Thursday, November 24, 2011

al-Ijabah 102 – Darul Ukhwah Dan Puspen Dengkil

23 November 2011, Rumah Perlindungan Darul Ukhwah Yayasan al-Ijabah menerima kunjungan Puspen Dengkil, dahulu dikenali dengan Pusat Serenti.

Saya memang mengalu-alukan kunjungan mana-mana pihak ke Darul Ukhwah, daripada kunjungan kita akan dapat bertukar-tukar fikiran di dalam kerja-kerja amal ini.

“Kami memang susah nak buat kunjungan ustaz, dari lapan permohonan ke rumah-rumah kebajikan, ustaz sorang aje yang terima permohonan untuk membuat kunjungan ini” kata Puan Nor yang mengetuai rombongan Puspen Dengkil ini.

Kunjungan mereka dari Puspen ini bukan sekadar kunjungan. Mereka juga ingin membuat gotong royong di Darul Ukhwah. Jadi saya mencadangkan mereka bergotong royong pada rumah baru di Puchong yang akan siap tidak lama lagi.

Semoga dengan kunjungan seperti ini menjadikan interaksi rumah-rumah kebajikan semakin baik. Yang penting adalah, kita sama-sama membahu di dalam membuat kerja-kerja amal ini.

“al-Ijabah, Bersatu Kita Berbakti”

al-Faqir Ila Rabbihi

Muhamad bin Abdullah

Putra Heights

27 Zulhijjah 1432/ 23 November 2011 jam 11.50 malam

P1050486

Taklimat mengenai Darul Ukhwah

P1050496

P1050498

saya sempat menyapaikan sepatah dua nasihat untuk semua, semoga bermanfaat

P1050506

kenangan bersama tetamu Darul Ukhwah

No comments: