muhamad bin Abdullah atau lebih dikenali sebagai Ustaz Amin ...