Saturday, November 26, 2011

Diari 340 – Terjun Payung

25 November 2011…

Kapten Hasan memberikan panduan pada saya untuk sampai ke tampat latihan payung terjun.

Saya sampai di tempat latihannya di Setiawangsa jam 6.30 petang. Mendengar sedikit taklimat, jam 7.00 petang saya ke surau berhampiran untuk solat Maghrib.

“Apa yang penting persediaan mental dan persediaan peralatan dengan betul, dari sudut persediaan, setiap terjunan adalah terjunan pertama” kata Kolonel (B) Kamaruldin.

“Tak gayat ke terjun ni?” tanya salah seorang peserta.

Menurut Kolonel (B) Kamaruldin, di ketinggian 3000 kaki, kita tidak akan gayat kerana kita akan nampak semua benda sama kecil.

Apa pun, itu hanya pandangan beliau.

Saya mengikuti latihan terjunan payung ini, dan secara jujurnya, banyak falsafah hidup yang dapat dipelajari, dari sudut agama pula, konsep tawakkal dan pergantungan pada Allah adalah yang paling tinggi di dalam sukan ini.

Ia tidak berbahaya jika kita mengikuti segala peraturan dan panduan.

“Sebab tu saya suka orang yang takut nak terjun kerana dia akan bersungguh-sungguh belajar ciri-ciri keselamatan, saya tak suka orang terlalu berani, kerana nanti dia ambil ringan ketika kursus ini” kata Kapten Hasan yang mengendalikan slot kedua kursus ini.

Apa pun, esok, 26 November 2011, jam 10 pagi,  saya akan terjun sempena dengan sambutan “100 Years Of Aviation” di Terminal Tiga Lapangan Terbang Subang.

Banyak program lain yang juga dianjurkan di sini sempena dengan sambutan ini.

InsyaAllah, nanti kita akan kongsikan lagi pengajaran yang dapat kita ambil dari sukan terjun payung ini.

Diari Merakam Sejarah Mencatat Kenangan

al-Faqir Ila Rabbihi

Muhamad bin Abdullah

Putra Heights

26 November 2011 jam 1.40 pagi

IMG_7680

Taklimat mengenai sukan ini

IMG_7688

mencuba pakaian terjun payung

 IMG_7689

Sesungguhnya, banyak falsafah hidup di dalam sukan ini

IMG_7693

InsyaAllah kita akan kongsikannya di dalam program Usrah TV9

IMG_7711

“Kalau kita jaga barang kita, barang kita akan jaga kita balik” kata Kapten Hasan di dalam taklimatnya..

2 comments:

Carrie-Ma said...

assalamualaikum ustaz,

saya suka kepada pendekatan dakwah ustaz yang lebih terbuka dan jelas dalam memberi pemahaman kepada masyarakat. semoga ustaz diberi kesihatan dan kemudahan untuk meneruskan misi dakwah ini.

Ridmichi said...

salam. kalau saya nak ikut ekspedisi ini bagaimana caranya.. teringin nak terjun.. saya dh follow blog ni.. ustaz follow saya plak

 Alhamdulillah syukur di atas pembukaan Kapal Dive Lodge dibawah selian Ustaz Muhamad bin Abdullah atau lebih dikenali sebagai Ustaz Amin ...