Tuesday, October 18, 2011

Diari 336 – Forum Kekeluargaan Dan Kerjaya di Universiti Teknologi Petronas

Sabtu 15 Oktober 2011, saya dijemput untuk berforum di Universiti Teknologi Petronas di Perak.

Saya digandingkan dengan Ir Haji Khairi dan Puan Suzana. Kami membincangkan mengenai “keluarga dan kerjaya”.

“Ini pertama kali forum dibuat sempena majlis konvo ustaz” kata Hamzah, moderator forum malam ini.

Secara peribadi, Alhamdulillah, anak-anak muda sudah banyak kesedaran mengenai kepentingan agama dalam kehidupan. Cuma dakwah perlu lebih agresif dan lebih tersusun di dalam mendampingi anak-anak muda terutama peringkat menengah.

Pada 12 Oktober 2011, saya bermesyuarat dengan AJK masjid Bukit Jelutung, membincangkan program yang boleh dilaksanakan untuk anak-anak muda.

Dalam mesyuarat ini, ada seorang ibu memberitahu saya..

“Ustaz, anak saya tengok ustaz panjat bukit dalam usrah, dia kata kalau program dengan ustaz dia nak ikut..”

Memang perlu ada perubahan pada program anak muda di masjid. Ia perlu menjangkau lebih kreatif lagi. Kebanyakkan kalau program di masjid untuk anak muda lebih pada kursus pengurusan jenazah, kursus anak soleh dan lain-lain yang pendekatannya hanyalah kuliah.

Ia bagus tetapi kalau ada yang lebih mendekati anak muda seperti program berbentuk gerakan fizikal, lagi bagus.

Apa pun, kita doakan agar semakin banyak program-program anak muda yang perlu dibuat kerana tidak dapat dinafikan bahawa, kerosakan akhlak golongan ini juga sangat membimbangkan..

“Diari Merakam Sejarah Mencatat Kenangan”

al-Faqir Ila Rabbihi

Muhamad bin Abdullah

Putra Heights

20 Zulkaedah 1432/ 20 Oktober 2011 jam 8.15 pagi

IMG_5668

Forum agama di UTP, saya difahamkan, ia adalah yang pertama kali dianjurkan sempena majlis konvo.

IMG_5694

Kami membincangkan mengenai kekeluargaan

IMG_5708

IMG_5755

Selepas forum, kami dipersembahkan dengan okestra. 99 peratus pesertanya adalah Cina, pada pandangan saya, program integrasi Nasioanal perlu dikaji semula keberkesanannya.

mesyarat bukit jelutung

Mesyuarat program anak-anak muda bersama AJK masjid Bukit Jelutong.

3 comments:

Azman said...

Kenapa program integrasi nasional ni kena kaji balik keberkesanannya ustaz? Ada yang menarik? ada yang tak kena? zassss.....

Anonymous said...

Assalamualaikum..setuju pendapat ustaz..perlu lbh kreatif utk menarik anak2 muda mendekati majlis2 ilmu..'usrah' n terbaru 'gps iman' adalah contoh program yg boleh menarik minat anak muda bbanding program ilmu lain yg kebanyakan agak formal n membosankan dan hanya ditonton oleh golongan mak n ayah kita je..diharap pihak berkaitan boleh menjadikan 2 program tersebut sbg contoh..perlu lakukan sesuatu utk anak2 muda ini yg nilai akhlaknya semakin runtuh..semoga kita semua sentiasa dilindungi n dirahmati Allah..amin..

Anonymous said...

assalamualaikum. ustaz, saya mempunyai 5 org adk beradik dan 2 darinya lelaki iaitu abg2 saya. bapa sudah meninggal dan saya bungsu tlh berumah tangga dan mempunyai menantu.soalan saya, abg2 dan adk beradik lain tidak pedulikan kebajikan ibu saya.ibu sakit kencing manis dan tinggal bersama saya.ibu perlu cucuk insulin 2x sehari dan pemakanan yg teratur. semua itu saya yg uruskan. ibu ada income tiap2 bulan tetapi ibu tidak mahu berkongsi sedikit pendptan itu dgn saya bg membantu sedikit perbelanjaan harian. saya tidak berkerja dan bergantung sepenuhnya dgn suami.saya pun ada kalanya hadapi masalah kewangan juga. saya jadi kecil hati dgn sikap mak yg tak lokek pulak dgn ank2 lain. dia beranggapan saya lebih senang berbanding adk beradik lain. adk beradik lain pun tidak pernah membantu keperluan perubatan ibu. kdg2 saya kecil hati dgn sikap lokek ibu itu. ibu juga selalu menuduh saya ank derhaka kerana kdg2 saya tdk byk ckp akibat masalah kewangan.ibu membezakan saya dgn ank2 lain kerana semasa lahir saya tdk cukup bulan dan ibu susah menjaga saya. kerana tinggal dgn saya ibu tidak nmpk pengorbanan saya terhdpnya hanya mencari salah dan mengungkit2 susah pyahnya menyekolahkan saya...saya rasa sgt sedih ustaz...tapi saya tetap berbakti padanya wpun saya tidak semesra dulu. apa hukum sikap saya itu ustaz? sdgkan sya jadi begitu sbb kecil hati dgn ibu....