2 November 2011..
Hari ini saya bersama 7 yang lain bertolak ke Chengdu China bagi urusan korban. Inilah pertama kali saya mengajurkan korban di China.
Bagi korban di Kemboja yang saya anjurkan, ia dipimpin oleh sahabat saya Ustaz Yazid dan lima ahli rombongan yang lain.
Kawasan yang kami pilih untuk menyempurnakan korban di China ini ialah di kawasan Ping Liang, kawasan muslim miskin yang rata-rata terdiri dari para petani.
Dari Malaysia, destinasi kami ke Cengdu dan kami sampai di Chengdu tengah malam. Dari Chengdu, kami terbang ke Xian dan dari Xian kami akan mengambil kenderaan darat untuk ke Ping Liang,(InsyaAllah, kita akan kongsikan kisahnya di dalam siri Universiti Kehidupan).
Dari Xian ke Ping Liang, kami melalui kawasan gunung ganang yang terbentang, pemandangan sangat cantik
Di dalam pejabat masjid Ping Liang, membincangkan program korban yang akan dianjurkan
Suasana korban bersama saudar seIslam dari China
Kenangan korban yang dianjurkan
Orang di sini memulakan majlis dengan membaca al-Quran bersama-sama
Bersama Tuan Guru Haji Muaz (dua dari kanan gambar) seorang alim yang telah melahirkan banyak para ustaz di Ping Liang China
Kami dialu-alukan dengan ucapan dari Imam dan kami juga diminta untuk memberikan ucapan sebagai keluarga Islam dari Malaysia, beginilah hubungan akidah yang menjangkau batasan negara. Di mana-mana kita bersaudara.
InsyaAllah kita akan kongsikan banyak kisah dari negara ini.
“Diari Merakam Sejarah Mencatat Kenangan”
al-Faqir Ila Rabbihi
Muhamad bin Abdullah
Putra Heights
27 Zulhijjah 1432/ 23 November 2011 jam 11.30 malam
No comments:
Post a Comment